Cikgu sekolah anak tiba wasap suami minta belikan “baju”, aku dah pelik. Bila tnya suami, terketar dia nk jawab.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum. Saya umairah, berumur 30an, anak 3 seorang surirumah yang telah berhenti kerja.

Awal tahun 2018, saya terbaca wasap suami saya wish good morning kepada cikgu kelas anak saya (wish gambar).

Bila saya tanya suami cakap tak ada apa hanya wish good morning n bila saya tanya cikgu tu dia pun tidak tahu kenapa suami saya hantar wasap macam tu.

Cikgu tu sudah bersuami, umur awal 40an dan ada anak 3. Cikgu tu minta perkara itu tidak diperbesarkan saya pun ok sebab kot memang ada salah paham.

Tetapi sebenarnya saya sudah mula diperbodoh oleh suami dan cikgu tersebut.

Selepas pada kejadian tu firasat saya memg tak percaya pada mereka. Saya rasakan ada sesuatu, tapi saya tidak ada bukti.

Sebelum saya baca wasap wish good morning saya n cikgu frend di fb, lepas pada tu saya kena blok di facebook bila saya bagitahu suami saya yang saya akan maklum pada suami cikgu tu.

Masa ni saya baru berhenti kerja, semasa saya bekerja tempat kerja saya sejam perjalanan dari rumah.

Jadi, kami sepakat untuk anak saya sekolah bersebelahan tempat kerja suami saya. Segala urusan sekolah suami saya handle sebab anak saya bersekolah berdekatan.

Saya sangkakan urusan suami saya dan cikgu atas urusan berkaitan sekolah atau anak saya, tetapi melibatkan hati dan perasaan.

Cikgu tu seorang yang lemah lembut kalau dilihat dari luar. Semenjak saya wasap cikgu tu berjanji akan terus share apa-apa berkaitan sekolah anak saya kepada saya bukan lagi melalui suami saya.

Saya percaya, sebab saya anggap takkan seorang guru dan isteri akan ada hubungan dengan suami orang dan ayah pada pelajarnya sendiri.

Bermula dari 2018 hingga sekarang saya dan cikgu sering berbalas wasap, sembang-sembang melalui wasap tapi sekali tidak pernah jumpa.

Nov 2021, saya terjumpa sebuah buku yang ditulis wish happy birthday kepada suami saya. Dengan panggilan sayang, i love u, ikhlas mencintaimu, suami saya sangup terima kekurangan dirinya. Saya tanya suami siapa bagi?

Suami cakap cikgu tu bagi dan bila saya wasap tanya cikgu tu berkeras dia nafikan sbb dekat buku tu tak ada mention nama. Tapi gelaran umi saja yang setahu saya gelaran umi memang para pelajar panggik pada cikgu tu.

Cikgu tu cakap kenapa dia nak bagi benda macam tu?sedangkan dia pun ada family sendiri.

Ok, saya minta maaf mugkin saya yang salah orang dan ALLAH lebih tahu apa yang saya tak tahu. Cikgu tu cakap dekat saya “betul. ALLAH SWT maha mengetahui”.

Disember 2021 hujung tahun, memang ALLAH maha mengetahui, malam tu saya baca mesej antara suami dan cikgu di telegram bersayang sayang, bertukar cerita aktiviti seharian, siap screen short bra suruh suami saya belikan.

Saya call cikgu tu tidak jawab, siap msg suami saya bagtau yang saya call dia. Dia tidak tahu yang hanset suami saya ada dengan saya.

Last bila dia tahu yang hubungan dia dah terbongkar dia blok saya di wasap. Saya cari saudara dia dan saya dapat nombor anak saudaranya.

Saya minta nombor telefon suami cikgu tu dari anak saudaranya, saya cerita serba sedikit sahaja.

Anak saudara cikgu tu tak percaya seolah saya fitanah cikgu tu dan saya yang sedang bermasalah dengan suami tetapi nak libatkan cikgu tersebut Saya hantar screenshoot perbualan cikgu n suami saya sebagai bukti.

Saya beritahu saya akan buat report berkenaan hal tersebut. Selepas 3 hari, cikgu tu wasap saya minta saya jangan buat report dan dia dah ceritakan segalanya pada suaminya.

Suami cikgu tersebut wasap saya minta maaf bagi pihak cikgu dan jangan report. Suami cikgu tersebut akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi tapi saya sampai sekarang tidak percaya pada suami saya dan cikgu tersebut.

Saya masih lagi mencari jalan. Doakan saya temui jalan yang terbaik bagi diri saya dan keluarga saya. Saya minta maaf kalau tulisan saya panjang.

– Umairah (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Saya komen berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang penjawat awam dan guru. Pendapat2 lain seperti maklumkan pada keluarga pihak2 terlibat/jumpa berdepan semua pihak/lain2 pendapat, saya serahkan pada readers lain.

1. Report pada guru besar/pengetua. Seeloknya face-to-face. Catat tarikh dan masa di mana2 (phone, buku nota, lain2) sebagai rekod peribadi ada berjumpa guru besar (gb). Kalau boleh, catat sekali kronologi perjumpaan tu. Inform gb awal2 jika tiada apa2 tindakan terhadap guru tersebut, puan akan bawa hal ni ke peringkat lebih atas (ppd, jpn, kpm). Takut ada isu jabatan sapu habuk masuk bawah karpet, jadi catatan dan kronologi catatan puan dapat membantu bila bawa ke pihak yang lebih atasan.

2. (Jika tiada tindakan daripada gb) Hantar email ke ppd, cc sekali ke jpn dan kpm. Selain email, seeloknya print bukti2 dan bawa ke ppd, report face-to-face dengan pegawai berkaitan. Jika puan maklumkan bahawa puan dah buat aduan kepada gb tapi tiada tindakan, biasanya mereka akan lebih fokus mendahulukan aduan puan sebab mereka nampak puan seorang munasabah, mengikut prosedur yang betul. Jika terus terjah jpn/kpm, dikhuatiri puan kelihatan seperti kurang rasional dan bertindak terburu-buru tidak mengikut prosedur.

Harap dapat bertindak, puan. Sikap guru begini telah memberi contoh yang buruk kepada pelajar2 dan sangat memalukan kami guru2 yang lain yang beretika.

Netizen 2 : Aduhh buatla report kata cikgu tu ganggu rumahtangga puan.

Pi ke sklah cikgu tu. Report perangai cikgu tu kepada pengetua sklah tu. Wajib tunjukkan bukti supaya sklah tu percaya. Minta sklah tu ambil tindakan dan minta supaya cikgu tu tak ajar lagi anak puan. So takda reason dorang nak berkomunikasi lagi.

Kalau cikgu tu adalah guru skolah kerajaan, sila pi ke Pjabat pendidikan daerah dan KPM. Report pasal cikgu tu. Sepatutnya pekerja kerajaan kena jaga etika.

Tukarkan ja anak ke sklah lain.

Tawakal dan doalah banyak2 pada Tuhan semoga dipermudahkan segala urusan dan ditunjukkan kebenaran.

Netizen 3 : Report je. Biasa cerita² sebelum ni pun, janji buat lagi janji buat lagi.

Banyak baca confesoi, janji tak buat, buat lagi.

Stalk lagi, pastu kalau buat lagi lepas ni, report je terus baru inform diorang.

Kena tegas. Once you said, you have to make it.

Sebelum ia bertambah teruk dan akan menyebabkan puan ditimpa penyakit spert over stress bagai, selamatkan diri dan keluarga betul². Semoga baik2 saja puan.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *