Aku xtakut bini tp mls nk gaduh. Bila bini marah2, aku masuk kereta jerit kuat2 utk lpaskan geram. Akhirnya aku nekad.

Foto sekadar hiasan : Hi semua. Saya Encik K, berumur 30 an dan mempunya anak 3 orang dan sudah berkahwin selama 10 tahun. Saya berkerja di utara tanah air dan isteri adalah penjawat awam.

Saya sangat memerlukan bantuan kalau ada sesiapa yang pakar dekat sini. Masalah saya adalah isteri saya seorang yang panas baran.

Kami selalu bergaduh disebabkan hal hal yang kecil saja, yang boleh berlarutan sampai berhari hari hingga lah berbulan bulan. Dalam seminggu mesti ada “cooling war” dari isteri saya sebab benda yang sangat remeh temeh.

Contoh paling mudah hal yang kecil isteri saya marah, bila kami hendak keluar beli barang basah, dan isteri saya suruh pergi ke pasaraya aeon pukul 10 malam, dan saya cakap aeon biasa pukul 9.30 dah siap2 nak tutup.

Then, dia akan trigger dan marah cakap saya tak pernah nak dengar cakap dia padahal saya memang tahu aeon memang tutup.

Selalu kalau jadi macam ni, walaupun saya di pihak yang betul, saya terpaksa ikutkan jugak pergi ke aeon tu dengan berharap aeon memang tutup.

Kalau tutup saya selamat lah dari kena marah, tapi kalau tiba tiba pasaraya tu bukak, memang teruk la saya kena marah.

Bila 3, 4 tahun dah jadi macam ni, saya mula berhati hati bercakap dengan isteri, saya tidak boleh argue atau question apa apa dari dia, saya hanya kena ikut saja apa yang keluar dari mulut dia.

Sehingga perbualan normal sudah menjadi tak normal, bila saya sendiri rasa saya berbual dah tak mesra dan rasa awkward sebab saya kena berhati hati tak nak bagi dia trigger dan marah.

Dan bila saya jarang bercakap sebab asyik kena marah, isteri pulak marah saya cakap saya dah kurang bercakap dengan dia, cakap saya selalu tengok tv saja,sedangkan bila bercakap dengan dia, selalu akan ada point yang trigger dia untuk marah walaupun saya dah cuba berhati hati.

Marah dia bukan marah biasa, walaupun benda simple macam kes aeon tu, dia akan bagi cooling war dekat saya berhari hari, sampai dia sendiri rasa nak bercakap dengan saya.

Dalam keadaan cooling war tu, saya masih layan dia seperti biasa, cakap baik baik tapi dia tetap akan jawab dengan kasar.

Benda ni akan stop bila dia sendiri rasa sejuk hati, tapi benda ni ambik masa lama, kadang kadang sampai berbulan pun ada.

Pada awalnya, saya lebih kepada memendam sebab saya tak mahu jadi lagi teruk, kalau saya argue lagi, nanti dari cooling war dua tiga hari akan jadi seminggu atau lebih lagi.

Tapi, saya silap, saya sepatutnya bagitahu saya tak suka bila asyik kena marah benda benda yang tak sepatutnya kena marah, saya hanya pendam dan cuba melupakan.

Tapi tak sangka ia menjadi barah dalam diri saya. Sikit sikit timbul rasa benci terhadap isteri saya. Dulu, apabila kena marah, saya rasa sedih, tapi sekarang saya mula rasa benci sangat. Saya rasa saya dah tak boleh hidup begini, hubungan ini sangat toksik.

Saya pernah sekali meluahkan kepada isteri, tapi akhirnya saya dipersalahkan kerana saya yang dituduh tak faham perasaan dia dan saya yang trigger amarah dia.

Sejak hari tu, semua nya saya pendam saja sampai menjadi barah. Bila saya kena marah, saya akan masuk kereta, saya akan jerit kuat2 dalam kereta sorang sorang nak lepaskan kemarahan dan kebencian saya.

Saya sudah tak nak hidup begini. Tetapi apa yang meghalang saya adalah saya terlalu sayangkan anak anak, saya tak boleh nak hidup tanpa mereka.

Tapi saya tak nak jugak hidup seperti ini, hanya jadi mangsa amarah orang lain, sampai perasaaan saya, amarah saya, penat saya, saya hanya mampu pendam sendiri.

Saya nak berpisah tapi saya tak mampu hidup tanpa anak anak, inilah dilema terbesar saya, 10 tahun saya bertahan kerana anak anak.

Saya percaya mesti ada follower akan cakap isteri jadi macam tu sebab isteri yang buat semua dalam keluarga. So far, saya setiap bulan tak pernha miss nafkah rm650 untuk dia.

Dan semua perbelanjaan kelauarga ditanggung sepenuhnya walaupun isteri saya juga berkerja. Duit gaji dia semuanya milik dia, dan saya bagi tambahan nafkah wang rm650.

Setiap hujung minggu kami akan keluar berjalan jalan dan makan semua di luar, dan kadang check in hotel dan pergi bercuti ke seluruh negeri dalam malaysia.

Mohon bantuan pakar apa yang patut saya buat. 10 tahun macam ni, saya rada sangat sakit tapi sakit yang tak boleh diubati. Sehingga saya selalu membayangkan lebih baik saya kem4langan saja setiap kali saya memandu ke tempat kerja.

Selama 10 tahun hidup, tak sampai 5 kali pun dia mintak maaf dengan dia, tapi saya punya side dah beratus kali saya mintak maaf dengan dia, minta maaf tanpa saya tahu pun apa salah dia bila tiba tiba kena cooling war.

Saya tak berniat mengaibkan sesiapa, tapi saya betul betul perlukan pertolongan, tiap masa rasa asyik nak menangis saja.

Terima kasih..

– Encik K (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Kesiannya. Cuba solat berjemaah sama-sama. Lepas solat, salam & bermaafan, tak kiralah tengah bergaduh atau tidak. InshaAllah lama-lama akan lembut hati, baik suami atau isteri. Bergaduh itu normal, tapi jika terlalu kerap/ambil masa lama nak berbaik, itu tidak normal.

Baca al fatihah sambil tiup/sapu di ubun-ubun isteri, doa agar dilembutkan hati. Atau baca mana-mana ayat di bawah ini, selepas solat, atau sapu di ubun-ubun untuk lembutkan hati pasangan & kuatkan ikatan InshaAllah.

Surah Al-Syura (ayat 19) / Surah Taha (Ayat 1-8) / Surah Taha (Ayat 39) / Surah Ali-Imran (Ayat 31) / Surah Al-Qadr / Surah Al-Insyirah / Surah Ali-Imran (Ayat 200) / Surah Yusuf (Ayat 4) / 7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar)

Niat dan doa pada Allah SWT agar pasangan sejuk & lembut hati. Wallahualam.

Netizen 2 : Isteri confessor seorang yg narcisistic. Org begini sukar berubah kerana itulah personaliti dia yg sebenar,dia rasa dia sentiasa betul sahaja.cakaplah macam mana pun, dia tetap rasa dia betul.Sungguh sukar situasi confessor.Sy cadangkan jumpa psikiatris jk nk kan perkahwinan lebih harmoni.Isteri tak kan mengaku dia ada masalah. Pandai2 lah buat alasan utk jumpa psikiatris…contoh, confessor boleh kata confessor ada kemurungan dan Dr nak bercakap dengan isteri. Best of luck.

Netizen 3 : Rasa dia dh hilang hormat pada encik. Mgkin encik kena terus terang sambil menangis dpn dia. Beritahu dia utk berubah atau encik terpaksa lepaskan dia. Kena bg dia sedar yg encik pun ada perasaan utk dijaga, bkn dia seorg je ada perasaan. Org prmpuan ni kdg2 dia take things for granted sbb suami baik smpai dia pijak kepala. Satu lg, baca ya latif 100x everyday sambil minta Allah lembutkan hati isteri.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.