Bila suami menlnggal, ada sorg ustzah beria dtg ziarah. Hatiku luluh bila dia buka cerita sebenar.

Foto sekadar hiasan

Aku dan suami telah melayari hidup berumahtangga selama 20 tahun. Alhamdulillah, kami dikurniakan 7 orang anak.

Suami seorang pendidik.Seorang yang sangat menjaga solat malam dan solat sunat. Sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

Kiranya aku beruntung kerana memiliki dia. Aku pula bekerja dalam bidang professional. Kami pernah PJJ selama 2 tahun sebelum ini.

Ditakdirkan Allah, kami dapat bersama semula. Kehidupan kami biasa sahaja. Sampailah suami dapat bertukar semula ke negeri kelahirannya. Kami berasal dari negeri yang sama.

Aku terkilan sangat kerana suami mohon tukar tanpa pengetahuan aku. Lebih-lebih lagi pada masa itu, aku sudah terasa ‘jauh’ dari suami.

Pada fikiran aku, ini lagi menjauhkan lagi hubungan kami. Tapi rupa-rupanya, perancangan Allah itu lebih baik. Allah menjauhkan untuk mendekatkan.

Kerana jauhlah yang menghangatkan rasa rindu. Suami pulang setiap hujung minggu. Dan rezeki Allah, aku juga berjaya pulang ke kampung halaman setahun kemudian.

Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudian, aku terbaca mesej dalam handphone suami dari rakan tempat kerja lama suami. Aku tahu dia rakan sekerja suamiku tapi aku tidak kenal.

Ada mesej sayang, rindu, doa semoga disatukan juga. Ada gambar selfie berdua di dalam kereta juga. jelas terpancar kebahagiaan di mata suami. Aku sangat terkejut dan tidak sangka.

Malamnya, aku tanya pada suami. siapa perempuan itu. kenapa ada gambar selfie berdua, sedangkan dia tak pernah pun selfie denganku.

Aku tanya, ke dah kawin dengan dia? Suami geleng.

Katanya, bini orang tu. Lagi aku hairan. Bini orang??? Awak ada niat nak kawin dengan dia ke? Nak suruh dia bercrai dengan suami dia ke?

Aku tanya bertalu-talu. Dia geleng. Katanya suka-suka je. Aku tidak percaya.

Dipendekkan cerita lagi, setelah bermacam-macam kejadian mengamuk, menangis, berkurung dalam bilik dan sebagainya, ianya berlalu begitu sahaja selama beberapa tahun.

Tetapi emosi dan jiwaku terganggu sejak dari hari itu. Hatiku hancur luluh, sangat terluka. Kepercayaanku runtuh. Rasa hormat juga hilang kerana mereka berdua adalah ustz dan ustzah.

Aku penuh dengan prasangka dan ada trust issue. Sekejap aku rasa bahagia. Sekejap menangis apabila tertrigger. Sikapku juga dingin apabila tertrigger.

Suamiku bersikap seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sehinggalah tiba-tiba suamiku sakit mengejut k0ma dan menggal dunia 3 minggu kemudian.

Semasa di hospital, ada kawan dari tempat kerja lama suami datang dari jauh untuk melawat. Mereka datang suami isteri. Esoknya, mereka datang lagi sebelum balik semula ke tempat asal.

Aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Dengan memberanikan diri, aku tanya nama isterinya. Aku terkejut yang amat. Rupa-rupanya dialah ‘perempuan’ itu.

Kami bersembang panjang. Aku perlukan penjelasan. Macam-macam rahsia terbongkar. Dia mengaku dia sangat sayang suamiku. Tapi dia sudah cuba untuk keluar dari hati suamiku, katanya.

Hatiku bagai dihiris-hiris Mujur ketika itu hati aku kuat (pretending). Dan aku tidak menangis pun semenjak suami aku sakit mengejut. Aku pun tidak tahu apa perasaan aku. Sedih? Takut? Risau? Tiada perasaan? Aku tidak tahu.

