Ayah org lain balik kerja bwk mknn, tp ayah kami bwk blik mak tiri. Kesian mak hampir mroyan dan peny0ndol itu senyum bahagia

Foto sekadar hiasan : Aku menulis dari sudut hati seorang anak. Ayahku disondol perempuan janda anak 2 ketika usia aku 10 tahun. Kalau ikut logik aku tak mengerti apa2 kan..? Tapi ibu2 jangan salah tekaan ya. Aku juga perempuan dan aku mengerti apa yang sedang berlaku.

Ibu tulang belakang ayah. Dari tiada apa2 kepada ada segala2nya. Ibu bekerja. Ada duit. Di awal perkahwinan mereka ibulah yang jadi banker dalam rumah tangga.

Alih2 12 tahun kemudian ibu dimadukan. Of course hati wanita pasti kecewa, sakit, sedih, marah dan macam2 lagi.

Tapi apakan daya, lelaki memang dayus! Selfish! Kau fikir nafsu kau jer nak menikah lebih, tapi ada kau fikir kesan dari tindakan kau tu akan memusnahkan banyak hati?

Sejak itu ibu yang lemah lembut jadi lebih garang. Balik jer kerja membebel kat anak2, marah kat anak2. Kakakku mula memberontak, adik2ku hanya melihat dan aku jadi seorang pendendam dan pembenci!

Aku sumpah betina penyondol hidupnya tak tenang sehinggalah kau datang pada kami dan meminta maaf atas kesalahan kau menyondol!

Ya tidak dapat dinafikan lelaki memang mata keranjang. Suka melihat benda cantik. Sukakan cabaran, suka cipta masalah dalam keluarga.

Lagi mantap bila bertemu dengan penyondol yang selfish, demi nafsu sendiri, demi kebahagiaan sendiri, demi kepuasan sendiri, rela menggoda suami orang, ayah orang sehingga keluarga orang hancur!

Kenapa mesti suami orang, kenapa mesti ayah orang? Dah takde duda atau bujang ke kau nak kacau.

Ke kau nak wanita lain sakit hati sebagaimana kau sakit hati diceraikan suami dahulu? Atau kau nak anak2 lain rasa hidup derita tanpa ayah macam anak2 kau rasa wahai penyondol?

Sebab kau betina penyondol dan jantan yang pentingkan nafsu, aku, kakak dan adik2 mula bencikan kehidupan ini.

Dunia kami tak seindah dunia anak2 lain. Sejak itu ibu suka membebel, ayah on off ada rumah (yelah gilir kan dah kawen lebih), kakak mula keluar malam, lepak sana sini dan aku cuba cool.

Ibu balik jer kerja asyik nak marah2 membebel. Memang dia akan marah, sebab dia penat. Penat bekerja, balik kena kemas rumah, jaga anak dan memasak.

Ayah aku mana? Sibuk layan bini muda. Sibuk layan anak tiri. Siapa ibu dan kami adik beradik di hati ayah.

Kemain jaga janda, jaga anak tiri tapi isteri dan anak kandung terabai. Itukah yang islam ajar? Ya ayah mampu dari segi duit tapi ayah tak mampu nak belah cinta dan kasih sayang kepada 2 keluarga apatah lagi kepada kami adik beradik 7 jiwa.

Kesan negatif poligami, ibu tidak sebahagia dulu. Marah, benci disalurkan pada anak2. Ayah mula lepas tangan memimpin. Semuanya harapkan ibu. Dari bangun pagi sampai pagi esok 24 jam lah ibu yang uruskan segala2nya. Ayah? No function!

Kakak mula keluar malam. Asal ayah takde kat rumah dia berani lawan ibu dan keluar malam. Lepak sana sini. Dia memberontak dengan memusnahkan diri sendiri. Dia buat macam2 hal untuk tarik perhatian ibu ayah. Hari2 kakak gaduh dengan ayah, tengking ibu.

