Hairan suami bila jmpa keluarga dia, bkn main bergurau gelak sakan. Bila balik rumah sndiri, snyap mcm batu pula. Geram aku.

Foto sekadar hiasan : Hi, Terima kasih untuk postkan luahan hati disini. I know, ramai pulak yang meluahkan perasaan tentang perkahwinan mereka dipage ini kan?

But sometimes, rasa nak share dengan kawan rasa segan, hanya mampu berdoa, bercerita dengan Allah tentang perasaan ni.

Nama aku Zahira. Umur aku 32. Aku baru berkahwin dalam setahun macam tu & belum ada anak. Berkahwin diatas pilihan orang tua aku since umur dah terlajak, so umi carikan jodoh untuk aku.

Kenal 6 bulan, lepas tu decide untuk nikah. Dia seorang lelaki yang baik tapi terlalu pendiam. Even aku banyak cakap, banyak tanya, banyak ajak bersembang, dia still orang yang kurang bercakap.

6 bulan kenal, jarang keluar, cuma banyak text. Ok la text, tak dry sangat. Then dia cakap, dia dah start sayang aku.

Untuk aku, perasaan sayang tu susah nak muncul, tapi aku yakin, dia jodoh yang Allah hantarkan untuk aku.

Orang kata pun, nak cari pasangan, biar dia sayang kita lebih kan. Aku cuba belajar terima dia dalam hidup aku.

Mula mula aku ingatkan, dia memang pendiam, tapi bila balik rumah mak dia, ok jer dia bergurau, eh ada pulak suara, bukan main kuat lagi. Bergelak sakan.

Tapi bila balik rumah sendiri, macam batu pulak. Aku pun buat buat lah bersembang, ajak berborak, tapi dia masih macam pendiam. Tak biasa. Hello, dah setahun kot kahwin.

2, 3, 4, 5, 6 bulan aku masih boleh terima. Bila aku bergurau pun dia keras weh, cam bergurau dengan dinding pulak. Lama lama aku rasa kosong, sunyi, sepi, & rasa tak bahagia.

Lately ni aku macam bosan sangat nak balik rumah, aku akan OT, sembang sembang dengan kawan offce, since rumah umi aku dekat dengan office, aku akan singgah rumah umi, ajak sembang, bergurau.

Sometimes weekend pun, aku macam taknak duduk dengan dia. Sebab dia cuma akan baring, tengok muka aku, senyum, usik rambut aku. Tapi tak sampai bergurau, dia memang akan diam saja pastu tengok tv.

Aku cuba la ajak keluar, jalan jalan, ok, kita keluar pegang tangan, tapi dia memang akan diam saja sepanjang dalam kereta, sepanjang jalan dengan aku.

Tapi confirm, masuk rumah mak dia, satu kampung kau dengar suara dia. Nanti lalu sebelah aku, hilang terus suara dia.

Aku of course dah luahkan perkara ni dekat dia, reaction dia, dia kata nak berubah, but sama saja.

Aku cuma rasa jiwa aku kosong, aku tak happy pun dengan perkahwinan ni, kahwin pun kena paksa, aku belajar terima dia dalam hidup ni, tapi aku memang tak bahagia.

Everyday, aku cari cara untuk bahagia, sampai aku terfikir, bercerai saja lah. malas nak hadap orang macam ni dalam hidup aku.

Orang cakap pengantin baru ni bahagia, but for me tidak. Aku terlalu buntu. Dia cuma terlalu membosankan untuk aku.

– Zahira (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1: saya bercinta dengan husband 4 tahun sebelum kahwin…bukan pjj tapi hari2 jumpa..ingatkan saya dah kenal dia sepenuhnya..rupanya lepas kahwin baru saya tau dia sangat membosankan..maksudnya dia sangat suka tidur awal..pukul 9 dah tidur..tiap malam saya tengok tv sorang2 je..hujung minggu keluar pun pergi beli barang dapur je..dia tak tau tempat makan best2 etc..saya tak bolehla nak kutuk lebih2 berdosa pulak

sekarang dah brbelas tahun kahwin..okla banyak kemajuan..sebenarnya yang kata bahagia macam orang baru lepas kahwin tu bukan semua orang mengalaminya..yg kita tengok bahagia lepas kawin tu pun belum tentu bahagia sampai penghujungnya

Netizen 2 : Assalamulaikum adik. Akak nak memberi nasihat pun akak masih fasa 10 tahun ke bawah. Apa yg akak boleh rasa, suami adik masih belum break the ice betul2 dgn adik. Korang dua masih individuals sedangkan perkahwinan it’s about 2 sides. It takes time adik, berkahwin kerana menyempurnakan agama insha’Allah Allah buka kan jalan. Cuba follow Gary Chapman tentang Bahasa kasih sayang. Akak pun ikut tips Gary ni. Amat amat membantu. Berbahagia lah, masih baru lagi adik. Berdoalah, minta Allah hadirkan cinta dalam hati keduanya. Bercintalah, hingga ke syurga.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *