Aku seorang pegawai, suami kerja tukang kebun je. Tp dia asik jeles je dgn ex husband yg lg kaya dr dia. Igt aku ada hbungan suulit.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum semua pembaca… Aku kenalkan diriku sebagai MJ berumur dalam 30an, anak dah 3 orang plus one dalam perut dan bekerja dalam sektor awam.

Rasanya kalau tengok pada tajuk, korang mesti dah boleh teka kan masalan aku ni? Yer. Aku tak bahagia dengan PERKAHWINAN kedua ni walaupun baru nak masuk 6 bulan perkahwinan kami.

Ceritanya begini…. Aku pernah berkahwin sebelum ni. Dan perkahwinan pertama aku bertahan hampir 10 tahun.

Dan perkahwinan pertama… aku dikurniakan 3 orang anak. Yang sulong dah masuk 11 tahun dan bongsu berusia 6 tahun. Perkahwinan atas dasar suka sama suka dan merupakan cinta pertama aku..

Tapi…. jodoh kami tak panjang kerana banyak faktor luaran yang mengganggu sehingga menggugat perkahwinan kami.

Selama hampir 4 tahun lebih aku bergelar single mom. Anak² di bawah jagaan aku. kecuali yang sulong bekas suami ambil kerana itu syaratnya jika tidak mahu kes berpanjangan.

Tipulah jika aku kata aku tak terkesan dengan perceraian ini… Hampir 4 tahun aku tewas dengan perasaan. Dan dalam masa 4 tahun tu bermacam cara dah kami berusaha untuk berbaik semula. Dalam erti kata lain rujuk semula.

Tapi gagal kerana keegoaan masing²… Dan punca utamanya bekas suami tidak mahu berpindah mengikut aku ke kampung halaman.

Maka akhirnya kami membawa haluan sendiri. Tetapi kebajikan anak² tetap kami uruskan. Aku tidak menyekat hak dia untuk mengambil anak dan bermalam di rumahnya ketika cuti sekolah.

Atau dia menghantar anak yang sulong kepada aku bila tiba giliran aku… Dan hubungan antara kami masih berbaik atas dasar anak sehinggakan anak² tidak merasa sedikit pun kekurangan kasih sayang antara kami.

Jadi selepas 4 tahun… Bila kami tidak mampu memcapai kata sepakat untuk merujuk kembali. Akhirnya aku belajar untuk terima orang lain. Aku gelarkan dia Encik Z…

Aku kenal dengan encik Z ni pun sebab incharge kat tempat keje kenalkan. Kononnya kesian melihat aku kesedihan dan struggle nak membesarkan anak² yang masih kecil.

Sedikit latar belakang encik Z ni… beliau tidak lah berjawatan. hanya kerja sebagai tukang kebun di tempat aku bekerja dahulu.

Dan gaji beliau sangat jauh bezanya dengan aku. Tapi itu bukan menjadi persoalannya. Kerana aku bukan jenis yang memandang harta.

Dipendekkan cerita. Aku diperkenalkan dengan encik Z. Itupun incharge yang bagi no hp aku pada dia. Jadi aku sekadar melayan atas dasar tak nak hampakan harapan kawan.

Tapi sejujurnya hati aku belum bersedia untuk terima mana² lelaki masa itu. Jadi aku berterus-terang sahaja pada Z dan menolak dia secara baik.

Tapi Z tak berputus asa. Dia tetap memujuk aku dan berusaha untuk tawan hati aku. Dan dia melamar aku untuk menjadi isterinya. Tapi aku tetap menolak ketika itu. Sehinggalah aku dapat bertukar ke kampung halamanku. Hubungan putus sampai di situ.

Namun selepas beberapa bulan menghilang…. suatu hari pada raya tahun lepas Z menghubungiku semula dan bertanya jika aku sudah menikah. Aku jujur sahaja katakan bahawa aku belum lagi bernikah… Jadi selepas dari itu dia terus menghubungiku…

Dan aku melihat kesungguhan dia untuk menyuntingku sebagai isteri. Berkali-kali Z menyatakan hasrat dan mengajakku berkahwin walaupun suatu masa dahulu aku pernah menolaknya.

Dan akhirnya pada bulan Oktober 2021 aku terima dan kami sah menjadi suami isteri. Itupun aku terima dia selepas aku bagitau dia mengenai hubungan anak2 dan bekas suami masih baik. Tentang kekurangan aku…tentang pekerjaan aku yang tak mudah untuk bertukar

Jadi Z lah yang kene berpindah ke tempat aku Dan mengenai komitmen aku yang banyak hutang sehingga gajiku hanya tinggal cukup-cukup makan sahaja.

Z memahami dan berjanji untuk terima keadaan aku dan selepas kawen dia betul-betul berpindah mengikut aku Dan kami bahagia pada mulanya.

Namun keadaan berubah apabila suatu hari bekas suami mengirim hadiah Hp untuk anak lelakinya untuk memudahkan beliau berhubung dengan anak-anaknya tanpa perlu lagi melalui aku.

Dan jujur aku katakan selepas aku berkahwin… aku dan bekas suami memang tak pernah berwasap atau berhubung lagi hatta mengenai anak-anak.

Tapi Z jadi cemburu dan menuduh bekas suami cuba untuk pikat hati aku semula. Aku hanya mampu meminta maaf. Dan meminta anakku supaya tidak lagi meminta ayahnya untuk menghantar apa-apa hadiah ke rumahku. Kusangkakan isu tu selesai disitu.

Rupanya isu bekas suami datang ke rumah mak aku untuk mengambil anak-anak juga menjadi isu. Sedangkan rumah mak dan rumah aku hampir 3km jaraknya. Dan aku langsung tak pernah berjumpa bekas suami.

Tetapi Z marah-marah dan cakap bekas suami saja nak datang amek anak padahal ada niat lain. Sumpah aku tak sangka begitu sekali pemikiran Z.

Sehinggalah kemuncaknya baru-baru ni Z mengungkit semuanya. Katanya aku masih ada hubungan sulit dengan bekas suami.

Menuduh aku berhubung dengan bekas suami secara senyap dan mengatakan bahawa aku masih menyimpan perasaan terhadap bekas suami…

Lebih kecewa apabila Z menuduh mak dan ayahku melebihkan bekas suami kerana bekas suami lebih kaya dan berjawatan berbanding dia.

Aku sangat kecewa kerana sekarang aku sedang mengandung dan aku alami alahan yang teruk. Sehingga berat turun, berlaku pendarahan, aku langsung tak boleh makan nasi. Hanya bergantung dengan roti atau biskut.

Tetapi Z mengatakan aku kurang melayaninya kerana masih ada perasaan dengan bekas suami. Sehingga Z menngugut akan keluar rumah dan meminta anak dalam perut ni untuk dibawa balik ke kampungnya.

Sekarang ni aku sangat tertekan kerana kecewa dengan tuduhan Z yang terus-terusan tanpa memikirkan aku yang sedang mengandung.

Katanya selepas anak ni lahir dia akan ambil bawak balik ke kampungnya. Dan aku keliru samada itu lafaz taklik atau tidak. Kerana aku katakan padanya itu dah macam taklik.

Dan dia kata dia tak kisah daripada dia rasa seperti tak dihargai jika dalam hati aku ada orang lain.

Sehinggalah aku hilang sabar dan aku katakan bahawa aku tak kisah dengan semua ugutan dia. Sekiranya Z nak bercerai aku setuju dan anak dalam kandungan ni mahkamah yang akan tentukan hak jagaan.

Terus Z terdiam. Dan mula memujuk aku dan mengatakan bahawa dia hanya bergurau.

Dan sekarang dia mula psiko aku. Dalam wasap menghina aku. Tapi bila di rumah dia cuba nak buat baik. Tapi hati aku betul-betul dah rasa tawar hati dan hilang perasaan terhadap Z. Rasanya samada berkahwin atau tak… takde perbezaaan bagi aku…

Malah makin rumit bila Z pernah mengungkit tentang gajinya yang sedikit sehingga dia menuduh aku menghina dia sedangkan demi Allah aku tak pernah menghina dia. Kerana itu aku berkahwin dengan dia. Kerana aku sudah sedia maklum tentang gajinya yang sedikit.

Dan aku langsung tak bebankan dia dengan segala hutang piutang aku. Semuanya aku bayar sendiri dan dia hanya perlu memberi nafkah sebulan RM300 sahaja mengikut kemampuannya. Tetapi aku dituduh dan difitnah sehingga sedemikian rupa.

Dan sekarang aku hanya cuba untuk teruskan hidup aku…. Walau Z kerap menyakitkan hati aku kemudian cuba berbaik semula. Aku dah hilang rasa hormat dan sayang pada dia. Dan aku buntu ape yang harus aku lakukan.

Ku sangkakan perkahwinan kedua menbawa bahagia dan membalut kedukaan aku yang dulu selepas 4 tahun hidup sebagai single mom.

Rupanya perkahwinan kali ke 2 lagi teruk apabila terus-terusan aku dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dan aku benar-benar kesal kerana mengakhiri zaman single mom ku dan Akhirnya kekecewaan lebih teruk dari perkahwinan pertama. Maruahku dipijak-pijak dan aku dituduh isteri yang tak setia.

Maaflah kalau cerita ni agak serabut dan panjang. Kerana aku tak tahu bagaimana untuk bercerita… Harap pembaca semua boleh bagi kata semangat dan nasihat yang berguna untuk aku.

– MJ (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Salam,

Bila kita ada kemampuan, bila kita ada keyakinan, kita boleh memilih dan kita boleh bertegas.

Katakan pada suami, kita tak suka apa yang dia buat. Kita beritahu sekali. Lepas tu, dia buat lagi… cakap kat dia, saya tak suka abang buat gini, dah dua kali saya beritahu. JANGAN sampai saya ulang kali ke 3.

Kemudian, katakan pada dia, jangan tuduh/maki/hina saya. Letak satu surat taklik dan kita minta dia bacakan dan tanda tangan setuju, kemudiah pi sahkan.

Contoh ayat :

“Saya [letak nama suami] bertaklik, jika menuduh isteri ada hubungan lain tanpa bukti, atau menghina isteri atau memaki isteri, jika isteri mengadu ke mahkamah syariah, maka, jatuhlah talak satu ke atas [nama isteri], isteri saya”

Jika nak hubungan harmoni, kena pastikan dia berubah sikap. Jika tak berubah, tiada makna nak teruskan perhubungan yang sangat menyedihkan gini.

Semoga bahagia yer. Selamat berpuasa.

Netizen 2 : Haaa…ayat “saya tidak memandang rupa dan kewangan pasangan” lah yg selalunya menjerat wanita dalam perkahwinan yg bermasalah..bagi makcik nak pilih suami lagi2 Kali kedua kena pilih lbh teliti Dari pertama ..kena utama soal penerimaan anak2 Dan bekas pasangan…ke pastikan dia mampu kewangan tanggung kita…kena pastikan sekufu pendidikan dan latarbelakang keluarga…ehhh byk bendalah nak fikir..pesan makcik buat ibu2 tunggal di luar sana ..kalau Kali ke2 ni…jangan guna falsafah “saya x kisah nak susah senang dengan bakal suami”…korang dah cukup lama susah..x payah cari susah lg…cari yg senang2 je dan yg boleh menenangkan x kiralah bab perangai atau bab duit…hidup kita x lama dik…nangis dalam kereta lebih selesa Dari nangis atas basikal tepi jalan panas terik plak tu?!!.yang faham2 lah…

P/s: makcik pernah jd ibu tunggal 7 tahun…

Netizen 3 : Pertama.screenshot semua msj menghina suami pd awk.simpan dlm album dlm fb.jgn bgtahu suami. benda tu berguna utk bcerai nanti. Kedua.setiap kali suami berkata2.siap sedia dgn rakaman video.kalau ada unsur hinaan ugutan.rakaman tu juga simpan dlm album facebook.private kan.only me. Kalau dh 2kali awk dikecewakan lelaki.sudah2 la hidup bsuami. Single kan lagi baik. Tak perlu masak utk suami.tak perlu melayan ats katil. Hidup tak terkongkong. Kalau dpt yg ok syukur. takut dpt yg teruk.cukup la 2 pengalaman tu.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.