Bru kenal sorg laki tp dia cepat2 ajak kawen sbb sakit, hidup dah xlama. Bila minta gambar, dia cuba mengelak. Bila bgtahu family, dorg gelak je.

Foto sekadar hiasan :

Intro dulu. Aku seorang doktor yang sedang melanjutkan pelajaran ke bidang kepakaran. Umur 32 dan masih single. Sebelum ni dah banyak kali in relay hampir tunang, dah nak kawen tapi cancel semua lah, haha.

Aku dah lalu banyak kali fasa sedih, down, susah move on setiap kali relay aku tak jadi. Aku pernah la tulis confession kat sini jugak sebelum ni masa aku frust. Tapi confession yang mana tu rahsiaaaa. Hahaha. Now aku dah sampai tahap aku dah rasa numb. Aku rasa hidup sendiri pun best je. Fikir diri sendiri je. Walaupun kadang aku tak dapat deny fitrah manusia yang nak berteman tu.

Aku berpegang pada “sabar, dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah.” Aku percaya Allah akan ganjarkan aku pasangan yang baik2, menenangkan hati, sama2 kumpul pahala berkasih sayang sampai syurga. Tu la target yang sepatutnya betul tak? Aku faham perasaan numb ni isn’t right, so aku tetap lah selow2 kayuh cari jodoh.

Semua jenis dating apps aku dah cuba. Sampai sekarang dah 4 jenis hahaha. Tapi jodoh aku masih tak jumpa jalan pulang. Atau aku pun sesat? Hahaha. So nak jadikan cerita aku join satu dating apps ni. Kenal la sorang mamat secammer yang aku rasa paling bd0h abad ini. Dekat detail dia letak gambar dia seketul pakai cermin mata hitam yang menampakkan muka sahaja.

Situ dia tulis pekerjaan ‘Doctor at KKM’. So aku pun approve dan kitorang tukar nombor. Awalnya aku rasa dia ni matang bila bercakap, cara dia menganalilis sesuatu dan meluahkan buah fikiran dia bagus. Tapi lama2 aku detect benda2 fishy. Kitorang kenal seminggu lebih je lepas tu aku block dia Kenapa aku kata dia secammer? Dia tipu aku dari awal kenal lagi:

1. Dekat whatsapp, dia letak profile dp beberapa orang solat dekat masjid. Aku tanya dia ada dalam gambar tu ke? Dia kata takde. Aku cakap letak la gambar dekat profile wasap, dia dia tak nak. Aku mintak gambar dia lagi la dia tak nak bagi.

After that dia mengaku yang gambar dekat dating apps gambar kawan dia. Dia pakai atas izin kawan dia. Kononnya dia trauma sebab dulu dia ada s0sial media, lepas tu orang fitnah dan vlralkan satu hospital.

Dia tak berani lagi letak apa2 gambar dia. Last2 dia resign sebab tak sanggup berdepan dengan fitnah tu. Tak tau la betul ke tak. Katanya lagi sebab penah di reject sebab rupa. Ok tu penipuan pertama.

2. Masa awal2 mesej aku tanya “MO mana” dia jawab “private. In house je. Dekat menara maybank”. So maksudnya dia mengiyakan. Lepas tu dia cakap dia tak suka borak pasal kerja kalau dengan partner. Pada dia kerja is kerja, balik jangan bual pasal kerja. Aku boleh tanya dia apa saja asalkan bukan siap kerja. Aku rasa fishy sikit time ni.

Kalau korang nak tau, Doktor bila jumpa doktor dekat starbuck or open house sekali pun, dorang suka borak pasal kerja. Aku pun tak tau kenapa but that is enjoyable topic for us. Cite pasal susah payah nk manage patient, kena marah dgn pakar ke etc. Sekali sekala tu ngumpat boss sekali hahaha.

Lepas dapat nama penuh dia, aku cari dekat website mmc. Guess what? Takde! Aku tanya dia 3 kali weh dekat whatsapp kenapa nama dia takde dekat website mmc registered doctor? Dia ubah topic.

(Fyi, korang boleh search for registered doctors. Ala macam politician yang claimed doctor baru ni, pastu netizen yang power cari, eh rupanya takde sebab belajar tak habis kot. Gitu)

Dan akhirnya sepandai2 tupai melompat, akhirnya dia mengaku kat aku yang dia bukan doctor. Tapi physiotherapist dekat private. Alasan dia tipu sebab katanya sebelum ni dia pernah bercinta dengan MO dan jugak dentist.

Awal perkenalan semua ok tapi family perempuan reject dia sebab kerja dia tak sekufu. Dan dia samakan semua doktor/dentist pun macam tu. Tapi dalam masa yang sama dia nak cari orang kesihatan sebab dia rasa orang kesihatan lagi faham kerja dia berbanding ex dia. Berasap weh dada aku masa tu. Aku tak kisah pun MA ke, physiotherapist ke, nurse ke. Ex aku pun MA. Cuma jangan tipu!

Dan dia punya putar Alam tu, dia kata tak pernah keluar pun dari mulut dia yang dia ni MO. Cuma dia tulis kat fb dating je. So dia nak pusing kata dia tak tipu lah? Weh manusia macam ni pun wujud ke Ya Allah bantuin saya Ya Allah. Ok ni penipuan kedua.

3. Dia kata dia takde kereta. Dia cuma pakai motor je. Dia pinjam kereta adik dia sekali sekala. Belum keperluan katanya. Aku pelik la doctor kat GP yang gaji lagi tinggi dari kitorang MO government ni, tapi takde kereta? Kawan2 aku yang tak beli kereta sendiri pun, parents dorang bagi kereta. Tapi bukan takde langsung. Faham tak?

At last dia mengaku kat aku dulu dia pernah buat personal loan. Sekarang ni masih berbaki 50k. Sebab tu dia tak beli kereta sebab dia nak kecikkan komitment bulanan. Aku agak dia mungkin buat loan 100-200k. Nak tau tak untuk apa? travel dengan family weh.

Hahaha see! Aku tau dah dalam mee ada udang. Kau takkan dapat sorok la dari aku weh. Aku ni paling expert korek cerita orang secara halus. Pengurusan kewangan out!

4. Dia tanya aku pakai kereta apa. Aku jawab aku sekarang aku pakai axia (sebenarnya aku pinjam kejap kereta abang aku sebab kereta aku kat bengkel) dia tak caye aku pakai axia. Katanya Doctor pompuan suka pakai kereta jenama H.

Then dia cerita la somehow axia ni tak seronok jalan jauh sebab gitu gini bla bla nk balik kampung jauh2 nanti sakit badan. Ending of explanation dia ni, dia tanya aku “so ada plan nk upgrade kereta tak?” Bukan sekali ok, 2-3 kali dia tanya tau.

Belum lagi pasal rumah tau. Dia tanya aku dah beli rumah belum. Aku jawab belum (padahal aku dah beli) Lepas tu dia cucuk la suruh beli cepat. Katanya beli sekarang takdelah mahal mana.

Dia suggest aku ushar la dekat port kegemaran dia cyberjaya or putrajaya. Kalau boleh dia lagi suka yang landed. Lepas dia terang panjang lebar tu dia kata “nanti saya bagi awak link, awk ushar la dari sekarang. Awak beli, jadi asset awak jugak kan” Ntah weh. Aku rasa kenapa eh bab kereta and rumah seolah dia ‘letak beban’ tu pada aku. Dia suruh aku beli tau. Bukan nak share beli ke bukan cite plan dia nk beli ke.

Wahai lelaki2 yang budiman. Kalau nk jadi lelaki2 hensem di mata perempuan, korang cerita la aim and plan korang nak beli rumah untuk hidup bersama bakal isteri nanti. Macam nasihat Tuan Azizul si abah Qilah tu. Belum beli sekarang tu takpe, tapi how u tell ur plan and try to achieve it, tu yang penting.

