Aku seorang isteri yg xpndai masak dan aku bangga. Bila jmpe family suami, aku menyesal dan menangis. Rugi aku xbelajar masak

Foto sekadar hiasan : Kenalkan aku Izara (bukan nama sebenar). Tahun ini aku berumur 28 tahun dan bekerja sebagai Operation Manager di sebuah klinik kecantikan yang agak dikenali di seluruh Malaysia.

Aku baru setahun berkahwin dan masih belum mempunyai anak. Orang kata masih fasa honeymoon.

Aku tergerak hati untuk berkongsi tajuk ‘Bangga tidak pandai memasak’ kerana lately aku banyak lihat di media social khususnya di Twitter (i am Twitterians) berkenaan hal ini.

“Dah 2022 dah ni still nk main gender role ka?”

“Lol cooking is a basic life skills. Both husband and wife should learn together to cook. Kau ingat bini kau tu orang gaji ke?”

“Woman can be pretty, earning good salary, have a good manner and all you guys care is dia pandai masak ke tak? Ridiculous!”

Ini adalah antara tweet tweet daripada wanita yang trigger bila dibuka topik tentang skill memasak.

And guess what, ini juga adalah antara tweet yang aku sendiri tulis beberapa tahun lepas. Ya, aku mengaku aku lah perempuan yang selalu trigger bila disebut bab memasak.

Bila aku nampak je ada tweet yang berunsurkan lelaki mengimpikan bakal isterinya pandai memasak,

Aku terus trigger dan tanpa segan silu membalas mengatakan dia kolot, menghambakan perempuan, perempuan sekarang juga bekerja, makanan boleh beli dikedai dan sebagainya.

Dan kata kata aku juga sering disokong oleh rakan rakanku (yang juga masih belum berkahwin ketika itu), juga disokong oleh wanita wanita lain yang tidak kukenali.

Kami sama sama mengutuk keras lelaki tersebut yang hanya menyatakan impiannya inginkan isteri pandai memasak.

Aku rasa kemenangan dan terpaling woman empowerment ketika itu. Padahal diri sendiri pun belum bergelar isteri waktu itu. Kenapa aku terlalu trigger?

Jawapannya.. aku tak pandai masak. Dan malas belajar memasak. Biasalah perempuan zaman sekarang lebih pentingkan benda lain berbanding memasak di dapur.

Aku pandai dan cantik. Malah gaji aku juga tak kurang hebatnya. Sepatutnya semua itu sudah mencukupi untuk berkahwin.

Namun prinsip hidup tentang bangga tidak pandai memasak ini kian lebur sejak aku bergelar isteri. Kenapa? Mari aku ceritakan.

Sebelum berkahwin aku dah cakap awal dekat husband ‘saya tak suka and tak pandai masak’.

Mujur, husband menerima dengan hati terbuka. Again, aku rasa sangat bangga diri apabila dapat husband yang langsung tidak menyuruh aku masak dan buat kerja rumah.

Siap upload status cakap Alhamdulillah dapat husband yang baik, memahami dan tak pernah sekali menyuruh aku memasak dan buat kerja rumah.

Kenapa? Aku nak orang baca dan nak buktikan bahawa ada je lelaki yang tak pentingkan skill memasak isteri.

Seronok rasa hidup. Ketika itu aku merasakan prinsip hidup aku ni sememangnya benar. Sampailah suatu hari suami aku bawa aku pulang ke rumahnya kerana ada gathering keluarga. Ini adalah gathering pertama untuk aku.

Keluarga family sangat moden. Sepupu sepupu dan adik beradik perempuan suami juga moden dan bekerjaya hebat. Shawl dililit cantik dan makeup heavy coverage. Masing masing tak ubah macam instafamous.

Aku juga boleh bergaul mesra dengan mereka. Ada yang bekerja sebagai doktor, academician, businesswoman dan sebagainya. Pendek kata tiada seorang pun yang menjadi housewife.

Aku sangat gembira dan lega kerana pada sangkaan aku, pasti mereka juga seperti aku bila datang bab memasak dan mengemas rumah.

Namun sangkaan aku benar benar meleset.

Pakaian cantik bak model instagram tadi ditukar kepada tshirt dan seluar track. Shawl yang dililit tadi dibuka dan rambut hanya disanggul tinggi.

Masing masing mula bergerak ke dapur sambil berbual bual mesra. Aku juga ikut sekali, namun aku sangat blur.

Aku lihat masing masing mula melakukan tugas tugas di dapur. Ada yang mengeluarkan barang barang basah dari dalam plastik ke sinki.

Ada yang menggeledah kabinet untuk mencari kuali dan periuk belanga. Ada yang mula mengasingkan bawang merah, bawang putih, halia dan pelbagai lagi di kitchen island untuk disiang.

Aku pula duduk dengan awkward, konon konon membelek ubi kentang.

Sungguh aku tak sangka disebalik kecantikan fizikal, pandainya berhias mengikut trend semasa, malah mempunyai pekerjaan yang hebat, mereka sebenarnya tahu sahaja untuk bekerja di dapur.

Mak mertua dan adik beradiknya (makcik makcik husband) pula datang ke dapur. Aku menjadi lagi gugup.

Ini lagi lah, kalau level adik beradik husband dan sepupu sepapat dia pun pandai memasak, tentu sahaja makcik makcik ni hierarki lebih tinggi apabila bab dapur.

Kami akan bergotong royong untuk masak mi kari dan nasi arab, kata mak mertuaku. Aku ditugaskan untuk siang bawang bersama dua orang lagi sepupu husband. Mereka sangat mesra, sambil menyiang sambil berborak.

Para perempuan duduk memasak didapur. Adakah para lelaki duduk bersenang lenang? Tidak juga.

Aku lihat husbandku dan pakcik pakcik, sepupu sepupu nya semua berada di laman, membakar arang untuk bakar sate, malah ada yang marinate ayam dan mencucuk daging diluar bersama sama.

Tapi aku dapat rasakan, walau hanya tugas sekecil ini pun aku sudah gagal. Mereka melakukan dengan sangat natural, manakala aku pula betul betul tekun. Bawang yang aku siang semua hodoh.

Aku buang 2 hingga 3 layer bawang kerana nak pastikan bawang betul betul cantik dan tiada tompokan bewarna coklat.

You guys know what? Aku rasa sangat kerdil di hari kejadian. Never in my life, aku rasa left out sampai macamni. Just because of cooking.

Yes, cooking. Prinsip hidup aku tentang tidak pandai memasak yang sangat aku banggakan dulu? Kini benar benar memakan diri.

Hanya sebab tidak tahu memasak. Sekarang aku stress, aku rasa seperti sangat terpinggir, confident level aku yang setinggi gunung sebelum ini dah jatuh menjunam ke laut dalam.

Aku mula rasa sangat menyesal kerana hidup berpaksikan prinsip tidak tahu memasak itu sesuatu yang urban dan boleh dibanggakan.

Memasak yang bagiku dianggap leceh dan kampung, sekarang dilakukan dengan penuh kegembiraan, keceriaan dan kecekapan oleh sebuah keluarga yang sangat moden. Malah lebih moden daripada keluarga aku sendiri.

This is it. Ini lah sebab utama aku menulis disini. Sungguh aku tak judge wanita wanita diluar yang masih menganggap memasak bukan kerja wanita, memasak bukan penting, and so on.

Sungguh aku tak judge. Sebab aku dahulu berfikiran sama seperti kalian. Namun akhirnya pengalaman hidup sendiri yang menjadikan aku menyesal kerana berfikiran seperti itu.

Guys, belajar memasak ni actually bukan untuk lelaki pun. Bukan untuk suami. Bukan untuk berkahwin. Tapi sebenarnya untuk diri kau sendiri.

Aik? Kenapa untuk diri sendiri pulak?

Just like macam pengalaman aku tadi, kalaulah aku ada walaupun sedikit kemahiran di dapur, aku takkan rasa down yang teruk. Aku takkan rasa terpinggir yang amat. Aku takkan stress setiap kali nak balik gathering dengan family belah husband.

Dan sejujurnya aku mengaku jelah, dulu masa aku terlalu sibuk trigger bila orang tweet nak wife pandai masak tu aku insecure.

Aku tahu aku tak pandai masak dan takda usaha untuk masak. Jadi aku menjadikan prinsip hidup ‘bangga tidak pandai memasak’ untuk menyedapkan hati sendiri saja.

Bodohnya kan?

Yang masih ada mak tu, aku nasihatkan belajar la sikit sikit dengan mak how to be domestic. Tak perlu belajar teruk teruk pun, yang basic pun ok. Nanti bila dah rajin, effort tu datang sendiri.

At least belajar dengan mak boleh terima lagi dia membebel and perli macam mana pun.

Yang menyesal,

– Izara (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen:

Netizen 1: Diakhirnya nanti apabila kita tua…pangkat..rupa…gaya yg urban tu semua tdk kekal lama…tdk mampu mengekalkan minat dan perhatian suami anak2 serta cucu…yg tinggal adalah skills dan kemahiran kita…dan yg paling utama menjadi ingatan anak cucu ialah lauk yg kita masak paling sedap…x perlu jd expert sampai semua lauk…atleast satu dua lauk yg hanya kita sahaja masak paling sedap akan menjadikan anak cucu mencari kita….urban ke kg ke…memasak dan airtangan seorang wanita mampu meningkatkan kasih syg suami dan anak cucu….so kalau x masak kau jangan pelik anak cucu x minat nak balik jumpa dan gembirakan hati kau…masa tu duit kau byk2 pun xde makna dik…x payahlah women empowerment sgt… hidup ni kena ada kemahiran dan memasak adalah kemahiran yg semua jantina perlu ada bkn sahaja utk survive tp demi silaturahim.

Netizen 2 : Aku memasak sebab nak jimat. Anak 3 orang hari2 makan luar gaji t20 pun boleh bengkok. Yg penting aku perasan anak2 yang makan air tangan ibu ni lembut hati dan terang hati. Tak susah nak jaga, susah sakit dan dengar kata. Even aku ada sorang anak mild autism.Sambil2 masak tu kita boleh doa2, zikir2. Kan mencari yang bersih dan halal tu sebahagian dari islam.

Netizen 3 : Ini lawak . berdekah2 aku gelak. Ibu ibu, isteri isteri ni memasak bukan sekadar memasak dik. Masak ni cara untuk mengekspresikan kasih sayang, penghargaan dan yang paling penting, time memasak kalau diselangi dgn zikir dan doa buat suami dan anak², besar pahala dan nikmatnya. Pada aku, selagimana benda tu tak memudaratkan dan mendatangkan pahala, buat jelah. Takyah ikut trend sangat. Lagipun home cooked food ni lebih jimat, terjamin kebersihan dan sah² halal, berkhasiat. Masaklah dik. Tak susah pun.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.