Aku suka dduk kitchen sbb ramai makcik2, bos jarang round sini. Bila makcik ajar buat, makin seronok aku kerja situ.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum semua. Harini aku nak cerita pengalaman aku bekerja di kilang bahulu dekat kampung aku. Dulu-dulu lepas balik sekolah masa form 4, form 5 aku buat part time.

Masuk pukul 3 petang sampai pukul 6 petang. Dapatlah kumpul seminggu beberapa puluh ringgit. Hujung minggu naik bas loceng gi pekan ngan member, hahaha.

Rutin pertama sampai tu aku akan pakai apron lepas tu menyapu sekeliling kawasan pembungkusan bahulu kat belakang dan juga ruang jualan kat depan.

Kemudian duduk dekat meja panjang ramai-ramai start packing bahulu. Ada dua jenis bahulu satu bahulu ikan satu bahulu cermai.

Masukkan dalam plastik, susun sebaris sebaris kemudian lipat hujung plastik supaya tak masuk angin dan tak berterabur susunan bahulu tu dan lapis-lapiskan dalam bakul sampai penuh. Dah penuh kita tolak ke kawasan sealing untuk seal hujung plastik kemas-kemas.

Selesai seal, susunkan plastik plastik tadi dalam kotak mengikut tempahan customer. Kat kilang tu biasanya ada tempahan kenduri kahwin, tempahan pemborong pasar tani, pemborong kedai dan pasaraya, dan juga untuk jualan langsung dekat kilang.

Kotak-kotak tu akan dilabel dan ditanda tarikh penghasilan dan tarikh expired.

Kalau aku kerja hujung minggu seronok sebab aku suka masuk kitchen kacau makcik-makcik buat bahulu. Kadang tu depa ajar aku cara sudukan adunan bahulu ke dalam acuan. Pagi biasanya akan sediakan telur 30 biji satu adunan.

Basuh telur bersih-bersih dan susun dalam bakul. Banyak berbesen-besen kitorang pecahkan telur dan susun dekat meja. Lepas tu timbang tepung dan gula. Kemudian baru start membancuh adunan bahulu.

Aku suka duduk dekat bahagian kitchen ni sebab banyak sangat dapat belajar dengan makcik makcik ni.

Disebabkan aku selalu melencong ke bahagian kitchen, bos pun bagi kepercayaan pada aku untuk membuat kuih bangkit pada setiap hari sabtu. Bangkit kami warna putih, pink dan hijau.

Partner aku ada sorang budak ni nama angah. Dia muda setahun dari aku dan samalah anak orang susah macam aku. Dia pun sepesen suka gi melencong kat area makcik makcik ni hehehe.

Memula tu cikyah ajar kitorang cara membancuh bangkit. 2 kali ajar kitorang dah handle sendiri lepas tu. Dari timbang bahan bahan, bancuh, terap ke dalam loyang besar,jemur kuih dan membakar dalam oven besar.

Lepas siap tu kemas semua peralatan, basuh, dan simpan di bilik simpanan loyang. Lepas tu pack kuih bangkit mengikut kuantiti dia dalam plastik. Sama lah macam proses packing bahulu tadi seal, label apa semua.

Selain tu aku ada belajar cara buat kuih gunting perisa udang perisa bilis, kuih tiram, buat rempeyek kacang dan kuih ros goyang, menggoreng kerepek melinjau.

Yang ni dekat department lain pulak. Tapi still lah makcik makcik punya kawasan. Anak-anak dara memang kat sini di bahagian packing dan jualan je.

Tapi aku ngan angah ni kan pesen kuat melencong dalam kilang haha. So, kalau ada makcik yang mc masa kitorang kerja automatik bos suruh kitorang gi ganti kat belakang hahaha. On aje.

Riang gembira wei kalau bos suruh tu. Hahaha sebab kat belakang bos tak round mana kan orang tua ramai. Kat depan ni bos tunggu sebab bebudak kan.

Lagi satu pengalaman berharga yang aku dapat ialah membuat jem nenas untuk bahulu gulung. Mula-mula tu aku kacau cik Bastiah je masa dia kupas nenas. Lama-lama aku yang buat benda alah tu. So cik Bastiah dapatlah setelkan kuih ros dia cepat haritu.

Jem nenas ni kita kupas semua nenas dulu. Dalam 2 guni nenas lah untuk satu kawah tu. Siap kupas nenas kita kena parut buah nenas tu guna mesin kelapa.

Aku biasa dah guna mesin kelapa kat rumah sebab kalau aku tak tolong mesin kelapa time mak aku nak masak nanti dia memetir hahahhaha.

Cucuk kayu khas dekat bahagian empulur nenas tu. Nenas tu dibiarkan dalam bentuk asal cuma buang kulit je. Lepas tu mesin lah sekeliling nenas sampai ke pangkalnya. Dah tinggal sikit tu kena hati-hati sikit takut termesin kayu tu pulak kang terpelanting kena muka kan bahaya.

Pakai sarung tangan 2 lapis wei. Kadang time aku buat tu bos berdiri kat tepi bebel-bebel. Ko hati-hati ye. Buat kerja jangan gopoh-gopoh ye.

Haa gitulah dia pesan. Siap mesen semua kita pun masukkanlah semua parutan nenas tadi ke dalam kawah besar. Masukkan gula ikut sukatan dan beberapa bahan lain. Pastu hidupkan api sederhana. Kejap-kejap kaup balik nenas tadi supaya tak hangit kat bawah.

Tunggulah situ sampai siap. Sambil-sambil tu gi basuh lah peralatan lain yang kotor. Sapu sapu kawasan keliling sikit, kadang gi merewang keliling hahahha pastu gi cucuk pinggang Lek Pon (makcik jawa) kadang pinggang cikyah lepas tu kena lah senduk dorang hahahha.

Seronok duduk dengan orang tua ni nanti dorang selalu doakan kita macam-macam. Salah satu doa yang aku ingat Lek Mun kata Lek doakan engko nanti dah beso kawin dengan orang kaya. Nanti ko tak susah dah kena kerja kerja macam ni.

Kerja macam Lek ni dah tua-tua. Hehe kita budak kan masa tu duk sengih lah bila orang sebut pasal kawin. Gatal hahaha. Aamiin Lek.

Terima kasih, makbul doa Lek. Sayang Lek hehe. Lepas gitu kena cubit aku hahahha.

Kilang ni banyak memberi peluang pekerjaan kepada para ibu di sekitar tu.

Ada ibu tunggal, ada warga emas dan ada juga pelajar praktikal bahahian berkaitan daripada politeknik, ILP, uitm, kolej komuniti dan seangkatan dengannya. Ada macam-macam produk yang dihasilkan oleh peniaga iks juga.

Kilang ni antara one stop centre yang bntu memasarkan produk pegusaha kecil-kecilan. Ada pelbagai pilihan kerepek yang orang hantar.

Ada juga produk sos cili buatan penduduk tempatan, kuih muih tradisional seperti kuih sepit, kuih cakar ayam, ada dodol dan lain-lain.

Favourite aku antara banyak ni adalah kerepek tempe dan kerepek melinjau. Emmm sedappp. Kalau terkena turn aku packing benda alah ni satu masuk plastik, satu masuk mulut hahaha.

Jangan risau bos baik dia kata makanlah ko nak makan tapi jangan habiskan kerepek aku hahaha savage lah bos.

Kita timbang ikut berat dia lepas tu seal. Masuk kotak dan label. Ada juga orang beli dalam guni bundle kerepek kerepek ni sebab nak buat untuk jual ataupun nak buat kenduri.

Jadi kalau kita pack kena lah cermat, tak boleh kasar campak campak barang kangpecah kerepek tu.

Seal pun ada cara untuk pastikan gelembung berudara plastik tu so plastik tak mampat antara satu sama lain bila disimpan dalam kotak.

Kalau kena jaga ruang jualan awal pagi tu stanby kain untuk lap rak demi rak. Tepek harga tepek expired date. Kira balance dalam kotak di store simpanan tu.

Lepas tu susun susun susun barang. Aku memang suka bahagian susun menyusun ni. Bila rak penuh kan macam satu kepuasan aku rasa.

Kedai nampak meriah dengan barang. Pengunjung nak membeli pun jadi rambang mata nak ambil beli semua. Aku rasa lah gitu kot perasaan dorang sebab aku pun gitu juga tak boleh nampak barang banyak geram nak beli semua hahahha.

Time cuti sekolah bulan 11 dan 12 aku masuk full kat situ. Banyak sikit dapat boleh buat beli keperluan sekolah tahun depan. Ada masa-masa layan customer membeli. Ada masa duduk dekat belakang. Ada masa pergi tolong abang Kuda kemas stor hahhaa.

Sebab dia ejek aku mata macam ayam. Aku panggil dia kuda. Sebab hidung ko macam kuda hahaha. Dia ni driver lori kecik kat kilang. Ada lagi sorang akak ni umur dia lewat 30 an tapi dia jenis masuk air.

Aku panggil dia kakak kuda hahaha sebab selalu je menyakat aku sama je macam abang kuda tadi. Kilang ni selalu dapat lawatan dari budak sekolah, lawatan koperasi, lawatan fama, geng geng cik kiah ke kelana jaya hihihi dan seangkatannya lah.

Jadi yang muda muda dan berkeyakinan cam aku dan angah ni, cewahh, selalu lah on floor kat ruang jualan dan bahagian belakang untuk beri penerangan kepada pengunjung. Jangan risau, bos kami pintar, dia siapkan teks dah kita tinggal deliver je.

Aku rasa cam present depan class time bawa pengunjung melawat kawasan dalam kilang. Syukur benda gini banyak develop confident level dan soft skill aku. Sangat berguna semasa alam universiti dan alam pekerjaan.

Dah dekat lebih kurang 16 tahun berlalu, aku pun dah merantau bekerja di negeri orang. Kalau balik cuti ada gak gi melawat kilang tu. Gi beli ole-ole untuk bawak balik kat kawan-kawan.

Kilang pun dah semakin maju, semakin besar. Dah jadi wisma pun sekarang. Ada lah dua tiga orang je lagi makcik yang masih setia bersama kilang tu. Ada juga makcik yang dah dijemput Illahi.

Rindu tempat tu. Tempat yang banyak mendidik dan menjadikan diri aku, aku yang sekarang.

Ok, insyaAllah ada kelapangan nanti aku cerita pengalaman lain aku bekerja dekat kantin sekolah cina, jadi jaga, dan barista.

Assalamualaikum, terima kasih.

– Cicak kobeng (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Seronoknya baca. Suka penceritaan TT. Rasa mcm aku ada kat kilang tu sendiri, alami apa yg TT lalui. Thanks tt. NAK LAGI, NAK LAGIIII. CERITA LA LAGI

Netizen 2 : Nanti nak didik anak juga habis SPM sementara tggu result, kerja kat pam minyak ke, fast food ke. Belajar utk bertanggungjawab, bergaul, timba pengalaman

Netizen 3 : Best sngt baca..rupanya dh 16thun brlalu..sya mnngis..tahniah ntuk tt..sya yg ibu muda suri rumah ni terinspirasi..nikmati masa² skrng ntuk dikenang akn dtng…bnykkn brsyukur dri merungut..penat skit tkpa..semua ni ladang pahala.. Alhamdulillah

kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.