5. The worst part is baru 2 hari kenal dah semangat la nak jumpa family bagai. Tapi ajak jumpa tak mau. Dia expect apa? Pada hari kejadian tu aku dengan dia terus jumpa family aku macam tu ke? Maigod la wey.

Alasan dia katanya nak nikah cepat2 sebelum raya sebab nak buat amal banyak2 dengan aku. Kononnnya dia takutlah ni ramadhan terakhir dia. Plus, Kalau lama2 sangat macam2 boleh jadi. Aku berpegang pada suruhan Nabi pada sahabat baginda, tengok dulu calon sebelum nikah. Mesti ada sebab kan kenapa Rasulullah sarankan macam tu.

6. Paling aku tak boleh terima dia suka la sebut pasal 18ss.

Ayat2 seperti exercise atas katil, nanti kite tidur satu selimut tau, nanti belajar pakai bikini tau kat rumah, pinjam pintu suka hati doraemon nanti terus masuk bilik air awak. Aku kena baca pasal 18ss supaya aku tak anxiety malam pertama.

Bila aku marah dia pusing la balik, dia tak maksudkan la. Dia nak aku ubah cara fikir aku la supaya aku ni tak cepat fikir negatif. Dia ni actually dah 3 tahun menduda. Duda, gelojoh ajak kawen sebelum puasa. Korang tau aku bayang apa?

At last aku berjaya la ajak dia jumpa jugak. Sebelum jumpa parents aku. And masa jumpa tu aku terang elok2 yang aku dengan family aku memang tak kisah sangat kerja apa. Janji attitude baik, bertanggungjawab, tak amek kesempatan. Aku terangkan jugak macam mana family aku yang boleh terima adik ipar aku yang cuma lulusan diploma dan cuma pakai motor je sedangkan adik aku tu dah master.

Antara sebabnya, adik ipar aku ni memang lah santun yakmat weh. Aku pun kasar dari dia. Haha. Solat pun selalu ke masjid dan sebelum kenal adik aku lagi, dia dah ada planning kewangan yang sangat jelas untuk dia dan bakal isteri dia walaupun gaji dia tak tinggi mana.

Dan aku terangkan jugak yang aku ni dah terlanjur cakap dekat family aku yang dia ni doktor. Dan aku rasa family aku tak boleh terima sebab dorang akan anggap dia tak jujur di awal perkenalan. Masa tu muka dia berubah, dan dia agak marah.

“Kan saya dah cakap dengan dorang jangan bagitau dulu saya kerja apa.” Hmm tak tau dah weh nak cara. Dan aku jugak terus terang masa tu yang aku sendiri pun rasa sangat berat untuk terima.

It’s not about job or physical appearance. Aku tak sangka dia tipu pasal kerja. And for me it’s not a small thing.Dan pada aku honesty is an essential component of marriage..

Malam tu, dia drama lagi la dekat whatsapp. Play victim cakap terima kasih lah sebab dah buat dia terluka dan hancurkan semuanya. Satu keburukan menutup seribu kebaikan. Ah dah macam psikopat. Katanya satu lagi sebab dia kata kenapa nak kawen cepat sebab lepas raya dia akan buat major operation. Eh kata nak buat amal ramadhan banyak2.

Ha tengokkkk. Dia tak cakap pun sebelum ni yang dia ada medical illness. Tu benda penting kot untuk partner kau tau. Aku penat la weyy hidup kena scam gini haha. Aku pun balas panjang2. Then aku block. Ah tenangnya hidup! Terima kasih Tuhan yang dah banyak sangat lindung aku.

Aku pun b0doh gak gi cerita awal2 dengan family aku. Last2 bila aku cerita aku kena tipu, family aku semua gelak paling besar cakap aku kena scam haha. Dorang chillek je. Btw, my family is the best supporter ever. So untuk perempuan2 yang terlajak macam aku, bersabarlah. Biar lambat asal selamat ok? Allah tau usaha2 kita, jerih payah kita utk usaha cari jodoh yang baik.

InsyaAllah, akan tiba masa yang paling baik untuk kita. Don’t give up, pergi mampus dengan mak cik bawang hahaha. Having faith to Allah is never easy, but we have to. Ok? Jaga diri tau. Hugs korang ketat2.

Generally untuk semua orang lelaki dan perempuan, belajarlah untuk terima kekurangan kita dulu. Dan jujur dengan orang lain. InsyaAllah, orang pun akan mudah terima kita bila kita terima diri kita dulu, dan bila kita redha dan happy dengan takdir kita yang perit.

Kalau ada trauma, we have to fix it and face it first. Aku yakin semorang pun ada trauma masing2. But don’t drag someone else to fix it for you. That’s not healthy. Learn to face it, and live in it happily. Bila nk berkenalan, transparent lah tentang semuanya. Gambar, fizikal, kerja, financial, dream etc. Give them their rights to know about us.

Kalau potential partner tu reject, it’s okay! Setiap orang ada hak untuk tentukan apa kriteria pasangan yang akan buat dia lapang dada sampai akhir ny4wa. Relay yang start dengan lies, will never be a good relay.

Kahwin adalah ibadah seumur hidup, ibadah yang paling lama. Yang seharusnya membawa kita ke syurga, bukan mengeheret kita ke neraka. Sebab, seumur hidup itu terlalu lama

Untuk kaum lelaki, aku tau korang kat sini semua top fan badges yang merupakan lelaki2 contoh baik2 belaka. Lelaki kat luar sana tu, yes bukan semua. U guys can do better okeh! Doakan aku jumpa suami yang baik2. Gerak lu.

– Dr Orked (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Alamak doc, klu 32 dh terlajak. Akak ni yg kahwin umur 42 catergory kertu ke? Hahaha.. Ilek2 je. Akak advise awak enjoy la being single tu. Serius cakap ni. Akak kahwin umur 42 dan ingatkan dh ready. Rupa2nya akak x puas enjoy being single tau. Tup2 4 bln kemudian pregnant. Lg terperanjat. Sbb dh plan dgn suami nk ride smpi ke Laos sana.. Ingatlah, kita yg merancang, tp Allah jua sebaik2 perancang. Chillex je keh. Enjoy je ur single phase. Cari bestfriend yg sama2 single, pergi conference byk2 (ini yg kakak sy buat slps dia being single slps 10 tahun kahwin) utk cantikkan resume dia, food hunting, gi glamping.. Isk, mcm2 la kt pala otak ni kalau masih single lg.

Netizen 2 : Buat tt dan yg sedang usaha mencari.Cubalah amalkan doa ni. Moga Allah makbulkan.Sy dulu pon setelah patah hati remuk bagai rasa penat ditipu. Sy amalkan doa ni setiap kali habis solat.Surah Al anbiya: 89
Sungguh² minta kat Allah temukan jodoh yg baik.

Alhamdulillah lepas 3 bulan patah hati (3 bulan juga amalkan doa tu) Allah pertemukan dgn suami. Masing2 pon kebetulan mmg nak tamatkan zaman bujang dgn serius bkn sesaja nak cintan cintun. Oh ya.. jgn lupa doa sekali dpt keluarga mertua yg baik dan menyayangi kita seikhlas hati. Moga Allah pertemukan tt dgn jodoh yg baik secepatnya

Netizen 3 : alamak. top fan badge dah hilang. lama tak komen. anyway, tahniah di atas keberanian dokter. jodoh jangan dipaksa. lagi lagi utk status dokter yg financially bagus, tgh nak specialise ni, bukan senang nak cari lelaki yg faham. take your time. insyaAllah. sometimes better single than dapat biawak hidup pendera. semoga sentiasa dipelihara dari org yg berniat tak baik. memang, mana ada dr yg xnak cerita pasal kerje bila jumpa kawan dr lain. automatik terkeluar nak debrief dengan trauma kerja.

Netizen 4 : Agak cliche nasihat ini but “Marrying late is always better than marrying wrong.” I sense that the man is a biawak hidup in the making. Another piece of advice is run whenever the man starts to talk 18ss. It’s clearly that he does not respect you enough. Don’t give up in finding your jodoh. Perhaps you can mingle around with your friends’s friends. If you are my friend, I would be sure to recommend you. I’m a good matchmaker btw Good luck confessor! Will be rooting for you!

Netizen 5 : Zaman now tak kahwin pon takpe dek non.. Sis pon kahwin lambat. Adik2 akak sis semua tak ada boyfriend dan tak kahwin lagi. Lebih bahagia jaga mak ayah. Takyah kejar sngt nak kahwin, kalau nak jugak.. Biarlah kenal lama2..masak sikit perangai dia baru fikir bab kahwin. Lelaki zaman skrng ni macam2 hal.

Netizen 6 : Seronok pulak baca doktor punya pengalaman. Dulu mcm ni juga. Mcm2 orang kenal kat dating apps, suami orang kita reject awal2. Yang kelakar ada borak dengan sorang ni, asyik la suka cerita pasal mak dia keje klinik gigi, balik lambat, ramai patient. Anak Emak detected. Layan lagi cerita psl klinik gigi hari2. Ingatkan mak dia Dentist, rupanya Cleaner. Hahahahahah. Kelakor, masuk dating apps tp nak cerita psl mak

Last2, doa je la jodoh apa Allah bg terima. Janji sekufu, tak sama background pekerjaan takpe, level study takpe, gaji rendah ke tinggi takpe, janji pemikiran sama. Alhamdulillahhh. Jumpa. Worth the wait.Didoakan confessor cpt2 jumpa yang terbaik.

Netizen 7 : Sis dah usaha, tapi belum lagi sampai masa yg terbaik. Jgn kata tak kahwin pun tak pe.yg penting kita usaha. Sy dulu Sy yg tackle suami Sy. Kalau ada lelaki yg baik tu usha jela terus. Nak harap dia usha kita nangis tepi bucu katil pun dia tak juga usha.So kita ambik la 1st step.pastu step seterusnya mesti lancar.

InshaAllah ada jodoh sis. Doa okeh, Sy dulu Hari2 doa dapat suami yg Soleh, hensem, kaya & bijak.tapi Allah maha adil.tak semua yg kita nak akan dapat.tapi kita doa kan.dpat hensem n Soleh tapi tak kaya

ada sebabnya.supaya kita redha lebih lagi kita dekat dgn Allah.apa2 pun doa kalau ini yg terbaik mudahkan ya Allah,jika sebaliknya maka jauhkanlah yg Allah.gadis2 boleh la berdoa yg Allah kurniakan aku jodoh yg Soleh,hensem,kaya dan bijak.nak apa lagi tambah sendiri.semua tu subjective, kaya tu bukan maksud banyak harta.. kdg kaya tu di hati.sampai dia rasa harta dunia ni xde apa.Jauh pulak dah melalut.good luck la gadis2 sekalian

Netizen 8 : Dik, akak umur 40, life goes on. Jalan terus tak payah fikir lebih ada jodoh ada, takde wat dek. Zaman dulu kalau nak bercinta online tu cam legit sikit la walaupun ada secammer, la ni susah sebab lagi ramai secammer. Akak cadangkan suruh je la mak ayah cari kalau adik betul2 nak tamatkan zaman bujang

Netizen 9 : Umur 32 xkahwin lagi pun xpe dik, dekat department saya ni pon ad je few colleagues xkahwin, happy je..alah, kan best bole kesana sini tnpa perlu minta lesen. Itu xpe lagi, jgn silap pilih suami, merana sis. Kalau suami kaki pukul, kaki psycho ke kaki dadah kan da pening, pastu kalau dpt ipar mertua memeningkan lagi hazab. So. be wise, sabar.. Inshallah, waktunya akan tiba.

Netizen 10 : Kenangan tak boleh dilupakan, kenal kat dating apps. Ada ciri seperti doktor taik tu juga nak secam orang. Ayat tak boleh blah dia kata “saya boleh terima awak tapi bukan anak awak”. Sejak itu kekal juga berkawan biasa.

Kredit : IIUM Confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *