Hairan Kak Ja beria amek gmbar aku bila berdiri. Lpas dr tu, bdn aku keluar ulart gonggok. Xsngka sbb dia brtudung labuh.

Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum warga pembaca yang budiman. Aku adalah mangsa sihir sejak 2016 dan masih belum sembuh sepenuhnya.

Aku harap warga pembaca dapat kongsikan sedikit kata semangat, nasihat atau jika ada pusat rawatan yang boleh kongsikan di ruangan komen.

Ceritanya bermula waktu aku tengah buat postgraduate di salah satu universiti tempatan. Aku ada berkawan dengan seorang lelaki, aku namakan A,

Kami sama2 buat research dan jadi makin rapat dan ada plan untuk kahwin selepas graduate. Kami serasi dan waktu tu aku ingat dia lah jodoh aku.

Tahun kedua, aku jadi kurang sihat dan aku diuji dengan separuh lumpuh, depression dan kini makin pulih.

Pada mulanya aku ada mimpi ular dan kawan lelaki juga ada mimpi ular hitam, aku juga selalu jumpa ulat gonggok, lipan, rambut dalam pinggan makan dan akan gatal badan kalau berjumpa A.

Kalau A ada mesej aku, tiba2 keluar ulat gonggok atas badan aku. Akhirnya, aku terus block A masa tu walaupun dalam hati aku masih sayang dia.

Masa awal kami terkena slhir tu, atas nasihat beberapa kawan, aku dan A berjumpa seorang ustaz di pusat darulsyifa berdekatan dan ustaz beritahu kami terkena slhir pemisah dan perlu buat beberapa kali rawatan.

Pada mulanya A ok tapi lama kelaman hubungan kami makin teruk, A tak nak berubat dan kami putuskan bawa haluan masing-masing.

Sepanjang tempoh itu, aku sering kongsikan cerita dan sakit aku alami pada seorang kenalan rapat yang aku namakan Kak Ja, dia bertudung labuh dan boleh kira dia selalu bagi pendapat islamiah, kategori orang baik kalau tengok.

Rupanya sihir pemisah dari Kak Ja sendiri. Patut aku pelik, ada sekali dia beria ajak aku bergambar dan suruh aku berdiri, rupanya dia gunakan gambar penuh aku tu. Kak Ja ni student PhD masa tu, jadi dia kategori senior aku dan A dan aku sering rujuk dia.

Sekarang Kak Ja dan A tu pun dah berkahwin dan ada anak pun. Aku juga kini dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki comel wa muslih.

Beberapa minggu sebelum aku berkahwin, ada A mesej dan beritahu dia tak pernah lupakan aku, dia doakan aku bahagia dan dia yakin suatu hari nanti mungkin kami akan bertemu lagi. Tapi aku tak balas pun. Aku pun tak tahu kalau A masih ingat aku.

Suatu masa dulu, aku pernah ceritakan pada keluarga A, pada circle kawan aku apa Kak Ja buat tapi mereka tak pernah percaya. Mereka cakap takkan Kak Ja yang solat penuh, tudung labuh, mengaji tak tinggal tergamak buat macam tu.

Sepanjang aku berubat, ustaz dan perawat selalu nasihatkan supaya aku tidak menyimpan dendam kalau nak betul sembuh, belajar memaafkan serta melupakan dan itulah masalah yang aku hadapi sejak 2016 hingga kini.

Walaupun mulut aku cakap aku dah maaf, walaupun dah hampir 6 tahun, tapi jauh dari sudut di dalam hati, luka aku masih ada.

Aku tak pernah sangka Kak Ja, yang sangat aku percaya tergamak aniaya aku, kenapa sanggup dia mensyirikkan Allah dan meletakkan aku dalam keadaan paling susah, aku separuh lumpuh dulu kena berulang alik ke hospital.

Aku grad dengan extension sebab diagnose with depression dan kena jumpa psikatri, aku tak period hampir 2 tahun. Bila jumpa Dr, Dr cakap tak sakit sampaikan Dr suruh jumpa ustaz.

Disebabkan kawan aku adalah kawan A dan kak Ja, jadi kadang kala perkembangan mereka aku tahu secara tak sengaja.

Bila aku tengok dia berjaya dan dah jadi senior lecturer, hati kecilku terdetik rasa benci, marah, dendam. Dia bahagia dengan A selepas apa dia buat pada aku.

Adakah salah aku sebab pernah terlalu cinta pada A dulu sehinggakan aku terlalu luka? Dan adakah salah aku sebab terlalu percaya pada Kak Ja yang aniaya aku.

