‘Dik kau kan single, tolong lah eh kemas’. Kami org bujang bukn maid awk yg dah kahwin. Anak korg yg buat sepah,xkan kami nk kena kemas.

**gambar sekadar hiasan

Penulisan aku ini mewakili semua orang-orang bujang atau yang dah berkahwin tapi belum ada anak yang selalu terpaksa menjadi maid tidak berbayar untuk orang yang dah ada anak.

First of all, terutamanya adik-adik kepada kakak/ abang korang yang dah ada anak.

Pernah tak korang berada dalam situasi di mana korang terpaksa menjaga anak-anak abang kakak korang tanpa rela atas sebab-sebab tertentu?

Contohnya disebabkan korang adalah adik beradik yang belum berkahwin dan nampak macam free sangat,

Jadi kakak abang korang ni selalu ambil kesempatan hantar anak-anak untuk korang jaga sementara mereka keluar atau tidur.

Ini kes sebab terpaksa ye, bukan suka rela. Kadang-kadang memang ada yang sendiri offer nak jaga, so itu sangat lah bagus.

Tapi yang terpaksa, korang tak rasa serba salah or malu ke suruh orang jaga anak korang bila dorang nampak tak suka?

Ini belum kes datang rumah mak ayah, lepas tu sepah sana sini. Makan tak basuh, dengan alasan, ‘dik kau kan single, tolong lah eh kemas’.

Ewah-ewah, esok lusa anak-anak tengok perangai mak bapak macam ini then ikut, tak risau ke?

Tolong lah, walau banyak anak macam mana pun korang ada, tolong lah ada common sense jangan menyusahkan orang lain dengan alasan orang tu takde anak atau nampak senang lenang?

Dah datang rumah orang walau rumah mak ayah sekalipun, dah sepah-sepah tu kemas la balik.

Ini tak, setiap kali datang terus serabut. Lepas tu tak payah nak cakap ‘kalau kau dah ada anak baru kau tahu macam mana’.

Hello, ada anak ke takde ke jangan lah menyusahkan orang perangai tu. Serupa kau stay hotel, takkan kau tergamak nak blah keluar dengan sepah serabut semua.

Kalau kau sanggup, so memang perangai kau buruk lah macam tu. Tolong ubah. Jangan menyusahkan orang lain. Belajar menyenangkan orang lain.

Sama jugak dengan kawan-kawan yang datang rumah orang, jaga sikit anak tu jangan bagi sepah sana sini. Dorang bukan tahu apa-apa, yang tahu tu mak ayah dorang.

Dah nampak anak sepah makanan duduk tak setempat, pandai-pandai lah kemas. Jangan tengok saja lepas tu expect tuan rumah nak kemaskan sepah tu?

Kalau nampak effort nak kemas balik tu takpe, sejuk jugak hati. Ni tak, biar saja. Nak balik cakap ‘sorry Peah sepahkan, kau kan takde anak lagi, tolong kemaskan eh’. Pastu sengeh macam hantu raya.

Yang jenis vacation dengan kawan-kawan bawak anak pun sama.

Jangan nak hambakan member korang yang single/takde anak untuk kemas semua benda untuk korang semata-mata guna alasan kau ada anak.

Apa ingat orang single takde anak ni takde kerja lain ke nak buat?

Tolong eh, jadi manusia yang ada common sense sikit. Jangan menyusahkan orang lain. Belajar menyenangkan orang walaupun susah. Kalau orang offer, then ucap terima kasih.

Kalau orang tak offer and nampak dia buat kerja lain atau tengah rileks sekalipun,

Kau takde hak nak ambil kesempatan untuk gunakan tenaga dorang untuk jaga anak kau. Sekejap boleh lah, kalau sampai setengah hari?

Baik duduk rumah sendiri saja rileks. Ok tu saja.

Bye…

– Puan Bunga (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Hafiz Aiman : Saya adik kepada seorang pakar kardiologi. Bila abang saya berkahwin dengan kakak ipar saya yang bekerja sebagai pakar kecemasan. Apabila mereka sentiasa sibuk di hospital anak saudara saya yang autistik menerima kesan buruk. Disebabkan sebelum abang saya kahwin dengan isterinya. Abang saya buat dulu istisyarah dengan setiap ahli keluarga. Jadi selepas kami berbincang dengan setiap ahli keluarga. Saya dan kakak saya yang bukan ahli perubatan mengambil tanggungjawab dalam menjaga anak mereka.

Ahli keluarga saya diajar dalam urusan jodoh wajib guna 3 jalan.

1. Jalan Taaruf ini pilihan diri sendiri

2. Jalan istikharah ini pilihan Allah

3. Jalan istisyarah ini pilihan keluarga

Sebab itu dalam keluarga saya jika adik beradik saya yang sudah berkahwin berada dalam kesempitan. Kami ahli keluarganya akan sedia membantu.

Aishah Aimal : Ntah lah..Saya pun single..Saya pun hadapi perkara yang sama..tapi Saya Rasa seronok..enjoy sebab bila Camtu Saya jadi bz Dan sama² feel uruskan rumah n family…lagipun anak berAnak Saya juga semua tu…sayang dorg semua..Dan mmg btl adik beradik lain yg dah ada anak ni memang super bz..mula² memang Tak biasa..mmg merungut..memang banyak pancaroba gelojak dlm jiwa, sebab Saya pun ada kerja tapi lama² ok..harap² jiwa sentiasa kuat,ikhlas Dan Redha…Dan enjoy je…Allah ada..mungkin hadiahnya nanti Allah kurniakan the best jodoh n rezeki melimpah ruah Dan kesihatan yg baik…moga TT dikurniakan kesabaran Dan kekuatan menghadapi hari² mendatang..moga dikurniakan apa yg dihajati…Dan Saya tahu TT jg syg dorg semua.

Hamatie Abd Hamli : Tiba² rindu dengan 4rwah kakak. Saya sanggup jaga anak kakak masa maid dia berenti, 3 bulan saya jaga masa saya cuti sem. Semua kakak saya baik, x kedekut. Kalau dtg rumah mak, mesti dorang hulur duit utk saya sbb masa tu saya masih study.

Pernah cuti sem, saya kerja 3 bulan. Dpt duit gaji, beli baju dan mainan utk anak² kakak. Baju sendiri x terbeli.

Sampai sekarang anak² sedara da besar bujang, tpi bonding kitorang best, kami rapat. Dorang boleh luah perasaan, boleh share problem. Anak² saya pun suka main dgn dorang. Kadang siap ambik anak saya bawak pi rmh dorang.

So pada saya, xde rugi apa saya berbuat baik dgn anak² sedara.

Nabila Ibrahim : Kesian TT, harap2 dapat diplomasi dengan kakak. Kalau tak, jadi dendam, sakit hati sampai bila2.

Silap kakak TT yg suka sepah, dll. Susahlah mcm tu. Sekali sekala takpe, kesian TT. Harap awak inform dia, kalau tak, sampai bila2 awak kena hadap.

Saya masa bujang sampai sekarang, kakak2 abang2 saya sporting semua. Saya enjoy dengan anak2 sedara, macam kawan2 dah tp mereka hormat saya walau dekat sebaya, sy lagi muda. Dulu bujang, sy siap bawak anak2 sedara yang kecik2 join sy g jalan2 kt KL.

Lagi best kakak2 abang2 saya tak kedekut bab makan, duit,barang2, lagilah best sebab tak berkira langsung.

Mereka mari rumah 4rwah mak ayah, mereka yang datang kemas hahahaa, saya ni kemas sket2 je.diaorang bawak makanan banyak, masak best2, belanja sokmo Makanan luar yg best2, memang tak kedekut langsung, kain baju lawa2 semua, dapat kat saya yg bawah2 haha tp semua orang dapat je kalau masing2 belanja, selalu diaorg share rezeki, haha, best2

Bab masa ke, kebersihan, adik beradik sy mmg win.kadang sy rs,sy je malas sekali hahaha, diaorng pembersih, paling rajin, paling pemurah, banyak beri nasihat bab agama, kehidupan.

Anak2 sedara saya, cucu2 lebih 50 orang, semua cerdik pandai baik2 cantik ensem2 semua, alhamdulillah. Harap anak2 saya pun macam tu cerdik2 semua aaminnnn. Proud dengan arwah mak arwah ayah saya, dengan kakak2 abang2 adik yg tak berkira, tak kedekut, ajar hormat family members yg mude and tua.

Moga dipermudahkan urusan TT.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *