Bakal isteri brtdung labuh tp xde harta. Aku keliru, aku suka prempuan ada harta sndiri. Time ni la Ika muncul buat aku goyang.

*gambar sekadar hiasan

Hi assalamualaikum, saya berumur 27 tahun masih bujang tetapi sudah ada teman wanita.

Saya bekerja di satu company swasta dengan jawatan yang bagus di ibu kota. Alhamdulillah rumah, kereta, saving pokok pangkalnya semua dah ada.

Cuma ada satu benda lagi yang belum saya dapat, menikah. Saya plan nak berkahwin tahun hadapan tapi saya masih dalam dilemma.

Saya ada teman wanita dan kami dah bersama sejak dari sekolah. Bila dengar bercinta dari sekolah mesti semua ingat kami dh saling mengenali.

Jawapannya tidak. Kami jarang berjumpa mungkin sebab saya terlalu fokus dalam study dan kerja.

Lupa nak cakap yang saya ni antara best student dengan pointer yang sangat baik masa study dan juga antara pekerja cemerlang di company saya.

Disebabkan komitmen itu kami jarang berjumpa walaupun selalu dipujuk teman wanita saya.

Keresahan saya dekat sini, teman wanita dah beberapa kali ajak untuk berjumpa family dia tapi saya selalu mengelak. Bukan sebab saya tak serius tapi sebab saya tak ready lagi.

Teman wanita saya ni namanya Ayu, dari pandangan saya Ayu ni bukan wanita independent.

Dia suka berada dalam zon selesa manakala saya akan rasa tak kena bila dalam zon selesa.

Pendapat kami sering bercanggah tapi Ayu yang selalu mengalah. Saya jenis yang tegas lebih2 lagi bab masa dan planning manakala Ayu jenis yang asal boleh saja.

Bila kami mula bertengar Ayu lah orang yang akan mengalah manakala saya jenis yang suka melawan. Bukan bermaksud saya nak orang dengar cakap saya, tapi saya suka bila berdebat dengan orang lain.

Dari sudut agamanya Ayu ni memang bagus, solat tak pernah tnggal selalu mengaji pokok pangkalnya bab agama memang A++++ untuk Ayu ni. Manakala saya biasa2 saja cukup sekadar solat 5 waktu.

Ayu selalu ingatkan saya baik buruk dan selalu ingatkan yang rezki ni tak akan kemana. Cukup sekadar kita berdoa dan percaya.

Bagi saya pula untuk capai sesuatu kita harus berdoa, usaha dan percaya. Tapi bagi Ayu lain pula.

Saya sentiasa ada plan untuk masa akan datang manakala Ayu sentiasa percaya dengan flow. Perkara ini yang selalu buat kami bertengkar dan akhirnya Ayu yang mengalah.

Dari sudut nasab keturunannya Ayu ni dari keturunan dan keluarga yang baik2. Adik beradiknya semua lulusan universiti islam.

Oh lupa nak bagi tau yang Ayu ni anak bongsu. Dia ni agak manja dan semua kakak dan abang dia sentiasa perhatian pada dia.

Abang dan kakak Ayu tahu hubungan kami dan ada beberapa kali mereka bertanyakan kepada saya apa plan seterusnya bila nk berkahwin.

Jawapan saya mudah ja, saya belum bersedia. Kadang saya rasa saya ni zalim jahat biarkan Ayu tunggu lama macam ni.

Tapi saya ada target hidup saya. Saya pernah minta Ayu untuk pergi tinggalkan saya cari lelaki yang serius dah ready untuk bernikah. Tapi Ayu menolak, Ayu tetap setia dengan saya.

Dari segi rupa memang tak dinafikan Ayu ni memang cantik bertudung labuh menutup aurat perfect lah sebagai wanita muslimah.

Ada ramai kawan2 lelaki Ayu yang try tacle dia masa dekat universiti dulu tapi Ayu tetap setia.

Perwatakan Ayu sopan santun tapi Ayu ni tak pandai bergaul dan tk ramai kawan. Kalau berjumpa dengan kawan2 saya pun dia tak pandai bergaul berborak.

Dari sudut harta Ayu ni cuma ada kereta sahaja. Ayu ni kerja admin saja gaji pun tak berapa besar dan saving dia pun macam ada takda saja.

Bagi saya perempuan pun kene pandai cari harta cari duit bukan untuk suami tapi untuk keluarga bila dah bernikah nanti. Saya suka tengok staff2 perempuan dekat tempat kerja saya yang independent.

Ada kereta, kerja bagus, ada rumah, pandai invest. Saya cuma untuk ubah haluan Ayu ke arah itu tapi die tetap dengan zon selesa dia.

Saya cuma nak yang terbaik untuk Ayu sampai kadang2 percakapan saya 2 jadi kasar terhadap Ayu.

Walaupun macam tu saya tak pernah beza2 kan Ayu dengan perempuan lain dan saya masih hormat dengan keputusan dia.

Dalam masa sama saya juga ada kenalan perempuan nama dia Ika. Ayu ni kenal Ika dan Ika pun kenal Ayu. Ika ni kawan masa saya study dulu orang yang banyak bagi semangat dekat saya.

Saya perasan yang Ika ni suka saya sejak dari zaman study dulu.

Walaupun Ika tahu hubungan saya dengan Ayu tapi dia tak pernah cuba untuk menghasut saya tinggalkan Ayu malah dia bantu saya selesaikan masalah.

Untuk pengetahuan, saya lebih banyak berkongsi dengan Ika berbanding Ayu.

Sebabnya setiap perkongsian saya dengan Ika pasti ada jawapanya tapi perkongsian saya dengan sayu selalu menemui jalan buntu. Mungkin Ayu ni jenis tak suka berfikir dan jenis follow the flow saja.

Ika tahu semua rahsia saya lua dalam manakala Ayu tak banyak yang dia tahu. Saya rasa selesa untuk berkongsi cerita dengan Ika. Ika ni independent woman, ada kereta, rumah kerja pun bagus.

Dalam setiap keputusan penting yang Ika nak buat die akan tanya saya. Ika ni single dan saya pernah bertanya pada die kenapa belum kahwin, jawapan dia takde orang nak dekat dia.

Dari segi agama Ika ni biasa2 saja, family dia pun bukan jenis yang kuat agama.

Dari segi nasab keturunan pun biasa2 saja. Parents dia dah bercerai ada sorang abang dengan masalah sosial ada sorang kakak dan dua adik.

Dari segi rupa Ika ni bole tahan cantik tapi tak secantik Ayu.

Dari segi harta macam yang saya cakap lah Ika ni kereta rumah saving semua dah ada, cuma suami saja takde lagi.

Saya nak minta pendapat semua, saya sayang Ayu(teman wanita saya) dan memang saya cintakan dia tapi pemikiran kami tak sehaluan.

Kami kerap bertengkar mungkin disebabkan saya nk sangat Ayu jadi independent woman. Saya takut ketidaksefahaman ini akan buat perkahwinan tu tak bahagia.

Jika diukur mengikut 4 ciri2 tadi, Ayu memang perfect berbanding Ika.

Walaubagaimanapun, saya lebih selesa dengan Ika. Saya selesa untuk share macam2 dengan dia. Tapi kalau tengok Ika dari sudut nasab dan agama saya rasa Ayu lebih baik.

Saya dah bersedia untuk bernikah, tapi saya dalam dilemma samada saya patut memilih Ika (kawan) atau Ayu (teman wanita) sebagai isteri saya.

Mohon pandangan dan nasihat dari teman2 semua. Segala apa yang buruk saya ceritakn diatas bukan untuk membuka aib tapi hanya untuk menghuraian permasalahan yang terjadi.

Yang dalam dilemma,

– Huzaimi (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Nur Jela : Perkahwinan ni bro, dia tak tentu. Ko takkan kenal dia betul2 selagi belum duduk sebumbung. Boleh jadi sekarang Ika tu independent, lepas kawen rupanya berak bersepah (contoh)..time tu baru ko nak teringat kat Ayu..

Entahlah. Cakap banyak pun tak guna sebab ko nampak cam nak pilih Ika jugak kot mana pun.

Baini Zainiddin : daripada cara penulisan, awak ni ada ciri2 narkasistik. Orang yang ada ciri2 ni sangat bahaya untuk individu yang lain. Sebab dia boleh mendatangkan sifat yang merosakkan kepada orang lain dalam jangka masa panjang. Seeloknya awak rawat diri dan hati tu dulu sebelum pinang anak dara orang.

Terus terang saya cakap, elok kalau awak dengan Ika. Kalau awak betul2 sayangkan Ayu, awak tak akan tergamak menyerahkan sayang awak dan cinta awak pada yang lain. Kalau betul awak sayang Ayu, awak tak akan sakiti dia. Perangai Ayu tu macam serba serbi buruk pada awak. Macam Ayu tu lembik sangat. Teruk sangat Ayu tunpada awak. Jadi, sudah jelas sape yang awak nak sebenarnya

Mixlovely Aina : Simple. Choose ika instead of Ayu. If u have ika masa u ade Ayu. Hati u Bukan utk Ayu. Hati u utk ika. She seems the right person for u. U x sesuai ng perempuan lembut and berserah segala.

U need strong opinion like ika. Matter of facts, ika knows u better than Ayu knows u.

Be a gentleman, tell the truth to Ayu and her family. Ppuan lembut ni. Bila dia dh abes Sabar, mmg malapetaka la. Jgn sakiti hati org. Keje u hebat mana pown. If u Sakit kan hati org. Hidup u x bahagia. It’s all about timing. Jgn lmbt2 bgtaw Ayu and Family yg u ade ika and nk putus dgn Ayu.

Zaki Haikal : Aku rasa mcm nak duku² je kepala kau bro. Mcm acah² bagus plak.

Kalau aku go to ayu, saling melengkapi. Apa yg kau ada, dia takde. Apa yg dia ada, kau takde.

Ika tu sesuai jadi friend je. Anytime ko boleh tanya pendapat dia.

Follow these rule, kahwin wanita kerana:
1)Agamanya
2)Hartanya
3)Keturunannya
4)Kecantikannya

Tp deep down aku rasa ko memang tak layak pon dgn ayu, kejar la harta dunia kau tu bro. Batak sgt dengan cara pemikiran ko tu. Hahaa

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *