Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Dan juga Salam Ramadhan pada semua umat Islam.
Aku Zarith berusia 31 tahun. Tahun ini, tahun ketujuh aku berkahwin dengan suami aku.
Kami tak couple, kebetulan Ibu saudara suami masa itu perkenalkan pada hujung tahun 2013. Bertunang pada tahun 2014 dan berkahwin pada tahun 2015..
Yang aku nak ceritakan adalah, pasal Redha. Rasanya semua tahu Redha itu apa. Sepanjang tujuh tahun kahwin, semua okey. Segalanya cukup sebagai golongan B40.
Cuma aku nak ceritakan adalah, pasal kerja dan gaji suami. Suami aku kerja sebagai penyelia di sebuah stesen minyak. Hampir 13 tahun dia mengabdikan diri disitu.
Bila orang dengar penyelia atau orang selalu panggil supervisor nie, orang expected gaji tinggi…
Sebenarnya tak jugak. Basic suami pun tak sampai RM1. 8k. Itu kadang menjadi pertelagahan antara aku dengan suami.
Aku cakap kerja sudah 13 tahun kenapa tiada kenaikan. Kenaikan setiap tahun pun takde. Aku bukan nak hidup bermewah ke, nak pakai branded ke apa. Aku bukan macam tue.
Shopping baju pun aku tak berapa minat. Barang kemas pun aku jarang pakai dan tak pernah minta sebab tahu kemampuan suami aku macamana. Aku tak kisah.
Cuma aku kesiankan suami. Dia kerja penat. 12 jam sehari. Seminggu sekali jer cuti.
Kadang kalau lori tangki minyak sampai, even pukul 3-4 pagi pun kena turun sebab dah memang kerja dia. Apa-apa masalah kat situ, dialah yang settled kan.
Cuma aku hairan sebab sepatutnya setiap tahun adalah kenaikan gaji. Tapi takde..
Satu lagi, bab cuti raya. Setiap tahun suami takde peluang berhari raya sebab cuti dibekukan. Seminggu lepas raya baru cuti. Tapi cuti biasa dialah seminggu sekali tue.
Aku balik ke kampung Mak Ayah aku pun tanpa dia atas izin dia. Mak Ayah aku ambilkan aku.
Saban tahun, persoalan sama saudara-mara tanya, “Mana suami kamu?” atau “Suami kamu tue tak cuti ke?”
Dan ada satu tahap, “Kemaruk nak kaya sangat ke sampai tak cuti raya tue.” Ayat nie yang aku sakit hati.
Sebenarnya aku faham keadaan suami. Tapi dah soalan-soalan tersebut sering dibangkitkan, itulah yang jadi isu berbangkit antara aku dengan suami baru-baru ini. Bertekaklah kami suami isteri nie.
Suami jenis pendiam. Kena kutuk ke apa dia sengih jerlah.. Tahap penyabar dia, aku memang kalahlah. Aku pun jenis baran sikit. Suami aku lembut, penyabar jer.
Sampai aku desak suami aku untuk cuti raya tahun nie. Aku cakap, “Saya nie bukan anak yatim piatu. Masih ada Mak Ayah. Sampai bila nak macam tue..” Suami diam saja.
Beberapa hari yang lepas, kebetulan Mak Ayah aku bawa kami pergi balik kampung menjenguk Opah (Mak pada Ayah).
Dalam kereta, buat pertama kalinya, aku meluahkan semua itu pada Mak Ayah aku. Sampai nangis-nangis aku bercerita. Ada juga marah-marah.
Lepas itu, barulah Mak dengan Ayah aku nie cakap. Pasal redha. Ayah aku kata, suami aku tue just pekerja, bukannya majikan. Jadi apa pun, dia kenalah ikut arahan majikan dia.
Pasal gaji, Ayah aku kata kalau seandainya majikan dia tak bayar apa yang sepatutnya macam gaji tak naikkan, takpe. Nanti akan ada “bahagian” dia nanti samada di dunia atau di akhirat sana.
Sebagai isteri, kena redha dan terima. Bila isteri redha, semua lancar. Rezeki suami pun lancar.
Dan Ayah aku kata lagi, jangan kita nak marah-marah majikan dia. Kita marah lebih-lebih, mengata dia itu ini, rahmat kita nie hilang dan rahmat itu akan pergi pada dia. Kita hilang rahmat. Kena sabar, kena redha.
Biar gaji sikit asalkan lapang dada, tenang. Gaji banyak pun hidup tak tenang takde gunanya kata Ayah aku.
Then, aku macam terdetik. Aku cakap dalam hati, “Allahuakbar, selama nie aku tak boleh terima, tak redha. Aku kurang sabar”. Kalau Ayah aku tak cakap macam tue, sampai ke sudah aku tak sedar diri.
Ya, memang salah aku. Salah aku sebab serabutkan dan buat suami susah hati selama nie. Suami aku tenang jer dengar semua tue.
Suami aku tue, penyabarnya Masya-Allah.. Apa yang disuruh, apa orang kata or cakap macam-macam, dia diam dan sengih saja. Aku? Jangan cakaplah. Cuma aku masih waras dan tak macam Kaklong 7E tue. Huhuhu..
Jadi, Allah dah jentik hati aku untuk sedar apa yang aku buat selama ini. Aku berdosa buat suami macam tue. Ayah aku pun, elok dan teratur dia nasihatkan anaknya ini. Begitu jugak dengan Mak aku.
Kesimpulannya, betapa pentingnya redha itu. Kau redha, kau terima Insya-Allah segalanya lancar, segalanya cukup. Allah gandakan rezeki lagi. Pengajaran buat semua terutama para isteri.
Dan aku terfikir, “Walau suami aku nie kerja, raya tak cuti tapi sekurangnya dia balik kerumah. Ada dia disisi juga. Ada kat sebelah. Isteri orang lain ada yang lagi berat ujiannya”
Syukur, atas izin Allah aku sedar. Dan janji aku taknak ulangi lagi dan belajar untuk redha dan terima. Doakan kami semoga murah rezeki ya…
– Zarith (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Terima kasih ayah atas nasihat itu..
Bila baca begini kan..teringat adik sendiri..xingat dah tahun kedua ka tahun ketiga dia kahwin..dia xdapat cuti raya..husband(adik ipar i)dia yang cuti raya seminggu..memang kilang bagi cuti..husband dia balik rumah mama dia sendiri..sehari sebelum raya..petang raya pertama..dia balik rumah my mother..duduk rumah our mother..sampai dia habis cuti..
Tanya jugak ke dia masa raya ketiga tuu..xnak balik rumah mama ka??Adik ipar jawab..xmaulah..nak duduk rumah mak..
Sebab rumah mama dia xdak makanan sangat..rumah our mother..hari2 masak makanan berat.kami p berhari raya pun..adik ipar ikut sama..bawa laa anak seketoi lagi masa tuu..bini dia p kerja..
Xapa dik..biarlah dia nak kerja..bukan senang nak bela anak isteri…dia xmintak banyak..asalkan awak memahami..doakanlah keselamatan dia selalu.
Netizen 2 : Belajar bersyukur, kemudian redha tu datang dengan sendirinya.. bagus la ayah awak seorg yg sgt supportive, bg nasihat yg baik2 utk anaknya.. malahan buat awak berfikir secara positif berkenan gaji & pekerjaan suami awak..
Pabila kita redha akan sesuatu, automatik jalan hidup akan dipermudahkan.. nak capai tahap redha tu, bg individu itu sendiri mmg payah..
Tp, cuba lah utk berfikiran dgn positif, walaupun pahit, telan lah.. kerana yang pahit tu, lama kelamaan akan bertukar manis.. kalau awak sabar.. semoga awak bahagia bersama suami..
Netizen 3 : Untung owner stesen minyak dpt pekerja mcm suami dia. Redha. Biz minyak ni bkn biz bermusim. PKP ke, raya ke, cuti sekolah ke, setiap hari org isi minyak. Mustahil biz takde untung.So kekalkan gaji pekerja berbelas tahun tu 1 penganiyaan. Dah mcm pekerja warga asing dibuatnya. Orang tu pun manusia perlu cuti perlu waktu bersama keluarga perlu balik kg perlu duit lebih. Allahu. Sanggupnya buat mcm ni. Redha tu redha tapi kena fikir bab kewangan keluarga juga. Inflasi dan pertambahan komitmen kewangan takde istilah redha.
Kredit : iiumc