Isteri Full Time housewife tapi masih lagi nak “Me Time” hari2. Suami blik kerja dipaksa buat kerja rumah.

Foto sekadar hiasan : Assalamu’alaikum wbt semua. Mak Yang (MY) ikuti ruangan ini sejak PKP & MY lihat pengikutnya dari anak muda sampailah yang dah bersara.. Tahniah Admin!

Baru2 ni MY baca pasal pasangan yang dating. Jika itu antara formula keutuhan rumahtangga pasangan (terutama yang muda),

Alhamdulillah kepada yang dapat cari masa berkualiti bersama2 seperti ketika bercinta.

MY dulu kerja kuat laki bini & sekarang barulah dating tiap hari sebab tinggal berdua di rumah. MY belum direzekikan bermenantu atau bercucu & mungkin kerana dah terlebih makan garam & boleh luang masa dengar luahan, maka ramai juga yang suka confess kepada MY.

Antara luahan yang MY terasa nak share ialah mengenai ‘me time’. MY baru tahu istilah ni dalam 2-3 tahun sebelum PKP. Kalau dating macam ‘we time’, MY boleh paham, tapi bab me time ni, MY sedikit keliru mengenai konsepnya bila dengar kisah seorang officer ni.

Dia sukar nak beri komitmen kalau kena outstation. Bila ada paper urgent pun susah nak stay back, ada deadline pun tak dapat beri kerjasama kerja lebih masa.

Bagi yang kerja Kerajaan atau ada kenalan, tentu tahu ada posting, ada Kementerian yang pegawainya kena kerja lebih daripada waktu rasmi.

Kadang bermusim, macam SPR sekarang sebab ada PRN. Ada yang around the clock, macam di Kementerian Kesihatan terutama dari awal pandemic.

Nature berkhidmat untuk Rakyat tidak mengenal lelah & masa. Cikgu pun sama, cuti sekolah pun ada yang terkorban. Bukanlah pegawai

Kerajaan sampai tiada masa untuk keluarga, tetapi keluarga juga kena paham bila pasangan ada ketikanya perlu mendahulukan urusan negara.

Jadilah pasangan yang supportive & tumpang pahala suami/isteri anda berkhidmat kepada masyarakat melebihi waktu kerja yang ditetapkan (which should not be too often). InshaaAllah gaji pasangan berkat & urusan anda sekeluarga sentiasa dipermudahkanNya.

Balik kepada officer tadi, En. Zaki (bukan nama sebenar). Dia ni bagus kerja, orang pun beradab, komunikasi & teamwork baik, tetapi tak dapat fulfil demand portfolionya yang memerlukan komitmen tinggi.

Satu hari beliau mengadap MY mohon tukar. On paper justifikasinya nak job rotation. Verbally, dia mengaku tak dapat beri yang terbaik kepada Jabatan & jawatan semasa.

Maka Zaki pun explain his beliefs & constraints. Tak tahu kalau MY salah faham, tapi apa yang diceritakan ialah begini – mereka define waktu untuk Pejabat ialah waktu rasmi Pejabat. Selebih tu waktu untuk dia bantu isteri menguruskan keluarga. Ok point taken.

Part yang MY tak berapa paham ialah, isteri Zaki kata suaminya di office enjoy banyak me time. Keluar makan dengan kawan2 masa lunch, dapat pergi tandas anak tak kacau, semua tu dikira me time.

Jadi bila balik kerja, Zaki kena jaga anak2 supaya isteri boleh mandi, solat & buat kerja rumah lain dengan aman. Hujah isteri, housewives tak pernah ada me time.

Isteri ni sentiasa nak suami ada lepas 6petang & weekend. Kalau keluar rumah beli apa2, tak boleh lama. Wife akan call bertubi2 kalau lambat sikit balik.

Sebab tu dia tak sanggup stay back, serabut nanti isteri call & selalunya akan berakhir dengan mengamuk, merajuk & menangis teruk kalau dia tak layan.

Dia orang muda, so MY nasihat ala Mak2, MY cakap sama sahaja pergi tempat lain pun, ada cabaran tersendiri. Kalau nak berjaya dalam kehidupan, kena pandai manage between kerjaya & perkara peribadi.

Persoalan Mak Yang – betul ke kita di Pejabat ni banyak me time? Kerja ni sebab tak duduk rumah, anak tak bergayut di kaki, dianggap me time kah? Istilah me time tu bukan kah lebih sesuai untuk aktiviti macam pergi spa, kita rest sorang, kosongkan minda?

Ok sambung lanjutan kisah Zaki.. MY pun sejak tu lebih aware pasal me time, dan ada lah staff yang muda2 ni cerita how they negotiate me time from their husbands. Baru MY tahu, bukan housewives sahaja, wanita bekerja pun demand me time.

Pergi bercuti overseas dengan colleagues, occasional gathering dengan kawan2 rapat dari sekolah.. Bagus.. bagus.. MY sokong selagi suami izinkan. Buatlah apa2 asal bahagia.

Para isteri pun bagitau MY, kan orang laki lagi banyak me time, keluar cycling, reunion, lepak kedai mamak, tengok bola.. ok.. ok.. betul jugak tu.

Tapi ada juga yang MY rasa tak make sense.. tak nak masak, semua beli; tak nak basuh/iron pakaian suami, semua dobi, so that the wife has more time to herself dan suami tu semput2 nak membayar..

Tak tahulah MY benda tu ok ke tak. Agaknya kalau tak pincangkan rumahtangga, ok lah tu, dah sepakat.

Bila bercakap dengan rakan sebaya, kami akur lah zaman dah berubah. Keadaan sangat berbeza.

Rutin kita dahulu, bangun 5 pagi prepare sarapan ringkas (bukan ada banyak kedai macam sekarang), basuh, sidai, bersiap, hantar anak ke pengasuh/taska, masuk traffic jam bagi yang kerja KL, punch card, pening kepala kerja & hadap kerenah manusia.

Bagi yang breastfeeding, masuk bilik file/store atau surau untuk pump susu waktu break.

Then punch out sambil bawak balik kerja yang tak sempat siap. Ambik anak, masak, mandi, solat, mengemas. By the time nak lurus badan, suara pun garau sebab macam Tarzan nak control anak2 yang gaduh, yang jatuh, yang tumpahkan atau pecahkan sesuatu..

Bagi yang ada anak kecil, bangun jugak malam susukan. Kadang2 esoknya macam mata pontianak pergi kerja. Merah menyala tak cukup tidur.

Bila anak sakit, kena monitor selalu takut badan panas sangat, layan dia meragam, masuk office tetap ingat call nursery bila waktu bagi ubat.. last2 macam zombie di Pejabat, tak cukup rehat, tapi tetap kena kuat.

yang dapat laki rajin tolong memang sangat beruntung, yang ada support system seperti keluarga tinggal berdekatan, lagi rezeki.

Kalau kena outstation, stay back, pandai2 hidup, kami tak mengadu atau surrender kat Boss tak boleh buat itu ini.. InshaaAllah ada saja bantuan yang Allah beri dari pelbagai arah.

Most of us accept dah tanggungjawab bila ada keluarga sendiri, semua kena tempuh, redho ajelah.

Tak terlintas nak me time sebab seniors & orang tua pun selalu ingatkan bersusah² dulu, bersenang kemudian. Bila fikir, memang kebesaran Allah kita ibu2 dapat mengharunginya.

Sampai masa (iaitu sekejap sahaja rasanya puluh tahun tu), anak2 pun makin besar, makin independent, masuk asrama, pergi University, start kerja & we have so much me time by then! Kitaran hidup budak hingga warga emas memang melalui fasa² sedemikian.

Panjang dah ni.. tapi kena habiskan alang2 weekend kena quarantine tak dapat pergi kenduri, harap2 ada manfaat dalam penulisan ni & disiarkan nanti.

Terkini pasal Zaki, selepas PKP demi PKP, jumpa dia semula. Of course MY tanya semua ok ke sekarang.. rupanya dah bercerai tahun lepas.

Terkejut betul MY sebab gaya dia masa minta tukar, memang amat sayang bini, sangat family man, etc.

Penceraian sekarang macam tak boleh dibendung. Mereka yang meluah kepada MY hampir semuanya wanita, except 4-5 men, tu pun sebab nak minta tukar atau pinjam duit.

Beratus ceritanya macam yang selalu berkisar di ruangan confession ini. Tapi pasal Zaki, susah sikit MY nak brain. macam tak logik pun ada.

