Dduk dgn kak ipar. Pelik mknn aku dlm peti ais semua dia buang. Kain buruk pun dia basuh dgn downy.

Foto sekadar hiasan :

Baca perlahan-lahan kisah di bawah. Sekiranya bermanfaat dan memberi pengajaran, boleh share kisah ini pada kenalan2 anda supaya sama2 kita ambil iktibar.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Nama aku Azie dan luahan aku hari ini berkenaan kakak ipar yang aku rasakan berpura-pura baik di hadapan kami.

Aku dan adik duduk bersama abang yang telah berkahwin selama dua tahun.Pada mulanya hanya aku sahaja, setelah adik habis hbelajar dia pun duduk sekali bersama kami.

Punca utama aku tinggal bersama abang adalah kerana abang duduk di kawasan bandar dan peluang pekerjaan sangat banyak.Aku dan adik bekerja di klinik yang sama dan kami mempunyai shift bergilir.

7 pagi-3 petang dan 2 petang-10 malam. Kalau nasib baik shift kami sama, nasib tak baik seorang pagi dan seorang malam.Kakak ipar bekerja sebagai akauntan di syarikat besar dan selalu sibuk.

Abang pula bekerja sebagai penjawat awam, jadi waktu bekerja dia 8 pagi sehingga 5 petang. Kami ke tempat kerja dihantar dan diambil oleh abang setiap hari.

Bila shift pagi, abang akan hantar kami dan terus ke tempat kerja.

Waktu balik pula kami terpaksa menunggu selama dua jam di klinik atau di kedai makan berdekatan. Biasanya kami lepak mamak je sementara tunggu pukul 5.

Bila kami shift petang,abang akan mengambil kami dari rumah sewaktu lunch hour, dan malam dia juga yang mengambil kami.Kakak ipar seorang yang lemah lembut di hadapan kami.

Tetapi di belakang aku tau dia menganggap kami menyusahkan dia dan abang.Dia langsung tak bertolak ansur tentang isu pergi dan balik kerja ni.

Pernah sekali abang demam pada hujung minggu, dan aku bekerja shift pagi.Dia menyuruh aku menaiki grab sedangkan dia cuti masa tu. Sakit betul hati aku sedangkan dia tau kos grab mahal dan gaji aku tak sebanyak dia.

Bila abang sibuk atau tak sihat, dia memang akan menyuruh kami balik sendiri dan kadang-kadang dia yang orderkan grab sebab dia ada kad kredit yang mempunyai mata jika menaiki grab.

Itu baru isu pergi dan balik kerja, entahlah kadang-kadang aku kesian dengan abang sebab kakak ipar langsung tak membantu dalam soal ni. Nak kata penat urus anak, rumah ada pembantu walaupun tak duduk bersama.

Anak buah aku pergi dan balik sekolah pun ada driver sendiri yang abang bayar bulan-bulan khas untuk ke sekolah. Isu bilik yang kami duduk pun menjadi masalah untuk dia.Rumah abang ada empat bilik.

Satu untuk dia laki bini, yang kedua untuk anak-anak dia, yang ketiga bilik aku dan yang keempat pada awalnya bilik tetamu.

Tapi lepas adik pindah masuk, adik duduk dalam bilik tetamu tersebut.Pada mulanya dia menyuruh kami duduk sekali, tapi aku berkeras kerana bilik aku kecil dan barang adik sangat banyak.

Abang mengalah tetapi aku nampak kakak ipar seakan-akan tidak puas hati.Bila keluarga kakak ipar datang bertandang,dia sengaja book hotel atau homestay untuk mereka.

Abang pun mulalah rasa serba salah. Keluarga aku elok je tidur dengan aku atau adik, takpun dekat ruang tamu. Rumah tu bersih ya, dekat dapur pun ada carpet dan tv.

Lantai sentiasa berkilat. Bapak aku elok je tidur atas sofa dekat ruang tamu.Aku akui, bab kebersihan kakak ipar memang sangat teliti.

Kain buruk pun dia basuh dengan downy, dan kalau tersalah guna memang masam muka dia. Kadang-kadang dia saja marah abang padahal dia tau aku yang salah guna.Kalau simpan makanan dalam peti ais lebih dua hari, memang ke tong sampah lah jawabnya.

Itu pun kami geram juga sebab langsung tak bertanya. Bila aku tanya, dan dan dia kata nak ganti balik. Aku dengar dia mengadu pada kakak dia yang dia stress dengan kehadiran kami kerana tiada privacy suami isteri.

Dia sangkakan aku duduk sementara nak sewa bilik atau rumah. Ibu aku kata buat apa nak menyewa sedangkan ada abang dekat sana?

Lagipun adik-adik pun tanggungjawab abang juga. Dan sekarang dia dah start kirim kami barang rumah macam sabun ke barang masakan lepas tu tak bayar balik.

Bila aku minta, katanya kami guna juga. Abang pun macam lembu cucuk hidung, ikut je kata bini dia.Kalau kami sakit, memang dia yang akan jaga sepenuhnya.

Sebelum pergi kerja dia masakkan sup ke bubur macam tu dan letak dalam bilik. Bila dia sakit, dia nak kami pun macam tu. Dia kata dekat abang, at least tanyalah khabar dia.

Abang mula lah membebel dekat kami.Semua orang tak sama tau.Cara keluarga dia lain, kami lain. Kami bila demam jangan harap ibu nak layan elok-elok.

Ngada-ngada katanya. Aku pakai Iphone pun jadi hal, katanya membazir tapi tulah dalam lenggok gemalai tak nampak lah dia macam sound aku.

Aku kumpul duit kot, dan sikit duit kwsp aku hari tu. Aku tak guna duit dia sesen pun. Aku tak faham kenapa dia kena menyibuk hal aku. Aku nak keluar dengan boyfriend pun salah, aku dah nak tunang kot.

Balik sebelum pukul 12 lah apa, tapi dia cakap dekat abang. Sumpah aku dah tak tahan hidup dengan dia. Dengan pembersih lain macam, kadang-kadang dia saje sental bilik air aku.

Aku tak tau dia ada sakit ocd ke apa, semua nak perfect. Dia baik, tapi dia fake.Depan kami lembut je, belakang mengata dekat kakak dia.

Aku selalu je dengar sebab dorang selalu bersembang dekat ruang tamu atas, depan bilik aku. Semalam dia suruh aku atau adik ambil lesen, sebab dia kesian dekat abang.Abang elok je tak kata apa.

Dia sibuk-sibuk suruh tu ini. Walaupun dia bayar half, lesen bukan murah dengan kereta tak ada. Dia offer guna kereta dia, tapi kalau rosak ke nak servis mesti aku jugak kena hadap kan?

Ibu kadang-kadang okey kalau aku mengadu, kadang-kadang dia sebelahkan kakak ipar. Mungkin sebab kakak ipar selalu bagi duit dengan hadiah, ibu pun sayang lebih.

Minta pendapat patut tak aku dan adik keluar cari bilik lain? Sebab aku nampak kakak ipar macam dah benci sangat dengan aku. Sibuk suruh aku kahwin cepat semua. Rasa tak tenang dekat rumah sendiri.

Aku berharap dia berubah.Azie (Bukan nama sebenar)

Antata komen warganet :

Sebarus nama : Aku baca rasa nak hempuk je ko ni. Tak de common sense langsung.Kenapalah aku baca confessions ni weekend. Hilang mood aku. Haha

Aku kira kakak ipar tu herlok lagi perangai. Bayar itu ini, cakap lembut lembut, sound berlapik. Kalau aku, aku bungkus baju kau humban keluar. Sebab ada adik ipar acah tak faham bahasa tapi dah beso gabak.Haha geram lah tite.

Liza Jani : Waktu kakak aku kawen.Aku ingat lagi beberapa hari lepas majlis,ayah aku terus pesan dekat aku dengan abang.

Raya nanti adik dengan babang kena faham, kakak dh ada suami. Nampak simple ja tapi merangkumi banyak hal. Bila adik beradik dah kawen ni. Tak semua hal kita boleh masuk campur.Biar mereka bina rumah bagaimana mereka inginkan.

Debab Home : Tak2.Ini cerita btl ke rekaan ni.Cerita ni mmg saja nk bg org naik darah ke ape? Dia punya xrasa diri bersalah tu next level btl.Ngaku rumah sndr lak. Eh aku hempuk muka kau kang. Mohon admin tunjuk profil fb sipeluah agar ramai leh berhati2 x terjadikan adik ipar.

Adila Ismail : Mesti dia rasa dia terpaling betul ni. Menyewa sndiri la weh.Sewa bilik je kongsi dgn adik kau tu. Org kwin ni rasa nk ada privacy nk cudle2 dgn suami smbil tgk tv. Dh la berlagak nk bilik satu sorang. Habis tu kalau mak kak ipar ko nk datang nk tido mana? Kluarga kak ipar kau pun jd xselesa nk dtg sb ada dua jentik2 kt rumah tu.

Hafiza Hambali : Dah bekerja, walau gaji kecil kena pandai urus diri. Pergi balik kerja guna duit sendiri lah. Memang patut sangat kak ipar tu tak puas hati.Betul lah tu kak ipar kata takde privacy. Dah kahwin.

Dah duduk rumah abg & kak ipar, kena ikut undang2 mereka lah.Keluar masuk rumah dengan siapa, pukul berapa.Kalau taknak kena control, pergi menyewa sendiri.

Kos pergi kerja,makan minum,sabun basuh baju pun sendiri. Baru tahu langit tinggi rendah. Nasib bukan adik aku. Tak guna betul.

Jehan Sidhu : Please have some common sense. You are staying in your brother and sister in law house. Not your own house but the house of your brother and sister in law.

And you are working for god sake.Please contribute to the house.Dont take advantage towards people kindness.

Nothing is free in this world.The bills still need to be paid, road tax, oil for the car, food and basic essentials of the house.

You expect your brother to pick and send you to work please hand out money for oil.If you use the item in their house please contribute to household items.

please do understand that some people, arent comfortable with a lot of people in the their house.and please have some decency,her family is not the same as your family.

Your family might be okay sleeping on the sofa or floor but hers might not.Every family have different backgrounds.And to say that you as a sibling is your brother’s responsibility.

Please bear in mind, once he is married, your sister in law becames his first priorities. Please get your own space.Dont destroy people’s marriage.

Kredit : iiumconfession

One comment

  1. Ini adik-adik bodoh perasan bagus. Kakak ipar kau tu sudah jarang tandingan bagusnya. Adik2 ipar tak beradab & tak reti bahasa serta tak tahu diri. Sepatutnya dah lama kau pergi cari rumah lain. Menumpang sekejap sementara cari rumah sewa lain boleh-lah. Pakai kepala otak, bukan kepala lutut!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *