Dr 11 org adik bradik, aku sorg je jaga mak ayah. Bulan2 dorg “campak” RM50 je kat aku .

**gambar sekadar hiasan

Maaf kalau tulisan aku ni sukar difahami. Penulisan aku hanya lah untuk tenangkan aku.

Aku hanyalah lulusan diploma dalam bidang kejururawatan. Tamat belajar 3 tahun yang lalu dan menolak penempatan kontrak di sebabkan menjaga ibu bapa aku yang sakit.

Sebenarnya lebih kepada menjaga ayah aku yang sakit buah pinggang yang memerlukan dialysis 3 kali seminggu.

Dialysis ni hanyalah untuk teruskan hidup. Ia tidak menyembuhkan. Dan terlalu banyak kesan jangkamasa panjangnya.

Ayah aku dari boleh jalan masuk pusat ke pusat dialysis, kemudian perlu dipapah dan sekarang berkerusi roda. Sepenuhnya.

Sejurus aku tamat belajar, aku ambil keputusan untuk jaga ibu ayah aku sepenuh masa. Sebagai tanda membalas jasa walaupun niat ku ingin bekerja itu terlalu kuat. Aku dah terbiasa berdikari.

Punya wang sendiri hasil menjual itu dan ini. Dan keputusan ini juga aku ambil kira selepas aku rasa terlalu letih belajar tetapi berulang alik membawa ayah ke segala jenis appoiment. Anak tunggal ke?

Tidak. 11 orang adik beradik dan aku lah ke dua bongsu yang selalu malang. 11 orang aku lah yang selalu tidak berjaya. 10 orang yang lain berkerjaya hebat, semuanya penjawat awam. Ya semuanya.

Hebatkan mereka? Tidak. Ayah aku yang hebat. Bergadai tanah meminjam sana sini berpacak gadai. Hasilnya semua berjaya. Tapi.. begitulah kehidupan kan..

Penghabisan tahun ni.. genap 4 tahun aku mengabadikan diri. Untuk ibu ayah suami dan anak aku. Ya tahun pertama aku habis belajar aku ambil keputusan untuk berkahwin.

Suami aku jururawat di hospital kerajaan. Kenapa kahwin kalau nak berbakti untuk ibu ayah? Sebab suami akulah yang menjadi support system utama aku. Tanpa dia.. mungkin hospital tanjung rqmbutan lah tempatku kini.

Letih. Stress. Tekanan. Segala macam perasaan. Dan aku bukan lah anak pilihan. Sikit2 abg2 kakak2 nak balik. Masakkan. Kemaskan. Hahaha.

Mereka bilang aku menjaga syurga. Untungnya aku mudah ke syurga kelak. Hahahahahahaha. Kau tahu? Aku ini entahkan ke syurga entahkan ke neraka.

Adab menjaga orang tu ke orang aakit semuanya aku redah. Mana adik beradik lain? Sedang menikmati kehidupan masing2. Yelah. Berjaya atas usaha sendiri kannnnnn.. katanya. Haha.

Aku saksi betapa peritnya ibu ayah sara mereka dulu. yang menjadi mangsa adalah kakak atas ku, aku dan adik bongsu.

Duit sekolah di catu. Yuran tak bayar. Segala benda berhutang. Mujur aku dapat biasiswa bantuan kerajaan. Muka aku jelah mintak cop guru penolong kanan untuk keluarkan duit. Haha. Terlalu banyak luka nak diceritakan. Cukuplah aku cerita yang terkini

Abg2 aku dan kakak2 aku selalu beralasan untuk menjaga ibu ayah aku. Dah aku bilang hujung minggu bergilir. Beri aku peluang dan ruang untuk rehat dan betulkan balik tulang belulang aku yabg entah ke mana dah arahnya.

Mereka ramai. Bergilir pada hujug minggu sahaja. Itu pun susah.. akhirnya aku juga. Angkat, masukkan kereta, drive ke pusat dialysis, turukan kerusi roda, angkat, angkat lagi dan lagi.

Pernah aku buat keras hujung minggu ajak suami ku pergi ke mana. Sudah aku pesan di group whatsapp. Jemput ayah pada jam sekian sekian.

Akhirnya.. sejam selepas ayah habis dialysis nurse call tiada orang menjemput katanya. Bekejarlah aku pergi menjemput. Dah lambat, memang kena maki hamun dengan ayah ku.

Ya, ayah seorang yang panas baran. Aku bukan anak pilihan. Maki hamun anak derhaka dan macam2 lagi tak sanggup aku nyatakan dan biasa di telingaku.

Suami ku sendiri pernah dihalau oleh ayah dek kerana bawa aku keluar lewat pulang sehingga maghrib.. jadi tak mandikan dia.

Kos minyak ulang alik hantar ke mana sahaja ayah pergi mesti lah duit ihsan suami ku. Tapi lepas ku maki ku hamun dalam group whatsapp family ada jua lah yang berakal bagi aku sebulan RM50.

Itu pun seorang dua. Yang lain walaupun berjaya dan kaya otak tiada. Sudahlah tidak menolong, bertambah menyusahkan.

Menyusahkan mcm mana? Yang kakak sorang sedang ambil phd. Jadi anak2 di hantar ke sini. Siapa yang jaga?

Ala diorang dah besar pandailah jaga diri. Katanyaaaaaa. Anak sulung dia darjah 3. Paling bongsu 3 tahun. Korang rasa boleh jaga diri sendiri? Hahaha. Yang sorang lagi konon nak tolong aku.

Suruh aku jaga anak dia. Hantar ambil sekolah. Bagi RM50 sebulan. Bantu sangat kan. Hahaha. Yang sorang lagi.. anak baby tak ada pengasuh yang nak jaga. Hantar juga ke sini. Kenapa aku tak menolak? Mak aku yang kata boleh. Ko tolong jela. Kan dapat pahala. Katanya.

Macam mana suami aku? Entahlah. Dalam keributan hidup aku.. Allah tetap maha baik. Hantarkan aku suami yang baik, soleh, penyayang, memahami.

Kenapa tak pindah? Kami dah beli rumah sebelum kahwin lagi. Tapi kos berulang alik ke rumah ibu ayah dengan penat drive dengan anak kecil tidak berbaloi. Nak sewa rumah lain kawasan rumah ibu ayah sewa rumah dah mahal.

Suami aku gaji penjawat awam yang gred diploma sahaja. Berapa sangat gajinya dan pengorbanan nya dah cukup banyak. Maka aku diamkan aku telan semua kepahitan duduk di rumah ibu ayah aku ini.

Terkadang aku doa. Aku doa mintak Allah hilangka rasa kasihan dan ihsan aku untuk ibu ayah. Biar aku hidup tanpa rasa bersalah biarkan mereka berdua tak berjaga.

Kalau yang lain boleh buat kenapa tidak aku? Kadang aku doa cepatlah ambil ny4wa ayah biar aku bebas. Kadang aku doa biarlah aku m4ti.

Supaya aku tak menyeksa suami dan anak aku. Dan supaya aku tak perlu lagi hadap tekanan ini.

Doktor kata ayah menanti waktu untuk stop dialysis. Sebab terlalu banyak masalah yang menandakan badan ayah tak mampu menanggung sakitnya lagi. Tapi aku pun.. sudah di tahap tepu.

dengan anak aku menangis minta perhatian, ayah menjerit2 minta mandi, mak bising2 suruh cepat mandikan ayah, anak2 buahku menjerit bergaduh.. semua ini. Terlalu menyesakkan.

Aku tiada ruang untuk bernafas mahupun bertenang. Aku tiada waktu berehat. Malam tidurku tak lena dek menyusukan anak. Siang jadual ku terlalu padat sehingga untuk aku duduk sebentar pun payah.

Bila aku tertekan.. semua benda yang jadi waktu kecilku muncul. Iya. Aku pernah menjadi mngsa rgol abangku. Aku kan bodoh. Aku tak faham apa pun sehingga umurku genap 14 tahun. Itupun selepas kawan ku bercerita tentang benda itu.

Bila aku tertekan terimbas segala macam perjalanan hidup aku. Segalanya. Buat aku terasa aku lah paling malang. Bila ya semuanya akan berakhir.

Entahlah. Semuanya terlihat buntu. Atau memang aku perlukan psikitrik. Entah.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Nur Cahaya : Allahuakbar…awak tabah dan kuat..

Sis nak ucap terima kasih banyak2 dekat suami awak..kerana sudi bersusah senang dengan awak pada orang tua awak..

Seterusnya..keep ‘yelling’ dalam wassap group berkali2..payment pada penjagaan anak-anak saudara..sis pun seorang pengasuh juga..sis yang tetapkan harga..ada juga perbalahan kekadang tuu..tapi..masih boleh diatasi..

Tapi..tuu laa..mereka kaya raya..kita..xdak apalah sangat..penat dengan adik beradik yang xada common sense..tuu pun jangannnnnn..mak kita sayang mereka lebihhhhh

Fadhilah Husin : Saya memahami kerana ibubapa saya kedua2 dah tiada. Fasa menjaga orang tua, adalah fasa yang paling mencabar dan di sinilah manusia diuji.

Adik beradik TT , dah confirm gagal dlm ujian. Kesian. Saya doakan TT lalui ujian ini dengan penuh kesabaran. Tak mudah, serius tak mudah! Org tua, bila dah tua, mmg ada yg jd pns baran. Itu normal. Mmg fasa ni Allah byk uji kesabaran kita. Saya doakan TT dan suami diberi Allah kekuatan emosi yg positif utk lalui ujian hebat ni. Kami adk beradik dah lalui fasa ini.

Jgn pernah menyesal kerana berbakti kepada ibubapa, kerana lps mereka tiada, kita tak ada penyesalan dah, kerana kita ada berbakti kepada mereka. Jika ibubapa ada lakukan kecuaian semasa besarkan kita, itu urusan mereka dgn Allah. Tugas kita, lalui ujian dan cabaran ini dgn sabar dan tenang. Saya yakin, rahmat dan berkat Allah sedang menunggu di masa depan TT dan suami.

Luahkan saja jika itu boleh bntu ringankan beban stress, cuma, jgn merungut dan menyesal. Percaya lah, TT dan suami adalah manusia terpilih. Semoga Allah tetapkan hati mereka utk terus berbakti kepada org tua.

Suzie Zie : Orang akan suruh bersabar sbb mereka tak duduk tempat awak. Katakan apa yg benar dengan mak. Kalau dia nak jaga cucu biarkan dia. Sesekali kena keras hati. Keep bising dengan adik beradik. Nak letak anak situ bagi duit upah. No upah no jaga.

Ko penat tapi ko kena syg diri sendiri lebih. Mak ayah memg syurga tapi jangan sampai kita di jadikan bola. Ditendang ke sana sini, tetapkan pendirian.

Ni apa yang aku buat. Keras hati untuk sendiri. Dengan adik beradik pun aku gadub klu aku rasa aku dah byk mengalah.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.