Hairan kak ipar tnggalkan 6 org anak. Yg sulong 9 tahun. Dia sdap g travel, aman skit anak x ikut.

Foto sekadar hiasan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua. Luahan saya ni tak panjang pun cuma nak bercerita prihal kakak ipar saya sorang ni.

Seorang surirumah tapi aktif menjalankan perniagaan jual ubat suppliment dalam talian dan kadang kala ada juga pergi ke rumah pelanggan untuk buat ‘checkup’.

Bab ni saya tak faham, takde jurusan perubatan atau apa tiba tiba saja boleh jalankan checkup ke atas orang. Siap ada alatan doctor segala, test dan result terus keluar dekat apps yang ada di komputer ribanya.

Lepas tu buat ulasan keputusan yang ada dekat apps tu dan terus syorkan supplements apa yang kononnya pesakit (pelanggan) kena makan, sampai ke jantung, buah pinggang semua dia boleh ulas, aduh.

Dia juga selalu menganggu saya seakan memaksa saya mempromosi barangan jualan dia kepada kawan sepejabat dan ahli keluarga saya.

Menyuruh saya ‘post story di whatsapp, Instagram dan Facebook’ setiap hari.

Pada mulanya memang saya tolong, siap buat satu story khas lagi saya menceritakan suppliment yang dijualnya, tapi kurang mendapat sambutan, kawan kawan saya semuanya tak berminat langsung.

Lepas tu kakak ipar saya ni asyik bertanya ada orang berminat tak? Sakit kepala nak melayan.

Part yang atas ni belum teruk lagi. Part yang ni betul betul saya tak boleh terima. Sejak kebelakangan ni dia kerap tinggalkan anaknya yang kecil kecil seramai 6 orang di rumah.

Biasanya dari pagi hingga lewat malam untuk keluar berdua dengan suaminya. Untuk pengetahuan dia kerap ya lakukan, boleh katakan setiap hari.

Tak tahu la apa pentingnya urusan sampai sangup tinggalkan anak kecil dekat rumah. Sulung berumur 9 tahun. Dia lah yang terpasa jaga dan uruskan adik adiknya. Siap mandi bagi makan.

Sampai la ke harini, memang berterusan ya dia tinggalkan anak dia dan pergi berjalan senang hati. Bila tanya bagi alasan anak semua degil tak nak dengar cakap, lasak, tak mampu nak jaga. So penyelesaian, tinggalkanlah, aman sikit nak berjalan.

Kemuncak, dia tinggalkan anak anaknya selama berhari hari untuk keluar negeri atas urusan ‘kerja’ yang terlampau penting.

Call wife saya bagitau yang dia nak ke Johor selama seminggu, ada seminar. Minta wife saya tengokkan anak anak dia di rumah. Siap bagitau ada tinggalkan duit pada anak sulung, suruh wife saya ambil duit tu dan belikan makaman setiap hari untuk anak anaknya.

Yang buatkan saya lagi kecewa, wife saya kerja jauh, nak balik terkejar tengok anak buah dia, kena singgah beli makanan, balik rumah dia dah letih. Saya tak kisah uruskan rumah dan anak sebab saya memang selalu membantu.

Tapi kasihan wife kena drive extra jauh untuk beli makanan dan hantar pula ke rumah kakaknya dia Klang (kami tinggal di Damansara dan office wife di Cheras).

Sepanjang wife saya ‘busy’ prihal anak buahnya, saya ambil semua kerja rumah dan jaga anak. Pernah juga luah dekat wife yang cara kakak dia ni salah, tinggalkan anak kecil kecil lepas tangan begitu saja dan lepas tu keluar travel tanpa rasa bersalah. Kalau apa terjadi jangan putih mata.

Bagi yang tertanya kenapa saya dan wife tak ambil je jaga anak buah tu, saya kerja dan wife kerja. Kami ada routine dan kami juga menghantar anak kami di nurseri, itu saja la cara yang mampu dibuat.

Saya nak bertanya apa yang perlu dilakukan dalam hal ni?

Sejenis parents yang lepas tangan, berjalan tanpa pedulikan anak di rumah. Anak bukan dah besar ya, kecil kecil lagi. Perlukan perhatian penuh, saya perasan dia sendiri pun tak tahan dengan perangai anak anaknya yang lasak belaka.

Saya rasa sebab itulah dia sangup buat macamni, nak tenangkan fikiran tinggalkan je anak di rumah, ke memang wujud orang macamni?

