“Igt aku xde duit ke”. Hulur duit pd mak BF niat sedekah tp kena sound pula. Terus aku tarik tangan.

Foto sekadar hiasan : Kenalkan diri aku Suria. Tengah malam tiba-tiba terasa nak tulis confessions kat sini. First time tulis jadi maaf kalau ayat berterabur.

2013- Tahun ketigaku di sebuah universiti di Selangor. Perkenalan tak sengaja dengan seorang lelaki daripada pantai timur. Aku namakan dia Joe (bukan nama sebenar).

Kami sama kelas untuk subjek elektif dan sama group untuk assignment. Kebetulan kolej kami sebelah je, ahli yang lain ada yang sewa luar, kolej jauh sangat. Jadi kami decide kami berdua cari bahan dan buat slide.

Tak sangka la pulak kan jadi rapat. Kadang-kadang dia tersasul loghat bahasa negeri dia, lepastu dia gelakkan aku. Aku pulak memang tak biasa rapat dengan lelaki sebelum ni.

Habis subjek tu, kami tetap rapat dan masih contact. Lama-lama aku sedar ada jurang dan banyak perbezaan antara kami. Aku dilahirkan dan dibesarkan di KL. Atok nenek belah ibu ayah aku pun memang duduk di KL.

Joe pula dilahirkan dan dibesarkan di timur. Sambung diploma di Politeknik dekat dalam negeri dia juga. Cuma degree dia terpaksa ke Selangor kerana tiada pilihan.

Aku memang dah terbiasa jalan-jalan ke mall, tengok wayang, ke taman awam macam di Putrajaya, food hunting dengan family & kawan, staycation, suka cuba kedai vlral.

Berbeza dengan Joe, dia suka duduk di rumah atau lepak di warung makan area rumah dia. Tak suka tengok wayang, tak suka jalan-jalan.

Kalau aku ajak makan fast food dalam mall pun, dia cepat je nak balik sampai nak tercekik aku makan haha.

Kalau aku ajak pergi event macam MAHA ke, food festival ke, pesta buku ke jangan harap la dia nak ikut. Dia cakap duk tepi kolam ada bunyi ikan lagi best.

Tapi masa ni mana la nak fikir jauh kan, go with the flow la orang cakap. Kami grad sama-sama pada 2014. Dia balik ke kampung, kerja kampung di sana. Aku di KL, bekerja di sini. Kami masih contact bertanya khabar.

Satu hari Joe tanya aku, tak nak ke bercuti di kampung dia. Ada chalet tepi sungai baru bukak. Aku pun plan dengan 2 orang kawan aku masa degree yang memang kenal Joe.

Akhirnya kami sepakat bercuti ke kampung Joe. Aku minta Joe booking chalet tu, aku pun beli la tiket flight ke sana, cari kereta sewa apa semua. Masa tu ada sebulan sebelum tarikh nak holiday tu.

Tiba masa, kami pun pergi la ke sana. Dari airport, aku drive la ikut location Joe bagi. Dekat 1 jam juga nak masuk ke kampung Joe lagipun aku drive slow je sebab tak biasa.

Yang aku perasan, kampung Joe ni agak jauh ke dalam. Kalau nak ke bandar, kena pergi yang area airport tu la.

Joe tunggu kat simpang dan tunjukkan chalet kami. Aku dan 2 kawan aku (Mira & Hawa) stay la kat situ untuk 3 hari 2 malam. Suasana menarik sebab tepi sungai, damai je.

Tapi terus terang aku cakap, aku boleh lama-lama kat tempat macam ni maksimum seminggu je. Lebih dari tu, aku tepu.

Korang jangan la ingat aku berlagak tau, tapi aku memang tak boleh kalau tak masuk supermarket untuk beli barang. Aku dah biasa dari kecik parents aku bawak masuk tempat macam Aeon, Lotus untuk beli barang.

Aku pulak suka baking, jadi bila aku dapat tahu takde kedai bahan bakery yang dekat, aku jadi macam tersentak kejap.

Aku terbayang kalau aku kahwin dengan Joe, aku kena duduk kat kampung dia (dia pernah cakap siapa jadi wife dia kena duduk serumah dengan family dia).

Aduhaii macam mana ye. Tambah pulak aku ada buat bisnes online, jauhnya nak pergi pos barang. Ni cuma andaian aku jela awal-awal.

Aku lupakan kejap hal tu, esoknya kami berempat pergi la jalan-jalan cari makan.

As expected, Joe cepat je nak balik. Rimas ramai orang, rimas cari parking tak jumpa, rimas kena beratur nak makan. Sampaikan aku tengok kawan aku dah buat muka bengang dah.

Balik chalet, Mira cakap kat aku. “Sure ke kau nak kat Joe? Jauh beza kau dengan dia. Aku pun geram semua benda dia nak rimas. Baik takyah holiday”.

Mira ni roommate aku yang paling rapat so memang takde tapis cakap hehe. Aku pun tak tau nak jawab apa, fikiran aku dah serabut fikir perangai Joe.

Hari ketiga tu Joe ajak lunch kat rumah family dia. Flight kami malam so kami setuju la. Entah kenapa kami rasa macam tak welcomed je masa datang tu.

Adik beradik Joe 9 orang. Joe anak ketujuh. Boleh kata ipar duai, biras semua duduk sekali, penuh rumah tu. Kakak Joe yang sorang ni (nombor 3 kot) macam cari pasal pun ada dengan kami. Haha.

Antaranya dia cakap (dalam loghat negeri tapi kami faham je) – mari tempat orang, cakap bahasa sini jangan nak jadi KL sangat.

Lahhhh, dah aku dengan Mira memang asal KL kot. Hawa orang Johor. Kang kalau kami cakap loghat negeri, mesti kena gelak punya.

Kakak dia cakap tu masa ramai-ramai, tengah nak makan tau. Aku pandang Joe, Joe larikan mata dia dari aku.

Masa ni Mira dah wasap aku, lepas makan jom balik cepat. Hawa pun dah nampak tak selesa. Mak Joe pun tak tegur sangat kami. Aku rasa Joe je yang beriya ajak kami ni. Haha.

Siap makan, kami minta izin nak balik dengan alasan nak kemas baju. Aku hulur sampul duit kat mak Joe niat nak sedekah, terkejut aku mak Joe cakap – ingat aku takde duit ke?

Aku memang tak boleh cakap loghat negeri tapi aku faham tau. Aku tarik tangan aku dan senyum hambar sambil ucap terima kasih sebab jemput makan.

Paling buat aku terkejut bila kakak Joe yang laser tu, follow kami ke kereta.

Memang direct dia cakap sebelum aku bukak pintu – kalau boleh putuslah dengan Joe, kami ni tak nak orang luar, dalam kampung ni ramai je anak dara lagi cantik. Tak kenan aku pompuan KL.

Fuhhhh air mata aku dah bertakung masa ni. Mujurlah masa tu Mira yang drive. Joe pulak elok je duduk kat beranda rumah dia, lambai dari situ.

Balik chalet, aku kemas barang dan decide nak keluar dari chalet awal. Mira & Hawa pun dengar apa kakak Joe cakap, diorang dah brainwashed aku tak payah la go on lagi dengan Joe.

Aku bagitau Joe aku nak gerak dah, dia terkejut kenapa awal nak keluar? Aku cuma cakap nak jalan-jalan kat bandar je.

Balik semula ke KL, hubungan kami makin dingin. Aku syak Joe tahu yang family dia tak suka aku. Bila dah hambar, kerap la gaduh tanpa sebab kan. Contact pun dah jarang.

Satu hari aku dengan family (parents, nenek & adik2 aku) pergi tengok wayang. Masa dalam wayang, Joe wasap tanya buat apa. Aku jawab la dengan family, semua tengok wayang.

Tahu Joe balas apa? “Macam mana la family awak ni boleh jejak tempat maksiat tu”. Weyyy melampau sangat masa ni tau! Menggigil aku nak taip balas balik tapi sebab tak nak hilang mood , aku abaikan je wasap Joe.

Dekat seminggu kami tak contact lepas hal tu. Aku pun macam dah tak nampak spark antara kami. Sampailah Joe wasap aku minta maaf dan tanya apa hala tuju hubungan kami.

Dekat setengah hari aku tak reply, dan akhirnya aku decide sampai sini jela tak perlu teruskan.

Aku terus call Joe dan luahkan apa aku rasa. Aku cerita apa kakak dia cakap. Boleh pulak Joe jawab – saya tau family saya tak suka saya kawan dengan orang KL.

Lahhh maksudnya dia tahu jela family dia tak suka aku. Dah tu kenapa jemput aku datang makan. Aduhaiii (tepuk dahi).

Finally, kami decide untuk kawan biasa je. Takde gaduh apa cuma nangis jela sikit haha. Lepas kejadian ni, kami pun bawak haluan masing-masing dan lost contact. Aku teruskan dengan kerjaya aku.

