**gambar sekadar hiasan
Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin.
Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebulan selepas berkahwin, aku terima tawaran kerja yang pertama.
Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka.
Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.
Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500.
Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan.
Aku masih okay, masih bdoh dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan. Nafkah masih berjalan. Jadi ketika itu, aku masih merasa cukup.
Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa. Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk kestabilan dia harus stay disitu.
Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya.
Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terpaksa serahkan hampir kesemua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.
Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya.
Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta minta nafkah. Kadang di marah lagi katanya aku boros.
RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa apa melibatkan kerja aku. Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi.
Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berang. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perlukan sokongan dari aku untuk sama sama bayar komitmen.
Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku. Sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.
Kadang kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna.
Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak anak. Dibelikan aku macam macam.
Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga. Tapi aku masih bersyukur. Bdohkan aku.
Ketika aku berpantang dikampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan. Sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.
Suamiku juga pernah kantoi menyimpan video video ‘dewasa’ dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu.
Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul betul stop semua itu. Aku betul betul terhina bab tu. Tapi entahlah. Kenapa aku masih bdoh?
Dia juga per0kok. Aku menangis merayu rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bnuh diri jika dia tidak mahu berhenti.
Alih alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu memaksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan, menda begitu pun nak bnuh diri. Haha.
Marah marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last last, aku yang minta maaf dan janji tak akan paksa apa apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, bdohnya aku.
Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka provok suamiku untuk cari scandal. Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka.
Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku bdoh.
Aku mula alami simptom d3pr3ssion. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.
Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya. Kataku biar aku bayar yang lain sendiri.
Alih alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terpaksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, bdohnya aku.
Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa apa lagi. Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja.
Apa lagi bergaduh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dimanipulasi dan diperbdohi oleh suami sendiri.
Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.
Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri.
Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa apa tentang suamiku. Tapi fikirkan anak anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang kadang semua itu cuma ‘fake’.
Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang bdoh dan terus diperbdoh.
Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi function aku sebagai isteri. Entahlah.
Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk d3pr3ssion. Aku dah penat menangis sebab jadi bdoh. Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku.
Doakan aku kuat. Dan mohon kata kata semangat untuk perempuan naif, bdoh dan hampir nak giila macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.
Aku fikirkan anak anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh mti cepat bawa anak anakku bersama.
Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu.
Aku harap esok esok, kalau ditakdirkan aku mti, aku dapat mti dengan anak anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys! Doakan aku.
Antara komen ntizen :
Rika Imran : Kalau benar sayang suami, jgn biarkan….
Kesian dia nk jawab apa kat “sana” nanti
Sayang bukan bermaksud biar dia buat salah
Tanggungjawab dia bg nafkah
Kita just tolong
Dah lah tanggungjawab dia dlm rumah kita dah tolong, masak, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya isteri dah buat,
Takkan semua kita nk buat
Sayang kita bermaksud akan sama berpegang tangan menuju ke syurga Allah
Kalau kita tak boleh ckap kat suami, gunalah org tengah yg dia hurmat
Moga puan bahagia dunia dan akhirat
Sing Onem Curcle : Hurm…menakutkan sungguh…aku x tahu umur kau berapa…tp kau mmg kena start uruskan kewangan kau sendiri… takut jd apa2 dlm hubungan kau, yg berbaki hanya sampah sarap aje..simpanan kau x ada…
‘Dia juga per0kok. Aku menangis merayu rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bnuh diri jika dia tidak mahu berhenti.’
Part ni aku nk tegur… Kau dah tegur, sudah… Lain2 pandai2 dia fikir… Benda Allah laknat, jgn jadikan modal utk bahan ugutan…apa kita kata, tu satu doa…
Deen Din : Tu suami bangang, berlagak dan bengong.. Amik kesempatan atas redha dan rela seorang isteri yg penyabar dan pelembut..
Terpulang la pada Awk.. Kalau Awk masih nak bersikap camtu maka Awk kena la hadap dan hadam.. Tp bg pendapat saya elok la Awk mengadu kat Pejabat Agama..
Langkah awal.. Bagi kat dia RM 500 jerrr buat blanjer.. Itu ada lah sebagai ehsan Awk.. Kira sedeqah la.. Yg lain Awk simpan buat diri sendiri.. Reward your self.. Biar dia yg minta Awk kalau dia xde duit.. Control perbelanjaan dia.. Kalau Awk x bagi pun x pe sbb x jadi kesalahan pun.. Dia yg patut bg kat Awk..
Kalau x jalan juga, Awk berpisah laaa.. Buat apa bela Biawak aka Buaya hidup.. Awk gaji besar.. Pangkat pun ok kannn.. Knapa nak stress2 bagai? Awk bole dan mampu bina hidup baru.. In Sya Allah..
Ikin Nor : Dah la syg dri sndri n ank2..
Mse dah tamat tuk bhgia kn org lain..bkn xblh tuk kluarga tp sdh jgn nk sng kn org lain wlau suami sndri…bia dia ilang keselesaaan slme ni dia dpt..bg rasa kesulitan sikit…buat cara sis nk tp jgn jd derhaka…trlalu ikut smp stress n hmpir jd giler…suami trlalu selesa…dah bka minda bka fikiran…bhgia bkn org lain bg tp dri sndri..bhgia ada kt hati sis…moga sis tabah..apa jd urusan Allah..doa n mntk petunjuk…Allah xkejam cme Allah suruh sis usaha setimpal ngn pengorbanan ..sis bkn bodoh cme sbb taat…ngt mak ayah berbakti slme orgtua masih ada..bgn sis kuat kn dri n demi anak2…in sya allah sis masih punye mse…
Sumber : kuasa viral