Orang tengok aku kuat. Aku tidak mengamuk, tidak marah dan tidak menangis pun masa bersembang dengan perempuan itu. Banyak persoalan dalam fikiranku tapi aku tidak tahu nak cakap apa.

Setelah sekian lama, aku berjaya buka password handphone arwah suami secara tidak sengaja. Hati ku hancur luluh berkali-kali. Luka berdrah kembali.

Sebenarnya tidak pernah kering pun luka itu sejak peristiwa terbongkar rahsia itu. Terbuka segala cerita. Aku baca semua perbualan mereka.

Aku jumpa banyak gambar dan v1deo mereka berdua. Rupa-rupanya selepas suami bertukar, cinta mereka makin erat. Berjanji untuk setia sehidup sem4ti. Takut kehilangan.

Rupa-rupanya suami excited berulang hujung minggu semasa kami PJJ dulu sebenarnya untuk jumpa kekasih hatinya.

Dan semasa di kampung pun selalu cari peluang untuk ke sana berjumpa dengannya. Sanggup walaupun beratus-ratus kilometer. Sungguh dalam cinta mereka. Ini juga kata suaminya. Ya, suaminya juga tahu tentang mereka berdua.

Tetapi kerana cinta, suaminya yang menawarkan diri untuk membawa isterinya melawat arwah suamiku semasa di hospital. Datang untuk beritahu sendiri pada arwah suami yang dia sudah memaafkannya. Dan mereka datang sekali lagi semasa 4rwah menggal.

Sepertinya mereka baru berjumpa cinta sejati masing-masing. Personaliti arwah suami lain sungguh ketika bersama dengan dia. Aku sungguh tidak percaya. Aku sangat kecewa. Dan sehingga sekarang, setahun sudah berlalu, fikiran aku masih kacau.

Aku masih lagi marah pada mereka berdua. Aku rasa aku tidak diadili. Aku tidak diperlakukan seperti mana diperlakukan kepada perempuan itu. Aku tertanya-tanya. Kenapa 4rwah suami tidak sebegitu denganku.

Sehinggakan rasa sakit kerana orang ketiga mengatasi rasa sedih kerana kehilangan suami. Kadang-kadang ketika datang rasa marah, aku rasa padan muka pada 4rwah suami. Ampunkan aku ya Allah.

Tetapi kadang-kadang aku rasa sangat kasihan padanya. Kerana 4rwah sudah tidak berpeluang untuk memperbaiki kekhilafannya. Sedangkan 4rwah sangat memerlukan doa dari kami yang ditinggalkan ini.

Sesungguhnya rasa ini sangat sakit dan sangat mengganggu kestabilan emosi dan kewarasan fikiranku. Rasa sakit kerana mengenangkan hati suami ada pada orang lain walaupun seharian dirinya berada di hadapanku selama ini.

Mohon kata-kata semangat dan doa dari pembaca sekalian. Kata-kata yang boleh menjentik hati aku untuk ikhlas memaafkan dan bersyukur dengan ujian kecurangan dan kehilangan ini.

Aku tahu aku perlu maafkan 4rwah suami. Aku tahu aku juga bersalah dan ada kurangnya. Aku tahu aku perlu lepaskan. Aku tahu aku perlu fokus pada diri dan pada apa yang aku ada sekarang. Semuanya aku tahu.