Joe pulak tetap dengan pilihan dia nak stay kat negeri dia. Kalau dia tak dapat kerja dekat yang sesuai dengan degree dia, dia buat kerja kampung je.

Dah 2022, aku pun tak tahu apa jadi kat Joe sebab FB dia dah deactivate (ke aku kena block tak tau la). No wasap pun orang lain dah guna.

Aku pun masih single lagi, masih duk tengok wayang dengan family lagi. Haha. Tiba-tiba teringat Joe sebab ayah aku ajak tengok Mat Kilau kat wayang. Teringat pulak ayat Joe tu. Hmmm sakit hati pulak. Haha.

Ok la dah melalut pulak. Terima kasih sudi baca. Buat Joe – walau di mana awak berada, semoga maju jaya dan dipertemukan jodoh orang sekampung. Adios ~

– Suria (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : itula, kalau ppuan luar nak kawen lelaki sana susah sket, sbb lelaki sana agak assobiyah melainkan yg jenis open minded, abg jenis open minded,dpt kerja putrajaya ,sgt sgt ok,diorg tggal kat kajang, saling menyokong, serius ckp, kak ipar org luar ni baik sgt, masa sy nak ngaji oversea, kena wat persediaan kat luar negara, huish, dia la yg bnyk tlg coz sy org Kg, skolah menengah pun dkt rumah je, so agak jakun bila kena tggal luar negeri…lepastu sy pula dpt kawen dgn org selangor, lepas kawen dgn dia, jadi baru ada perasaan ‘life’ tu, suka hiburan la, suka gi mall shopping(tapi jarang pergi sbb skrg dok kat ,daerah sy xde mall besar),reti pilih brg branded, makin reti melawa …hm..setiap org ada proses kehidupan masing masing,carilah yg serasi dan sekufu dgn awak, dan yg paling penting beragama tapi bukan jenis yg takde common sense suka jadi Tuhan.jgn bimbang, mmg camtulah perjalanan hidup kita, pengalaman dengan setiap org yg kita temui itu akan mematangkan

Netizen 2 : Bab melayan tetamu tu, bg sy itu fiil perangai keluarga tu sndiri, xbrsabit dgn unsur kenegerian. Bab preference kahwin dgn org senegeri, sy setuju. Ramai keluarga org2 dr negeri K lebih prefer anak mereka b’kawin dgn org senegeri kalau blh. Sng tak payah gaduh2 nk balik raya, nk berkomunikasi pn mudah. Dr segi sikap, sy pn spesis mcm Joe, xsuka pergi mall, xsuka window shopping, xsuka pergi tempat yg ramai org etc. Tp tak bermakna hal yg kita xgemar tu, kita nk induce kan juga pd orang lain. Joe bg saya xmatang, sepatutnya kwn2 datang tempat dia, pandai2lah “raikan.” Ketepikan lah sekejap apa yg kita xsuka tu, demi mghormati dan meraikan tetamu yg datang ke tempat kita. Tak perlu jd terlalu selfish!

Netizen 3 : Saya orang kL kawin dengan orang sana..membesar pun di kL..tapi suami saya dan family dia layan saya baik je..alhamdulillah dah 15 tahun..tak semua orang sana macam tu sebenarnya..ada je negeri lain gitu juga..kena banyak tolak ansur..saya duduk sana dah 14 tahun..sampai sekarang cakap kL..ada je kena perli2 tapi bkn family suami..saya buat tak tahu je..saya raya pun kat sana..lahirkan anak pun semua kat kelantan..cuti sekolah n cuti panjang balik kL bawa anak jalan2..semua kena tolak ansur dan faham serta hormat menghormati..saya dan suami macam langit dan bumi..ayam dan itik..kadang2 sampai sekarang pun tak faham apa yang dia cakap..saya tanya je balik..dia tak marah pun..sejak kenal suami tak pernah cakap kL dengan saya..saya sampai sekarang cakap kL dengan dia..anak2 saya cakap sana dengan suami dengan saya cakap kL..Alhamdulillah..tak semua orang macam tu..Kalau ikut 4rwah ayah mentua pun terkejut masa suami nak kawin dengan saya tapi dia tak ada halangan..layan saya dan keluarga baik je kalau datang sana..Atas fahaman masing2 dah ni..Semoga dipermudahkan urusan adik dan dipertemukan jodoh yang baik2..

Sumber : iium confession

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *