Anak terpaksa jinjit kaki bila masuk rumah. Smpi je rumah, sbelum buka tudung aku dah buat benda tu. Hairan adik pmpuan lagi 3 org buat apa di rumah?

Foto sekadar hiasan : Hai semua. Thanks sebab sudi baca luahan hati aku ni. Sebenarnya dah tak tahan sangat dah sebab benda ni dah lama sangat berlarutan. Aku ada tiga orang adik perempuan yang tinggal dengan mak. Mak aku ni tak sihat sangat, ada penykit tiga ser4ngkai so aku fahamlah kalau rumah kotor mak tak larat nak cuci, kemas or bersihkan apa-apa.

Tapi aku geram kenapa adik aku yang tiga orang tu boleh tengok je keadaan rumah yang kotor dan menggelikan tanpa buat apa-apa pun.

Disebabkan itulah aku jarang balik kampung. Sebab aku kesian dekat anak-anak dan suami aku.

Mereka nak mandi pun geli semua tandas berlumut dan berdaki. Setiap toilet dah macam tandas awam, siap dengan sawang. Itu belum lagi dengan bau haruman najis dan air kencing kucing satu rumah.

Lupa nak cakap, mak aku bela kucing. Kadang-kadang kucing tu kencing merata-rata. Dekat singki, dekat dapur, dan pernah juga berak atas katil.

Korang bayangkanlah nak tidur bau haruman macam tu satu rumah. Pening kepala aku. Mungkin diaorang dah bersihkan tapi tak pasti tahap bersihkan mcmana sebab bau tu tak hil4ng pun.

Suami aku pula jenis pembersih tahap ocd. Kesian tengok dia walaupun sebelum ini dia tak pernah cakap or komplen apa-apa. Tapi boleh bayangkan dia menahan geli-geleman.

Anak-anak pun macam tu sebab dah terbiasa dengan bersih. Kalau masuk dapur atau pijak lantai semua berjingkit-jingkit kaki.

Akhirnya kali ni suami dan anak-anak bersuara. Mereka kata kenapa rumah nenek kotor sangat dan setiap masa mereka terpaksa basuh kaki sebab setiap kali pijak lantai kaki jadi hitam legam.

Mesti ada yang tertanya-tanya, habis tu kenapa aku tak tolong. Masalahnya sebelum-sebelum ni setiap kali balik kampung, sampai saja rumah mak, tudung pun tak buka lagi aku akan terus vakum satu rumah.

Sambil tu aku membuang habuk dan cuci tandas. Bayangkan pada masa yang sama aku terpaksa mop lantai satu rumah.

Aku akan basuh semula semua pinggan mangkuk dan berus kawasan sinki yang dah berlumut dan hitam penuh dengan daki.

Lepas tu aku akan muntah dalam toilet sorang-sorang. Tapi aku tetap gigih buat semua tu. Sebab aku kesian mak aku dan aku kesian famili aku yang sukakan kebersihan.

Lepas tu aku akan ajak suami aku pergi kedai berdekatan untuk beli peralatan mencuci dan segala jenis kitchen towel, berus, pinggan mangkuk baru untuk ganti yang dah kotor dan hitam tu.

Aku juga beli floor mat baru untuk letak di pelbagai tempat dalam rumah untuk keselesaan semua orang nak pijak kaki especially dekat dapur dan singki.

Tapi malangnya bila aku balik ke kampung semula semua tu dah tak ada atau dah jadi kain buruk dan tak ada rupa sebijik belacan.

Tempat pinggan jangan cakaplah, bukan setakat kotor tapi berhabuk penuh dengan bulu kucing dan daki-daki yang aku tak tahu datang dari mana. Allahuakbar… Pening kepala aku macam ni.

Sedih pun ya juga dengan mentaliti dan perangai mereka. Sedangkan adik-adik aku tu umur 25 hingga 29.. semuanya anak dara yang dah besar panjang.

Kenapa diaorang tergamak biarkan rumah kotor sampai macam tu sekali. Sedangkan dalam islam kita dituntut untuk menjaga kebersihan.

Kebersihan itukan imej Islam. Kenapa susah sangat nak rajin kan diri sedangkan untuk buat benda tu bukan lama pun.

Kita just kena jadikan benda tu rutin barulah kita akan sentiasa ingat yang rumah wajib untuk dibersihkan setiap hari.. bukan sekadar tunggu mood datang saja.

Aku betul-betul lost hope dah pasal ni.. memang aku dah tak boleh nak expect dah yang dia orang akan berubah dan rumah tu akan bersih..

Aku sedih sebab aku balik nak jumpa keluarga tapi bila jadi macam ni kita jadi tak selesa..

Itu je confession aku.. Sorry lah kalau terlampau remeh bagi sesetengah orang.

– Bukan OCD (Bukan nama sebenar)

Ini antara respon paling win dari netizen.

Ana.I feel u kak.. Aku pernah bermalam rumah fmly mmber aku sbb esok kami nak viva sehari je so d ade ajak. Mmber aku sorg je laki, kakak n adik d pmpn pun x bersihkan rumah.

Ade skali tu, Saje aku tnye,

“Byk betul brg (bsepah) bawah kerusi, kat dapur,..blh kakak d jwb, “Asal boleh sorong kaki (boleh berjalan) dh la, nk bersih² beria kenapa, bkn raya”.

Pd pengamatan aku, maknya pmbersih, basuh pinggan, sapu lantai, buang sampah smua hrpkn maknya.. Ayahnya pulak cwan sndiri minum pun x basuh.. mmber aku sndiri xleh kata apa.

P/s : aku dh dpt kebenaran mmber aku sblm komen kat sni.

Sofia. Ingt lg masa tu tahun 90an…sy duduk dgn makcik kt kl…sepupu sy suka bela kucing..byk lak tu..tp x bape pndai nk jaga..krg pembersih smpai rmh pn dh bau kucing…

kdg sy blk kje tdo bgn² sedar² hujung kaki dh ade najis kucing…nk marah kita pn sedar diri numpang kt rmh mak dia…

last² masa mak abah sy dtg rmh makcik…masa sepupu g sk sy pula g kje..dlm diam² abah sy buang sekor demi sekor kucing sepupu sy tu.

mula dia x sedar tp dh byk hr baru dia sedar kucing dia dh makin kurang bila dia nk bg kucing² tu mkn…dia syak abah sy yg buang tp dia x berani nk kata ape hehe…

bila dia dh kawin anak dh 3 org sy pegi rmh dia rasa nk pitam menahan loya muntah bau busuk kucing² tu…sbelum g rmh dia klu raya mesti sy dh siap mkn kenyang² kt rmh..sb x selera nk mkn kt rmh dia….

Hidayu.Hire weekly maid/cleaner crews yg dtg tiap minggu utk bersihkan. That is the least you can do for your mom.

Kesian org tua yg skit kena hidup mcm tu. Deal je tiap mggu, byr online.

Tak tahulah org lain, tp mak sy jenis pembersih tahap ocd dah.

Rumah mmg berkilat dia buat sendiri sbb mmg jenis rimas rumah sepah dan sy rs semua org tua cmtu…kot.

Ttg adik3 tu lantakkan je..biar depa pikir sendiri sampai bila nak hidup cmtu. Harap dia segan la sikit bila rumah bersih. Sambil2 tu tegur la “kan best kan kalau rumah wangi, bersih, kemas sikit”

Azman. memandangkan mak awak tk de ilmu. apa kata awak mandulkan kucing2 mak awak. bela sekor dua je, yg lain tu open for adoption.

awak kena bagitau mak awak bahawa kucing tu kena toilet traine, vakcine, bagi ubat kutu & ubat cacing.

pasal adik2 pulak, sepatutnya seawal umur 10 tahun awak ajar dia kemas rumah.

dah besar macam tu payah sikit. tapi kena ajar juga, seminggu sebelum awak balik awak call adik awak, cakap dgn dia awak & family awak nk balik. suruh dia kemas rumah.

malu kt abang ipar rumah bersepah mcm tu. kalau sy jadi awak, sy balik je setahun sekali, bagi derang terasa.

Syahirah. cadangan sy.. upah orang untuk bersih kan rumah.. takyah la seminggu sekali rasa tak jalan..

kan orang yang tukang cuci pun taklalu.. mintak datang 2 atau 3hari sekali ke.. part upah mintak collect adik beradik la..

dah masing2 malas sangat kan.. pastu pujuk mak lepas kan la kucing hak mana ada sebab part najis tu la..

Kredit : cite gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.