Tapi hanya mengalaminya sahaja yang tahu rasanya. Aku berdoa semoga mereka yang seangkatan denganku dikurniakan kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih semua.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Jangan paksa diri sis. Take ur time untuk menerima kenyataan ini. Mintak pada Allah supaya diberikan kekuatan dalam menerima takdir ini. Faham bukan senang nak redha dengan hakikat apa yg dah berlaku. Jgn judge diri sendiri keterlaluan. Nanti binasa jiwa tu. Bagi ruang dan masa untuk diri sendiri bertatih untuk bangkit semula. Amalkan ayat 44 surah Al Ghafir banyak banyak. Dan sematkan dalam dalam maksud ayat tersebut dalam hati setiap kali perasaan ‘jahat’ itu menyerang. Mungkin mensibukkan diri dengan anak anak jugak boleh membantu. Atau kalau berkemampuan cariklah psychatarist yg berkelayakan untuk membantu kita go thru this pain. Please jangan berkasar dengan jiwa sendiri. Takut makin koyak. Saya doakan semoga Allah kurniakan bantal yg paling empuk sekali saat diuji begini. Kayuh pelan pelan okie

Netizen 2 : Begitulah klu kita letakkan cinta sesama makhluk melebihi cinta kepada Allah. Makhluk sentiasa kecewakan kita klu pun sayang gila2 pun, akhirnya akan tinggalkan kita juga samaada bercerai hidup atau mati, sebaliknya Maha Pencipta tak pernah dan takkan mati, sentiasa dengar apa yg kita minta dan sayang kita lebih daripada sayang ibu kepada anaknya, tapi kita abaikan kasih sayangNya pula. Banyakkan berdoa agar hati lembut untuk maafkan suami, dan semoga bertambah kasih sayang awak pada sang Pencipta.

Netizen 3 :Hati kita, walaupun dalam dada kita sendiri, tapi tetap bukan kita pemiliknya. Allah jua lah yang memegang hati manusia. DIA berkuasa untuk membolak balikkan hati manusia. Sebab tu, urusan hati ni, kita serahkan pada Allah. Sebab Kadang2 hati kita sendiri pun kita tak faham, apatah lagi nak tembus jauh dalam hati manusia lain. Ajaibnya hati ni, kalau Allah nak hilangkan rasa, sekejap je. Macam tak pernah jadi apa2. Sama juga kalau Allah bagi rasa gembira, sekejap je sampai Kadang2 kita terlupa rasa derita tu mcm mana. Jadi, mohonlah pada Allah apa yang bermain dalam hati tu. Hanya Allah jua yang mampu mengangkatnya…

NetiZen 4 : Alhamdulillah…dah jalan pun kawan tu ..biarlah dia pikul apa yg dia tanam di Dunia ni. tugas Puan jaga Amal sendiri….di akhirnya kita ini akan dipertanggungjawabkan pada apa yg kita buat di dunia…sakit di Dunia tdk seazab di akhirat sana….enjoy the moment dan byk bersyukur kerana Allah kurniakan bahagia dengan ‘ambil’ dia lebih cepat….Allah syg Puan…usah bazirkan masa fikirkan dia dan dosa dia….lantaklah….dia buat dia pikul! Adios!

Netizen 5 : Itu ujian untuk suami semasa hidupnya. Sekurang-kurangnya dia telah lakukan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, maafkanlah dia. Memang sakit hati bila tahu, di hatinya ada orang lain. Tapi ini soal hati, cuma saya pelik, adakah perempuan itu first love dia, hinggakan susah sangat nak hilangkan perasaan dia?

Selalunya ada jenis lelaki yg begitu, sebab tiada jodoh, dia kawin dgn wanita lain tapi dlm hati tak pernah terlupa, sebab mereka sama-sama memang suka.

Apapun, yg membezakan adalah cara mereka mengawal perasaan, ada yg langsung cuba untuk menghindarkan sebrg bentuk hubungan kerana itulah tuntutan agama, jika seorang lelaki itu betul-betul sayang, tentu dia menjaga maruah perempuan itu dengan sebaik-baiknya dgn tidak menganggu kehidupannya lagi setelah soulmate dia menjadi isteri org. Hati itu rahsia kita dengan Allah, orang yg redha akan bertemu bahagia.

4rwah suami TT telah memilih jalan yg salah, tetapi maafkanlah dia. Dia hanya manusia biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *