Ibu hari2 pkul dgn hanger sbb bnci aku. Bila aku dah kerja gaji besar, ibu mula belai aku.

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Ida (bukan nama sebenar), umur aku dah nak masuk 30 tahun. Dah berumah tangga dan dikurniakan 3 orang anak yang comel comel dan suami yang sangat baik.

Aku mulakan terus cerita tentang mak aku. Aku anak ke 5 daripada 10 orang adik beradik. Sejak kecil, kena marah dan pkul dengan mak dah jadi asam garam kehidupan aku. Tapi aku anggap aku deserve semua tu sebab aku nakal.

Tapi nakal anak kecil tak seberapa. Bila dah tua ni aku imbau balik apa yang jadi, aku baru sedar aku sebenarnya dilayan tidak adil oleh mak berbanding adik beradik aku yang lain.

Entah kenapa aku tak boleh lupakan peristiwa peristiwa tersebut. Semakin aku cuba untuk lupakan, semakin banyak yang aku ingat. Semakin aku sedih kenapa mak layan aku macam tu dulu.

Tak hairan lah aku membesar jadi panas baran, tak sabar dan tak pandai toleransi dengan orang.

Tapi alhamdulillah aku dikurniakan kawan-kawan dan pasangan hidup yang baik dan terima buruknya perangai aku dulu. Mereka sabar sehingga aku sedar sendiri dan berubah lebih baik.

Masa aku di bangku sekolah, mak sediakan sahaja keperluan aku tapi sekadar yang ada. Aku aktif main sukan dulu.

Suatu hari aku minta belikan kasut sukan tapi mak bagi alasan tak ada duit. Tapi hari yang sama, mak belikan 3 adik aku kasut sukan yang baru padahal mereka masih kecil dan tak ada keperluan macam aku.

Aku minta dibelikan kasut sukan sebabnya aku mewakili sekolah dalam bola tampar peringkat daerah dengan hanya pakai kasut sekolah yang dah koyak.

Semasa bulan puasa, aku yang akan bertungkus lumus untuk tolong mak di dapur. Yang lain memang tak akan nampak muka. Tapi tiba waktu berbuka, tempat duduk di meja makan tak cukup.

Aku terpaksa makan di ruang depan seorang diri. Adik beradik ku yang lain termasuk mak dan abah tak sediakan penyelesaian. Bila dah besar ni, aku terfikir kenapa tak insist untuk tambah kerusi je kat meja makan.

Kalau bermain dengan adik beradik aku, mesti aku kena mengalah. Dengan kakak abang aku kena mengalah, dengan adik adik pun kena mengalah. Kalau ada bergaduh atau menangis tanpa usul periksa mesti aku kena marah. Yang lain akan terlepas.

Aku pernah dipkul dengan hanger baju sampai patah berderai. Bukan satu hanger sahaja pada satu masa tapi dalam 3-5 hanger mak aku guna. Aku juga pernah kena ikat seluruh badan lepas aku balik bermain. Tanpa tahu apa salah aku.

Apa apa yang aku cakap juga tak pernah diambil kira oleh sesiapa dalam keluarga aku. Aku selalu disisih and di ‘hush’ kan. Ayat yang mak aku selalu guna “kau ni bukan tahu apa apa pun”.

Disebabkan mak aku layan aku macam tu, semua adik beradik aku layan aku macam tu juga. Ini menyebabkan aku jadi pendiam dengan keluarga aku.

Keluar dari rumah, aku jadi orang yang berbeza. Ceria dan sangat outgoing sebab aku nak sembunyikan kesedihan aku.

Aku ada permanent scar dekat muka aku sebab mak aku pernah ganyang muka aku masa dia mengamuk. Lepas dah besar sikit dia boleh tanya pula kenapa ada parut di muka.

Kalau ada cikgu yang baik dengan aku, mak aku akan cakap dekat aku dengan memek muka yang benci, mengatakan cikgu aku tak suka aku dan aku ni nampak sangat mengada ngada.

Pernah sekali tu aku nak stay rumah kawan masa hujung minggu sebab nak belajar Bahasa Inggeris dengan dia. Mak aku menjerit jerit marah dekat aku cakap aku gatal sebab ada boyfriend.

Niat murni aku, mak aku sendiri yang fikir aku ni jahat. Kawan aku tu perempuan ya. Adik beradik semua perempuan dan ayah nya dah meninggal. Jadi dekat rumah dia semua perempuan.

Banyak lagi peristiwa peristiwa yang aku rasa mak aku sangat bencikan aku. Jadi aku membesar jauh dari kasih sayang keluarga.

Aku menjauh dengan belajar tempat jauh, habis belajar terus kerja diperantauan dan akhirnya berkahwin. Masa nak kahwin pun macam macam mak aku buat sampai aku hampir tak berkahwin.

Mak aku juga sentiasa burukkan keluarga mertua aku. Padahal mereka sangat baik. Ibu mertua aku tidak segan untuk peluk dan belai aku.

Mak terkejut tengok semua tu. Sebab dengan mak, bila aku sentuh dia akan tepis. Bila aku nak letak kepala atas riba dia terus dia kata lenguh padahal bila adik beradik lain letak dia ok je.

Bila aku dah stabil, ada duit dan hidup sangat senang, mak aku mula ambil tahu dan ambil berat pasal aku. Aku jadi awkward dan pelik. Kenapa sekarang baru nak ambil tahu? Kenapa banyak banyak tanya pasal hidup aku?

Selama ini aku lah anak yang paling mak tak pernah kesah. Anak yang sentiasa dibenci dan dimarah marah. Kenapa sekarang baru tunjuk kasih sayang?

Aku jadi marah bila mak mula nak ambil tahu tentang hidup aku. Bagi aku mak tak perlu nak tahu. Mak mula nak kawal hidup aku. Segala belanja rumah dia soal siasat.

Banyak mana duit aku guna pun dia tanya. Aku cuba untuk berlapang dada tapi seperti sesuatu tersekat didada. Tolong nasihat kan aku untuk ikhlas terima mak.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Lya Na :
Kesian awk.. Awk blh berbaik dgn mak tp jgn sampai tahap kehidupan awk d kawal oleh mak mmg perit sebenarnya bila jd ank yg di sisih tp baik buruk pun dia tetap mak awk..

Just layan mcm biasa je sis x perlu crita ape yg berlaku dlm kehidupan awk pd mak kalau awk rs tak selesa. maybe mak awk dh mula rs cemburu sbb tgk kebaikan mak mertua awk pd awk sbb tu laa kot dia mula nk kontrol kehidupan awk (sis nk tulis lain tp mcm x sampai hati)

Cik Bunga :
Layan biasa2 je tapi jgn bagitau ttg hal peribadi mcm gaji, hal rumah tangga semua tu. Dendam ni kalau boleh maafkan, better maafkan.

Kita maafkan orang bukan utk orang tersebut tapi untuk kebaikan diri sendiri. Penat simpan dendam ni, byk bagi effect negatif kpd diri sendiri. Bila awk dpt maafkan, rasa terlepas beban yg awk tanggung sebelum ni.

Bukan senang nak maafkan org yg buat salah dgn kita lagi2 keluarga sendiri. Berdoa la byk2 supaya dilapangkan hati. Semoga awak bahagia dunia akhirat.

Sherri Azmi :
Memang wujud kes macam ni. Ada terjadi depan mata. Hanya kawan-kawan yang memahami. Mujurlah beliau dah kahwin. Ada suami pengganti kasih sayang. Semoga tt bertabah.

Kalau mak tak sayang, bawak la diri jauh-jauh. Anggap je la diri tu anak yatim piatu tak ada mak bapak. Cut je la segala perhubungan. Cari la kebahagiaan sendiri. Dah sampai masanya pun. Ko pun dah tak perlu manusia toksik macam tu dalam hidup. Cukup kengkawan, suami dan jiran-jiran yang baik dah la.

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.