Mak mertua tiba bwk prmpuan gempal nk dinikahkan dgn suami. Mlm tu juga dia makan buku lima aku.

gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum nama aku Misya (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun dan berkerja dalam bidang professional. Maafkan aku jika coretan aku agak panjang. Aku bertemu dengan Norman (bukan nama sebenar) semasa sama sama latihan penjawat awam.

Pertama Kali melihat Norman terus aku “cair”. Semua ciri- ciri lelaki idaman aku ada pada Hariz. Chinese look, berbadan tegap, tinggi & soft spoken. Aku pula biasa, berkulit sowo matang & tinggi. Aku bukan kategori perempuan yang cantik. Jadi aku pendam saja perasaan.

Takut kena reject. Setiap kali berselisih aku akan berikan senyuman yang paling manis boleh. Kalau ada peluang memang aku akan curi curi pandang. Bila terpaksa bercakap memang aku akan control habis. Control ayu orang kata.

Mungkin ini yang dinamakan cinta. Dipendekan cerita, setelah tamat latihan, aku ditempatkan di utara tanah air manakala Norman ditempatkan di Putrajaya. Suatu malam, aku menerima SMS dari nombor yang tak dikenali. Masa tu aku melompat riang bila tau itu adalah Norman.

Ya, Norman lelaki idaman aku. Happy sangat saat tu. Norman kata dah lama perhatikan aku, cuma bila dah confirm kerja, baru berani nak approch. Hati aku jangan cerita la, berbunga bunga. Aku sanggup balik kampung tiap tiap minggu masa tu.

Sebab nak jumpa dengan Norman. Selepas beberapa bulan kami buat keputusan untuk berkahwin. Oh ya, aku dan Norman sebaya. Keluarga aku dari negeri beradat manakala Norman dari Selatan. Keluarga aku merestui hubungan kami tapi lain pulak keluarga Norman.

Semua setuju kecuali ibu Norman. Ibu mohon supaya Norman berfikir semula kerana susah jika berkahwin dengan dengan orang dari negeri beradat seperti aku. Pemahaman mereka jika bercrai nanti tinggal sehelai sepinggang. Adik beradik Norman semua berkahwin dengan orang satu negeri.

Jadi keputusan Norman untuk berkahwin dengan aku mendapat tentangan dari Ibu. Kami tekad untuk berkahwin. Norman kata lepas kawin mesti hati ibu lembut. Ya, aku juga berfikiran begitu. Mana mungkin aku tolak Norman, dia lelaki paling aku sayang masa tu.

Norman minta aku cuba ambil hati ibu lepas kawin. Urusan majlis perkahwinan kami berjalan lancar, majlis ditempat aku memang meriah & di sebelah Norman buat kecil kecilan. Ibu tak suka jadi adik beradik Norman sahaja yang tolong uruskan.

Alhamdulillah selesai majlis kami.Norman pujuk ibu untuk izinkan. Walaupun ibu tak suka, tapi ibu izinkan juga. Di awal perkahwinan, kami PJJ tetapi selepas beberapa bulan, Norman minta aku berhenti dan duduk dengan dia. Norman minta aku mohon untuk tukar atau berhenti.

Ya aku setuju untuk berhenti dan duduk dengan Norman sebab permohonan untuk tukar tak diluluskan. Di fikiran aku masa tu, aku Cuma nak duduk dekat dengan Norman.

Rezeki saya, dalam Masa sebulan aku mendapat kerja berdekatan dengan kawasan kami. Aku dan Norman memang happy sangat masa tu. Aku lagi la bahagia, Norman ada depan mata & dapat kerja. Aku betul betul obses dengan Norman.

Norman sorang yang fit & pentingkan kesihatan, so aku memang ikut dia bersukan & gaya hidup sihat dia. Aku memang akan cuba jaga penampilan & cuba nampak perfect depan Norman.

Setiap pagi aku akan bangun awal dari Norman sebab aku Tak nak dia tgk muka aku serabut. Aku akan buat selagi boleh. Aku memang agak workholic, rajin training n ambil cert. So, aku selalu tukar kerja untuk dapat gaji yang lebih stabil. Walaupun sibuk berkerja, aku tetap akan cuba layan Norman dengan sehabis baik.

Ibu mertua seperti dari awal memang tak suka saya, jadi apa yang aku lakukan semua tak kena. Setiap kali pulang ke rumah mertua memang aku akan makan hati. Kalau aku masak mertua takkan makan lepastu akan minta biras atau adik ipar masak baru.

Aku dah cuba bermacam cara untuk untuk ambil hati ibu, belikan hadiah, berikan duit, masak, kemas rumah tapi semua tak menjadi. Tiap tiap tahun, hari raya pertama, kami beraya di kampung Norman ini termasuk Hari raya Haji.

Kalau ada kenduri sebelah keluarga Norman dan saya, aku akan mengalah. Aku dah cuba sedaya upaya namum aku tetap dibenci. Ibu tak kan berhenti membebel setiap kali kami balik.

“Abisla anak aku tinggal sebelah sepinggang”, “anak aku dah kena ubat guna guna”.

Macam macam drama dan hinaan aku terima. Kalau tak tahan sangat aku akan masuk bilik & menangis sepuas hati. Biasanya Norman akan datang memujuk. Minta aku sabar dengan ibu. Masa ni aku rasa lega. Ya, setiap kali aku dihina, Norman akan pujuk.

Pak Mertua, ipar & biras semuanya sangat baik. Itu antara faktor aku boleh bertahan. Setelah usia perkahwinan kami hampir 5 tahun, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, sepanjang perkahwinan kami sangat bahagia.

Kehidupan kami sangat sihat.Lepas kawin Norman memang minta aku jangan aktif di medsos. So, aku memang tak bukak FB, IG & lain lain platform. Kami habiskan banyak masa bersama. Memang aku wanita paling bahagia di dunia pada masa tu. Ibu pula memang tak berhenti membenci aku.

Aku dipanggil perempuan mndul, tak guna, perempuan slhir & banyak lagi. Selagi Norman ada dengan saya, aku bertahan. Suatu Hari, ibu menelefon Norman minta kami ambil cuti & balik segera. kami tergesa- gesa balik malam tu juga.

Sampai dirumah, ibu tersenyum- senyum di pintu & minta Norman rehat sebab esok ada perkara penting katanya. Esoknya, Ibu kerah biras dan ipar untuk masak sedap sedap. Rupanya ada tetamu nak datang.

Apa yang penting? Kenapa nak minta kami balik? Macam – macam perkara di fikiran aku. Dari jauh aku Nampak ibu memeluk tetamu tersebut. Nampak sangat mesra. Aku kenalkan tetamu tersebuat sebagai Sara. Seorang gadis yang putih melepak, berkaca mata & agak chubby.

Ibu minta Norman ke ruang tamu untuk berkenalan. “Ini Sara , ibu nak Norman kawin dengan Sara ”. Masa ibu sebut kahwin, jantung aku terus berdegup laju. Tangan Norman aku genggam erat. Ya Allah, dugaan apa ni. “Sya kan mndul, Norman kena kawin untuk zuriat” ujar ibu.

Norman tunduk, diam Tak keluarkan apa apa perkataan. Aku rasa dunia gelap, terus lari masuk ke dalam bilik. Aku cuba kawal emosi, berfikiran positif, makan makan sihat, workout dan doa kepada Allah yang satu. Sara masih mengganggu Norman. Aku abaikan tentang Sara . Aku cuba kekal positif dan percayakan Norman. Beberapa bulan kemudian, Alhamdulillah aku hamil.

Norman dan aku sangat gembira. Rasa macam mimpi. Terima kasih ya Allah. Terima kasih. Norman ambil maid untuk tolong buat kerja rumah. Memang Norman betul betul menjaga semasa aku hamil sehingga melahirkan dan berpantang.

Aku melalui semua prosess tersebut dengan tenang & gembira. Kami dikurniakan anak lelaki yang kami namakan sebagai Anaz. Norman sediakan semua keperluan kami. Setelah aku habis pantang, baru Norman bawa aku balik ke rumah mertua. Ibu seperti biasa tak sukakan aku & memang anak aku pun dia tak suka.

Anak aku lebih mirip dengan aku . Senang cerita Anaz pun mendapat nasib macam aku. Tak disayangi. Rancangan ibu untuk madukan aku tak pernah berhenti. Semasa PKPP & boleh rentas, ibu datang ke rumah kami di Selangor. Masa tu terkejut sebab ibu tak bagitau nak datang.

Rupanya ibu datang dengan Sara. Gigih Sara tolong drive bawa ibu ke rumah kami. Ibu datang sebab nak pujuk Norman kawin dengan Sara. Ibu & Sara plan nak bermalam dirumah kami. Aku memberontak, cuba tunjukkan pada Norman yang aku tak suka Sara.

Isteri mana kat dunia ni yang suka kalau ada orang ketiga siap nak bermalam kat rumah. Tapi Norman minta aku layan ibu dengan baik. Ibu datang dari jauh. Aku pelik sebab tak sangka wujud lagi perempuan yang langsung tak ada rasa malu. Aku isteri Norman yang sah, tapi dengan tak malunya menggedik dengan Norman.

Ibu terus terang kata nak cepatlan tarikh kawin Norman dengan Sara. Kali ni aku bersuara, aku kata pada ibu yang aku tak kan izinkan. Norman takde sebab nak kawin lagi 1.Berlaku pertengkaran antara aku & Sara. Sara kata dia ada hak nak kawin dengan Norman sebab Ibu dah berjanji & Norman mampu. Ibu pula tak habis habis nak hiina aku.

Aku hilang sabar dan terus tarik Sara. Berlaku pergelutan antara kami malam tu. Aku lepaskan semua yang terbuku selama ini, aku tarik tudung, tvmbuk muka, lmpang & lasah Sara cukup cukup malam tu. Sara pula sempat tarik rambut aku. Memang skit tapi hati aku lagi skit.

Ibu nak tolong Sara, tapi Norman tahan ibu. Norman cuma kata “stop it Sya” “stop”. Sara dah mnjrit skit tapi aku masih belum puas. Tangan aku tak henti henti pvkul Sara.

Ibu lari nak tolong Sara & masa ni Aku tak sengaja tertvmbuk muka ibu. Betul, Aku tak sengaja. Ibu menangis mnjrit seperti histeria. Ibu mengatakan aku perempuan jahat sebab sanggup pvkul orang tua.

Norman peluk untuk tenangkan ibu. Sara pun peluk ibu juga. Hati aku yang masih belum reda minta Norman buat pilihan sama ada Ibu atau aku. Ya, inilah perkara paling bodoh yang aku pernah ungkapkan. Norman pilih ibu. Sepatutnya aku tak perlu beri Norman pilihan.

Dunia aku terus menjadi gelap. Aku lari masuk ke bilik & menangis sepuas hati. Menangis dengan harapan Norman datang pujuk. Aku menangis sepanjang malam. Buat kali pertama, Norman tak datang pujuk. Esoknya aku terus cari Norman. Rupanya mereka semua dah balik ke rumah Ibu malam tadi.

Banyak barang – barang aku kena bawa. Kuali, Thermomix, Cooker, Diffuser, EO dan banyak lagi la. Maid pun dorang angkut sekali. Sedih. Kalau aku tahu Norman nak pergi, mesti aku tahan. Aku call Adik minta dia datang untuk uruskan Anaz. Aku sambung menangis dalam bilik.

Menangis sepanjang hari. Aku call Norman, dia tak jawab, aku wasap dia, dia tak reply. Aku menangis sepuasnya dalam bilik. Aku apply cuti. Aku tak boleh buat kerja dalam keadaan sekarang.

Beribu ribu SMS & wasap aku bg Norman tapi tak ada jawapan. Selang 2 hari lepas tu baru Norman balas. Norman lafazkan talak melalui wasap. Aku dah diceraikan oleh orang yang paling aku sayang. Dunia aku gelap lagi . Ya Allah. Aku habiskan masa menangis di dalam bilik & berharap semua ni adalah mimpi.

Aku masih tak boleh terima kenyataan. Norman segala galanya bagi aku. Mak & Abah datang dari kampung. Masuk ke dalam bilik saja, Mak terus peluk aku. Mak kata aku kena kuat.

Walaupun Norman dah taknak dengan saya, tapi Mak tetap sayang aku. Aku menangis lagi. Menangis semahunya. Aku nampak mata abah bergenang. Aku tak kuat. Semasa dalam Iddah aku masih pujuk Norman untuk rujuk. Aku hantar beribu ribu wasap & call.

Setiap malam aku akan bagitau yang aku cintakan Norman & merayu supaya terima aku Kembali. Namun tak ada balasan dari Norman. Selepas habis tempoh Iddah, baru Norman bagi wasap yang panjang berjela.

Kesimpulannya, Norman mohon maaf sebab tak dapat nak bersama dengan aku lagi. Air mata aku gugur lagi. Aku masih belum boleh menerima yang aku memang tiada jodoh dengan Norman. Kadang – kadang aku sengaja letak status wasap gambar gambar Anaz dengan harapan Norman akan respond.

Itu pun dah cukup buat aku. Mencintai tak semestinya memiliki. Sekurang kurangnya aku pernah rasa sangat bahagia dengan Norman. Memori paling indah dalam hidup aku. Hari ini, aku cuba bina hidup baru. Cuba lupakan Norman. Tumpukan perhatian pada Anaz. Kembali pada Allah.

Mencintai Allah pasti tak akan kecewa.

Doakan aku supaya aku Istiqamah. Aktif Kembali di medsos dan harap dapat berkawan dengan kelompok orang orang yang positif.

Buat Norman, aku doakan awak setiasa Bahagia. Terima kasih sebab pernah bahagiakan aku. Aku adalah Wanita terpaling bahagia – dulu. In Shaa Allah, aku juga nak jadi terpaling bahagia untuk masa akan datang.

Wanita Bahagia, – Misya (Bukan nama sebenar) : cerita diolah semula dari sber : iiumc

Nasihat Warganet

Annie Mohd :

Move forward sis. Time will heal. Allah tests us with what we love. Spt sejarah Nabi Ibrahim yg sanggup mengorbankan anaknya. Walau kita x semulia nabi2, ambil semangatnya pun dah cukup.
Hal your ex and mil tu biarlah Allah mengadilinya. Takkan terlepas walau sebesar kuman.

But while mending your heart jgn lupa tuntut semua hak kt mahkamah. Ni utk menghargai diri sendiri yg pernah jd seorg isteri yg baik. Dan hak anak you juga.

Lily Anggerik :
Wow sara. Pandai kau menggedik dgn laki org eh. Eii geram aku. Riz pon lembik. Mak dia tu tak sedar diuntung. Takpela sis, stay strong. Nak lupa opkos la tak boleh, tapi semoga sis dikelilingi org2 yg bawak aura positif so that u can heal again. Semoga dpt jodoh baru yg lebih baik, lebih bagus dr yg dulu. Hope u can heal yourself and be happy with your son .Take care.

Alamak, tertinggal. Sis, bahagia sendiri perlu dicari tapi thermomix tu perlu diambil kembali. Mahal tuuuu..

Norhuda Kamal

Allah sayangkan awak sangat2. Tapi awak sangat sayangkan manusia …. maaf yg Misya.

Sbb tu Allah panggil awak datang kepadaNya dgn cara begini.

Setiap perbuatan ada balasan dan kifarahnya. Teruskan melangkah ya. Awak akan kuat. Awak akan jadi lebih tabah. Allah x pernah tidur. Allah maha melihat dan maha mendengar…

Leave a Reply

Your email address will not be published.