Wife saya pernah nasihatkan tapi bermacam alasan dibaginya. Anak pandai urus diri la, nak hadir seminar nanti budak kecil tak boleh masuk la, ada saja alasan. Seoalah apa yang dia lakukan ni betul.

Bantu saya untuk saya berhadapan dengan orang macamni sebab sepanjang wife saya ‘busy’ uruskan anak anak dia, kami kerap bergaduh.

Letih saya macamni. Itu saja luahan saya, harap munkin ada sedikit nasihat untuk kami suami isteri ni yang terganggu emosi sebabkan orang lain yang mahu bersenang lenang.

Reaksi Warganet

Fadzilah Musa –
Based on comments, saya taknak baca. Tak boleh la cerita cerita macamni.

Lagipun teringat someone yang dikenali. Beranak ramai ramai. Pastu anak sulung perempuan yang kena jaga adik adik.

Dia dengan laki banyak masa beromentik lagi.
Anak sulung tu dah macam makcik walaupun baru form 1. Muka depressed takde senyum langsung .

Mak bapak kemain berdua duan ke hulu hilir bercuti.

Azrol Nani –
Buat report ke JKM dan polis. Bagitau kes pengabaian kanak kanak. Ibu bapa boleh disaman atas faktor pengabaian ni. Buat anak je pandai, jaga anak tak pandai.

Sejenis ibu bapa bdo.. Bila jadi apa apa dekat anak pandai pulak meratap menangis. Dari jadi apa apa yang tak baik dekat anak tu biarlah JKM amik. Kurang kurang budak budak tu selamat..

Busseroa Abd Jalil –
Tajuk kakak ipar yang selfish.

Kakak ipar tu janda?. Budak-budak kecil 6 orang tu kematian ayah?

Kakak ipar tu jadi doktor palsu untuk sara keluarga? Suami dia mana?

Kakak ipar tu pi jalan jalan tinggalkan anak dengan boyfriend atau dengan laki dia? Kalau tak silap dengan laki dia kan?

Jadi kenapa kak ipar sahaja yang di blame?
Pasai apa laki dia suci?

Sebenarnya dalam kes macam ni, kedua dua pihak bengong. Laki bini sama.

TT lelaki. Pi lah bercakap dengan biras tu. Bagi tau dia kalau ada orang report dekat JKM naya.

Lagi satu kalau bini dia terpaksa ke seminar untuk cari duit, yang dia ikut juga tu kenapa?

Tentang kak ipar, warning dia. Cakap lepas ni saya tak bagi dah wife saya pening pening kepala tentang anak anak akak.

Lepas tu walaupun hati kasihan tetapi paksa diri buat bdoh. Atau call polis terus. Biar polis yang bawa kes tu ke JKM.

Kena keras dengan orang macam ni.

Yesmina Bmc –
Cuba tag sikit kakak ipar awak yang lengai dan tak reti jaga anak tu dekat sini. Taulah netizen sekolahkan dia macam mane nanti.

Eee… aku tak bole waras betul baca cite macam ni. Aku sanggup tinggalkan jawatan lecturer, lupakan kejap yang aku susah payah tido dekat lab dapatkan master dulu. Semuanya demi anak3 aku yang 8y, 6y dan 3y ni.

On the other side of the world, ada parents yang pandai buat anak je sampai berderet 6orang tapi beralasan anak degil untuk tinggalkan dorang.

Eeee sakit ati aku, anak dia surely baik dan bole diurus sebab tinggal sendiri, tinggal dengan orang pun bole.

Diri sendiri sebagai MAK BAPAK LAH YG TAK BOLEH DIHARAP sebenarnya!!

Report polis kata ada pengabaian anak6. Haa bio dia tau langit tinggi rendah

Nina Sharfa –
Buat laporan kepada :

1. Pegawai pelindung kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM)

2. Pihak Polis
Boleh juga terus menghubungi Talian Nur 15999 ATAU Whatsapp 019-26 15999 untuk buat aduan terus.

Mereka boleh didakwa kerana pengabaian / kecuaian.

SKSYEN 28 dan SKSYEN 29A Akta Kanak – Kanak juga mewajibkan Encik dan isteri untuk melaporkan kepada pihak berkuasa polis atau JKM jika berlaku pengabaian kanak kanak dalam pengetahuan Encik dan isteri.

Jika Encik gagal melaporkan dan jika berlaku perkara tidak diingini, Encik juga boleh disabitkan.

Sumber – Orked (Bukan nama sebenar) via IIUMC Kredit: edisimedia

Leave a Reply

Your email address will not be published.