Aku menantu miskin jd kuli di rumah, kak ipar kaya pemalas lagak diva. Bila aku pindah, segalanya berubah smpai mak mertua terbeliak biji mata.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hi. Nama saya Nayra. Saya teruskan cerita tanpa mukadimah panjang berjela ya.

Disebabkan dah lama simpan apa yang terbuku di hati, baik saya luahkan di sini sebagai pengajaran.

Saya berumur 29 tahun, dah berkahwin selama 3 tahun. Apa yang saya nak ceritakan ini mengenai keluarga mertua saya.

Suami saya anak ketiga daripada empat beradik. Abang ipar menetap di Perak dan sudah berkahwin.

Abang ipar saya ni sejenis yang buat hal sendiri, jarang balik kampung. Kakak ipar pula sudah berkahwin dan dia tinggal bersama dengan mak mertua.

Kakak ipar tak bekerja, dia cuma jaga anak. Adik bongsu suami sekarang menetap di Kuala Lumpur.

Apa yang saya nak ceritakan ni mengenai cara didikan mak mertua saya yang bagi saya memang tak kena.

Mak mertua saya ni jenis katak bawah tempurung, payah nak terima nasihat dan teguran orang. Dia jenis kedekut dan mata duitan.

Kalau anak orang ni serba tak kena tapi anak sendiri dia tak nampak cac4t cela. Dia memang jenis pilih kasih. Anak dan menantu berduit je dia pandang dan sayang.

Anak perempuan dia pun bukan dia tahu nak tegur. Kakak dengan adik ipar saya ni pun nama je perempuan tapi pemalas ya rabbi.

Dah lah pemalas, per4ngai pulak teruk. Bangun tidur aje dah tengah hari, bangun tidur terus ke dapur, selak tudung saji cari makanan.

Baju langsung tak pernah nak tolong jemur dan angkat. Orang dah basuh kain baju kau, tolong angkat pun tak boleh ke.

Setiap kali balik kampung bergunung ganang kain macam dah setahun tak lipat. Pinggan tu kalau lepas makan tak reti nak basuh walaupun satu.

Apatah lagi masak, semua harapkan ibu mertua saya ni. Per4ngai yang dari bujang bawa ke kahwin tak pernah berubah.

Sebelum kahwin saya memang selalu ke rumah mertua, sesi suai kenal lah. Dari saya bujang sampai lah kahwin dah ada anak pun per4ngai ipar ni sama.

Yang adik ipar tu pemalas juga tapi boleh lagi la nak harap tapi akak ipar saya ya ampun per4ngai dia buatkan saya makan hati sampai sekarang.

Masa dia bujang dulu, tunang dia datang lepak kat rumah mertua dia boleh pakai s3ksi, boleh gurau peIuk–peIuk sakan.

Yang mak mertua saya ni tengok je lah nak tegur karang nanti akak ipar kecil hati lari dari rumah.

Sebab kakak ipar ni jenis mudah sentap dan per4ngai liar sikit dari zaman sekolah ada je buat masalah.

Saya ingatkan dah kahwin ni berubah la per4ngai tu tapi sama je malah lagi teruk. Suami dia pun sama per4ngai la dengan dia.

Suka nasihatkan orang tapi solat pun tak. Saya cerita ni bukan nak aibkan, langsung tak bagitau nama sebenar mereka pun cuma nak berkongsi. Jangan kecam ya..

Dulu masa saya awal–awal kahwin duduk dengan mertua sekejap dalam 3 bulan tapi peritnya rasa macam 3 tahun.

Saya ni dah macam kuIi kat rumah, semua saya buat. Saya bekerja sebagai kerani masa. Waktu kerja 9 pagi sampai 6 petang.

Lepas subuh tu saya dah siap basuh kain, jemur kain, kemas dapur, kemas rumah, buatkan sarapan. Yang lain terbongkang tidur.

Dah siap makan saya juga yang kemas. Masa tu saya dengan suami memang susah, jadi terp4ksa lah hadap semua ni.

Kami tak mampu lagi nak sewa rumah sendiri. Sebab duit dah habis buat kenduri beIah saya dan suami.

Kami kongsi duit untuk majlis kahwin. Balik kerja, saya kena angkat kain kemudian Iipat, tolong masak untuk makan malam.

Bila semua dah siap makan, saya kena basuh pinggan dan kemas dapur. Suami pernah tegur mak mertua tapi dia marahkan suami saya balik.

Tiap bulan mak mertua minta saya dan suami RM500 untuk duit belanja bulanan.

Tapi kakak ipar dan suami dia, cukup bagi cukup seikhlas hati je. Sedih sangat masa tu.

Saya dengan suami macam orang luar. Yelah keluarga saya susah, keluarga ipar duai tu kaya. Antara dua darjat lebih kurang kisah saya ni.

Kakak ipar dengan suami dia kalau nak makan apa mak mertua masakkan tanpa merungut, siap senyum lebar lagi. Kalau saya ni pandang muka pun tak sudi, cakap nak tengking je.

Pernah saya kena herdik depan orang sebab salah p0tong bawang, pernah kena herdik sebab lupa angkat kain, pernah mak mertua cakap beramb0s la kau sebab saya cakap sekejap masa dia suruh saya masak gulai ayam.

Apa guna anak perempuan dia? Semuanya saya. Suami saya pun selalu kena herdik. Bila mak mertua nak marah, dia herdik depan orang je macam kami tak ada maru4h. Ingat lagi masa hari kenduri, saya kena tengking depan orang ramai.

Mak mertua suruh saya bersihkan karpet. Kakak ipar dan adik ipar duduk tengok tv sahaja.

Mak mertua tak layan sangat keluarga saya masa mereka datang hari kenduri kahwin sebeIah pihak lelaki. Sebab kami sekeluarga orang susah.

Layanan pun kena faham lah, macam tak wujud. Tapi keluarga suami kakak ipar dilayan macam raja, disambut dengan meriah.

Mak mertua senyum meleret. Barisan kereta mewah berjenama masuk ke perkarangan rumah, siapa tak suka.

Keluarga saya pula yang konvoi datang 3 buah kereta jenama tempatan. Mana ada kelas di mata mak mertua.

Sebab tu pandang sebeIah mata je. Homestay keluarga kakak ipar ditaja mak mertua, keluarga saya balik hari. Sedih sangat bila ingat balik.

Lepas dah selesai majlis, kakak ipar keluar photosh00t. Saya dengan suami tak ada sesi photosh00t.

Saya terus kena buat kerja rumah lepas keluarga saya balik. Saya basuh pinggan tetamu, kemas dapur.

Bersanding sekejap, makan beradap sekejap dan setelah keluarga pulang saya dah jalankan tanggungjawab sebagai menantu tak didendang.

Perkara ni berlarutan sepanjang saya tinggal bersama keluarga mertua. Saya dengan suami bukan tak usaha nak cari rumah sewa tapi macam saya katakan kami kena menabung sebab duit dah habis untuk kenduri kahwin.

Majlis kahwin belah saya buat kecil–kecilan cuma jemput keluarga rapat sahaja. Habis dalam 1k sahaja.

Hantaran pun saya letak seihklas hati suami. Sebab kami berdua bukan kerja gaji mahal dan saya memang nak mudahkan urusan perkahwinan.

Ibu ayah saya pun faham dan tak kisah. Majlis kahwin beIah suami ni buat besar–besaran jadi duit kami kumpul untuk majlis ni.

Majlis beIah suami buat besar–besaran sebab kakak ipar juga bersanding sekali. Pernah satu ketika tu, saya tengah makan kemudian mak mertua cakap kau ni makan banyak habis beras.

Lauk kena ambil yang kecil. Padahal saya dah bagi duit setiap bulan. Saya kena guna eletrik sikit–sikit.

Mandi pun tak boleh lebih 15 minit nanti bil air naik. Tak boleh cas telefon lebih 1 jam. Tak boleh tengok tv. Sebab tu masa cuti sabtu ahad saya buat kerja part time.

Saya rela bekerja daripada duduk kat rumah. Duduk kat rumah macam ner4ka. Sampai masuk bulan ke 3 hubungan saya dengan suami dah tak berapa baik.

Saya keguguran akibat str3ss. Suami saya pun dah tak tahan dengan keadaan ni, kami berdua nekad pindah.

Masa tu mak mertua marah, dia tanya kenapa nak pindah. Suami kata nak berdikari.

Yelah memang dia runsing kalau saya keluar tak ada lah orang gaji dalam rumah tu.

Dia kena lah buat semua kerja sebab anak perempuan dia pemalas dah kahwin pun pemalas juga.

Saya dan suami berpindah, kami nekad untuk menjalankan perniagaan dan ubah nasib diri.

Alhamdulillah, 3 tahun berniaga baru membuahkan hasil dan kami hidup senang. Sekarang mampu pakai kereta berjenama dan ada 2 biji rumah.

Dulu mak mertua benci, sekarang sayang. Kalau balik kampung cakap je nak apa dia masak. Dulu menantu dia benci ni jadi menantu yang dia nak tatap hari–hari.

Sekarang saya dah tak perlu lagi buat kerja rumah kalau balik kampung. Semua dia buatkan.

Kakak ipar dan suami masih tinggal bersama mak mertua. Mereka hidup susah kais pagi makan pagi.

Tapi mak mertua tetap tak berani nak tegur dan marah kakak ipar. Anak kesayangan dia kan. Tapi mak mertua selalu cari salah suami kakak ipar.

Dulu dia agungkan, sekarang dia benci. Perubahan yang ketara sangat. Kakak ipar tetap dengan per4ngai malas dia. Saya anggap ni kifarah.

Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Suami saya baik dan penyayang.

Dalam setandan pisang yang buruk tu ada yang elok. Walaupun saya dah maafkan mak mertua, saya tak akan lupakan.

Tapi saya selalu doakan dia berubah dan boleh tegur anak perempuan dia. Saya juga doakan kakak ipar saya berubah dan jadi lebih baik.

Sekarang ni mak mertua saya dah dapat bahagian dia (kena jaga cucu sebab kakak ipar saya pemalas kerja nak tidur saja) dan menantu yang tak hulurkan duit makan atas alasan susah. Dilema keluarga mertua ni memang saya kena hadap sampai bila–bila.

Saya redha cuma saya berkongsi kisah saya sebab saya yakin kat luar sana ada je yang kena lebih teruk daripada apa yang saya alami. Maafkan saya kalau cerita saya ni tak tersusun.

Saya baru pertama kali menulis luahan hati dan saya harap ambil pengajaran daripada kisah saya ini. Saya doakan kalian sihat dan murah rezeki. – Puan Nayra (Bukan nama sebenar)

Sumber : cite gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.