Bru nk amek ayam goreng, ibu rampas trus bg adik. Pdhal adik dah kenyang. Hairan aku. Aku kena berkorban kononnye.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih admin siarkan kisah saya. Minta maaf andai penceritaan saya berterabur. Ini kali pertama saya menulis.

Bunga cantik penyeri keluarga. Selalu kita dengar kalau dapat anak perempuan cantiknya ibarat bunga penyeri keluarga.

Saya mulakan dengan perkenalan diri serba sedikit. Saya seorang perempuan, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Saya tunggal perempuan dari 5 beradik.

Saya dibesarkan oleh ibu ayah yang baik dan bertanggungjawab. Cuma yang buat saya agak terkilan mereka menganggap anak lelaki adalah segala galanya, lebih penting, peneraju keluarga, perwaris harta, penjaga mereka masa tua.

Kalau ada saudara mara yang tiada anak lelaki, pada mereka sangat menyedihkan bagai kurang 1 anggota badan. Bagaikan sebuah keluarga itu tidak lengkap.

Oleh kerana saya seorang perempuan dan anak pertama, saya sudah dididik dari kecil untuk berkorban dan mendahulukan adik adik saya. Alasannya saya perempuan, dan saya kakak yang sulung.

Saya masih ingat masa saya masih sekolah rendah. Ibu goreng ayam untuk lauk kami adik beradik, ada tinggal seketul setelah semua orang makan.

Saya duduk sebelah ibu dan baru berkira untuk mengambilnya tapi ibu lebih dulu letakkan Ayam terakhir itu di pinggan adik saya yang telah habis makan sambil berkata pada saya kakak kena mengalah dengan adik walaupun adik saya menolak waktu itu kerana telah kenyang.

Saya rasa sedih ibu lebih nampak adik yang kenyang dari saya disebelah yang baru nak makan. Walaupun hanya seketul ayam tapi perit untuk saya yang masih kecil.

Banyak lagi kisah yang buat saya terasa untuk isu remeh temeh seperti ini tapi rasanya tak perlu diceritakan disini.

Saya tekadkan dalam hati suatu hari nanti saya akan buktikan anak perempuan juga mampu berjaya, mampu bertanggungjawab terhadap keluarga sama seperti anak lelaki.

Masa berlalu, waktu remaja saya cuba berjauhan dan duduk diasrama. Bila jauh, kurang sikit perasaan itu.

Saya dan adik berjaya tempatkan diri di IPTA (jarak saya dan adik hanya setahun) dan masa itu mereka belikan adik saya kereta dengan alasan senang untuk adik saya ulang alik ke IPT tapi tidak untuk saya kerana saya tiada lesen.

Saya abaikan semua tu, saya tidak mempersoalkan lagi pada mereka. Kalau dulu semasa kecil saya akan memberontak dan bertanya kenapa begini, begitu. Tapi semakin dewasa saya sudah tahu jawapannya lalu pendamkan saja dan malas menimbulkan isu.

Untuk berjaya ‘graduate’ dan mendapatkan kerja adalah perjalanan yang sukar buat saya.

Semasa tahun akhir kena siapkan report sambil praktikal sangat mencabar kerana saya duduk dirumah keluarga. Pergi kerja naik bas, atau teksi, hujung minggu kena siapkan report dan hantar kepada pensyarah.

Tapi ibu tidak faham. Ibu ingat saya bercuti. Pantang sahaja hari sabtu dan ahad, sudah tersenarai kerja yang perlu saya siapkan sebagai seorang anak perempuan. Sarapan, basuh baju, makan tengahari, minum petang. Alasannya ini kerja perempuan.

Adik adik tak sesuai buat, nanti dirumah mertua tak tahu buat kerja. Begitulah bebelan ibu.

Setelah graduate, akhirnya saya dapat kerja dekat dengan rumah, kembali duduk dengan keluarga dengan gaji SPM tak setanding ijazah saya. Buat pinjaman untuk ambil kancil ‘secondhand’ pun tidak lepas. Ayah yang hantar saya setiap hari.

Bermula la kembali episod tekanan saya. Saban hari mereka bandingkan saya dengan adik saya yang diploma gaji lebih tinggi dan senang dapat kerja berbanding saya yang ijazah tapi susah dapat kerja.

Adik saya lelaki, waktu dia sehari suntuk pun boleh menghadap laptop cari kerja, diberi kereta, dan bebas untuk cari kerja di luar daerah kami.

Berbanding saya, waktu saya dirumah dipenuhi jadual kerja rumah, tiada kenderaan, dan tak di izinkan kerja tempat yang jauh.

Saya faham mereka risaukan saya, tapi jangan pula bandingkan rezeki saya. Walaupun gaji saya kecil dari adik, saya bagi ibu ayah sama banyak dengan adik saya yang gaji lebih besar dari saya.

Masa berlalu, kami semakin dewasa. Adik sudah sibuk hendak kahwin saya masih sibuk cari kerja lain yang lebih baik.

Adik saya bila saja cuti hujung minggu sudah bersiap untuk keluar ‘dating’ tapi bila saya kata saya nak keluar hujung minggu sudah siap senarai kerja. Ibu akan cakap siapkan kerja dulu baru boleh keluar.

Sudahlah kalau keluar kena naik bas atau train, sudahnya saya lebih suka lepak, tidur dirumah dari bersocial. Ibu bising pula adik dah nak kahwin saya belum jumpa jodoh.. haha dia tak bagi adik kahwin dulu, langkah bendul katanya.

Akhirnya bertemu jodoh juga saya, tak bercinta pun, terus kahwin kerana ibu dah mendesak adik nak kahwin.

Masa majlis pun tema dan menu perkahwinan saya, ibu lebih mendengar pendapat adik lelaki berbanding saya sendiri yang menjadi pengantin. Saya ikutkan saja.

Alhamdulillah sekarang rezeki lebih baik. Dapat kerja lebih baik, dapat beli kereta dan rumah. Duit gaji saya tidak luak kerana suami yang menanggung saya, jadi duit saya banyak saya habiskan untuk ibu ayah.

Berbanding adik adik saya, mereka tidak dapat tumpukan tanggungjawab sepenuhnya pada ibu ayah kerana mereka juga ada anak isteri yang perlu ditanggung.

Saya cuba tunaikan apa sahaja permintaan mereka, hujung minggu cuba meneman meraka. Sentiasa periksa didapur apa yang tidak cukup.

Makna kata, anak perempuan sebenarnya yang lebih prihatin, yang lebih ada banyak peluang dari segi kewangan dan masa untuk ibu ayah berbanding anak lelaki. Tapi ini tidak mengubah persepsi mereka.

Malangnya, anak saya juga terima tempiasnya. Mereka kata anak perempuan saya bukan waris keturunan mereka kerana cucu perempuan dan lahir dari rahim saya iaitu anak perempuan mereka. Cucu lelaki mereka adalah waris harta mereka.

Sumpah saya kecewa, saya tidak harapkan harta untuk anak saya. Saya akan usaha cari sendiri. Bukan sekali mereka bercakap tapi berkali kali…

Allah pedihnya.. sebab ini saya terpanggil untuk meluah. Kadang hampir putus asa untuk memenangi hati mereka.

Dulu masa saya kecil, bila saya menangis kata ibu sayang adik lebih dari kakak, ibu akan cakap ibu sayang sama semua anak ibu. Tapi sekarang saya sudah dewasa saya masih merasai perasaan itu, adakah saya yang terlalu emosi?

Reaksi Warganet

Biskut Marie –
Sedih kan. Akak tak rasalah kena buat semua kerja rumah tu. Maybe sebab anak bongsu dan jarak umur jauh dari abang kakak. Tapi bab waris tu memang terkena lah bila bapak sendiri cakap anak perempuan akak ni bukan waris keturunan dia tapi waris keturunan suami akak sedangkan atuk nenek belah suami tak pandang special pun anak akak.

Rasanya yang paling tak dipandang pun dalam berbelas cucu diorang. Maklumlah dok jauh. Nak ubat hati, duduk je lah diam diam kat rumah sendiri. Balik melawat sekejap dah. Takdelah macam orang lain… Cuti sekolah excited nak balik umah atuk nenek…

Nurul Wahidah –
Sabar ye sis… ibu bapa yang berat sebelah pun akan dihitung diakhirat nanti. Sis focus family kecil sis je. Balik bila perlu, hulur pun bila perlu sebab kalau nak kira, bukan tanggungjawab sis.

Cuba jadi orang terakhir bila diperlukan tu. Mungkin dengan cara tu, your parents akan nampak pentingnya sis dalam hidup mereka. Kalau tak nampak pun tak salah sebsb sis kena dahulukan suami dan anak anak sebab sis dah kahwin.

Keep what you earn dan bagi pada parents on special occasions je. It’s time for you to be at peace and let go. Focus on other things like your husband, your little girl and your work.

Kalau your parents tanya, just jawab anak perempuan hanyalah pinjaman kepada ibu bapanya, milik mutlak suaminya

Nur Cahaya –
Dik, mari kita stop sistem dan perangai patriarki yang meraja di daerah kita. Mulakan dengan anak anak kita.

Sesekali jangan kita lebihkan anak lelaki dari anak perempuan. Kerana ini bukan ajaran agama tapi sistem jahiliyah yang berakar umbi masuk ke ranah melayu.

Nabi hanya ada anak perempuan. Dari Fatimah dipesan kepada umatnya bahawa keturunannya lahir dari rahim Fatimah. Sayangnya Nabi kepada anak perempuannya itu, setiap kali Fatimah muncul, Nabi bangun menyambutnya.

Setiap kali Nabi ingin bermusafir, Fatimahlah orang terakhir dijumpainya dan menciumnya. Setiapkali pulang dari musafir Fatimah orang pertama dijumpainya dan menciumnya.

Dalam Alquran, betapa Allah memuliakan perempuan, meletakkan lelakilah yang bertanggungjawab memberi nafkah, menjaga dan memuliakan perempuan dari ibu, adik beradik, mak sedara serta anak sedara.

Kerana itu pusaka dilebih kepada lelaki agar dengan harta tersebut wajib atasnya ditanggung perempuan perempuan di bawah mereka.

Apa yang berlaku? Lelaki melayu meletak perempuan sebagai alas kaki mereka dan ini akhirnya menjadi tradisi.

Norizan Mamat –
Salam.. Makcik tak faham, kenapa perlu beli jiwa mak ayah ? Dah tahu tak ada harga, kenapa perlu beli dan harap ianya menjadi bernilai ?

Tak boleh ker buat tidak peduli ? Mak ayah masih kuat. Kenapa kita kena bersungguh untuk meraikan mereka dan rasa sakit dalam hati ?

Buat tanggung jawab kita sekadar perlu. Lepas kita pada Allah. Asalkan kita tak menyesal bila mak pak tak ada. Sudah memadai. Tak perlu buat bersungguh sungguh, lepas tu menyesal walau pun mereka masih hidup.

Tentang waris tak waris. Cakap saja… Anak perempuan saya akan mewarisi harta saya. Insya Allah, jika ada rezeki anak lelaki, saya akan melayan mereka sama rata. Saya akan wariskan harta untuk anak perempuan saya sama seperti anak lelaki. Hibah kan ada ? Bla bla bla… Dah kenapa warisan menjadi isu …

Alaaaa… Kita kan mengaji pandai, reka ayat panjang dalam kepala. Bila mereka silap cakap jer, terus bagi ceramah free. Jangan la melawan kasar, bagi ceramah saja.

Gitu… Kalau tak boleh by mulut, hantar wasap. Semoga dapat ketenangan.

Sumber – Bunga layu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.