BF ajak dtg rumah jaga ank sedara, bila dah tdo, BF slow2 tarik aku msuk bilik, xsngka terus aku rentap tgn

Foto sekadar hiasan : Thanks admin approve confession aku. Aku baru habis tengok drama Twenty Five Twenty One. Cerita ni triggered aku untuk teringat zaman umur 21 aku.

Jadi aku harini nak confess sesuatu yang menjadi rahsia aku sekian lama – aku dulu minah rempit.

Aku Wawa, dah berkahwin anak 4 orang lelaki yang bijak2 seperti ayahnya. Jodoh aku dengan suami sangat senang. Kami kenal tak sampai setahun sebelum berkahwin.

Masa aku nak mencari jodoh, aku selalu solat taubat & doa sungguh2. Alhamdulillah Allah perkenankan walaupun aku banyak dosa….

Nama suami aku Nuh. Tahun 2008, masa awal2 kenal suami (suami ni kawan kepada kawan kerja aku), aku dan kawan aku dan Nuh makan kat mamak.

Masa tu kami ternampak geng2 mat rempit & makwe masing2. Dia spontan beritahu kami yang dia tak suka tengok perempuan2 murahan macam tu.

Aku terdiam sebab aku dulu pun macam tu. Sejak pada itu aku simpan cerita minah rempit aku dari suami dan keluarga.

Aku ni anak bandar KL. Lorong2 kat Kenanga, Sungei Wang, Chow Kit Road, Petaling Street mahupun Pasar Seni adalah tempat permainanku. Jalan kaki keliling KL, no problem punya.

Ayah aku sibuk bekerja tapi mama aku sentiasa didik aku adik beradik kenal agama. Cuma mama aku tak tahu disebalik wajah suci aku ni, aku ni kaki lepak dengan mat rempit sekitar tahun 2001-2003.

Punca aku lepak dengan diorang ialah boyfriend aku. Aku & bf memang couple sejak sekolah menengah. Aku tak tahu mana bf aku kenal dengan orang2 luar yang mat rempit ni.

Bf aku ni keluarganya agak senang. Aku rapat juga dengan keluarganya. Dia ada moto yang ayahnya belikan. Moto itulah yang dia selalu buat merempit.

Aku tak pernah pegi tengok bf aku race. Tapi aku akan ikut bila dia ajak lepak2. Maksudnya bersidai di tepi jalan ramai2, atau minum2 buat bising di mana2 kedai makan tepi longkang.

Mereka ni semua bukan berduit. Saja nak nampak bising & ada ‘geng’ biar orang tengok pun takut nak tegur.

Duduk kat meja makan sebelah menyebelah dengan bf masing2. Pegang tangan, peluk pinggang, cuit2 muka bertepuk tampar. Semua biasa saja bagi geng2 ni. Masa tu bodohnya aku rasa macam bangga bila orang tengok.

Bila naik moto ramai2, press moto kuat2. Pastu bersaing2. Masa ni la aku akan peluk kuat2 bf aku. Bukan main suka lagi rapat2 macam tu.

Sekarang aku kalau nampak laki perempuan yang macam belum kahwin naik moto, aku rasa jijik sangat.

Lawan arus lari road block tu perkara biasa. Padahal bukan tak ada lesen. Tapi bila dah ramai2 memang polis akan aim.

Turning point aku ialah bila aku duduk lepak rumah family bf aku. Bf aku ajak datang rumah sebab anak buahnya ada. Aku memang suka anak buahnya yang baby tu sebab baby kan.

Aku pun memang selalu lepak sana. Jadi aku datang & main2 dengan baby tu. Parents bf aku kerja. Kakak bf aku ada tapi kakaknya & suami kata nak keluar. Diorang minta aku jaga baby kejap. Aku ok saja.

Bila baby dah tido, bf aku mula jadi lain macam. Aku masa tu duduk kat ruang tamu, dia panggil masuk bilik. Aku tak nak. Dia tarik2 tangan aku. Aku rentap balik tangan aku.

Aku tak tahu kenapa petang tu aku jadi sangat takut dengan bf aku tu. Dia macam orang lain. Tanpa fikir panjang, aku blah saja dari rumah dia.

On the way balik rumah, banyak mesej masuk dia maki2 aku. Aku jadi blur kenapa dia maki2 aku.

Mula2 aku rasa bersalah (tinggalkan baby & blah macam tu saja). Lepas tu aku rasa aku betul. Ntah lah. Akhirnya aku matikan telefon sebab dia asyik call aku.

Seminggu jugak aku tak jumpa bf aku. Dia dah mula diam tak mesej aku, aku ingatkan dia dah tak marah aku. Aku pun mula rindu kat dia masa tu. Tiba2 dia call. Aku ingat dia ok.

Tapi bila aku jawab, bertalu2 dia maki aku macam orang gila. Aku nangis sedu sedan tapi dia tak hirau. Sebelum2 tu dia seorang yang layan aku merajuk, pandai pujuk. Tapi kali ni lain.

Bila dia dah puas maki aku tapi aku tak jawab, dia sound “kau apesal diam, ba*i*?” Terus aku matikan telefon.

Itulah ayat / suara terakhir dia yang aku ingat sampai sekarang. Aku tahu apa yang dia tak puas hati. Korang pun faham kan? Lelaki.

Mujur dia tak pernah cari aku kat rumah. Aku takut masa tu kalau2 dia buat huru hara atau panggil kawan2 rempit dia cari aku.

Alhamdulillah kami terputus macam tu saja. Bf yang aku kenal sejak sekolah menengah dah ‘hilang’. Yang tinggal kenangan cuma kata2 maki dia.

Kejadian tahun 2003 itu yang buat aku bertudung. Aku solat. Aku mengaji. Dan akhirnya berkahwin dengan lelaki yang baik.

Aku selalu fikir doa mama aku yang makbul sebenarnya. Kalau mama aku tak doakan minta Allah lindungi aku, maybe aku dah ditebuk tupai.

Bulan Ramadhan tahun ni, aku cuba solat taubat setiap malam. Aku masih dihantui dosa2 aku jadi minah rempit.

Pada korang yang ada anak lelaki, didiklah sebaiknya. Yang ada anak perempuan, lindungilah sehabisnya.

Aku ni ada anak2 lelaki, aku doa sangat anak2 aku jadi anak yang soleh.

Terima kasih sudi baca.

Salam Ramadhan korang.

– Wawa (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Terima kasih share cerita ini. Sekurang2nya parent yg sayang anak akan sedar kesilapan mrk membiarkn anak2 bebas keluar bercampur lelaki perempuan.

Pd parent yg berdepan dgn masalah anak2 spt ini, berdoalah dan nasihatlah mrk dgn kasih sayang… Mudah2an mrk akan mnjd baik asbab doa kita

Netizen 2 : Pernah kenal dengan someone yang dulunya minah rempit, free hair, rambut tak pernah warna hitam, pakai baju ketat, masuk club dan lepak sampai tengah malam dengan lelaki. Tapi suddenly taktau apa jadi, tup2 dia kahwin dengan lelaki yang baik, hidup dia terus berubah 360 darjah. Bertudung, selalu post gambar di ig dengan kata2 penuh hikmah. Memang kagum la dengan dia. Alhamdulillah, manusia memang boleh berubah. Cuma yang saya ralat, sekarang ig nya dah tak aktif. Dah jarang nampak dia post apa2 cuma yang tahu latest dia sedang pregnant anak kedua. Moga semuanya baik2 saja.

Netizen 4 : yg dah lps tu biarkan berlalu ye sayang…jaga jer hubungan dgn Allah..suami dah ahli keluarga..Allah jaga wawa dr awal lg..agknya apa kesah bf tu ye skrg?..

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.