Bila suami msukkan jari dlm mulut budak, pelik tiba2 terus snyap. Dr jauh skoodeng suami, aku rasa tergamam. Xsnggup nk jd mcm dia.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selalu aku baca saja apa yang orang luahkan tapi kalini aku terdetik nak buat luahan pulak. Aku kenalkan diri aku dan suami aku sikit yer.

Aku Arluna (dah tentu bukan nama sebenar haha). Umur dalam 30 tahun dan suami aku dalam 30 lebih macam tu. Kami berkahwin baru dalam 2 tahun.

Suami aku nie seorang Ustaz dan perawat Islam. So tugas dia sebagai ustaz dan jugak merawat pesakit pesakit yang terkena gangguan jin dan syaiitan, saka, sihir dan santau.

Nie kalau aku cerita kisah seram masa proses rawatan memang sebuah novel bakal terhasil tapi tujuan aku menulis nie bukan sebab cerita seram. Tapi kalau korang nak, maybe lain kali aku akan cerita.

Kali ni aku nak cerita ilmu perawatan yang aku kira, sebagai manusia biasa yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam level tingkatan 5 sahaja.

Laki aku nie orang dia soft spoken. Baik dan berbudi bahasa. Aku nie pulak perempuan biasa yang kalau gelak tu sampai ke langit.

Dari segi agama, memang jaoh beza sebab aku belajar aliran teknik dan pendidikan Islam tu sampai tingkatan 5 saja.

Beza dengan suami aku yang memang aliran Islam, sekolah pondok, talaqqi dengan banyak guru baik dalam ataupun luar negara. Dia memang Ustaz, guru ngaji. Pernah jadi qari, imam, penceramah jugak.

Aku nie senang cerita semua tu takda. Sampaikan masa dia luahkan hati dia pun aku bagitau siap siap, kita tak sekufu dari segi agama bagai langit dengan bumi. Tapi dia tetap nak dekat aku. Alhamdulillah kalau jodoh tu memang untuk kami.

Kalau korang nak tahu, Perawat Islam nie bukanlah semudah yang disangka. Kena sihir, datang jumpa, rawat baik.

Kena santau, datang jumpa, rawat terus baik. Ada saka, datang jumpa rawat terus baik. Benda tu tak semudah tu.

Nak rawat orang nie suami aku kena jaga amalan, jaga zikir, solat apatah lagi. Bukan setakat solat wajib, solat solat sunat kena jaga.

Zikir Allah berpuluh ribu sehari, bangun malam dan banyaklah amalan lain lagi yang tak mampu aku sebutkan.

Kadang kadang nak dapat ilmu baru tu bukan senang, nak kena bayar mahar (yuran pengijazahan) yer bukan tuisyen saja kena bayar, bukan masuk U saja amik ijazah. Nak jadi perawat pun ada ilmu yang kena diijazahkan oleh Tuan Guru mereka.

Ada yang beratus. Ada yang beribu dan belasan ribu. Ilmu bukan ilmu hitam yer tuan puan. Memang ilmu perawatan Islam yang bagi aku (yang Pendidikan Islam level tingkatan 5 nie) agak tak masuk akal.

Ilmu Hikmah, ilmu Laduni. Pada yang tak berapa tahu Perawatan Islam nie tak terbatas padah rukyah yang kita selalu dengar Ustaz baca baca tu. Seriously ada banyak lagi cabang ilmu Perawatan Islam yang lebih mendalam.

(Maksud aku memang mendalam yang tak terjangkau akal) Kiranya kalau kau yang level Pendidikan Islam tingkatan 5 (tanpa pegi mana sekolah agama or pondok) dan aku sama sama berkawan, Maka kita berdua akan tergamam dan terkejut tengok sesama sendiri dengan tahap ilmu itu sendiri.

Aku kadang kadang selalu jugak skodeng suami aku merawat. Nak datang dekat tu memang tidak mungkin la (hahahaha sebab aku penakut).

So ada satu pesakit lelaki dalam 20 an kot, dia di bawa oleh ayah dia jumpa suami aku dekat umahlah.

So masa rawatan tu selepas bacaan Ayat-Suci Al Quran apa semua, dah pulak kena rasuk jin.

Mti mti jin tak nak keluar dari badan dia. Macam macam la si jin tu melalut. Merepek sembang kencang, siap cakap siapa hantar lah untuk apalah.

Btw suami aku awal awal dah pesan pada ayah budak tu. “Apa yang jin nie cakap awak jangan dengar. Mereka suka buat cerita. Nanti tak pasal pasal manusia sesama manusia bergaduh.”

Disiplin dalam perubatan suami aku nie, dia takkan bagitau apa apa. Kena santau ke sihir ke apa. Sebab kalau once bagitau so di situlah mulanya perpecahan umat dan bermula nya akalan syaiitan dan iblis.

Haaa… Masa nielah nanti dalam otak orang yang kena sihir or santau tu or keluarga dia akan cari dan fikir siapa yang hantar dan buat angkara.

So biasanya suami aku akan jawab (ada gangguan sahaja). Sebab tulah, kita banyak dengar tau orang Melayu nie tak jaoh dari sihir dan santau atau tuduh menuduh antara satu sama lain. Sebabkan benda macam nielah.

Ditambah pulak dengan golongan yang tak puas hati selagi tak dapat nama ataupun bayangan ataupun rupa.

Kau buat aku, aku buat kau. Tak dinafikan siihir dan santau nie benda wujud sama macam jin dan makhluk halus yang lain.

Tapi ada segelintir manusia yang sakit sikit kena sihir, sakit sikit kena jumpa bomoh, sakit sikit kena buatan orang. Dah jumpa bomoh, maka bomoh akan cakaplah.

“Yang buat awak nie bukan orang jaoh pun. Dekat dekat saja”. Habislaa pecah belah adik beradik.

Apatah lagi kalau kita dengar kata si jin yang merepek tadi. “aku dihantar oleh si polan si polan untuk bla bla bla”.

Cuma aku nak cakap dekat korang cerita filem Penunggang Agama tu ada part yang betul di mana makhluk halus tu boleh putar belit cerita sampai keluarga berpecah belah.

Berbalik pada cerita tadi. Panjang aku melalut. Bila si jin tadi merepek entah apa apa, suami aku pun marahlah. Wei first time aku tengok muka suami aku jadi ganas. Yang soft spoken tetiba garang.

Budak yang kerasukkan tu terus terpekek terlolong tak berhenti. Suami aku suruh keluar, dia tetap taknak keluar dan masih main main. Buat bising.

Suami aku cakap diam, dia tetap tak nak diam. Pastu suami aku cakap pulak, “kalau kau taknak diam aku kunci mulut kau.”

Tak silap aku masa nie aku baru dalam 3 bulan lepas kawin kot. Weh, suami aku pusing jari dia dekat mulut lelaki tu dan budak lelaki tu terus bisu. Yang mampu dia cakap cuma, “ermm ermmm emmmmmmm” saja.

I was like? Hell no! Aku tergamam. Ada jugak dalam 5 minit la budak kerasukkan tu jadi bisu ber ermm ermmm memberontak sebab mulut kena kunci.

Seriously cuak giler aku time nie. Macam macam dalam kepala otak aku. Aku kawin ngan sapa nie.

Weh dah kenapa budak tu bisu, laki aku nie buat apa. Nie kalau satu hari nanti aku bebel tak berhenti agak agak aku jadi bisu jugak kang.

Benda nie menghantui aku berhari hari. Seminggu jugak aku teringat ingat dan seminggu jugak aku tak bebel. Bebel pun sikit sikit saja. Hahahhahaha, takut kena kunci mulut.

So si budak kerasukkan yang dibisukan tadi tetap memberontak dan suami aku kunci pulak tangan dia. Dah sudah! Dah macam kena gari tangan tapi tak nampak gari dekat mana.

Lepas tu suami aku baca ayat ayat amalan al hikmah untuk keluarkan jin. Then, suami aku bagi amaran, dia boleh bukak balik kunci mulut tu tapi jangan buat bising dan terpekek terlolong. So budak kerasukkan tu mengangguk.

Suami aku pusing balik jari dia dekat mulut budak laki tu and pappppp….. Tak bisu wei! Ada suara dan boleh bercakap. Pendekkan cerita, jin tu setuju untuk keluar dari badan budak tu dan takkan ganggu lagi budak tu.

2 ke 3 kali jugak suami aku rawat budak tu. Disebabkan gangguan tu budak tu jadi tak nak keluar rumah, tak boleh berjalan. So untuk pulihkan semangat dia balik, ayah dia bawak untuk rawatan susulan.

Alhamdulillah sekarang dah ok dan boleh berjalan asbab pertolongan dari Allah juga. Suami aku bantu saja dengan ilmu Allah itu sendiri.

Suami aku nie tak tahulah tahap penyabar dia macamana. Kadang kadang aku sebagai isteri aku naik angin jugak pada yang call dan mesej untuk mintak rawatan.

Maafkan aku kalau korang rasa kalau aku luahkan benda nie, aku nampak sombong ataupun annoying.

Bukan apa, kadang kadang yang minta rawatan tu jenis yang tak faham bahasa. Jenis yang ingat masa manusia nie boleh dibeli dengan duit.

Kadang kadang minta rawat tu waktu orang nak solat di masjid, waktu orang tengah tido. Sampaikan ada yang tak bagi suami aku imam solat semata mata ahli keluarga dia kena rasuk.

Suami aku tak pergi, dah kena maki pulak cakap penunggang agama bagai tak nak tolong orang yang kesusahan. Allahu…

Pukul 2 pagi call mintak datang rumah yang jaohnya 2 jam perjalanan. Selagi tak pergi selagi tu call. Ada yang jenis memaksa jumpa rawat terus sembuh macam biasa.

Kadang kadang aku kesian dengan suami aku. Ada masa dia penat, tak cukup amalan untuk rawat orang. Dah kalau diri sendiri benteng tak kukuh, macamana nak rawat orang.

Selalu la dia terbawak benda tak elok balik. Kadang kadang lepas rawat orang tu, adalah malam tu kalau tak suami aku, aku kena kacau.

Memula kawin memang aku ketakutan sebab masa mula kawin banyak benda pelik jadi. Aku selalu sakit pinggang, selalu migrain, sakit dada. Tido malam selalu kena tindih kena ikat, kena cakar.

Tapi salah aku jugak sebab suami aku ada bagi aku ijazah untuk benteng diri tapi aku lalai.

Dulu 3 4 bulan lepas kawin aku stress sebab selalu kurang tido. Asal tido saja kena gangguan. So hari siang aku jadi letih dan lesu. Sampai satu tahap aku tak tahan.

Aku tanya suami aku, “kenapa awak tak cakap awal awal pasal benda nie?”.

Jawapan dia senang saja, “kalau saya bagitau nanti awak taknak kawin dengan saya” aiiii makan siku jugak dia. Hehe..

So start daripada hari tu, suami aku selalu ingatkan aku jaga solat, solat awal waktu, zikir Allah Allah Allah jangan tinggal. Sebelum tido basuh kaki, wuduk, 3 Qul dan ayat Kursi. Nie tak, tido kosong mana tak kena kacau syaiitan.

Suami aku cakap inilah ujian aku sebagai isteri perawat. Nie pun dia cakap tak berapa kuat sangat gangguan tu.

Ada rakan seperawat dia isteri sampai kena rasuk, balik rumah isteri tengah bawak parang. Ada jugak yang sampai nak bercerrai. Macam macamlah.

Ada banyak kes yang bagi aku agak diluar kotak pemikiran aku sebenarnya tapi dah panjang sangat nie.

Suami aku pernah tanya, jadi perawat nak tak?

TAKKKNAKKKK…

Sumber : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.