Gaji aku besar tapi utk kucing ak bg mkn ikan yg buruk2. Aku beli jagung yg rongak2 utk mkn, ada org perasan.

Gambar sekadar hiasan

Kisah yang ingin aku kongsikan ini adalah kisah hidupku dan aku harap ia menjadi panduan kepada semua.

Abang aku iaitu Abang Omar, seorang hartawan yang bukan dilahirkan diatas katil emas. Baik, santun, berpelajaran, kaya dan berpendidikan. Mempunyai personaliti yang menyenangkan, jauh sekali untuk meninggi suara terhadap ibu bapa atau orang disekelilingnya.

Abang aku adalah crème of the crème yang dihantar oleh kerajaan pada tahun 80an untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia dalam bidang perakaunan. Usai pengajian, beliau balik ke Malaysia dan berkhidmat kepada negara.

Bayangkan lah waktu itu diawal tahun 90an, gaji abang aku sudah mencecah puluhan ribu tetapi dia terlihat sangat biasa. Kereta biasa, rumah biasa dan tidak pernah sesekali berbicara pasal harta.

Ramai sepupuku bertanya, kenapa Abang Omar tak pakai kereta macam ni, kenapa dia beli rumah teres setingkat sahaja, kenapa anak-anaknya tidak bersekolah di sekolah internasional? Hanya abang aku mengerti apa yang dilakukannya dan waktu itu aku muda. Aku juga memandangnya dengan kehairanan.

Aku berbeza. Usai pengajian aku dilamar disebuah syarikat multinasional dengan gaji 3.5k pada tahun 2009. Pada masa itu, aku terasa seperti orang kaya. Aku juga jarang berbicara pasal harta, tetapi aku suka menunjukkannya secara indirectly (tidak langsung) kepada orang sekeliling.

Contohnya aku membeli tas tangan, bila aku pulang ke kampung dan bertemu kakak ipar, lalu aku suka menyebut-nyebut perihal harga tas tangan tersebut sekiranya ditanya. Indirectly sebenarnya aku ingin menyatakan bahawa tas tangan itu mahal dan berjenama.

Kemudian ketika aku pergi kepasar membeli ikan yang buruk-buruk untuk kucing, aku takut maruah ku jatuh kerana bimbang tanggapan orang sekeliling mengenai aku yang membeli ikan buruk. Sengaja aku berkata kuat-kuat depan peniaga yang aku membeli ikan buruk untuk kucingku.

Kemudian jika aku mengenakan heels yang tinggi, berketak ketuk di lantai, bila ditanya orang berapa harga, aku suka memberitahu harganya dan jenamanya. Biar orang tahu aku seorang yang bercita rasa.

Kemudian, ada satu sifat aku yang suka menderma terlalu banyak tanpa berkira. Tetapi sebenarnya aku mahu dilihat kaya oleh orang.

Sampai suatu ketika.. waktu aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan pengajian PhDku.

Sewaktu mengambil keputusan berhenti, aku mempunyai wang reserve yang agak banyak. Aku ada ribuan tunggakan gaji. Aku ada scholarship dan juga aku ada dividen ASB puluhan ribu (hasil simpanan 20 tahun).

Aku sudah mula berfikir dengan panjang dan memulakan gaya hidup yang sederhana. Aku berkahwin dengan belanja kurang dari 10 ribu walau ketika itu aku OKB (Orang Kaya Baru). Tidak pernah berangan fairy tale wedding atau wedding of the year. Ringkas dan sederhana.

Waktu pertengahan pengajian, ketika itu duitku menyusut dan berkurang. Aku mula berkira-kira dan berjimat sendiri.

Aku sudah mula di didik untuk tidak membeli tas tangan, kasut tinggi atau apa-apa barang berjenama. Aku sudah mula memakai pakaian yang tiada seri-nya. Hanya selesa berseluar sukan, berbaju t-shirt tanpa calit-calit make up. Dunia korporat sudah lama aku tinggalkan.

Ketika aku ingin membeli jagung dipasar, aku membelek-belek jagung yang rongak. Kerana aku memang suka jagung yang rongak. Seakan nikmat bila makan jagung rongak.

Ada sepasang suami isteri turut membeli jagung juga disitu. Dia membeli jagung rongak juga dan berkata dengan kuat, ‘beli jagung untuk burung’. Jatuh! Air muka aku jatuh pada waktu itu. Aku mula refleksi terhadap perbuatanku suatu ketika dulu. Aku sombong, aku angkuh dengan wang dan harta.

Kini, setelah tamat pengajian PhDku, aku diterima berkerja didalam sektor awam. Dengan gaji 8K sebulan, sememangnya ianya angka yang agak besar.

Tidak lah kaya seperti tajuk yang aku tuliskan. Tetapi dalam kalangan yang mampu, Alhamdulillah. Aku bersyukur. Aku masih sama seperti dahulu.

Berseluar sukan dan berbaju t-shirt kemana sahaja. Tudung lusuh seperti selalu. Tidak bertukar baju kerja, tidak berpasang-pasang kasut tinggi, tiada tas tangan harga ribu-ribu. Rumah biasa, kereta biasa. Aku ingin hidup sederhana seadanya.

Beberapa kali aku ingin membeli ubat yang sama difarmasi untuk sakit telingaku, tetapi jawapan pharmacist adalah ubat tersebut kehabisan stok. Lalu aku bertanya, opsyen apa yang ada. Jawapannya ada kak, tetapi mahal sedikit.

Mahal berapa tanyaku? RM36 kak. Ubat yang akak cari tu RM16 kan. Aku senyum dan terus membeli ubat tersebut tanpa rasa sedih atau dhaif bahawa aku terlihat miskin tetapi sebenarnya aku mampu.

Aku pernah dihalau di Watson kerana ingin menumpang tandas, walhal ketika itu aku pun sebenarnya ingin membeli barang keperluan. Mungkin aku terlihat tidak berwang. Berbeza dengan sahabatku waktu aku menemaninya.

Dia pernah menumpang tandas di Watson, tetapi dibenarkan. Jika aku ingin membeli belah, ternyata promoter-promoter ini akan menunjukkan aku barang yang paling murah sekali. Tak mengapa, Alhamdulillah.

Aku dijadikan role model kepada adik-adik iparku. Memandangkan aku ini menantu perempuan, adik iparku yang kesemuanya lelaki selalu berkata kepada pasangan mereka. ‘Tengok lah akak tu, duit banyak tapi hidup macam biasa sahaja’.

Anak-anak ku, aku tidak biasakan dengan jenama. Asal cantik, molek aku akan beli untuk anak aku. Duit 8K ini bukan duit aku, bukan rezeki untuk aku. Ianya rezeki untuk anak aku, untuk suami aku, untuk jiran-jiran aku yang kehilangan sumber pendapatan waktu PKP ini.

Kini aku terlihat seperti abangku, tetapi belum sampai ketahap itu. Belum sampai ketahap menghulur kesemua wang yang ada didalam dompet ketika si muallaf meminta kepada dia. Belum sampai ketahap menghalalkan duit yang dipinjamkan kepada orang.

Aku sendiri berhutang dengan abang aku. Lebih kurang 4 ribu. Tetapi abang aku kata tak payah bayar, itu semua hadiah. Waktu aku berkahwin, abang aku beri 3 ribu untuk belanja atas rasa ehsan kerana waktu itu aku lah yang paling lambat menamatkan zaman bujang (30-an).

Pesan aku, kepada elitist, kepada hartawan, kepada influencer, kepada founder siapa-siapa pun, orang kaya mana-mana pun, usah memperlihatkan harta kita kepada dunia. Usah dipertontonkan. Akan ada suatu masa, harta yang kita pertontonkan kepada dunia itu akan menghentam kita semula.

Kamu bimbang dengan golongan B40 yang mendapat bantuan tetapi dalam masa yang sama kamu resah harta kamu dicairkan. Harta-harta kamu yang dipertontonkan mengadili kamu sekarang.

Biarlah kita terlihat miskin, namun kita tahu poket kita dimana. Apa perlunya untuk kelihatan kaya? Apa perlunya menunjuk harta? Jawapan itu terletak pada diri anda.

– Latipah (Bukan nama sebenar)

Antara reaksi warganet :

Nur Ana : act what happen was, confessor was insecure, sbb tu confessor mnunjuk sbb at that time fresh grad, x ada apa, but then bila confessor rasa dah cukup bjaya, dah tak perlu dah nak get approval, apetah lagi confessor dah ada pHD, to me, its okay mcmana someone nak lead their life, we are not in other shoes, but what ever we choose to do, ada consequence, tak penting pon terlihat miskin ke kaya ke, yg penting kte happy dgn khidupan yg kte pilih, Im someone who dont give a f what ppl think of me, bcoz in the first place, I never give a f about others, ppl perception are not important, bcoz at the end, we are living our own life.

Debunga Sepi : Saya ada 2 ‘kawan’ yg berbeza. Satu masa zaman sekolah menengah dan satu lagi masa di universiti. Mereka bukanlah jenis yg kaya tetapi suka bertukar2 barang contohnya kasut, beg, tudung, baju dan lain2lah.

Saya pula memang jenis suka pakai barang lama dan tak tukar selagi tak rosak. Tapi barang saya punya pun saya beli yg berkualitilah. Contoh pakai kasut adidas sekurang2nya 2 tahun belum rosak lagi sebab tu saya pakai je.

Saya pun pergi kls suka pakai simple2 mcm tshirt biasa, seluar jeans dgn kasut sukan. Ya lah bukan nak presentation pun nak kena cantik2 kan? Kalau presentation pun saya suka pakai baju kurung tapi ada pula org yg tak suka sedangkan lecturer sendiri pun tak kisah.

Tapi saya betul2 kecewa dengan 2 org ‘kawan’ ni sebab dorang nak ‘menegur/nasihat’ atas dasar ‘ambil berat’ kenapa saya pakai simple sangat.

Pakaian dengan barang saya pun boleh jadi isu dorang nak pertikaikan. Bukannya beli guna duit dorang pun dan saya pun bukannya tak ada duit.

Incho Miciyo : True,real story in my life too.My uncle and aunty was a teacher.Gaji banyak la kan,tapi rupanya setiap kali pakcik saya beli barang-hutang,pakcik saya letak nama dan bagi no ayah saya as penjamin,bengang rasa.

And orang tu akan call ayah saya,cakap pakcik saya beli tu ini(selalu) .geram rasa,padahal ayah saya yang banyak tolong dia waktu dia tengah belajar hingga dapat jadi cikgu.padahal his family act like macam orang kaya,rumah besar,kereta jenama,tapi tak tahulah kenapa nak menyusahkan orang lain?

he create problem and kitorang pula yang kena..disebabkan tulah saya suka orang yang kaya but humble,but depends on how they act,kaya but tak sombong,bantu orang lain,baik hati,that person really inspiring me.

Sumber : Iium confesssion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *