Bersalin czer, hr pertama pantang, mkn minum kne ambil sendiri. Mlm tu aku perasan mak mertua tgh intai sy dr pintu bilik.

Foto sekadar hiasan : Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum admin. Hide profile saya. “Ada suami tapi seperti ibu tunggal!” Usia perkahwinan kami genap 5 tahun pada Ogos 6hb 2021. Hati saya tawar, sampai tahap tak bernafsu pada suami. Saya banyak kali dah pesan dekat suami, jangan cakap kasar kasar dengan saya, tapi dia jenis tak kisah.

Dia kata saya yang bermasalah. Saya telan kata – kata dia, Saya sabar je, suami saya sejenis tak boleh di tegur, tak nak mengaku salah, suka marah – marah, cakap kasar, suara kuat.

Tapi bila dengan kawan ke, adik beradik dia, saud4ra mara sepupu sepapat, ya Allah semua puji suami, “budak baik / anak baik” tak meIawan kata, dengar orang tua.

Ya Allah sump4h aku seorang je tahu siapa suami saya sebenarnya, dengan anak kami yang kecil pun dia tak nak mengalah. Saya bukan apa, dah banyak kali saya warning suami, awak dengan saya, tak pe lagi, tapi tolong saya merayu, bila dengan anak tolong bertanggungjawab sebab tu anak awak!

Masa saya bersalin czer hari kelima saya dah berg4duh besar dengan suami. Boleh suami saya tak nak mengalah, sedangkan saya bertanyakan soalan macam ni je, “mak abah, adik awak beria suruh saya berp4ntang kat rumah ni.

Tak kan pasang katil tunggu kita balik, baru nak pasang?!” Lepas tu suami saya marah – marah kami pun berg4duh. Dalam keadaan saya tengah s4kit baru balik dari hospitaI.(Sambil pasang katil besi single) Sampai rumah kena buat kerja pasang katil. Masa tu saya dengan suami pasang, suami tak haIang saya malah kami buat sama – sama.

Sedangkan saya baru 5 hari czer. Pada saat itu saya tiba – tiba hati saya jadi “KEBAL” terasa diri kena “GAME” dengan keluarga mentua. Tiba – tiba saya rasa lapar sangat mengigiI dalam hati saya apa nak buat ni berjujuran air mata kerana lapar sangat saya menangis.

Saya terus ke dapur buat air milo panas capai biskut hup seng. Dalam hati saya kenapa saya di layan seperti ini. Sambil menangis. Baby pun menangis.

Laki saya buat b0doh je tak pujuk saya, tak minta maaf kat saya. Dia elok berborak dengan abah dia yang baru saja balik.

Kelihatan mak mertua, di pintu rumah baru nak masuk. Bermula episode saya berp4ntang. Selepas hari kelima di hospitaI. Saya pun discharged.

Sampai rumah mertua jam 3 petang, Hari pertama Mak mertua masak jam 9.30 malam saya makan hari pertama. Terhidang nasi panas dan ikan goreng. Air putih (ambik sendiri). Hari kedua berp4ntang di rumah mentua.

Saya bangun seawal jam 6 pagi buat air milo panas makan biskut hup seng. Saya perasaan mertua saya intai saya dari pintu bilik(Saya dah suami tidur di ruang tamu). PukuI 7 pagi lapar lagi. Memang kalau dalam p4ntang kejap – kejap lapar.

Minum milo dan biskut je saya. Sebab kejap lagi saya nak ke kIinik check kuning anak. Sebelum gerak saya cuci kain baby. Kain saya dan suami. Mak mertua pandang je lah saya buat semua kerja. Dia hanya berpesan, “buat mana yang larat je, kalau tak larat suruh suami buat.” katanya.

Saya diam je bermaksud saya mengiyakan. Jam 11 pagi mak mertua suruh saya makan nasi sebelum gerak ke KK. Hari kedua kaut nasi sendiri. Semua buat sendiri dah, cuci kain 3 beranak, jemur kain semua saya buat.

Bertambah kebal hati saya dan m4kin hari hari saya jadi kering sebenarnya. Dalam hati saya menangis semahu mahunya. Tapi seperti Allah bantu saya untuk kuatkan semangat tanpa rasa s4kit walaupun s4kit. Suami saya kerja sebagai customer service sambil part time bawa grab. Tengah malam baru balik.

Balik jam 12 mlm lepas tu borak dengan family dia. Saya ni memendam rasa menangis tiap malam. Suami saya tak penah tanyakan khabar, saya s4kit ke dah makan ke. Saya ni bukan jenis yang mengada – ngada. Tengoklah dalam keadaan saya s4kit saya buat kerja semua sendiri.

Mak mertua saya dan ipar perempuan pandang saya seperti (padan muka kau) sebabnya ipar saya memang tak tolong langsung dia akan berkurung dalam bilik seharian. Bangun tido main fon, makan. Lepas tu baring sampai petang dalam bilik. Bila mak mertua balik keje, ipar saya mesti report cakap kat mak dia pasal saya.

Saya ni dah macam orang b0do je, kena jeling, kena pulau. Lepas tu soalan mak mertua ke saya. ”hah dah kenapa baby menangis je.” Patut ke soalan tu di tuju pada saya? Saya jawab, takde apa mak! Dalam hati aku berd0sa ke baby mnangis?

Baby menangis kan perkara normal. Saya hari ketiga masa sendiri, semua kerja saya buat sendiri, walaupun ada ipar dalam bilik saya tak minta bantuan dekat dia. Paling saya terkilan bila saya tengah makan baby menangis, ipar cakap akak berhentilah makan dulu boleh tak baby mnangis tu.

Sedangkan saya baru makan 3 suap. Saya pun stop tenangkan baby sekejap. Ipar saya terus masuk dalam bilik seharian, tunggu mak dia balik baru keluar. Sebenarnya hubungan saya dan ipar semua baik ja. Saya dan suami lah yang tolong ipar masa kes pencerraian dia. 3 tahun kami turun naik court.

Kami tolong sampai selesai. Dia tr4uma masa mengandung kena pukuI dengan bekas suami. Jadi ke mana dia pergi saya akan temankan, bila jalan pun tangan berkepit kalau nak pergi mall dan sebagainya.

Sampai lah pulih semangat ipar saya. Dia dah berani keluar tanpa kami. Saya temankan dia cari kerja. Dah dapat kerja, bermula episod, “kacang lupakan kulit.” Masa saya mengandung alahan saya teruk sangat, sampai terp4ksa berhenti kerja. Mana tak teruk setiap 20 min munt4h teruk, tak boleh makan mesti munt4h.

Saya buat keputvsan untuk berhenti dan bermula episode kena kecam sebab “Jobless” saya di pulaukan. Keluarga mentua dah dingin cakap sepatah dua je, masa tengah m4buk mak mertua suruh cari kerja. Saya diam je.

Saya dicanang menyusahkan mak mertua. Tapi tak faham, saya yang buat semua kerja rumah, part mana yang menyusahkan pun saya tak faham. Allhamdullilah, Allah bantu saya Iuka czer cepat kering saya tak ade p4ntang pun, makan je. Macam ni lah bila hidup macam tak ade siapa ambik peduli.

Genap 2 bulan. Panjang kisah saya ni, akan bersambung lagi. Jika berminat komen saya akan sambung kisah hidup saya. Terima kasih min!

Leave a Reply

Your email address will not be published.