“Dah la miskin ada hati duduk asrama”. Senyap2 lewat mlm mereka brkumpul dlm dorm. Warden xperasan.

**gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum. Nama saya Sofea (bukan nama sebenar). Berumur lingkungan 26 tahun.

Saya ingin membuka kembali kisah zaman asrama saya. Ini kisah saya. Ya berlaku kepada saya semasa zaman persekolahan.

Saya tinggal diasrama kerana jarak rumah yang jauh dan kerana saya anak B40 kategori miskin. Berdasarkan situasi itu, sesiapa yang tinggal jauh atau dari golongan B40 memang layak jika Mohon tinggal diasrama. Hanya asrama desa sahaja.

Saya tinggal di asrama ibarat tinggal dalam neraka jadian. Disini saya belajar segala sikap manusia. Disini kakak senior akan mengunakan kuasa sebagai “senior” untuk membuli.

Tanpa mereka sedar mereka sememang nya membuli orang lain. Hatta ‘ senior’ yang bukan sekepala juga akan disisihkan mereka.

Saya tidak tahu bagaimana kakak senior yang (have2) iaitu orang berada boleh masuk ke asrama. Alasan mereka kerana rumah jauh la. senang belajar sama2 lah. ingin hidup berdikari lah.

Siapa puak ini? Mereka terdiri dari kakak senior dan adik junior. Membentuk satu kumpulan seperti belangkas. Saling menyayangi dan back up antara mereka. Datang dari keluarga (have2). Puak ini saja lah berbakat. pandai dan baik. Orang lain jahat.

Puak ini saja lah memegang semua jawatan dalam asrama. Puak ini juga yang sering melanggar kesalahan diasrama dan tiada sebarang hukuman. Puak ini datang dari kelas depan. pertengahan dan belakang.

Jika dimajalah asrama sepanjang tahun penuh muka puak ini saja lah. Apa2 pertandingan diasrama pun penuh muka mereka. Puak ini bukan budak biasa. Ada yang pelajar cemerlang disekolah. Pelajar terbaik dalam kelas. Pelajar paling disayangi guru lah.

Saya ceritakan situasi ini :

Saya namakan dia Maria. Maria anak orang Kaya. Tinggal diasrama. Diasrama dia menjadi kesayangan kakak senior kerana dia suka bagi makanan la belanja macam2 lah untuk mereka. Jadi hubungan in persahabatan mereka seperti adik beradik. Dan membentuk satu puak.

Puak adik angkat dan kakak angkat. Tapi bukan itu isunya.

Isunya. Kakak2 angkat maria dan Maria merendahkan orang lain. mentertawakan orang lain. panggil ramai2 dan maki hamun orang yang mereka benci. Jadi pembuli.

Ayat seperti :

“Dah la miskin ada hati duduk asrama”

“Kau tuu hodoh. kenapa pandang2 aku”

“Kau yang selalu report kepada warden kan?”

“Tengok tuu dah la b0d0h. hodoh plak apa la malang ada manusia macam kau atas muka bumi ni”

“Muka2 macam kauu ni esok2 jadi penjenayah tau tak”

Sekiranya berjalan terserempak dengan mereka mesti tunduk hormat. Sekiranya makan didewan makan mesti diam biarkan puak mereka saja bercakap.

Jika nampak mereka buat kesalahan diasrama? Biarkan jika warden dapat tahu. mesti ada kambing hitam. Siapakah kambing hitam?

Mestilah adik2 junior yang baru masuk. bukan puak mereka atau mereka yang blur2.

Jika mereka buat jamuan makan dalam dorm dan makan sesama puak mereka? Biarkan. Jangan tegur dan jangan usik.

Jika ada senior atau junior yang berani tegur kesalahan mereka? Nantikan nasib malang dimalam hari. Mereka “puak itu” biasanya akan ada kedudukan atau bersahabat baik dalam jawatankuasa asrama.

Dari ketua asrama, penolong, AJK, semualah dari puak mereka. Sebab ” cable” ini lah mereka berani membuat macam2 kepada orang lain.

Atas dasar ingin membetulkan kesalahan adik2 junior. Maka malam itu, mereka akan panggil semua penghuni asrama untuk berkumpul.

Dan ‘tertuduh’ atau sesiapa yang “tegur” ituu akan dikecam, dihina, di katakan pelbagai kata2 sehingga “orang” ituu merasa lebih baik akuu mati.

Katakan diasrama terdapat 70 orang penghuni. 30 orang adalah puak mereka. Ada junior juga tali barut mereka. Senang saja untuk cam tali barut ini. Mereka buat lah apa pun kesahalan. Tidak akan kena apa2 tindakan atau hukuman. Kesalahan mereka akan ditutup sehabis baik.

