Foto sekadar hiasan : Hai, nama aku Farehah dan umur 33 tahun. Still single dan bekerja sebagai pembantu guru tadika swasta. Kat sini aku tak nak cerita pasal budak-budak kat tadika.
Aku nak cerita pasal anak buah aku yang bernama Iris yang barusia 10 tahun.Kenapa dengan anak buah aku yang seorang nie?
Dia nie anak Abang aku yang nombor 3. Iris anak sulung dan ada adik lelaki seorang. Kalau diikutkan budak kan, bukan macam kita yang dah besar panjang, dah cukup besar nak fikir baik buruk. Dia belum berakal.
Tapinya, jangan jadikan kerana budak-budak tahu apa nie umpama lesen nak buat sesuka hati. Umur baru 10 tahu, tapi dia punya biadab tue hantu pun surrender. Belum lagi dengar dia melawan cakap orang. Panas hati weyh. Iris nie dia tak boleh orang usik or bergurau sikit dengan dia.
Kita kadang sakat dia, siaplah kaki dia terbang. Paling tidak dia “puihhh” kita nie tak kira siapa. Garang bukan main. Ibu dia takde garang pun. Abang aku pulak dia tegas jer, bukan garang or baran.
Iris nie tak tahulah ikut siapa punya attitude. Kat sekolah, dah berapa kali Abang dengan Kakak ipar aku kena panggil sebab Iris pvkul pelajar sekelas dia. Adalah sampai lebam dikerjakan. Sebab kawannya usik dia. Abang dengan Kakak ipar aku dah tak tahu nak buat apa.
Pergi berubat dengan Ustaz pun sama jer. Takde perubahan. Dengan adik dia, Ikmal lagilah. Kadang takde angin, takde ribut dia bedebukkan muka adik dia. Kadang si adik berjalan, dia tolak. Cuma yang aku frust sikit, Kakak ipar aku nie tegur pun entahlah. Macam tak menegur.
Kalau akulah kan, dah memang lebih dari patut kena hanger ke tali pinggang ke. Abang aku pun tak pernah jentik anak-anak dia. Dia cuma tegas pada adik-beradik tapi tak pada anak-anak. Itulah salahnya. Kalau si Iris nie menjerit, bingit!
Kalau You all pernah tengok rancangan dari Amerika yang ada pengasuh datang rumah nak settledkan masalah budak-budak yang nakal, tak duduk diam, kurang ajar, macam tuelah keadaan Iris tue. Macam budak-budak dalam rancangan tue. Pvkul, glgit, jerlt, tengking. Macam tuelah..
Adik aku, Fairuz pernah menumpang seketika di rumah diorang kerana tengah praktikal berdekatan dengan rumah diorang. Tak jauh, jalan kaki 15 minit sampailah. Sepanjang Fairuz duduk situ 3 bulan, hampir setiap hari dengar Iriz menjerit dan ada satu moment tue, Iriz dan sampai tahap baling barang apa saja yang ada di depan dia kearah Kakak ipar.
Dan pernah, Fairuz balik dari praktikal. Dia masuk rumah tetiba si Iriz nie meluru ke arah dia dan jerit, “Tak payah masuk! Gemuk tak payah masuk!!” Fairuz nie badan boleh tahan “sado”nya.
Abang aku cuma jerit, “Hehhh” jer.
Fairuz cepat-cepat masuk bilik. Melalak habis Iriz. Dan aku tak tahulah slndrom apa macam nie. Abang dengan Kakak ipar aku tak pernah bawak Iriz nie jumpa pakar untuk cari punca kenapa Iris jadi gitu. Pernah ada yang suarakan tetapi diorang rasa macam kita nie anggap anak dia ada mental health problem.
Dah berbulan-bulan tak bercakap dengan orang tue. Susah kan? Kita cakap bukan nak anggap anak dia macam tue tapi entah apa yang diorang fikir. Si Ikmal nie Alhamdulillah, baik. Nakal kekadang tue biasa. Budak kan. Iris nie umur 10 tahun.
Kalau ikutkan dia dah kira besar jugaklah kan. Kalau umur 7 tahun ke bawah tue kita faham lagi berperangai gitu. Yang kita sakit hati part biadab tue. Ingat dulu time diorang nak balik, diorang suruh Iris salam Mak aku.
Dia takmau dan cakap, “Taknak!Busuk!Syohhh! “Ya Tuhannn. Dia boleh “syoh”kan aje. Macam biasa, Abang dengan Kakak ipar tak kata apalah.. Mak aku senyum tapi hati dia? Aku nak bantu mencari solusi untuk Iris nie tapi Abang dengan Kakak ipar aku jenis entahlah..
Aku jer beriya buat apa.. Tapi kesian. Itulah pasal. Aku tak kisah anak buah aku nakal sebab namanya pun budak dan kita dulu pun gitu jugak. Tapi takde sampai tahap si Iris nie. Pernah dia mengamuk kat sebuah kedai buku. Adalah benda yang dia tak dapat beli. Menjerit macam orang histeria dan pakej lvdah.
Korang rasa macamana? Nak tolong takut nanti tak pepasal kata kita sibuk even Abang sendiri. Tak tolong, sampai bila? Sekarang aku dengan keluarga aku cuma bantu doa jerlah agak Iris nie jadi budak baik.
Dan dikurniakan sifat ketegasan buat Abang dan Kakak ipar aku nie. Ada satu moment beberapa tahun yang lepas, Iris pernah menolak Mak saudara kami sampai tergolek time raya. Habis tumpah Mee kari kena kat badan. Untung kuah tak panas. Kalau tidak.
Aku yang sakit hati tengok. Yang bagusnya, Abang dengan Kakak ipar aku terus tarik Iris masuk bilik. Tanpa ucapan maaf zahir batin kat Mak saudara. So kesimpulannya boleh aku katakan Abang dan Kakak ipar pun bermasalah iaitu masalah tak pernah tegur or bertegas. Memang Iris tue tak boleh dibawa ke majlis orang.
Tak dapat bayangkan kalau tetiba “angin kentut”dia datang. Solusi banyak tapi itulah, Mak Bapaknya pulak yang tak nak dan biarkan.Ke tunggu kaki anak singgah ke muka diorang baru nak berakal?
Wallahuaklam ler..
– Farehah (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Afifah Arsyad : Solusinya ada pada mak ayah tu sendiri. Sama ada terlalu manjakan or tak tegas dalam mendidik. My parents tak garang, tak dera fizikal beria pun. Tapi cukup kita tahu dorg tak suka kita buat mcmtu, kita faham dan duduk diam balik. Gentle parenting still need good communication. Bukan diam bodo bodo je. Ini bukan masalah mental ke gangguan ke apa. Masalah mak bapak dia.
Farhan Rifhan : 10 tahun da nk masuk di ambang remaja. Nnt da masuk ke remaja lg susah nk handle nnt. Kesian dia. She need help. Tp mmg payah kalau parents sendiri in denial ni. Semoga terbuka hati parents nya nnt.
Ifa Idris : Pernah tgk cerita i tanggang. Budak perempuan tu yg nama Ezra tu.dia mmg biadap dgn mak ayah dia.mak dia pun dia pukul sb dia x nak ke sekolah, mak nya suruh jugak ke sekolah..dia mmg suka jerit2, berkelakuan biadap dan tantrum kalau x ikut kemahuannya. takut adik Iris ni jd mcm tu.
Hilmi Harun : Adakah si Iris ni produk “Mak tak marah anak” acuan parents yang kekonon ikut arus terkini penyabar tak bertempat? Kalau sekali dua “diajar” sampai menangis meraung terdengar sampai kerumah jiran-jiran, tersedu-sedan sampai tak boleh bercakap, insyaAllah dia akan ingat silap dia dan takkan ulang sampai mati. Sebelum kita “kena pijak” dgn anak, baik kita dr awal “tunjuk taring” kita dulu dengan dorang
Nabihah Juhari : mak ayah dia tu in denial.klau x bertindak skang x mustahil bila besar dia akan bw masalah besar bkn hnya pd diri dia tp kluarga dia dan org sekeliling. baik cpt pergi jmpa terapist. ko daftar je dulu. lpstu ko heret je budak tu. x kiralah cara cmne pun. klau mak ayah dia xnak buat. Ko buat. sbb mak ayah dia mmg x boleh harap kan. sedihla mak ayah mcmni. jgnlah putus asa mendidik anak2 kita. klau x nak pegang amanah toksah beranak. jgn membiak.
Sumber : iiumc