Jiwanya sakit, jiwanya hancur, jiwanya terluka. Dia meluah dengan tindakan yang menyakitkan hati kami. Makin parah dugaan ibu. Dah la ayah buat hal, anak pula penambah rasa. Ibuku murung namun dia memaksa diri untuk kuat.

Aku kesiankan kakakku dan adik2ku. Kakak aku tak mampu lawan rasa memberontak dalam hati. Ibu yang tidak bahagia tidak mampu membahagiakan anak2.

Kau bayangkan mana nak layan perasaan kecewa, mana nak layan ragam anak2. Habis perasaan kau sebagai wanita sape nak jaga. Itulah yang ibu aku lalui.

Aku diam dan dengar. Sejak itu, balik jer sekolah aku ambil alih tugas ibu. Aku jemur kain, aku angkat kain, aku basuh pinggan mangkuk gelas, aku kemas rumah dan aku cuba memasak apa2 yang aku pandai. Ibu balik kerja lihat semuanya perfect kurang sikit dia membebel.

Maka amanlah sekejap rumahku. Hari2 aku buat benda yang sama sehinggakan aku penat. Petang ada aktiviti ko lagi, masa aktiviti ko inilah aku melepaskan beban di hati. Aku join macam2 sukan dan aku buat sehabis baik sambil melemparkan rasa kecewa ke tengah padang sekolah.

Aku kecewa dengan ayah, dengan ibu, dengan kakak..kenapa mereka tidak melawan rasa di hati masing2. Ikutkan hati aku, aku pun nak memberontak tapi aku lawan.

Ikutkan hati aku, aku pun nak marah, nak membebel tapi aku lawan. Ikutkan hati aku nak jer cari jantan tempat tagih kasih sayang tapi aku lawan. Cukuplah apa yang jadi ni buatkan aku sakit jiwa dalam diam.

Adik2ku aku ajak mereka masuk bilik aku, aku beritahu mereka jangan ikut macam kakak buat. Masalah ibu ayah jangan ambil tahu, buat donow jer okeyh..? Aku pantau mandi, makan, kerja sekolah mereka. Aku cuba alihkan perhatian mereka pada hal2 yang menyeronokkan.

Tonton tv, kartun, main game, buat kerja sekolah sama2 dan libatkan mereka dalam kerja rumah. Cukuplah kakakku yang hancur. Aku dan adik2 kena jadi anak yang baik!

Tapi kesedihan tak berkurang seiring masa berjalan. Bila keluar shopping ibulah driver, ibulah yang bayarkan, ibulah yang jaga kami.

Ayah macam tak wujud. Ada suami tapi tiada bila diperlukan. Aku melihat anak2 lain berjalan berpimpingan tangan ibu ayah, aku cemburu. Aku balik aku nangis.

Pusing2 dunia aku tengok orang lain ayahnya jadi driver. Tapi aku, ibu yang jadi driver. Aku kesian pada ibu. Nak tahan pandangan orang tapi dalam masa yang sama nak gembirakan anak2 bawa keluar jalan2.

Sejak ayah kawen lain, kami pulaukan ayah. Dah la takde usaha nak ambil hati kami. Macam makin suka pulak anak2 semakin menjauh.

Kami tak suka duduk makan semeja dengan ayah, kami tak suka keluar dengan ayah, kami tak suka bercakap dengan ayah. Ayah kepalanya serabut layan 2 bini. Kalau kami anak2 buat hal memang kena marah laa jawabnya.

Hari raya ayah boleh bergambar 1 family dengan family baru. Tapi dengan kami nan hadooo. Aku benci kereta ayah ,kereta tu laa yang bawa penyondol dan anak2 tirinya. Aku benci orang lain bahagia di atas derita keluarga aku. Kau memang jahanam.

Kerana kau penyondol, kami hilang kasih sayang ayah, cinta seorang ibu dan kecerian seorang kakak.

Waktu kecil kami ditemani nightmare, rasa insecure dengan anak2 yang lain, kecil2 pun dah pandai rasa apa itu kecewa, sedih, marah, benci. Seolah2 bahagia itu tidak wujud dan tidak layak untuk kami.

Kalau kau penyondol tak pentingkan diri, kalau kau boleh tahan nafsu tak nak berlaki, kalau kau tak menggoda, kalau kau fikir perasaan kami anak2 yang hilang kasih sayang ayah,

Mungkin hari ini kami akan rindukan zaman kanak2 kami. Dah laa zaman kanak2 perit, pedih apatah lagi zaman dewasa yang sudah tentu lagi banyak cabaran.

Tapi Allah itu Maha Adil. Dulu kau penyondol seronok menyondol kebahagian orang, hari ini kau derita. Kami tidak membalas dendam cukuplah doa kami waktu kecil Tuhan makbulkan. Hari ini aku dengar kau sakit. Sakit sana sini, sampai nak masak pun tak boleh.

Anak2 kau takde sorang pun masuk universiti, kau try hard untuk ambil hati family ayah, anak kau sakit berubat sana sini. Ayah aku hidup dengan kau berpuluh ribu duit habis, emak aku siap dapat beli kumpul hartanya sendiri tanpa sesen pun duit ayah.

Lihatlah ayah, isteri mana yang lebih baik antara isteri2mu, lihatlah juga anak ibu mana yang lebih baik dari isteri2 yang kau miliki. Syukur pada Allah, Dia yang jaga kami.

Hari ini kami sudah dewasa, berpuluh tahun hidup dalam derita. Semoga perjalanan kedewasaan kami penuh dengan kebahagiaan sehingga hujung nyawa. Amen3 ya Allah.

Wahai penyondol fikirlah seribu kali sebelum kau rampas kebahagiaan anak2 lain. Kau fikir anak 10 tahun tidak mengerti. Tapi kau silap.

Doa anak 10 tahun lebih makbul dari doa kau. Hati2.

Wahai lelaki, kenapa kau memilih untuk curang? Aku tidak mengerti. Sekian, Kasturi.

– Kasturi (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Syabas Tt, tt mmg anak yg baik. Sangat memahami apa yg dilalui oleh ibu n bertimbang rasa. Syukur alhamdulillah tt ambil jalan utk bantu ibu n selamatkan adik2. Saya pasti itu bukan perkara yg mudah, namun tt sgt matang dalam usia yg muda.

Saya ingin kongsikan sedikit, apa yg berlaku dgn 4rwah kawan saya. Beliau hadapi masalah rumahtangga. Suaminya hampir langsung tak muncul2 dalam hidup beliau n anak2 sb ada isteri kedua. 4rwah yg berhempas pulas membesarkan anak2.

Syukurlah beliau sempat tuntut fasakh sebelum meningggal. Sekurang2nya pencen n harta yg dimilikki beliau diturunkan kpd anak2.

Jika tidak bercerai, sudah pasti pencen beliau diperolehi oleh suami yg tak bertanggungjawab. Dari segi harta juga anak2 yg dapat.

Jika masih status berkahwin, sudah pasti anak2 arwah hadapi masalah utk meneruskan persekolahan sb duit pencen n harta akan diambil oleh ayah mereka. Waullahualam.

Netizen 2 : Poligami hak lelaki. Tapi hak isteri juga perlu dituntut sebelum berpoligami. Perempuan2 semua sila baca baru2 ni menteri nak berpoligami, isteri pertamanya tu dpt hak2 dia. Itu contoh macaman hak isteri terlaksana. Gi baca sana dan pandai2lah tiru ye…
Bila cakap pasal hak, dua2 pun ada hak masing2. Ini bukan pasal lelaki atau perempuan. Hak perempuan (isteri) yg tak diberikan juga menindas kaum lelaki juga ye, sbb anak isteri tertindas tu ada lelaki dan juga perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.