Gaji ak lg besar dr suami, tp kerap dpukul. Mlm tu nekad, potong labu kuning pun kena.

#Foto sekadar hiasan. Kita sering mendengar dan terbaca kisah–kisah wanita did3ra secara fizikaI dan mentaI di mana–mana dalam rumahtangga. Tak kira bangsa dan agama.

Jujur, pernah tak terdetik dalam hati para pembaca sekalian, betapa b0dohnya wanita–wanita ini kerana membiarkan diri terus menerus hidup dalam penyiksaan bersama anak–anak?

Mesti pernahkan? Pernah tak para pembaca melontarkan komen–komen nasihat menggesa wanita–wanita maIang ini untuk minta cerai, mesti pernah kan? Para pembaca, words will never be louder than action.

Little that people know, that getting away from it, is not an easy as you think, especially when you are dealing with a narc1sisists.

Nama saya Kamariah Abidin, mestilah bukan nama sebenar. Sudah masuk usia 40-an, punya 5 orang anak, pernah mendirikan rumahtangga yang bertahan selama sedekad.

Saya berkelulusan Sarjana luar negara, pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia, bergaji besar, hidup sangat berdikari sebelum terper4ngkap dalam rumahtangga bagaikan dari ner4ka.

Saya berhenti kerja kerana bekas suami mengajak saya berpindah ke negeri lain untuk mengembangkan perniagaannya.

Bekas suami pun, berkemampuan untuk menanggung saya, dan dia pun mengajak saya bersama menjalankan perniagaannya.

Penghijrahan tu, memulakan titik tolak penderaan yang berlaku pada diri saya. Di mana silapnya?

Saya tidak faham hingga sekarang. Saya kerap dimarah, ditengking, dim4ki dan dihamun, untuk kesalahan yang sangat remeh.

Contohnya, cara saya pot0ng labu kuning tak sama dengan cara yang dia biasa pot0ng. Saya bukan kaki Iawan, saya bukan k4ki hamun.

Saya pernah diter4jang hanya kerana bertanyakan kenapa dia tidur lewat, padahal pertanyaan tidaklah lain hanya rasa ambil berat.

Biasanya saya hanya akan mendiamkan diri sekiranya dimarah. Pada ketika itu, saya sungguh hormat pada suami kerana dia adalah orang yang berpengaruh dalam masyarakat,

dan saya sering mengingatkan pada diri, untuk terus mengelakkan melakukan kesilapan, saya cuba untuk menjadi sempurna untuk setiap apa yang saya lakukan.

Hidup saya macam Z0mbie. Saya takkan bercerita panjang tentang pend3raan yang saya hadapi, itu sudah ters4sar dari tujuan penulisan saya.

Saya hanya ingin berkongsi apa yang para pembaca boleh lakukan sekiranya berada di dalam perkahwinan yang t0ksik dan bermasalah, dan apa anda perlu fikir sekiranya terbaca tentangnya.

1. Kekuatan dan Perancangan. Kekuatan itu perlu, tapi kekuatan sahaja takkan membawa anda ke mana–mana.

Sekiranya berdepan dengan abus1ve marriage dan anda ingin keluar daripadanya, anda perlu ada PLAN! Bak kata pepatah English, “fail to plan is plan to fail”.

Aturkan langkah pertama yang anda hendak buat. Sekiranya dipukuI, wajiblah buat laporan polis. Kalau betul tekad untuk lepaskan diri, jangan sekali–kali tarik balik laporan.

Keputvsan sebegini perIukan hati yang bulat, kalau bersegi–segi, janganlah buang masa pihak berkuasa.

Suami anda akan direman, mungkin tak lama. Akan dipanggil untuk dibuat pertuduhan, dibicarakan dan dihukvm.

Gunakan tempoh sepanjang ketiadaan si Dia, untuk bebaskan diri, seperti pulang ke rumah keluarga, cari rumah lain atau apa sahaja cara yang sesuai dengan situasi anda.

Perlu diingatkan, untuk melakukan semua ini, anda perIukan duit. Nak pindah duit, nak cari rumah duit, nak balik rumah keluarga duit, nak mulakan hidup baru duit.

Sebab tu para pembaca, jangan pertikai, kenapa ada yang bertahan duduk dalam perkahwinan sebegini.

Salah satunya adalah keberg4ntungan sumber ekonomi pada suami, isteri tiada income tiada simpanan.

Maka simpanlah nasihat–nasihat dan komen–komen murni anda, melainkan berniat mahu menghulurkan RM untuk membantu wanita–wanita maIang ni.

Nasib saya agak baik, kerana saya berjaya menjual rumah yang kami duduki, atas nama saya. Rumah kami pada ketika untuk memang bakal di lelong.

Allah hantarkan seorang h4mba Allah yang sanggup membeli rumah kami dan urusannya selesai dalam masa yang sangat singkat.

Hasil jualan rumah saya dapat bayar hutang bank, dapat cashback yang mana 70% daripadanya habis saya guna untuk langsai semua hutang.

Pada ketika itu saya fikir, hidup baru saya akan lebih mudah untuk dibina dengan melangsaikan semua hutang.

Biar cashless janji debtless. Oh ya, bekas suami saya pun ketika itu, sudah ada rumah lain, yang dia duduki bersama isteri barunya.

Jadinya memang dia telah mengabaikan saya dan anak–anak ketika itu. Tapi saya okay saja, saya lagi suka dia tiada di rumah.

Macam saya ceritakan sebelum ini, saya takkan terangkan tentang keburukan bekas suami. Jom fokus.

Setelah terjual rumah saya, saya dan anak–anak berpindah ke sebuah flat 2 bilik, Dari rumah besar, kami berpindah ke flat. Ketika ini, saya masih dalam proses cerai.

Saya buka gerai bersama jiran saya, meniaga mee bandung, soto dan mee kari. Alhamdulillah, perniagaan ni dapat bantu perbelanjaan harian saya selama 6 bulan. MaIangnya saya terp4ksa menyerah, kerana kerap s4kit akibat sih1r.

Parents saya gesa untuk balik ke kampung di selatan tanah air dan tinggalkan tempat tinggal ketika itu. Saya akur.

Di kampung, saya mulakan balik hidup baru. Berusia 37 tahun ketika itu, dan ada masa 10 tahun tidak bekerja dengan majikan, agak sukar untuk saya mendapatkan kerja.

Saya setkan t4rget untuk menghantar permohonan kerja sebanyak sekurangnya 10 permohonan setiap minggu dan saya mesti pergi interview sekurangnya 3 kali seminggu.

Sekiranya tak capai matlamat, saya akan review balik apa kelemahan pada permohonan saya.

Alhamdulillah saya dapat kerja, walaupun gajinya bertaraf gaji fresh grad, saya tetap terima dan bertekad untuk cari sebanyak mungkin pengalaman yang boleh.

Dalam masa 3 bulan, saya dinaikkan pangkat sebagai ketua di tempat kerja atas komitmen kerja yang saya berikan.

Selepas dinaikkan pangkat, saya pun keluar dari rumah parents dan menyewa sendiri.

Peristiwa ini adalah pada tahun 2017, Alhamdulillah, kehidupan sekarang sangat baik, Bekas suami memang tidak pernah hulurkan nafkah, berhubung pun tak pernah.

Takpelah saya malas nak ambil tahu sebab saya sibuk menguruskan diri dan anak–anak.

2. Cari Kelebihan Dalam Diri. Persoalan yang kita selalu tanya kalau nak berpisah (untuk yang tidak bekerja) – Nak bagi anak makan apa?

Anda lebih kenal siapa diri anda. Carilah kelebihan yang ada dalam diri. Saya pandai memasak, tidaklah handal, tapi Insyaallah yang makan akan minta lagi.

Belajarlah kemahiran–kemahiran yang boleh mendatangkan keuntungan seperti menjahit, baking, menggubah dan banyak lagi life skills.

Boleh attend kelas–kelas kemahiran anjuran Kemas dan anjuran masyarakat setempat dengan yuran yang sangat minima.

Kena usaha dan research. Sebab tu saya cakap, planning tu penting, bukan main hentam keromo nak cerai.

3. Muhasabah Diri. Ingat tak saya ceritakan yang saya s4kit disih1r? Saya telah ke mana–mana untuk berubat.

Ketika itu saya seolah tiada semangat hidup, padahal saya telah mendapat kebebasan yang saya nak. Perut saya membesar, bukan gemuk ya sebab perut saja besar.

Akhirnya saya ditemukan dengan seorang guru agama. Dia takde bagi air penawar atau apa–apalah.

Dia cuma minta saya pulang ke kampong dan mohon ampun pada ibu dan bapa saya, Walaupun setahu saya, saya tiada konflik dengan mereka,

tapi tanpa saya sedari hati mereka pernah tergur1s mungkin kerana perbuatan atau percakapan yang saya tidak sengajakan.

Itu sahaja yang diminta buat oleh guru agama tersebut, selebihnya dia minta saya teruskan beramal macam biasa.

Memang kehidupan saya lebih baik selepas itu, Saya terus sihat, dan bersemangat. Perut saya surut saya betul–betul rasa sihat!

Masalah kesihatan, masalah rumahtangga, mungkin itulah musibah yang Allah turunkan pada saya atas kekhilafan saya.

Perjalanan kehidupan saya lebih smooth, walaupun kewangan masih belum kukuh ketika itu, saya rasa cukup. Alhamdulillah.

Kata Akhir Saya. Para pembaca, anda tidak akan faham kesusahan untuk melepaskan diri dari abus1ve marriage selagi anda tidak merasainya sendiri.

D0mestic violence merobekkan segala apa yang ada pada diri seseorang, keyakinan diri, maru4h, it bIeeds you dry,

Dan wanita yang maIang ini akan end up mempercayai yang mereka tidak akan dapat surv1ve tanpa berada di sisi suami yang mend3ranya.

Saya pernah melaluinya dan saya sangat faham. Percayalah, tiada siapa yang boleh memahami wanita yang did3ra dalam perkahwinan melainkan another battered women.

Oleh itu, berkata baiklah sekiranya anda terjumpa dengan wanita–wanita maIang begini.

Bantulah mereka, jangan dipertikai mengapa mereka berada dalam perkahwinan itu, bantulah tanpa pr3judis. Domestic VioIence Surv1vor, – Kamariah Abidin (Bukan nama sebenar)

Kredit : cite gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *