Aku pernah nk belikan mak ayah rumah, tp mereka tolak. Lpas tu canang mereka miskin, makcik pula sound aku.

Foto sekadar hiasan :Assalamualaikum, saya Alia, 26 tahun, sudah berkahwin. Saya nak luahkan betapa saya kecil hati dengan ibu bapa saya. Saya anak tunggal, tapi bukan emas. Saya tak rapat dengan ibu ayah saya.

Ibu ayah saya masih bekerja (swasta) dan apa yang saya kurang faham dengan sikap mereka ialah, mereka seperti tiada usaha untuk improve pencapaian mereka walaupun sudah lewat 40an.

Sehingga kini, mereka masih menyewa, tidak mahu membeli apa-apa untuk kemudahan, tidak suka berjalan dan semuanya bagi mereka, bermasalah.

Sebagai anak yang sudah bekerja, saya tahu tanggungjawab pada ibu ayah, walaupun saya tak bagi duit belanja (kerana mereka masih bekerja) tapi saya bayarkan rumah sewa, bil astro, bil api/air, wifi, coway.

Walaupun kami kurang rapat, tapi saya tak pernah lupa mereka apabila berbelanja.

Contohnya, kalau saya beli kasut, saya akan beli juga untuk ibu ayah. Kalau saya beli handbag, ibu saya dapat juga. Tapi satu sikap mereka yang saya tak faham, mereka tak nak pakai semua tu.

Mereka memilih untuk bergaya yang kurang kemas. Pakai pakaian renyuk, ibu saya pulak tak habis² dengan tshirt lengan pendek dan seluar corak² kalau keluar.

Saya pernah ajak ibu ayah saya dinner untuk event tempat kerja saya, saya dah sediakan semua kelengkapan, tapi mereka tetap keras kepala, pakai pakaian tidak kemas/tidak menutup aurat.

Asalnya saya dah malas nak bersuara, tapi yang buatkan saya stress ialah, rupanya selama ini, ibu saya mengadu hal yang bertentangan dengan makcik pakcik saya.

Makcik saya pernah tegur penampilan ibu saya, tapi ibu saya boleh jawab “aku tak mampu nak beli itu ini, macamni je lah gaya orang tak berduit macam aku ni”

Ya Allah sedihnya saya dengar. Makcik saya pula boleh sound saya yang pakai beg mahal tapi mak bapak tak terbela.

Saya tertekan masa tu, sampai saya tunjuk bukti perbelanjaan saya untuk ibu ayah dan akhirnya diorang sedar yang ibu ayah saya yang silap.

Setiap kali nak bercuti, saya ajak ibu ayah, tapi last² dia mengadu dengan orang, saya tak ajak diorang sebab diorang selekeh dan miskin. Ya Allah

Baru² ni saya bincang dengan ibu ayah, saya nak belikan mereka rumah, saya rasa tak berbaloi membayar sewa RM600 sedangkan di area yang sama ada satu rumah kos rendah yang bulanannya lebih kurang jika dibeli.

Tapi mereka menolak sampai halau saya dari rumah, mereka emosi.

Saya memang tak faham apa masalah mereka. Takkan lah nak banglo?

Ajak tinggal dengan saya pun mereka tak nak. Rumah sewa sekarang pun, mereka takde sikap nak jaga baik². Nak cat ke, nak simen apa yang retak ke, memang takde. Langsung tak jaga rumah tu dengan baik.

Semuanya saya juga yang buat. Saya pelik mana duit mereka bekerja, mereka bukan ada hutang pun. Berjalan pun tidak. Cuma untuk makan berdua. Semua bil saya yang bayar.

Untuk kereta, ibu dan ayah saya ada sebuah kelisa auto. Saya memang tak bercadang untuk belikan kereta baru, sebab rumah saya pun dekat, kalau nak ke mana² yang jauh, pinjam atau pergi saja lah dengan saya.

Kelisa tu cukup untuk mereka guna di bandar dan balik kampung. Tapi, haritu mereka nak ke KL dan pinjam kereta makcik saya.

Makcik saya pula call dan tanya saya kenapa saya taknak pinjam kereta pada ibu ayah sedangkan saya dan suami ada dua biji kereta baru.

Allah, saya tak tahu apa². Ibu ayah saya tak cerita. Tapi last² mereka cakap saya yang tak kasi pinjam. Ya Allah. Saya dah ajak slow talk, mungkin saya ada silap yang tak disedari, tapi mereka tak mengaku apa².

Saya buntu, tolong lah saya. Saya penat dengan anggapan negatif orang yang saya ni abaikan ibu ayah saya.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Abaikan je kata- kata orang tu dik. Kalau awak dah bagi semua, dah tolong, tapi diorang masih minta simpati orang lain, tu memang sikap mereka, tak boleh buat apa dah. Tak payah difikirkan sangat. Memang pun ada orang macam ni. Pakaian baru orang bagi banyak, duit orang sedekah, anak bagi, simpan sampai berkepuk- kepuk dalam bank, tapi taknak guna. Nak guna bila sakit katanya. Dah sakit pun, still tak guna juga. Buat apa yang awak mampu je k.

Netizen 2 : Sama lah akak dik oii.. Ada rumah tp tak diuruskan dgn baik.. Tambah pulak akak ada 4org adik.. Sorg dh kawen.. Pun sama perangai.. Akak sampai decide keluar dr rumah masa usia 21thn sbb tak mmpu nak hadap rumah yg sgt kotor.. Blm lg dgn kucing2 yg membuang merata2.. Jd busuk.. Jijik.. Sampah merata.. Baju kotor cmpak ats lantai toilet.. Rumah tak nak repair yg rosak.. Biar bocor sana sini.. Ada duit lebihkan sedara mara.. Adik beradik sendiri.. Rumah sendiri? Biar.. Ntah laa.. Puas ckp.. Skrg akak dh 31.. In shaa Allah bln depan nikah.. Tak sabar nak keluar terus dari rumah ni.. Terus terang ckp.. Akak dh tak mmpu nk urus rumah dan diri dorg ni lg.. Otak terlalu penat.. Fizikal terlalu penat.. Mmg tak larat sgt2.. Tak tahu lah.. Jenis dorg ni suka nampk miskin dan buruk dimata org.. Lwpas tu mula laa kata anak2 tak jaga mak bapak… Tak amik tahu mak bapak. Allahu.. Sumpah rasa nk nangis..

Netizen 3 : Suami isteri kerja. Anak pulak sorang je tu pun dh berkerjaya. Bil2 anak bayar. Pergi berjalan pun tak pernah. Haish confirm duit banyak tapi syg nak guna ni. Tapi tu lah, dah tua2 ni lah nak merasa mana yg tak sempat rasa masa muda. Sepatutnya dah boleh duduk di rumah selesa, bawak kereta selesa, pakai pakaian yang selesa dan berkualiti.

Mcm ni je lah tt, you carry on saja lah dengan your life. Bil2 yang awak dah sedia bayar tu, continue je bayar mcm biasa selagi tak membebankan diri sendiri. Just biar je lah ibu ayah tu nak hidup terus mcm tu.

Let say kalau mak ayah awak masih lagi mengadu benda yg tak betul pasal awak dekat sedara mara, maybe perlu confront sikit dengan parents awak tu. Pesan lah sikit jangan lah bercerita benda tak betul pasal awak kt orang lain. Kalau diorang buat lagi, awak lantak kan saja lah tt. Penat jugak nak melayan macam ni kan.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.