Dlm family, gaji aku plg tnggi 6K. Yg lain smua gaji kecik tp berlagak lbih. Msg2 lpas tngan tanggung mak ayah.

**gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum semua, tujuan aku confess dekat sini bukan nak cerita siapa betul siapa salah, lebih kepada sekadar perkongsian, cerita kekeluargaan, dan mungkin aku boleh ambil iktibar daripada komen korang nanti.

Bismillah. Aku anak lelaki, keempat daripada lima adik beradik, hidup kami tak susah, dan tak juga senang. Tapi pernah rasa zaman susah di mana makan bercatu, sebab ayah ada masalah kewangan, tapi time tu aku kecik lagi, tak faham sangat.

Aku boleh dikatakan anak yang bijak sikitlah dari yang lain, haha.. Mana taknya dari UPSR sampai SPM straight A memanjang. Yang lain paling banyak pon 2A SPM. (ini bukan point dia ya)

Abang sulong die macam ada masalah mental + susuk, ayah tak mau ubatkan, katanya berdoa sahaja.. Aishh pening, ramai dah pujuk suh berubat ke apa, tapi tetap tak mahu..

Yang kedua pulak semua jenis mahkamah penah dia masuk, sivil lah, syariah lah, bukan sebab dia peguam ya, tapi kesalahan dan jenayah yang dia pernah buat.

TinggAllah yang baki ni nasib baik ok, tak adalah menyakitkan hati.

Dipendekkan cerita yang ketiga ni dah ada family sendiri, bahagia dengan anak2 isteri, dah ada rumah semua, kerja penjawat awam s19, lagak kemain haha tapi kita layankan aje.

Disebabkan dalam family aku seorang yang ada degree (adik bongsu otw), jadi aku dikurniakan rezeki pekerjaan yang baik sedikit.

Alhamdulillah dalam umur 25 tahun mampu mencapai salary 6k++ dari salah satu syarikat terkemuka. Sudah 3 tahun berkecimpung dalam kerja, sekarang tengah sambung master yang tak lama lagi akan tamat.

Aku mula kerja sejak 2018, dengan gaji 3.5k aku tanggung semua bil2 rumah di kampung sampailah sekarang. Termasuklah barangan dapur, penapis air, barang2 mentah. Belum masuk duit belanja untuk parents.

Even aku tak duduk situ pon tetap aku akan wajibkan bayar bil2 utiliti semua. Parents tak mintak tapi aku volunteer.

Tapi, lama kelamaan aku rasa macam adik beradik lain lepas tangan dari tanggungjawab dengan parents. Atau mungkin itu bisikan syaitan? Entahlah aku buntu.

Kenapa aku begitu terasa, contoh kalau hari minggu, diaorang balik kampung, makan beriya-iya, tak tahu ke semua makanan itu ditanggung oleh aku? Adik diaorang sendiri.

Aku tanya mak abah, kata mereka abang2 tak pernah langsung bagi duit belanja. Lagi geram ah aku dengar. Kononnya balik kampung, tapi beriya melantak makanan tak hulur sesen pon.

Paling sedih bila raya, almost 1k aku habiskan untuk makanan, pakaian mak abah, kuih2. Abang2 lain datang makan saja, menu wajib kitaorang sup gearbox, korang ingat singgit dua ke harga dia, dekat RM500 ye.

Pernah dulu masa malam raya, rumah penuh, meja kitaorang kecik saja, so yang abang2 yang konon balik raya ni haruslah duduk dekat meja, aku yang adik ni mengalah ya, duduk dekat bawah bersila, padahal makanan tu semua duit aku weh.. Haaaa sedih gila time tu,

Kemudian, parents aku selalu macam kata teringin nak makan itu ini, weh kita anak weh, tak tergamak untuk tak tunaikan, aku belikan saja lah, bawa makan tempat2 mewah, or tempat2 biasa. Kadang2 bawa mak abah gi bercuti, makan ikan bakar, jalan2 dengan duit aku sendiri.

Aku sedih sebab apa tau, mak penah cakap, abang2 kau tak pernah bawak keluar makan bla bla.. Aku hnya mampu diam yelah anak 2nd last, mana ada kuasa nak cakap.

Padahal abang yang kerja gomen tu selalu saja gi melakalah, cameron, jalan2 semua, tak pernah nak offer, or at least bawalah mak abah ni gi mamak pon jadilah..

Bangga sangat dengan jawatan s19 tu, kalau borak dia lah hebat haha letihlah, kang aku tunjuk payslip kang (done berlagak lol)

Maaf tau semua, aku hanya kongsikan apa yang aku rasa, sebab jadi adik ni susah ya nak bersuara. Aku dah macam mesin atm dalam family.

Walaupon gaji aku tinggi tapi aku ada komitmen lain yang perlu ditanggung plus yuran master aku bayar 100% dengan duit aku sendiri.

Kadang2 ada saja setan2 jahat berbisik suruh aku stop tolong2 mak abah, tapi sementara diaorang ada ni, time inilah kita berbakti, kan?

Haha, masalah nya bila aku berbakti, abang2 lain menumpang kasih lah jawabnya, aku beli untuk mak abah bukan untuk diorang aishhh.

Mungkin sedikit nasihat buat di luar di sana, kalau korang mampu, hulur kan sedikit untuk mak ayah korang, walaupon sedikit tapi ada.

Dan jangan lepas tangan mentang2 ada adik korang yang bantu family ke apa, tapi korang pon perlu untuk hulurkan bantuan mana2 patut.

Korang pon boleh saja komen atau bagi nasihat dekat aku. InsyaAllah aku baca nanti…

Terima kasih..

– Anak lelaki (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Siti Sarif : Betullah apa yang kau rasa tu.

Rezeki kau murah, otak dan kerjaya yang bagus. Memang eloklah menanggung ibu ayah.

Tapi yang tak ada perasaan tu abang-abang kau. Tak rasa malu dan tak kesah dan ambil kesempatan.

Hari-hari biasa, kau tanggunglah ibu bapa seadanya. Tapi jika hari perayaan atau berkumpul sekeluarga, buat muka tebal. Minta duit daripada semua orang. I ada mak cik yang memang jenis selamba gila-gila. Apabila berkumpul ramai-ramai, dia akan pergi ke setiap ketua keluarga dan acting like peminta derma, dengan cara guraulah. Memang lawak, tapi masing-masing dermalah seupaya mungkin. Yelah, tuan rumah iaitu kakak diorang penat masak, takkan makan free kot. Hulu-hulurlah sikit. Gembiralah hati dia masak untuk semua orang, pulang modal.

Yelah, tak semua keluarga boleh sporting macam ni. Sebab itu kena ada common sense.

Sendiri mau ingatlah!

Es Esan : well perkara ini pernah terjadi. Tapi saya ambil insentif ke hadapan. Sampai bila. Maka ku cakap je terus terang dekat abang-abang dan akak-akak nie.

Siap collect duit bulanan lagi. Tapi nak buat semua nie kena kental la fizikal, emosi dll. Sebab kita kena hadap 1001 perangai family members kita. Siap kata kita macam-macam tau. Yang selalu jumpa. Abang-abang lepas tangan sebab nya turutan nafkah katanya. Padahal tue tanggungjawab mereka.

Ni tak perempuan gak. alasan sungguh. Sudahnya ku cakap je semua bertanggungjawab. Bukan tuju orang itu ini. Banyak cantik. Tak kan nak sumbang tenaga tak boleh. Bentuk sumbangan pun banyak bukan duit semata-mata.

Jadi kepada yang sedar dalam family begini. Cepat-cepat bertindak. Walaupun hampa tue berpangkat adik dan mampu. Untuk keharmonian keluarga juga kita perlu bertegas dan bertindak. Kadang-kadang mereka tak sedar kesilaan mereka. Jadi perlu untuk bertindak.

Aza Yati : Rezeki awak paling murah dalam family, gaji besar, bijak dan sihat walafiat. Alhamdulillah..

mak abah mmg tanggungjwb awak, abg sulong juga X mmpu bekerja.. abg kedua tak boleh diharap, abg ke 3 ada family sendiri..

Berilah mak ayah setakat yang perlu dan awak mampu.. jgn pernah rasa was2, sbb jerit payah membesarkan korang bjuta kali lebih susah..
Dan untuk adik beradik yg lain anggaplah sedekah, cuma berkadaran yg awak mampu.. makan di bawah ke, di atas ke tetap makanan yg sama, korang dari rahim yg sama..

Diorang tak pernah mintak/pinjam duit direct, hanya makanan yg confessor belikan, anggaplah sedekah.. tapi Kalau tak mampu untuk itu confessor bgtau lah siblings..

Kadang kita lupa bahawa rezeki bukan hanya duit semata2 tapi kesihatan, ibu dan ayah yg sihat, family yang saling menyayangi dan pekerjaan yg elok..

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *