Aku xsuka masak, smpai suami kurus, family mertua perli2, bila geram, aku blasah suami. Bgus juga suami m4ti , xyah bercerai.

Foto sekadar hiasan : Salam semua… Nama aku Halia, aku dibesarkan di kampung tapi berlagak macam orang bandar.

Aku kahwin sebelum 30 dengan rakan sekolej dulu. Aku agak berisi dan suami kurus kering, anak-anak kedidi.

Syukur laki aku suka masak, jadi aku tak risau dia kelaparan. Tapi, orang nampak yang aku ni tak jaga makan suami dan anak sebab mereka kurus. Jarang lelaki yang dah kahwin kurus.

Aku ni berisi sebab dah beranak tiga kali. Masa anak dara kurus tinggi macam model. Sekarang sihat kerana aku jaga pemakanan. Apa yang anak tak habis makan aku makan.

Aku memang tak suka masak bukan tak pandai. Kadang-kadang bila aku ada rasa nak masak, sedap dan menjadi saja, tapi anak aku memilih makan.

Nasi nak kadang-kadang saja, lauk yang sedap-sedap seperti ayam goreng pun tak suka. Jika buat gulai atau tumis lagilah tak nak. Sup sayur no. Yang dia nak, kicap. Kicap pula nak kicap manis cap itu saja.

Udang, ketam, sotong, tak payahlah masak, penat saja mereka tak makan. Suami jenis tak kisah. Aku semua boleh.

Rasa dah senang hidup. Rupanya, masaklah kau. Kau menjadi bahan umpatan, sindiran, kecaman dari pihak yang suka masak dan makan….

Siapa lagi yang suka nampak salah ibu dan isteri ni jika bukan keluarga suami.

Yelah, cucu mereka yang lain gemuk. Kuat makan. Jadi mereka anggap aku tak pandai masak, malas.

Yang sedihnya, aku jadi tak pandai masak bila berada di rumah keluarga suami. Kekok. Buat ini salah, itu tak betul. Kemudian tak menjadi.

Sampai terdengar ayat, kau ni tak pandai masak ke. Kalau aku tak masak macam ni. Garam murah sebab tu masin. Aku tak makan ni.

Satu lagi, jika mak pak sepupu mereka berkumpul di rumah tok mereka. Meriah. Aku lagi tak mampu nak masuk dapur, penuh. Jadi aku yang ada anak menyusu ni duduklah dalam bilik.

Eh terdengar pula mereka mengumpat, sedap betul, sampai gelak buat lawak bab tak pandai masak. Kalau tak mengata kita kita tak terasa.

Satu lagi, ada pula menantu pilihan yang asyik kena puji pandai dan sedap masak. Terasa kita ni. Kadang-kadang waktu mereka berkumpul makan aku tak campur, konon anak meragam…

Makan lambat habis pula lauk sedap… Takpalah bukan lama sangat nak kebulur. Nanti balik rumah sendiri bebas melantak.

Tapi, kita ni mana boleh berlapar sangat, menyusu anak kan. Jadi, kena tebal muka, duduklah makan sama… Ada pula yang sembang menantu baru dia pandai sangat masak, rajin berjual pula…

Semua buka cerita… Meluat aku. Tetiba mak mertua aku buka cerita yang tak wujud kononnya ada menantu si polan ni tak pandai masak, kasihan laki bini malas masak. Mati selera nak makan.

Anaknya pun sama (ipar) pandai reka cerita hakikat nak kenakan aku. Aku bila sakit hati menyumpah dalam hati ni, aku perasan ada yang menjadi. Padan muka.

Mereka semua sedang menjamah daging bangkai busuk, dosa mengumpat. Bukanlah aku tak ada dosa mengumpat.

Belakang-belakang balik rumah mak aku, habis aku burukkan keluarga belah dia ni… Macam-macam sampai bab kebersihan… Jadi, ni kira karma la. Mendapat.

Mereka ni sebenarnya rajin masak. Kalau masak tak cukup dua lauk. Sepuluh agaknya. Walaupun rajin masak banyak lauk, tak sedap mana pun.

Aku yang jarang masak perasan lagi sedap kalau buat tu, yang sangat pasti air tangan mak kandungku paling terbaik..

Mereka pengotor sikit… Sayur, ikan, daging bukan basuh bersih sangat… Potong atas lantai kadang tu lantai kotor.

Tangan tu bercincin pun duk uli tepung buat donat… Lepas masak berminyak sana sini, sampah penuh lambat buang. Nampak tak kenapa aku rela tak masak. Malas kemas.

Aku ada kerja sendiri di luar, ada duit sendiri, jadi tak berkira nak makan beli. Walaupun tahu air tangan lebih berkat tapi dunia sekarang bukan macam zaman dulu, tak banyak kedai makan, gerai kuih, penghantaran depan rumah..

Jadi tak mahu masak dan tak suka masak tu bukan asing. Aku ada juga order makanan untuk rasa selamat tak masak bila di rumah sana tapi kena sindir juga…. Membazir, pandai order saja.

Jadi, aku ni boleh tertekan balik rumah keluarga sana, mentua ipar… Isu masak barukan. Aku tak suka masak tapi aku suka kemas. Eh, aku basuh pinggan periuk semua.

Tapi ada satu hari tu masa kenduri, aku tak tolong bab masak, tapi aku duk basuh banyak pinggan di sinki, kemudian ada menantu lain (a) tolong sikit… Tak lama waktu aku duduk, tok dia sembang dengan keluarga lain kata a yang duk basuh kat sinki.

Nama aku, kosong tak buat apa. Dipandang kosong. Mereka pandang aku tanpa rasa senang gembira, macam aku ni kalau balik kampung tu hanya menyusahkan.

Jadi, aku tak sukalah balik kampung. Tak ikut hari keluarga. Hubungan tu renggang sebab isu remeh. Sakit kan hati kena perli, sindir, kutuk depan-depan. Aku ngumpat mereka belakang-belakang saja.

Sampai ada rasa nak berpisah dengan suami sebab tak suka keluarga dia, sedangkan suami baik dan bertanggung jawab.

Sekarang ni aku yang tak baik saja cari pasal nak gaduh dengan laki supaya saling membenci ada sebab nak bercerai. Hal kecil aku boleh belasah laki.

Bila marah tu macam kena rasuk lupa yang berdosa tak taat suami. Marah caci-cacilah keluarga dia. Dah tertekan kan.

Entahlah, teruk benar kisahnya. Sampai terfikir kalau laki aku ni m4ti bagus juga tak payah bercerai. Uh, patutkah aku bercerai. Dosakah aku tak mahu dan tak suka masak.

Moga ada nasihat dan doa kalian yang boleh menyelamatkan bahtera ini. Terima kasih.

– Makcik Halia (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Bagus awak nak jadi diri sendiri.. dikurniakan suami yg tak kisah awak masak ke tak.. asalkan rumahtangga bahagia..

Tapi soal mertua tu, kalau bagi saya la kan.. mesti la sy nak mertua sy pandang sy ni pandai jaga anak nya.. buat2 je la busy, tolong kat dapur.. benda tu bukan selalu pun, sekaligus dpt amik hati mertua.. tak salah pun rasanya tunjukkan effort tu depan mertua.. nati dia tengok pun, sejukkk je hati menantu rajin ke dapur..

Kan nak hubungan yang baik2 je.. semoga maju jaya..

Netizen 2 : Dikkk..pembuka cerita adik tu buat akak tersentuh sedikit ” orang kampung berlagak orang bandar” jgn buat andaian sebegitu dikk..akak org bandar , dibesarkan sepenuh nya di bandar, tak pernah ada pengalman hidup di kampung …tapi emak ayah didik bemda basic ..masak utk keperluan dan kemandirian diri, ringan tulang, pandai la belajar menyesuaikan diri..di takdirkan akak kahwin org kampung…syukur bole sesuaikan diri..walaupun bukan sempurna namun cuba la berbaik baik dan selalu bersangka baik…jaga muka mak bapak didik kita..jgn pula mereka terpalit dikatakan tak pandai didik anak..its ok adik malas masak kat umah semdiri..tapi pls show your efffort cuba bergaul jgn dicipta segala alasan menjauhkan diri. Moga baik baik buat adik..

Netizen 3 : Walaupun aku ni takdak laki/mertua etc. Tapi aku nak gak menyelit

1. Kena jaga kesihatan ‘mental’ sendiri, jangan biarkan lama2, nanti melarat. Zaman sekarang ramai orang depresi. Tak kisah lah apa tanggapan orang lain, sayangi la diri sendiri dulu. Sebab kalau kita depresi, orang kutuk jugak nanti, serba tak kena kalau pikir tanggapan orang.

Sebenarnya banyak lagi point aku nak tulis, tibe aku rasa malas, kang TT tak Bace pulak.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.