Aku amalkan solat sunat dan sentiasa berdoa pada Allah agar aku dapat memaafkan dan melupakan. Semoga tiada sekelumit ingatan aku pada A, semoga kasih aku hanya pada suami dan anak.

Mohon para pembaca dapat kongsikan tips dan nasihat supaya aku tiada lagi dendam. Terima kasih. Moga dalam rahmat Allah

– Nana (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Netizen 1 : Saya juga pesakit yg disihir dari tahun 1999 sehingga sekarang masih belum sembuh…
Darul shifa bangi, kelantan, shah alam, darul thibbun nabawi di shah alam, darul salam di gombak dan lain2 pusat rawatan yg saya lalui untuk rawatan ruqyah…
Selepas rawatan, saya akan rasa lebih tenang dan lega…tapi “penyakit” tu datang kembali jika saya dalam kesedihan, kemarahan, atau dlm keadaan saya uzur….
Untuk pulih dari sihir, kita sendiri yg perlu kuat. Ustaz pernah pesan, jgn mencari2 atau syak siapa yg sihirkan kita, tetapi kita perlu mencari Allah setiap masa, utk mohon pertolongan dan perlindungan dari Allah.

Sihir yg kita alami adalah dgn izin Allah jua, utk kita lalui sebagai ujian. Jika kita sabar dan redha, kita akan makin tenang dan sihir itu sendiri akan “tawar dan tidak berkesan” dgn kesabaran yg ada pd hati kita.

Netizen 2 : Saya juga mangsa sihir dari tahun 2014 hingga sekarang..tahun 2018 lepas dapat anak gangguan makin kerap..benci sungguh kat suami..tak boleh pandang muka suami..saya dah tahu siapa yang buat..mula2 memang marah sakit hati benci sesal kecewa dan sebagainya..tapi sejak setahun dua ni saya makin tenang bila kemarahan semakin reda..hanya berserah pada Allah..dia masih lagi sihirkan saya sehingga sekarang..mungkin saya sudah boleh adapt dengan hidup begini..tak boleh baca quran..dgr alunan ayt quran dan ruqyah sy terus lemah pening loya sakit bdn dan sendawa setiap masa..nak berubat tapi hantaran sihir dia semakin kuat..jadi sy stop berubat dlm setahun dua ni..tapi sedih sbb skrg xblh baca quran..cepat marah..dan mudah moody..

Netizen 3 : Semua yang berlaku dengan izin Allah. Samada ia baik atau buruk. Jika Allah uji dgn sesuatu yg buruk, ia untuk menguji kesabaran & keimanan.. Jika Allah kurniakan nikmat, ia juga adalah ujian – untuk menilai samada kita hamba yg bersyukur atau kufur.

Sabar itu tidak mudah malah ia amat payah & lelah. Tapi jika kita kembalikan semuanya kerana Allah, insha Allah pasti Allah mudahkan…

Buat puan, teruskan fokus dgn rawatan. Perawat rawatan Islam yang sebenar memang tidak akan disclose punca sihir dsb bimbang jadi fitnah jika khilaf & ia tak mendatangkan apa2 kebaikan kpd pesakit melainkan rasa dendam & susah hati. Sekiranya ada terdetik rasa dendam, istighfar lah mohon kekuatan dari Allah utk melupakan kerana setiap perbuatan pasti akan ada balasan & akan dipertanggungjawabkan walau sekecil zarrah. Redha lah atas segala yg Allah uji di dunia ini — redha tanpa syarat. Serahkan semuanya pada Allah.

Moga dengan berkat ikhtiar & kesabaran puan, Allah pmudahkan segala urusan di dunia & pastinya di Akhirat kelak.

Netizen 4 : Ujian yang Allah tujukan pada kita adalah KHAS HANYA untuk kita saja. Pasti ada hikmah,didikan dan kasih sayang Allah buat kita.

Saya yakin TT sudah redha kerana TT dapat menulis dengan baik, berkeluarga dan amalan kebaikan bertambah.

Doakan kesejahteraan buat siapa saja yang menganiaya dan menzalimi TT. Lepaskan segala rasa benci dan dendam kerana itu juga perangkap syaitan.

Insya Allah,semuanya akan baik-baik belaka. Apa pun, jangab percaya 100 peratus siapa yang menganiaya TT kerana kita tidak mempunyai bukti. Cukuplah kita diberi kesembuhan oleh Allah.

Move on and move forward.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *