Ayah org kaya, tp hairan aku dpt 3K bila dia m4ti. Tiba2 makcik sound “alah pmpuan mmg dpt skit je, bwk2 prgi blajar agama”

Foto sekadar hiasan :

Aku Amina berumur lingkungan 30an dan sudah berkahwin. Alhamdulillah bahagia dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan baik. Namun bukan suami aku punca aku menulis hari ini.

Ibu bapaku bercerai sejurus melahirkan aku. Hidup aku 30 tahun selepas itu hanyalah dengan mak dan keluarga sebelah mak sahaja.

Daripada tadika, sekolah, universiti, bekerja, sehinggalah sekarang di rumah menjaga anak ku yang masih kecil. Hanya mak dan keluarga sebelah mak yang ambil tahu.

Jarang aku berjumpa ayahku kerana hubungan ayah dan emak yang sangat ‘panas’. Sehinggalah ayahku menghembuskan nafas terakhir ketika aku masih bersekolah. Memori aku tentang ayah hanyalah secebis.

Namun aku akur sahaja dengan takdir. Mungkin amalan dan doaku boleh disedekahkan, sebagai tanda berbakti kepadanya sebagai orang tuaku.

Teringat aku kepada memori ketika berita 4rwah ayah meninggal disampaikan kepadaku dan emak, emak langsung tiada reaksi. Namun aku ingat dengan jelas, keluarga ayahku mula berbicara soal harta peninggalan, duit, kwsp dan sebagainya.

Semasa malam tahlil, aku hanya mendengar dan memerhati. Aku duduk disudut dengan emak. Aku dapat rasa emak dan bekas mentuanya tidak mempunyai sejarah yang baik.

Bekas mentuanya (nenek aku) juga melihat aku dengan pandangan penuh benci. Tidak seperti sepupu sepupuku yang lain asyik didukung dan diagah.

Adik beradik ayah ramai, 12 orang kesemuanya. 7 teratas dan dua terakhir adalah lelaki. Masing masing galak berbincang soal pembahagian harta.

Ada salah seorang adik beradik perempuan ayah terus cakap pada ibu “kau dah bercerai kan ha takyah nak meminta eh”

Mak jawab “kita tengokla faraid macamana kak. Yang penting pergi amanah raya dulu. Apa pun Amina anak dia juga, ada hak juga sedikit sebanyak”

Perempuan tu (aku tanak panggil dia makcik) berang dengan mak aku. Dia cakap “alah anak kau perempuan bukan laki. Dalam islam anak laki saja ada hak besar peninggalan 4rwah! Kalau perempuan dapat sikit saja! Bawak bawak la pegi belajar agama.”

Masa tu aku kecik lagi, tapi aku faham mak sedang dihina. Dari aku kecik mak aku takpernah nak jejak kaki balik sini, tapi dia bawak jugak aku balik sekali ni untuk tahlil ayah. Mungkin penghormatan terakhir. Itu pun untuk semalam saja.

Aku tengok adik beradik ayah semua tengok tengok mak. Ada yang tengok sambil siniskan muka. Tapi mak hanya keraskan air muka. Mak memang muka ketat, lebih kepada unapproachable punya airmuka.

Tapi bagi aku mak wanita hebat, anak yang baik kepada nenek dan atuk aku, dan ibu yang penyayang kepada aku. Aku cukup semua dengan hanya ada mak.

Malam tu kami tak makan pun, habis tahlil mak terus drive balik rumah tumpangan. Kami bungkus nasi di tepi jalan.

Aku lupa tahun bila, tapi mungkin hanya beberapa tahun lepas ayah men1nggal. Duit bahagian faraid aku dapat.

Selepas ditolak semua family belah ayah yang hampir 10 orang lelaki dan 4 orang perempuan, jumlah bahagian aku lebih kurang 3ribu. Aku ingatkan jumlah tu banyak, tapi mak cakap harta 4rwah lagi banyak.

Mak bawak aku balik jumpa mereka. Perbincangan jadi tegang juga sampaila perempuan tu (aku taknak sebut dia makcik aku) marah marah mak aku. Dia cakap mak aku tak sedar diri.

“Anak kau tu kau dah bawak lari awal awal lagi lepas cerai. Kenapa nak ada hak atas 4rwah pulak?”

“Kalau ikut aku kan, kau anak beranak memang takde kena mengena pun dengan 4rwah dah”

“Kira ok la dapat jugak sikit”

“Kami ni lagi lama duduk dengan 4rwah tau”

“Kami lagi berhak”

Gerun. Aku gerun dengan hari tu. Bila difikirkan balik aku taktahu mana mak dapat keberanian tu. Mak tak takut langsung. Tapi sebelum kami balik mak ada sound semua orang.

Mak cakap, “tapi apa pun harap semua yang dapat pembahagian harta ni kena sedar la, banyak nya harta yang dapat banyak la tanggungjawab dan kebajikan Amina yang kamu kena jaga.

Sebab sepanjang hayat Amina tak pernah dibayar nafkah. Tapi kalau nak abaikan tanggungjawab ni silakan. Tunggu balasan Allah”

“Eh takpayah nak main nama Allah la”

“Kau tu yang tak tahu hukum hakam”

“Anak perempuan ikut islam mmg terima sikit”

“Kut mana mana kami lebih berhak ke atas segala harta 4rwah berbanding Amina!”

“Dia hanya anak perempuan”

“Kami ni adik beradik!”

…………………….

So, that is the flashback im getting these days. Sedih sangat bila difikirkan. Al-Fatihah juga untuk mak. Sentiasa berusaha keras untuk aku belajar tinggi tinggi.

Baru baru ni pihak sana ada hubungi aku. Katanya aku perlu membayar sejumlah wang pada pihak bank. 4rwah ayah masih ada buat pinjaman dengan satu bank.

Namun kesemua mereka berpakat mahu aku yang langsaikan. Padahal berapa lama sudah kami tidak bersua muka.

Aku bukan macam mak. Mak berani. Tapi aku cuba juga untuk mempertikaikan.

“Kenapa saya pula kena bayar?” Aku tanya baik baik

“Dah kau kan anak. Kau la waris. Buat buat taktahu pulak”

“Ni bukan tanggungjawab kami”

“Kami adik beradik 4rwah bapak kau saja”

“Kau tu yang anak dia”

Aku betul betul terkedu. Kenapa ada orang macamni wujud dalam dunia ni? Satu keluarga pula tu. Sumpah dengan nama Allah, selepas 4rwah menlnggal, tiada satu pun yang bertanya khabar apatah menjaga kebajikan aku.

Suami aku banyak memujuk. Dia cakap tak apa dia boleh usahakan. Apalah sangat nak dibandingkan dengan nilai ketenangan 4rwah ayah di alam sana.

Suami aku lahir dalam dulang emas, di dalam family yang sangat support antara satu sama lain. Pendek kata, tidak berkira dan tamak bab duit.

Aku sangat tersepit, aku sangat benci mereka dan ingin mereka terima pembalasan. Namun aku juga cair mendengar nasihat suamiku untuk menjadi anak yang mengambil tanggungjawab walaupun bukan tempatnya kali ini.

– Amina (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Pliss la .. selagi “wali2” awk yg amek harta 4rwah ayah awk berkepuk2 tu masih hidup, dorang lah yg bayar. Oh harta nak, hutang tak nak bayar pulak. Dasar mata duitan Marah ni. No sis… Jgn bayar hutang tu. Bukan tanggungjawab awk pun utk bayar. Dorang yg amek harta 4rwah tak bayar hutang dulu kan. Doranglah yg patut bayar sebab tak selesaikan urusan hutang 4rwah dulu. Sekarang hutang lapuk tu nak suruh TT bayar pulak? Entah2 bukan hutang arwah tp entah mana2 hutang diambilnya.
So sis BIG NOOO. Ada org kita boleh bagi muka, ada org nokharommm diberi muka. Tolonglah bg dorang tu rasa bersalah sebab makan harta 4rwah tp tak jalankan amanah.Cukuplah nti panjang pulak sy bebel. K bai

Netizen 2 : ‘Kerana faraid’

Pada saya tajuk ni TIDAK KENA, ianya nampak seperti menyalahkan hukum faraid sebagai penyebab atau punca

Hukum faraid adalah ketentuan & ketetapan yang Allah telah turunkan di dalam al-Quran dan mengimani al-Quran juga sebahagian dari rukun iman

Saya harap admin atau tuan punya post dapat mengubah atau perbetulkan tajuk ‘Kerana Faraid’ kepada tajuk yang lebih sesuai

Allah SWT maha pengasih lagi maha penyanyang, adalah mustahil bagi Allah SWT menurunkan sesuatu hukum yang menganiaya & menzalimi hamba-hambanya KECUALI hamba-hambanya menzalimi diri mereka sendiri

Netizen 3 : Beratnya…. Sesungguhnya nafkah yg tertunggak juga hutang yg perlu diselesaikan dari pusaka 4rwah.. sebelum pembahagian pusaka seharusnya dah diselidik jika 4rwah ada memiliki hutang2 lain.. sesungguhnya juga waris2 lelaki dari keluarga 4rwah bapa perlu bertanggungjawab ttg kebajikan anak 4rwah yg masih di bawah umur..

Menjawab la dkt sana nanti..
Yg lain ni masih hidup, cuba cakna sikit ambil tahu, belajar ttg ilmu faraid dan pusaka..

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.