Biasanya ayat seperti :

“Aku kacau hidup kau ke sampai kau perlu ambil tahu apa akuu buat”

“Aku langgar kesalahan pun aku senior, kau tuu junior ja”

“Sedar la diri sikit, hodoh, b0d0h, miskin”

“Muka cantik takpa juga”

Dan biasanya selepas hukuman ini. tiada sesiapa pun berani berkawan dengan pelaku. Pelaku seolah akan dipalau. Ada yang keluar terus asrama selepas kena seperti ini. Ada pula yang masih bertahan. Ketika ini berlaku warden ke mana? Warden?

Biasanya puak ini akan gunakan helah untuk membuat perjumpaan kononnya untuk memberi teguran kepada penghuni asrama lain.

Atau puak ini akan panggil semua penghuni asrama lewat malam senyap2 berkumpul di bilik lain di asrama. Jadi warden tidak tahu dan tidak mengesyaki apa2.

Dan apa nasib untuk mereka yang masih bertahan? Akan dihina, dipulaukan, dihina, dimalukan, dikecam, disisihkan.

Habis warden buat apa? Warden ada. Cuma puak2 ni pandai bermuka2. Didepan warden. Mereka pandai bercakap baik dan bermanis muka.

Dibelakang warden mereka kutuk. Hina dan tertawakan warden. Ada juga yang sering memberi warden buah tangan lah hadiah la seolah2 menghargai warden.

Tetapi disebalik mee pasti ada udang. Pada akhirnya juga jika warden tahu sikap mereka. Warden hanya mampu suruh bersabar. Mungkin kerana telah termakan budi. Biasanya anak orang kaya. Mesti beri sesuatu yang mahal.

Diasrama menjadi perkara biasa jika dihina. Di ketawakan atau dipalau. Jika pelaku tiba2 bertanya kenapa buat saya macam ni. Mereka akan kata tindakan mereka betul dan tidak salah.

Diasrama ini sesiapa bukan dari puak mereka akan disisihkan. Tidak ada jawatan. Tidak boleh masuk apa2 pertandingan walaupun berbakat. Tidak boleh bersuara. Tidak boleh mendahului kumpulan “puak” mereka ini.

Malah dalam album asrama pun hanya penuh gambar2 puak ini.

Diasrama ada pertandingan lah ada sampai peringkat daerah lah. Semua pertandingan hanya untuk puak ini. Mereka akan membedak2 setiap pertandingan untuk puak mereka.

Jika warden atau waris lain tanya kenapa orang yang sama saja acap kali masuk pertandingan? Puak mereka akan beri jawapan mudah iaitu mereka saja berbakat dan mereka hanya ambil orang berbakat untuk wakili asrama.

Habis bagaimana orang lain? Lebih awal mereka diugut atau ditekan jika masuk apa2 pertandingan “siap” lah. Jika ada yang masuk juga?

Dengan cikgu2 pengajar akan dipalau mereka.

Ya. Sesiapa yang sertai puak mereka akan mendapat kelebihan. Sesiapa yang tidak sertai puak mereka? Akan dibuang seperti sampah.

Konon nya hanya mereka yang pandai, cantik dan berbakat.

Boleh kah untuk sertai puak mereka? Boleh. Jadi tali barut. Burukkan orang lain. Ketawakan orang lain. Dalam bahasa mudah aniaya dulu orang lain baru masuk sah puak mereka.

Apa berlaku jika puak mereka hilang barang? Habis seluruh asrama digeledah. Seseorang mesti jadi kambing hitam. Pastinya orang itu orang yang mereka tak suka.

Dan ya. Orang ituu akan di panggil duduk di tengah. Dan mereka membentuk satu bulatan. Mereka berkata2 macam seolah pelaku yang bersalah dan melakukan jenayah berat.

Kesan nya? Pelaku atau sesiapa yang tahu hal ini menjadi takut kepada puak ini.

Apa pula jika orang lain hilang barang? Aduan mereka tidak diendahkan. Mereka disisihkan. Tidak dibesarkan geledah. Dan yang pasti orang antara puak mereka juga yang ambil. Jika puak mereka? Mereka diamkan saja.

Apa latar belakang mereka? Ya. Saya secara diam2 selidik latar belakang “puak” ini antara contoh :

1) Anak tunggal. Mak ayah sibuk kerja. Duduk asrama sebab ingin berdikari. (orang kaya)

2) Anak dari perpisahan ibubapa. Tinggal dengan keluarga kaya.

3) Anak tunggal. Anak manja. Duduk asrama sebab ingin cari kawan. (mak ayah biasa2).

4) Anak manja dari adik beradik yang ramai. Duduk asrama ingin dapat kasih sayang kawan2.

5) Tali barut sebab ingin kedudukan dalam jawatankuasa asrama.

6) Kaki ampu.

7) Kaki menipu dan mencuri.

8) Keluarga dari orang2 baik.

(Ini adalah contoh yang saya perhatikan).

Rasanya mereka ini membentuk puak kurang kasih sayang dan perhatian keluarga. Maka sebab itulah puak ini suka membuli orang lain.

Habis pihak pengurusan. Pihak tertinggi asrama. Pihak ibubapa tak tahu langsung budaya puak dan budaya buli lisan disini? Tidak dan ada yang tahu.

Biasanya jika isu dipanjangkan. Mereka akan rekrut ahli baru untuk masuk puak mereka. Pastilah ada imbuhan (rasuah) kepada mereka yang tutup mulut ini.

Jadi ahli baru akan back up setiap salah mereka. Jika warden atau pengurusan asrama panggil sekalipun tetap mereka terlepas. Kenapa?

Sebab warden panggil orang lain sebagai saksi.Habis kenapa murid2 lain tak nak ceritakan hal sebenar atau back up mangsa? Sebab takut.

Ada pembuli dari puak ini asyik mengulang kata pangkat ibubapa nya.

Dan jika sesiapa yang menceritakan hal sebenar akan menerima nasib yang sama seperti pelaku.. Jika ada parents yang tahu akan terus berhentikan anak mereka dari asrama.

Apa berlaku jika ada penghuni lain lebih pandai. cantik dan berbakat dari puak mereka? Pastinya akan “di torture”. Sehingga menangis2 setiap hari atau sepanjang tahun. Serius? Ya benar.

Mereka juga akan disisihkan dari sebarang pertandingan. Puak ini akan pastikan kumpulan mereka saja yang mendahului dalam setiap senarai pertandingan.

Apa pula berlaku jika orang lain menang pertandingan? Mereka akan lalukan pelbagai cara untuk ketawakan mangsa. Mereka akan cakap

‘Bodek warden lah bodek juri lah’ secara sinis.

Bagaimana hal lain? Mereka makan dan buat sepah. Takpa. Nanti ada tukang cuci.

Ada satu masa itu mereka makan beramai2. Bawa juga segala makanan dalam alam ini. Dari pizza hut sehingga aiskrim Baskin Robbins (meja makan penuh makanan). Ya. Mereka makan diasrama. Didepan semua penghuni lain.

Pelawa orang lain tak? Tidak. Jika ada sisa baru mereka beri. Sekali saja kah berlaku? Tidak. banyak Kali. Semua penghuni anak orang Kaya kah? Tidak. Semua B40. Puak mereka? T20 dan M20.

Berdosa tak makan depan orang lain sehingga bau? Berdosa. Mereka seperti membuat jamuan di asrama (bukan dewan makan). Dan puak2 mereka menjamu selera bersama bingit bercakap. Orang lain? Ada yang sedang tidur. Study. Lain2.

Dalam bahasa mudah buli secara lisan.

Buli fizikal mungkin mereka tidak berani. Tetapi buli beramai2 secara lisan.

Sakit tak buli lisan?

Sakit tak?

Hanya yang melalui dan mengalami sahaja mampu beritahu.

Ada kesan sampingan buli lisan.

Saya mengalami kemurungan dan low self esteem sehingga dewasa. Saya sentiasa teringat kata2 dan perbuatan mereka.

Bukan tidak mahu berhenti asrama. Sebab saya dari keluarga susah. Jadi bertahan sehingga sesi persekolahan tamat.

Senang kata asrama saya telah menjadi tempat antara 2 darjat. Puak kaya dan puak miskin. Tempat hanya puak kaya mendapat layan khas, berpeluang menyertai semua pertandingan.

Mereka sekarang? Ada yang sudah berkahwin. Berkeluarga. Ada pula sudah insaf. Sudah berimej muslimah. Tidak pernah mereka mohon maaf. Bagi saya mudah untuk maafkan. Susah untuk reda dan lupakan..

Saya cuma berdoa jangan lah saya bertemu lagi semua puak ini dimasa hadapan. Dan jangan lah anak cucu saya berkawan dengan mereka.

Buat kalian ingin tinggal diasrama. Persiapkan mental juga. Belum tentu muka baik benar2 baik. Belum tentu pakaian koyak benar2 orang jahat.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *