Hairan ipar setiap bulan pinjam duit, tp time raya dia terpaling show off gelang emas. Geleng kepala suami aku.

Gambar sekadar hiasan

Lately ni ramai yang confess pasal keluarga mertua dan ipar duai. Saya terbuka hati nak kongsi cerita tentang ipar duai saya. Selalunya saya jadi silent reader saja.

Suami saya ada berbelas adik beradik. Ramai yang tak bersekolah sebab mertua bukan orang senang dan kebanyakan mereka terus berkahwin pada usia belasan tahun. Dalam ramai-ramai hanya 2-3 beradik saja yang berkerjaya dan ada ijazah termasuk suami saya.

Memandangkan saya dan suami kawan sekampung, saya saksikan sendiri bagaimana suami saya pada usia mudanya ikat perut dan kerja keras untuk sara dirinya demi mendapatkan pendidikan dan masa yang lebih baik. Adik-adik dia yang lain kurang bernasib baik.

Saya faham, rezeki kita tak sama. Masing-masing ada cara tersendiri untuk bina kehidupan mereka. Yang saya tak tahan, suami saya selalu dipergunakan oleh adik-adik bahkan anak sedara sendiri.

Kalau bab pinjam dan minta duit tu dah jadi senario biasa. Tiap-tiap bulan ada saja yang datang meminta. Bukan sikit pula jumlah yang mereka minta.

Suami saya pernah ajak kerja di kebun kami tapi mereka tak nak. Ada suatu hari suami saya offer kerja tukang cuci di sekolah. Itu pun mereka tak ingin. Macam-macam alasan mereka bagi.

Dulu sewaktu saya masih naif, saya selalu sedekahkan duit kepada anak-anak sedara suami yang masih kecil mahupun yang dah remaja. Tapi sejak mereka take for granted sumbangan saya, saya berhenti.

Saya tukar kepada membelikan makanan dan barangan. Sampai lah ada antara mereka yang complain. Katanya kalau dapat duit cash boleh bayar sewa rumah. Kalau dapat barang tak boleh buat apa-apa.

Sejak kejadian tu, saya tak beri apa-apa langsung. Sekarang mereka target suami saya pula sebab dah tak berani dengan saya.

Anak sedara yang seorang tu pula jenis tak sedar diri. Maaf kalau bahasa saya kasar. Tapi dia bukan anak orang senang. Maknya kerja jual pisang goreng.

Ayahnya (adik suami) pula tak ada kerja tetap. Kadang-kadang dia turun kutip pucuk paku kat semak belakang rumah mertua dan jual kat pasar.

Bila nak sambung belajar diploma, anak sedara sangat bongkak dan tak nak apply pinjaman. Katanya nanti hidup berhutang. Muda lagi dah fikir macam tu.

Masalahnya dia apply diploma swasta. Saya cadangkan masuk Tingkatan 6 yang lebih berbaloi pun dia tak nak. Mak dan ayah dia pula tak ada kerja tetap. Siapa yang nak bayar kos pengajian?

Laju saja dia tunding jari kat suami saya. Ayah ***** kan ada katanya. Dah kenapa pula suami saya nak kena tanggung anak orang lain? Sedangkan anak sulung saya sendiri buat pinjaman dengan JPA walaupun kami (ibu bapanya) kerja makan gaji.

Untuk anak sedara tu, kalau hulur duit sesekali tu saya boleh terima. Kalau minta ditanggung, itu dah melampau! Mujur suami saya sendiri bertegas dan akhirnya tak jadi dia nak pau suami saya.

Pernah juga anak sedara suami yang lain nak berulang alik dari KL ke kampung. Dia punya demand tak nak naik bas tapi nak naik flight. Katanya naik bas pening kepala dan perjalanan sampai 8 jam.

Pernah dia merisik-risik dengan saya macam mana nak beli tiket flight dan nak teroka KLIA2 tu.

Pernah juga dia minta duit tambang dengan suami saya. Panas hati saya bila dengar permintaan dia!

Sedangkan anak sulung saya berulang alik dari KL dengan bas saja. Harga tiketnya tak sampai pun RM50. Anak sulung saya pun sejenis mabuk juga bila naik bas. Tapi dia pandai handle.

Dia sentiasa ada bekalan ubat mabuk yang dia beli kat klinik. Kesian juga bila setiap kali saya sambut dia balik, satu badan dia bau minyak angin cap kapak. Lepas masuk rumah, terus dia “pengsan” sebab mabuk tak hilang lagi.

Dalam masa yang sama saya bersyukur dikurniakan anak yang tak banyak demand dan sanggup hidup susah walaupun ibu bapanya mampu berikan yang lebih baik. Saya memang nak ajar dia. Bersusah susah dulu, bersenang senang kemudian.

Nak cerita bab ipar duai perempuan pula. Kalau bab gelang emas, mereka yang terpaling kaya. Kalau hari raya atau hari berkumpul, mereka selalu show off gelang emas baru.

Padahal di sebalik show off tu, suami mereka selalu datang rumah minta pinjam duit. Saya tak ada gelang emas nak tunjuk.

Tapi saya ada kereta dan rumah yang selesa, makan pakai anak-anak yang terjaga. Itu lah definisi ‘hidup senang’ bagi saya. Biar lah saya tak ada gelang emas walau seurat pun. Janji suami saya tak ke hulu ke hilir minta pinjam duit dengan ahli keluarga.

Maafkan saya kalau bahasa yang saya gunakan untuk luahan ni kurang sesuai atau kasar. Tapi itu lah realitinya.

Saya tak berniat nak perkecilkan hidup ipar duai. Rezeki masing-masing. Tapi sebolehnya kita kena ukur baju di badan sendiri. Hidup mestilah ada maruah.

Selagi kudrat masih ada, tak salah untuk berusaha. Kalau dah usaha sehabis baik, tapi rezeki masih belum mengetuk pintu, baru lah minta tolong dengan orang. Apa-apapun, jangan terlalu berharap dengan ihsan orang lain…

– Aida (Bukan nama sebenar)

Antara reaksi ntizen :

Norizan Mamat : Salam,

Tak mau cerita pasal lain, nak share pasal gelang rantai emas.

Makcik antara orang yang tak teruja dengan emas. Emas bukanlah perhiasan yang penting bagi makcik. Makcik rasa ramai antara kita yang kerja sendiri (bukan meniaga), tak jadikan emas sebagai aset utk untuk jangka masa panjang. Orang meniaga penting emas utk simpanan (supaya tak terguna) dan boleh guna waktu kecemasan.

Untuk orang kerja tetap, emas bukanlah keperluan mendesak sebagai simpanan jangka masa panjang. Banyak lagi komitmen lain. KECUALI, semua suami sediakan, isteri tak tau nak guna duit untuk apa… agaknya la… hehehe…

Ramai orang yang cakap emas itu ini, baik bla bla bla tak turun harga bla bla bla…

Jadi, makcik pun terpengaruh la. Makcik beli emas. Caranya makcik pajak gadaikan emas lama yang dah patah putus tu. Masih berharga walaupun buruk. Beli emas baru dan pakai.

Ades… sakitnya hati makcik, dah beli baru beberapa bulan, pakai balik kampung, hilang pula… huhuhu…

Tersentak dari lamunan rasa… Betapa tak eloknya makcik ni dok ingat nak sama sama tayang gelang emas dengan geng geng makcik gelang emas. Lepas tu Allah uji hilang. Amik kau…. simpanan jangka masa panjang sangat la… hahahaha…

TETAPI…

Entah nasib makcik baik sangat sangat. Gelang yang hilang di kampung, ada elok jer tersadai depan pintu rumah makcik sendiri.

Malas nak fikir panjang lagi… tak mau dah beli emas. Bior jer la. Dah la hutang pajak gadai tu bahaya. Malas juga nak beli emas kecik kecik keping keping tu, macam senang pulak hilang… tengok kawan simpan dalam dompet jer emas keping keping tu.

Gitulah…

So, ada la emas sedikit kat makcik, bukan niat nak menayang, tetapi niat nak guna waktu susah sangat sangat. Kalau simpan tunai dalam bank… hehehehe… lesap sekejap jer… ada saja la idea nak buat apa dengan duit tu. Bila duit jadi emas, diam diam kat situ sampai la perlu sangat sangat…

Kan ?

Cik Puan : Bab sedara yg tak sedar diri tu sy pernah terkena. Family org susah tp anak2 bajet anak org have2.

Yg sulung (lelaki) pernah tinggal di rumah family sy selama 5th sampai dia habis SPM & semua di tanggung oleh my parents (kebetulan sebaya dgn adik lelaki sy).

Tp yg tak best nya..budak tu tak pandai bawa diri even dgn my mom (mak sedara dia merangkap kakak sulung ayah dia) & dgn kami kakak/abg sepupu dia. Bertahun stay dgn family sy..my parents anggap mcm anak sendiri & kami anggap mcm adik sendiri, tp dia tetap dgn perangai ‘org asing’ di rumah kami. Sy tahu pun coz my mom yg luah kan, kecil hati kot..

Balik sekolah terus berkurung dlm bilik (my mom bagi 1 bilik bujang kat dia coz anak2 lain stay jauh & jarang blk cuti). Setiap kali nak mkn kena panggil. Kalau dia tetamu yg dtg ziarah, kami faham lah. Ni dah 5th stay kat rumah my family..tetamu jadahnya. Then lepas mkn dia terus masuk bilik buat hal sendiri. Dia tak pernah nak tolong my family kat rumah tu (didikan mak bapak dia yg pengotor & pemalas), at least tolong buang sampah pun dah ok kot..tp bila kwn2 dia dtg ajak keluar, selamba blah mcm tu je..tgh mlm baru balik. Mengalahkan tuan rumah (adik lelaki sy).

Then lepas dia & adik sy tgh tunggu result SPM, my mom merayu minta tolong sy adjust kerja part time utk dia & adik..at least tak buang masa & my parents pun tak ‘sakit mata’ tgk dia org melangut je kat rumah kami. Nak sound lebih2..tu anak sedara dia jgk..

Bila sy dah tolong dia cari kerja, siap support duit belanja lg..selamba dia buat fitnah & buruk2 kan sy kat family kat kg (rumah parents dia sebelah rumah nenek sy kat kg my mom), fitnah kan sy kat kwn2 sekerja & bos sy.

Bukan sy je..family sy pun dia buruk kan (ada kwn mengadu yg sepupu sy tu kutuk family sy, ada kwn tanya..dia tak hulur ke duit gaji kat parents sy? At least sbg kenang budi my parents tolong bela & sponsor masa dia sekolah menengah). Selamba dia ckp..”tak payah..dia org dah kaya”. Dasar budak tak mengenang budi.

Mmg mendapat lah kan! Kena sound tepet dgn sy. Sy face to face dgn dia & ckp jangan nak over, tolong sedar diri. Family sy dah buat baik dgn dia, sy dah tolong dia cari kerja tp mcm ni dia balas? Then sy report kat bos sy (kebetulan dia ada kes tipu cuti) & mengadu kat my mom pasal dia buruk kan sy & my family. Menangis Mama sy dengar, tak sangka anak sedara sendiri yg dibela sanggup buruk kan dia mcm tu sekali.

End up..budak tu kena terminated kerja & my parents minta dia balik ambil barang2 dia & suruh dia balik stay dgn family dia semula. Yg adik2 perempuan dia pun boleh tahan demand, pernah je my mom kumpul baju2 lama kami yg masih elok tp dah tak nak pakai, then sedekah kat dia org. Tp budak2 tu memilih siap kata baju2 tu dah tak trend. Kalau nak bagi, bagi yg baru..katanya. Ewahhhh..berlagak. Sampai skrg even sy & family balik kg sana pun, dia & family dia tak kan jumpa & tak bertegur dgn kami. Tahu plk malu..

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.