Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Nama aku Hannah. Mama aku berasal dari utara tanah air, dan ayah aku berasal dari Pantai Timur. Aku ada 2 beradik, aku dan abang aku.
Aku dah berkahwin dan ada keluarga sendiri dan sekarang menetap di negeri kelahiran suami di KL. Abang aku pula masih belum berkahwin dan dia jaga mama dan ayah aku di kampung.
Confession aku berkisar tentang ayah aku. Ayah aku seorang yang panas baran, garang tapi semua orang hormat dan takut dengan dia.
Tapi dengan anak anak dan isteri dia tak pernah naik tangan. Tapi aku dan abang aku tak berapa rapat dengan ayah sebab dia seorang yang jarang nak bercakap dengan anak anak. Lagipun ayah garang sangat.
Ayah aku seorang bekas anggota bdan beruniform. Memang boleh kata seorang yang berjaya dalam kareer.
Dalam sibuk sibuk tu, Ayah aku seorang yang tak pernah tinggal solat dan Al-Quran sentiasa jadi peneman setia ayah aku. Solat adalah benda yang ayah aku sangat sangat titik beratkan.
Di waktu muda, ayah aku dikelilingi ramai kawan. Tak kira lelaki atau perempuan. Sehinggakan ayah aku pencen pun, orang sangat suka beri jawatan jawatan di kampung. Sehinggalah ayah aku diberi kepercayaan menjadi ketua kampung.
Namun, ada satu sisi gelap ayah aku yang semuanya terbongkar sikit demi sedikit apabila ayah aku mula jatuh sakit.
Sebelum aku ceritakan tentang sisi gelap ayah aku, aku nak ceritakan sedikit tentang keluarga ayah aku. Di mana kisah ni berkait rapat dengan penceritaan aku nanti.
Datuk aku, iaitu ayah kepada ayah aku seorang alim ulama. Sangat alim dan warak kemudian berkahwin dengan nenek aku, iaitu ibu ayah aku.
Nenek aku pun sama, sangat menitik beratkan solat dan bacaan Al-Quran sentiasa meniti di bibir. Datuk aku meninggal muda, iaitu sebelum mama aku kahwin dengan ayah aku.
Aku masih ingat lagi, waktu nenek aku jatuh sakit. Terbongkar yang semasa nenek masih muda, dia ada amalkan banyak amalan yang bercanggah dengan agama.
Ketika itu, aku dah masuk sekolah menengah, jadi aku dah mula memahami. Susuk, ilmu penunduk, pemanis, banyak sangat yang diambil sampai ke tokong siam nenek aku pergi.
Belum masuk saka lagi, itu pun ada. Terlalu banyak dan berlapis lapis sehinggakan terpaksa panggil ramai ustaz, dan bomoh sebab nak buang benda benda tu amat susah.
Ada seorang ustaz ni sangat marah sehinggakan dia cakap yang kamu ambil ni bukan takat syaiitan, iblis ni iblis. Tau tak iblis ni ketua syaiitan.
Semoga Allah ampunkan aruwah nenek aku. Waktu tu baru aku tahu rupanya keluarga ayah aku kecuali Datuk aku cukup suka menuntut ilmu salah.
Even Mak Long dan Mak Ngah aku pun masing masing pakai pemanis, susuk tu aku tak pasti. Tapi pemanis tu memang ada sebab diorang siap pujuk mama aku pakai pemanis untuk tak bagi suami lari katanya.
Siap suruh ambil ilmu penunduk bagi anak anak dengar cakap. Namun, mama aku tak nak. Jadi boleh kata keluarga ayah aku memang amalkan benda benda salah ni.
Mama aku sebenarnya ada terdetik yang ayah aku ada ikut juga amalan amalan keluarga dia. Namun setiap kali mama aku tanya, ayah aku akan marah. Jadi mama aku macam tak berani nak tanya lagi.
Sehinggalah nenek aku menghembuskan nafas terakhir selepas sakit lebih kurang 5 tahun. Waktu tu, mama aku cerita, “peninggalan” arwah yang tak boleh dibuang itu diambil anak anak dia.
Mama aku bagitau dia dah pesan pada ayah aku untuk jadikan ni pengajaran, if ada ambil bolehla dibuang sekarang.
Tapi macam biasa ayah aku tak mengaku, siap dia marah mama aku. Kehidupan keluarga aku berjalan macam biasa sampaila kami dah besar dan ayah dan mama aku masing masing dah pencen.
Lepas pencen, ayah aku mula tunjukkan tanda tanda tak sihat. Ayah aku mula batuk batuk, lepas tu tangan terketar ketar. Lepas tu tiba tiba tak boleh berjalan.
Doktor sampai pelik sebab ayah aku takde penyakit kronik, even parkinson pun bukan walaupun mula mula tu doktor diagn0s as parkinson.
Doktor siap buat MRI, dan CT scan tapi hasilnya doktor cakap ayah aku sihat. Takde penyakit kronik, even darah tinggi pun takde, kencing manis pun takde. Tapi ayah aku masih tak boleh berjalan. Start ayah aku sakit, mama dan abang aku nampak macam macam dekat rumah.
Bunyi mengilai, bayang bayang orang berlari, bunyi ketuk sliding, lagila sampai mama aku terpaksa panggil ustaz. Ustaz tu pagar rumah, dan bacakan ayat ayat suci Al-Quran tapi Ustaz tu langsung takde cakap pasal ayah aku ada something ke apa.
Lepas ustaz ni pagar rumah, lepas tu dah takde bunyi bunyi tu lagi. Sampaila hari tu, masa tu belum C0vid, ayah aku masuk hospital sebab jatuh bilik air.
Ayah aku kena warded sampai sebulan. Alhamdulillah ayah aku ok. Cuma tau taula bila dah masuk hospital tu, doktor mesti akan check benda lain.
Doktor ni pun pelik, dia tak faham kenapa ayah aku tak boleh berjalan. Dia ketuk ketuk kaki ayah aku, dia cakap saraf masih ada, tapi kenapa tak boleh berjalan.
Masuk hari kedua ayah aku warded, nurse nurse dan pesakit dekat situ kena ganggu. Ayah aku duduk wad yang ada empat orang, tapi dalam bilik tu ada ayah aku dan seorang pesakit saja.
Bunyi mengilaila, ayah aku gelak time tengah malam, banyak lagila. Kadang kadang nampak mata ayah aku terbeliak pandang siling. Tiap malam malam macam tu.
Nurse tu bagitau mama aku jugak akhirnya. Walaupun mula mula tu dia macam teragak agak nak cerita, takut mama aku tak percaya.
Lepas sebulan ayah aku dibenarkan balik rumah, time tu ayah cengkung sangat, dengan lebam satu badan. Mama aku panggil ustaz lain, kali ni ustaz dari pusat perubatan terkenal. Kalau aku sebut mesti korang tau. Aku namakan ustaz ni, ustaz Don.
Mama aku pun ceritala dekat ustaz Don. Ustaz Don nampak bersemangat. Dia cakap InsyaAllah dia boleh tengok tengok kan. Ustaz Don datang rawat ayah dalam sebulan macam tu, dia ada datang rumah dua tiga kali.
Tapi lepas sebulan tu dia tak nak datang rumah dah. Dia mengelak ngelak, siap bagi nama kawan dia yang lain. Tapi dia tak nak cakap sebab apa.
Abang dan mama aku pun contact kawan Ustaz Don yang ustaz Don rekemenkan. Hasil pun sama, ayah aku masih takde perubahan.
Dan kawan Ustaz Don pun dah tak nak datang rumah, dia pun tak nak cakap kenapa, mengelak ngelak juga. Ayah aku makin lama makin teruk, kadang kadang meracau.
Walaupun begitu, abang dan mama masih bawa ayah aku jumpa doktor, di samping guna rawatan cara Islam. Sebab mama aku cakap di sudut hati dia, mama sebenarnya rasa macam ayah aku ni ada “something” tapi tak nak mengaku.
Sampaila baru baru ni, abang aku jumpa sorang Ustaz. Nama Ustaz ni Ustaz Ismail. Ustaz Ismail ada datang rumah dan tengok tengokkan ayah.
Lepas tu ustaz Ismail cakap masa ayah muda, ayah aku ada amalkan satu ilmu penunduk dari siam. Ilmu ni gunanya untuk bagi orang sekeliling dengar cakap dia.
Bila ayah aku dah berumur, dia dah tak nak benda tu, jadi dia biarkan benda tu. Mungkin ayah aku takde buat ritual yang dipersetujui jadi benda ni mengamuk, sebab tu ayah aku sakit, dan doktor tak dapat kesan.
Ustaz Ismail cakap ada tiga cara nak buang. Cara pertama pergi jumpa bomoh yang dia pergi amik which is mustahil. Cara kedua ayah kena buat solat taubat, taubat yang sebenar benarnya selama tujuh hari berturut turut.
Tapi ayah aku sekarang solat pun dia tak nak buat. Benda tu macam membuatkan ayah aku lupa bacaan dalam solat,
Aku sedih sangat part ni sebab waktu ayah aku sihat dia tak pernah tinggal solat. Anak anak kalau tak solat, memang dia bantai habis habis. Tapi pengakhiran nya jadi begini.
Dan cara ketiga, ustaz Ismail cakap orang terdekat dia boleh buat selepas solat Zohor. Baca ayat kursi tiga kali, berdoa dan lepas tu mandikan ayah aku. Hanya cara itu saja yang dia nampak.
Jadi mama aku cakap dia akan buat. Then lepas tu abang aku akan buat if tak nampak hasil juga.
Lepas hari ketiga, mama aku telefon bagitau ayah aku meracau teruk. Ayah aku cakap dia takut, lepas tu asyik halau halau something.
Bila mama aku tanya nampak apa, dia tak nak bagitau. Ayah aku suruh abang aku duduk depan dia, dan suruh mama aku pun sama duduk tepi dia sepanjang malam.
Jadi malam tu abang dan mama aku tak tidur malam meneman ayah aku. Sepanjang malam tu ayah aku cakap kepala dia sakit, kaki dia sakit, satu badan sakit. Sakit sangat agaknya sampai dia ketuk ketuk kepala, ketuk ketuk dada.
Aku dengar jadi sayu sangat. Bukan saja kesian dekat ayah aku, kesian jugak dekat abang dan mama aku.
Baru baru ni ayah aku cakap dia rindu cucu cucu dia. Dia mintak mama aku telefon buat video call. Dia tersenyum tengok anak anak aku, lepas tu dia menangis.
Itula pertama kali aku tengok ayah aku menangis. Sebab selama ni ayah aku terkenal dengan garang, tegas dan ego. Aku ikut sekali menangis.
Ayah aku tanya, dia rindu aku dan cucu cucu, bila nak balik jenguk dia. Aku dah setahun tak balik, sebabkan c0vid aku tak boleh nak balik.
Nak balik pun polis tak bagi. Katanya takde dokumen yang mengatakan ayah aku sakit. Ayah aku sakit misteri, macam mana aku nak tunjuk bukti pada polis.
Keadaan ayah aku makin merosot, sekarang dia macam dah nyanyuk. Dia tanya abang aku, kenapa tunang abang aku dah tak datang rumah. Walhal abang aku dah lama putus tunang dah dekat setahun.
Lepas tu Ayah aku cakap dia rindu dengan kawan kawan dia masa dia kerja dulu, dia nak balik ke Penang (dulu kami duduk Penang).
Abang aku cakap, “sekarang tak boleh rentas negeri yah, lepas dah boleh rentas negeri kita pergi ya”. Lepas tu ayah aku menangis. Aku yang duduk jauh yang dengar ni meronta ronta nak balik, sedih dan perit saja rasa hati.
Ayah aku makan kuat, tapi badan cengkung. Dalam hati aku sebenarnya takut, takut ayah aku pergi sebelum sempat dia buang benda benda tu. Sebab aku pernah tengok aruwah nenek aku pengakhirannya macam mana.
Walaupun teruk macam mana pun ayah aku tu, aku sayang ayah aku. Mama aku cakap ayah aku sebenarnya ada bagi hint dia nak abang aku ambil alih benda benda dia tu, tapi abang aku tak nak.
Ada juga aku terfikir macam mana kalau ilmu yang ayah aku ambil terlalu banyak, macam mana nak tolong ayah aku buang benda benda tu, Allahh.. tak tahu aku nak cakap.
Kenapala ayah aku boleh terfikir nak ambil ilmu ilmu tu. Masa muda memangla seronok sebab orang ikut cakap dia, tapi pengakhirannya macam ni?
Lagipun ayah aku nampak mak dia masa nazak dulu macam mana, kenapa takde jadikan benda ni pengajaran. Aku ada tanya mama aku kenapa ayah tak nak buang even dah jatuh sakit.
Mama aku cakap mungkin ayah aku tau kalau nak buang benda tu, dia akan sakit, sakit yang betul betul sakit, sebab tu ayah aku tak nak buang. Sebab ada kes yang pengamal sampai meninggal masa nak buang benda tu..
Allah.. Aku tak kuat… Mungkin ada pembaca yang boleh bagi cadangan macam mana nak tolong ayah aku.
Reaksi Warganet
Aisyah Nur –
Nak suruh berubat, dah berubat dah. Tapi ni saya bagitau kalau sesiapa ada ahli keluarga yang tenat lama.. Baca surah Ar Ra’d untuk mudahkan keluar roh dari jasad.
Biasa orang baca untuk yang ada saka, atau semasa hidup ada amal ilmu apa apa. Tapi bole jugak amalkan pada orang orang yang tak amalkan apa apa.
Saya share sebab satu ketika dulu saya dan beberapa orang yang lain pernah bacakan surah ni disisi seseorang (aruwah) selepas beliau tenat dah 2 hari. Di pertengahan bacaan surah, dia menemui Pencipta..
Omar Mukhtar –
Saya ada pengalaman melihat situasi begini dari seorang sahabat baik saya. Tapi bersangkutan bab saka yang turun kepada maknya tanpa pengetahuan.
Saka tu diwarisi dari ayah kepada mak dia.
Apabila sahabat saya ni mengetahui bahawa mak nya sedang membawa saka keturunan warisan turun temurun melalui beberapa petanda yang mak dia tunjukkan, sahabat saya terus berhubung dengan seorang ustaz yang pakar bab bab saka ni.
Kebetulan ustaz tu mmg sekampung dgn sahabat saya ini. Ustad tu bgitau, nak buang saka mesti dengan kekuatan rohani dan jasmani tuan tubuh tu sendiri. Kena buat beberapa amalan.
Kena berpuasa selama 7 hari berturut turut. Baca yassin waktu dini hari selama 40 hari berturut turut. Buat solat taubat sebelum tidur selama 40 hari berturut turut.
Namun mak sahabat saya tidak mampu memandangkan dirinya tidak kuat lagi. Akhirnya ustaz kata, kalau tuan tubuh tidak mampu, maka waris warisnya lah yang wakilkan nya.
Akhirnya sahabat saya sendiri melakukan semua amalan itu demi ibu tercinta. Setelah selesai 40 hari, ustaz datang semula dan rukyah air dalam baldi untuk sahabat saya mandikan mak dia.
Lepas mandi, kain basahan yang mak dia pakai mesti dibuang ke sungai atau ditanam. Selesai semua ritual itu, maka selesai lah jugak perawatan keatas mak sahabat saya ini.
Paling menarik yang buat saya terpegun, sahabat saya beritahu, sebaik sahaja kain basahan itu selamat ditanam, maknya terdengar namanya dipanggil berulang kali sayup sayup sehingga tak kedengaran lagi.
Lepas sebulan, sahabat saya memberitahu bahawa maknya sudah boleh tidur lena dan hilang terus rasa sakit ditengkuk yang ditanggungnya sekian lama. Wallahu’alam..
Siti Hajar –
Saya ada mengikuti usrah dengan seorang ustazah yang latarbelakang beliau memang terdiri daripada family yang ada saka dan seumpamanya. Beliau sering terkena gangguan daripada makhluk makhluk halus..
Akhirnya beliau berguru untuk menyembuhkan diri sendiri dan membantu orang lain..
Mungkin confessor dan pembaca kat sini boleh beli buku yang beliau cadangkan, tulisan allahyarham ustaz harun din bertajuk Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan doa2 mustajab
Banyakkan hafal bacaan asas 10 pertama..
InsyaAllah kita ikhtiar…
Cadangan ustazah ini, amalkanlah walaupun *TAK PERNAH* terkena apa apa. Amat penting untuk kita sentiasa ada perlindungan diri.. InsyaAllah..
Luth Hud –
Assalamualaikum. Kena yakin dengan Allah. Walaupun Allah belum makbulkan doa dan ikhtiar, tetap kena bersangka baik dengan Allah yang Allah akan makbulkan.
Semua tu ujian. Sebab apa Allah izinkan sakit? Untuk hapuskan dosa. Ayah tak boleh solat kan? Sakit tu alternatif lain yang Allah bagi untuk ringankan beban dosa / hapus dosa. Memang kita yang tengok ni siksa. Tapi sentiasa yakin yang Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Perawat Islam yang betul betul berlandaskan Tauhid, selain daripada mereka merawat, mereka akan ajar kita cara minta dekat Allah sendiri. Tak semestinya kena baca doa atau Ayat Quran yang rumit dan panjang.
Kalau kita cuma mampu baca Ayat Kursi, Surah Al-Fatihah dan 3Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas), boleh baca semua tu, ulang baca banyak-banyak kali. Surah Yasin jangan tinggal. Baca sentiasa. Baca tu wajib kena faham maksud. Sambil baca sambil faham terjemahan. Jangan baca kosong.
Dan kita ada banyak zikir yang minta supaya Allah beri kemudahan, kesembuhan, penyelesaian, angkat musibah, dan sebagainya. Amalkan.
Selagi kita berharap dekat makhluk, selagi tu kita takkan tenang dalam hidup. Anggap ujian tu ladang pahala. Dan kena ingat, Allah ada kata yang Allah takkan menguji kita di luar kemampuan kita.
Semoga Allah beri kesembuhan dan angkat ujian, aamiin. Dan semoga ujian confessor sekeluarga dapat mendekatkan lagi diri kalian kepadaNya. Insyaa Allah (dengan izinNya).
Farah Nabilah –
Saka ni kene pindahkn cari tuan baru. Dah ada tuan baru baru la dia lepaskan ayah awak.
Abang awak taknak, sebab tu ayah awak masih tersiksa. Saya takut ayah awak nak turun pada awak. Selagi tak turun kan selagi tu ayah awak akan tersiksa. Kecuali ada perawat yang pandai buang.
Kot dulu ayah awak pon terpaksa ambik dari mak dia sebab dia kesian sedih tengok mak dia sakit tersiksa selagi takde tuan baru, tu dia terpaksa ambik. Baru maknya boleh pergi.. Allahhualam..
Sumber – Hannah Johary (Bukan nama sebenar) via IIUMC