** Foto sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan artikel di bawah.
Assalam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Nama saya Aisyah. Bukan nama sebenar. 28 tahun. Dah berkahwin, dan ada cahaya mata seorang. Saya mengambil masa yang lama untuk menulis luahan ini. Rasa perit untuk menceritakan apa yang terjadi kepada saya.
Namun, setelah difikir berulang kali, saya rasa perlunya luahan saya ini untuk memberi sedikir pengajaran kepada semua pembaca.
Saya percaya, rata-rata pembaca mungkin dari kalangan wanita dewasa yang sedang melalui hidup berkahwin, atau mungkin juga sedang dalam usaha untuk memasuki kehidupan perkahwinan.
Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Kami dikurniakan seorang cahaya mata puteri, sekarang berusia 3 tahun. Suami saya sebaya dengan saya. Dia bekerja sebagai seorang jurutera, berasal dari Kelantan. Manakala saya pula berasal dari Selangor.
Kami mula kenal sejak 5 tahun lepas. Ketika sedang melalui fasa mencari pekerjaan. Suami saya merupakan kawan kepada abg saya. Abang saya yang suggest untuk kenal suami saya. Katanya, suami saya adalah lelaki yang paling baik dia pernah jumpa.
Dari segi perangai dan agama, dan juga berpendidikan. Suami saya berasal dari keluarga yang berada dan sangat berdisiplin. Cuma kekurangan suami saya adalah, dia hisap rkok.
Selepas setahun berkenalan, kami putuskan untuk bernikah. Keputusan kami disambut gembira oleh kedua-dua belah ahli keluarga. Pada hari itu, saya berasa sungguh gembira.
Namun, sedikit sebanyak, saya merasa agak risau dan takut. Ini kerana, suami saya tidak tahu bahawa saya sudah tidak ada dara. Dia tidak pernah tanya tentang kisah silam saya. Sedangkan saya selalu stalk dan trace kisah silam dia.
Pada waktu itu, saya rasa sungguh bnci kepada bekas kek4sih saya. Sedangkan saya tahu, itu juga berpunca dari kesilapan saya sendiri. Semasa hari pernikahan, saya merasa sangat gugup.
Apabila saya melihat suami saya tersenyum lebar ketika ingin akad nikah. Saya tidak mampu membayangkan betapa sedihnya dia apabila tahu saya sudah tidak ada dara.
Pelbagai usaha saya lakukan supaya suami tidak tahu yang saya tidak ada dara pada malam pertama.
Sehinggalah pada suatu malam, kami ingin bersama. Pada ketika itu, saya cuba meluahkan isi hati saya. Saya cuba memberitahunya tentang kisah silam saya.
Namun, dia terlebih dahulu membuka mulut.“Abang tahu apa yang Aisyah nak bagitahu abang. Abang takkan judge masa silam Aisyah, untuk hidup kita pada masa sekarang.”
Saya terdiam apabila dengar suami saya cakap macam tu. Saya langsung tak sangka, sebenarnya suami saya dah tahu tentang hal ni.
Saya memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menjaga kesucian saya. Apa yang membuat saya terharu adalah, suami saya langsung tidak terkesan oleh kisah silam saya. Saya sayang suami saya lebih dari apa sekalipun.
Kehidupan kami sungguh bahagia. Kami tidak lagi dihujani apa-apa masalah berat. Kewangan suami yang stabil dan sokongan keluarga belah suami yang sangat kuat membuatkan saya rasa saya adalah wanita yang sangat bertuah.
Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Suami saya sungguh gembira. Sudah lama dia inginkan seorang anak perempuan. Kasih sayang yang diberikan oleh suami saya memang tidak berbelah bahagi kepada kami sekeluarga.
Seluruh ahli keluarga saya, sayang sangat suami saya. Kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa Tuhan begitu bermurah hati memberi saya seorang suami yang sangat sempurna.Semuanya kelihatan berjalan lancar, maka Tuhan memberikan kami satu ujian..
Pada tahun lepas, bekas kekaasih saya mula hadir kembali ke dalam kehidupan saya. Dia hadir sebagai client saya. Kerana saya adalah agent sebuah syarikat kenderaan.
Pada awalnya, kami berhubungan atas dasar business. Namun, dari hari ke hari, bekas kek4sih saya mula meminta sesuatu yang lebih sebagai kawan.
Saya tidak menceritakan hal ini kepada suami saya. Saya risau dia akan susah hati. Saya yakin yang saya mampu untuk menjaga diri saya. Namun itu cuma kata hati saya, pada waktu itu.
Kami berhubungan selama berbulan-bulan. Lama kelamaan, kami mula jatuh cinta kembali. Tanpa pengetahuan suami saya. Saya mula bersikap kasar terhadap suami. Saya jarang meluangkan masa dengan suami saya. Saya jarang meluangkan masa dengan anak saya.
Saya kerap pulang lewat malam walaupun telah ditegur berulang kali oleh suami saya. Atas alasan kerja. Suami saya bukan jenis yang mengongkong.
Oleh kerana saya selalu menceritakan cita-cita saya untuk jadi berjaya, dia mendokong sepenuhnya usaha saya dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya. Mungkin itu adalah tiket kepada saya untuk melakukan hal-hal yang..terkutuk dengan bekas kek4sih saya..
Saya tenggelam di dalam hidup bermksiat bersama kek4sih saya. Kami mula melakukan hal-hal yang.. Jiwa, hati dan tubuh saya, saya serahkan kepada bekas kek4sih saya. Pada waktu itu, tidak terasa sekelumit rasa bersalah pun kepada suami saya.
Kehidupan kami sekeluarga mulai renggang. Suami saya mula menunjukkan rasa tawar hati kepada kepada saya. Mungkin kerana saya kerap balik lewat malam dan selalu outstation.
Kami juga telah lama tidak bersama. Kerja rumah saya serahkan kepada suami. Dia terpaksa abaikan kerjanya untuk mengambil anak saya di nursery waktu petang dan menidurkan anak saya pada waktu malam.
Sehinggalah pada 5 bulan lepas, suami saya bersikap sedikit berlainan. Dia mula melayan saya dengan sangat baik. Dia kerap membawa kami sekeluarga ke tempat-tempat percintaan kami. Dia bawakan kami bercuti ke tempat idaman saya.
Dia curahkan kebahagiaan kepada saya melebihi dari apa yang bekas kek4sih saya pernah lakukan kepada saya. Dia buat landskap di tepi rumah untuk saya berehat dan bersantai bersama keluarga. Dia buat home theatre untuk kami sekeluarga bersantai pada hujung minggu.
Saya merasa agak pelik dan hairan. Saya mula mengesyaki suami saya. Apa yang ada dalam kepala saya, adalah mungkin suami saya melakukan sesuatu hal yang menyakitkan hati saya. Saya syak dia ada perempuan lain.
Saya mula stalk semua tentangnya. Melalui social media, melalui rakan-rakannya, melalui keluarganya. Apa yang saya jumpa, adalah kosong. Saya check phone dia. Buka semua apps, tiada.
Hanya carian googles tentang pembinaan landskap, decorate your home thaetre, tempat peranginan, dan resepi memasak. Suami saya tiada apa-apa skandal dengan perempuan lain.
Saya tertanya-tanya kenapa suami saya berubah sikap. Saya cuba berpura-pura tidur pada waktu malam untuk melihat sama ada dia text someone or not. Pun tiada.
Sehinggalah pada minggu lepas, saya cuba buka phone dia balik. Saya tengok semua gambar, call logs. Saya tetap tak jumpa apa-apa. Kemudian.. saya buka imessage.
Saya baca satu conversation suami saya dengan kawan baiknya dari kelantan. Isi conversation adalah dalam loghat kelantan. Apa yang membuatkan saya ingin tahu isi perbualan adalah, kerana ada nama saya di dalam conversation tu.
Saya mula baca dari atas. Dan terus ke bawah. Phone suami saya jatuh ke atas katil. Saya rasa sungguh bersalah. Dan terharu. Saya menangis.
Suami saya, mengadu kepada kawannya tentang kecuurangan saya dengan bekas kek4sih saya. Dia tahu apa yang saya buat selama ini.
Setiap ayatnya dalam conversation tu, menggambarkan betapa sedih dan kecewanya dia terhadap saya. Saya rasa sangat berdosa. Rasa sangat tercemar.
Suami saya.. dia berusaha untuk menggembirakan saya… supaya saya dapat melupakan bekas kek4sih saya. Dia cuba menghiburkan hati saya.
Cuba mengingatkan saya kembali terhadap kisah percintaan kami. Dia berusaha untuk menceriakan rumah kami, supaya saya lebih kerap berada di rumah.
Saya rasa bersalah sangat. Rasa berdosa sangat. Saya nak minta ampun dan memohon maaf kepada suami saya tapi saya malu untuk mengaku semua benda ni di depannya.
Dia mengadu kepada kawannya, dia tak nak confront saya tentang kecuurangan saya sebab, dia risau akan berakhir dengan percraian. Dia taknak bercrai.
Dia taknak anak kami hidup dalam keluarga bercrai berai. Dia tak nak keluarga besar kami berasa sedih atas percraian kami.
Saya menangis, rasa bersalah, berdosa.. saya dlete number bekas kek4sih saya. Saya tinggalkan dia. Saya nak bersama keluarga saya. Saya nak bersama suami saya.
Pada hari selepas tu, saya tengok suami saya, tersenyum melihat saya. Dia pluk saya seolah olah tiada apa yang berlaku. Walaupun saya tahu, dia sebenarnya tengah ptah hati di dalam.
Saya rasa tak layak untuknya. Saya malu sangat. Saya putuskan untuk tidak menyentuh hal ni di depannya. Saya akan devote diri saya sepenuhnya kepada suami dan keluarga saya.
Saya nak dia tahu, saya dah berubah. Saya akan selamanya di sisinya. Sampai ke akhir hayat.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Rafidah Zainun, Dh bg free kat org n x simpan kat laki. Tp laki ko elok je bole terima ko. Dh kawen pn..bg free lg kat jantan lain…pun dia masih cuba amik ati ko.
Dia saat org lain dok tercari2 calon lelaki yg baik…ko merungut kekurangan dia sebab merokok. Ko tu cacat otak..x sedar diri lak.
Nisa Waniey, semoga puan terus bahagia bersama suami. bahagiakan suami dan anak2 puan. banyak kan bertaubat…
suami puan sudah memberi peluang dua kali kepada puan. pada hemat saya, sangat susah lelaki nak terima isteri buat macam ni.. suami puan sungguh hebat dan sanggup menerima puan seadanya.
jagalah, peliharalah. mohon bertaubat ye puan. sebab anak puan tu perempuan… puan paham kan maksud saya. jika saya jadi puan, saya berhenti kerja dan abdikan diri untuk keluarga.
Nuril Aziha, Risau takut suami cuurang ada perempuan lain. Stalk habis fon suami media sosial dia. Tak sedar diri sendiri duk crang sampai ke katil, takpe pulak?
Kalau rasa kerja tu akan heret ko balik ke d0sa ziina, bhenti cari kerja lain. Bekas pakwe ko still boleh cari ko sampai ke ofis kan?
Btaubat. Doa semoga Allah jaga iman suami isteri dan keluarga. Bsyukur dapat suami yg boleh terima sejarah hitam kita.
Fiza Mazlan, Cerita ni sama macam cerita Korea My Mister , suami dia tahu isteri dia ada affair. Dia diamkan sebab tak mau la anak dia jadi mngsa pencraian. Bila Isteri dia tahu yang suami dia sebenarnya tahu dia cuurang,
dia jadi malu dan rasa berd0sa giler pada suami dia. Tapi suami dia nampak je relaks buat2 Tak tahu, tapi hati dia sebenarnya dah hncur sebabkan isteri dia dan dia rasa dia tak boleh terima isteri dia semula.
Lastly, mereka pilih utk bercrai. bila dah jadi macamni, kembali bersama pun tak sama macam dulu. Baik crai je. Tapi hakikat cerita confessor ni, suami yang macamni punya baik ni, disisi agama, dia seorang yg dayus.
Dah diperkotak katikkan lagi nak terima perempuan tu. Aisyah ni patut rasa bersalah lebih teruk dari ni.
Suhana Samad, Allah.. kenapalah kau yang dapat suami sempurna mcm tu? Dikala ramai org lain menderita dgn perbuatan suami.. sedangkan diorg tu org baik2.. maaflah akak nak cakap wahai perempuan mcm kau.
sujud lah kau mohon ampun dan maaf pada suami kau tu.. sblm Allah tarik nikmat bersuami baik.. sujud juga pada Allah supaya diampunkan dosa2 besar yang kau buat.. ya.. kau mmg hina.. maaf lah..
tak mampu nak bg kata2 semangat pada kau sbb 2x dlm hidup kau jadi bodoh.. jgn sampai suami kau pulak diuji dgn perempuan lain.. harap time tu kau boleh bersabar mcmana suami kau pernah bersabar dgn kau.. akhir kata.. bertaubat nasuha lah.
Kak Hana, Bagus perkongsian puan. walau pun seperti meminta kecaman tapi puan sedar dgn dosa2 yg puan lakukan. dan puan berusaha utk berubah.Teruskan dan hargai apa yg puan ada skrg.
Semoga kisah puan menjadi ikhtibar pada mereka2 yg tahu apa yg puan cuba sampaikan. siap yg tak buat silap kan?
Tahniah puan sbb sedar awal.
Wahida Wahid, Kalau dah peringkat berziina, laki ang boleh terima balik, tatau nak kata apa la. Kalau ikut hukum hudud ang dah arwh kot, laki hang dah jadi duda kot. Geli pulak aku baca, tatau la, mak budak kot.
Bukan bermakna aku pandang rendah, dak eih, kita semua pend0sa (masing2 ada dosa).. apapun aku percaya kita takan pandai jaga diri kita,
Allah yg jaga diri kita selama ni, yg kita selamat dari malapetaka (perbuatan kita atau perbuatan org lain) . Hang pun nmpknya dah insaf. Baguih la. Tak pa la ambik sebagai pengajaran.
Mayang Sari, Ingat nak cite kecuurangan suami. Nak plak dr kelantan. Rata2 dah tunggu nak masuk elemen ‘lelaki kelantan mmg mcm tu’ hahahaha..so my massive respect for ur husband. Act like nothing happened.
Utk tt Aku X mo kecam cuma bertaubat la yer. Dosa dgn Allah, Allah blh ampun. Sdg mksiat dan ziina yg anda lakukan spnjg jd isteri masih blm terucap. For info, ciri2 laki ko tu ramai yg aim okeh? So aku support klu dia jumpa yg lagi baik.
Hakim Ahmad, Betul la org cakap. Kalau perempuan ceritakan pasal kecur4ngan suami pada kawan perempuan dia, kawan dia mesti cakap, kau mintak crai je dgn laki kau tu.
Tapi, kalau lelaki cerita pasal kecur4ngan isteri kat kawan lelaki dia, kawan dia akan cakap, kau kena buat sesuatu utk dia sayang kau balik. Dari sini kita boleh nampak kenapa talak terletak pada tgn suami ya tuan2.
Farid Jazari, celaka punya betina.kesilapan pertama kau adalah kau dah ditebuk sebelum bernikah tetapi suami kau terima dgn hati terbuka. Yg ni kau patut bersyukur.
Kesilapan kedua kau, dgn kebaikan, kejujuran dan kesetiaan suami kau, kau boleh p mengangkang dgn jantan lain, bekas kek4sih kau yg dah tebuk kau dr awal..Apa yang tak cukup syaiton? nafsu binatang apa kau ni?
kesilapan terbesar kau adalah kau telah menderhaka dgn suami kau. jijik la syaiton. kenapa kau dilahirkan didunia ini sbg manusia? alangkah baiknya kau dilahirkan sbg bnatang.
Nur Athirah, saya marah dgn sikap awak confessor.. tp sebagai saudara semslim..saya nasihatkan awak kembali ke pangkal jalan… awak tahu tak.. awak sgt bruntung…. tahu tak..
Punya ramai para isteri yg jaga kehormatan.. tapi dpt ujian suami yg sebaliknya… dan masih ramai wanita bujang (tambah2 yg 30 tahun ke atas dah tu) yg ingin kan suami yg bkualiti dan..
awk sgt bruntung Allah bagi awak nikmat suami penjaga amanah Allah yg baik…Allahu confessor.. kembali lah dgn husband awk tu.. betulkan segalanya semula… sy yakin dia mampu menerima awk.