Sedikit yang Zaki kongsi, antara masalah utama ialah attitude atau pemahaman me time isteri dia tu. Isteri percaya dia lebih tenang & sihat dapat me time & akan jadi better mom & wife. For that, suami kena lebih involved urusan rumah & anak2 which will be good for marriage.

Suami gets dose of me time at the office.

Menurut Zaki, anak sulung & kedua dah masuk sekolah & tadika. Dia pulak semakin busy. Dia kejut, siapkan & hantar anak². Isterinya akan terus sambung tidur lepas subuh sebab dia kata malam berjaga breastfeed anak.

Kadang Zaki call 9 pagi sebelum meeting, masih belum bangkit (macam tu bukan me time ke, qadha’ tidur sampai matahari naik?).

Seharian isteri di rumah, dia jaga the toddler & baby kebanyakan masa, katanya tak boleh tinggal. Zaki balik tengokkan anak2, baru dia akan buat benda lain. Zaki seolah2 non stop office hours dari 5 pagi sampai 11 malam.

Menurutnya, kerja yang tak dapat disempurnakan & tiada rehat di rumah buat dia tertekan.

Bila BDR (work from home) yang agak berpanjangan, lagi tak tahan. Urusan PDPR anak, Zaki yang set up segalanya & pantau supaya anak tak miss class. Penjagaan anak lain pun macam Zaki take over.

Isterinya kalau tak buat kerja rumah, dia terperap di bilik menyusu anak bongsu. Bila anak² yang besar bergaduh, isteri tak muncul untuk settle padahal Zaki nak meeting online.

Zaki realized betul apa yang MY pernah cakap, kerja mana² pun sama, sebab dia pegawai professional, tanggungjawab berat… So dia sampai point perkara ni tak boleh berterusan.. sama ada isteri berubah atau dia yang ubah siapa isterinya.

Sempat dia sipu2 cakap lepas ni nak cari yang lebih berdikari & mengerti peranan isteri. Setakat tu ringkasnya Zaki share.

Apa pun, kisah ni semua adalah daripada sebelah pihak. So MY ada sedikit reservation. MY dah lama kahwin, selalunya isu rumahtangga ni, dua-dua ada silap, cuma peratusan kesilapan tu kita tak tahu siapa yang lebih tinggi.

Mungkin Zaki punya silap, masa mula nikah, dia pun setuju konsep me time mereka tu formula rumahtangga yang terbaik. Bila dah tak larat, tak dapat bincang elok2 untuk reset cara kendali rumahtangga sampai berakhir dengan perpisahan. Mungkinlah begitu.

Selepas tahu pasal Zaki, MY jadi curious & google mengenai Me Time. banyak jugak tulisan dalam bidang psikologi (esp from Western) yang ketengahkan pasal me time. Sukar MY untuk bersetuju 100% sebab MY dari era yang lain caranya.

Dulu bukan ada Shoppe, IG, FB atau malls yang banyak untuk habiskan me time. Lagipun tak menang tangan masa tu, so kalau kerja siap, keluarga ok, dah cukup bersyukur.

Dari sudut Islam, me time lebih kepada masa kita dengan Allah. Apabila kita solat, berdoa… Kita recaj, kita mengadu, kita lepaskan keluh kesah kepada Allah yang Maha Pengasih.

Penutupnya, jika benarlah me time boleh jadi punca penceraian, memang makan diri falsafah Me Time tu. Cari/hantar & upah orang jaga anak separuh hari sementara sang isteri selesai kerja rumah adalah lebih baik daripada suami menghambakan diri.

Takut jadi macam kes Zaki, bila meletup terus no way, no more, no time!

Lagi satu, alangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. Jika rumahtangga tu normal (tiada isu berat seperti suami sepak terajang, bela hantu, main dadah, gay, dll), tak payahlah nak jadikan me time sebagai isu.

Memang adat tak cukup masa, tidur atau rest ketika besarkan anak2. Sabarlah.

Sebenarnya both laki & perempuan kena ada right mindset before entering marriage.

Once married, tamat dah terawang2 & terangau2 alam percintaan tu. Buka riwayat baru kehidupan 2 orang Hamba Allah yang bernikah seperti yang disunnahkan. Ikut apa yang Agama anjurkan dalam melayari & mengemudi bahtera rumahtangga.

Jangan layan gangguan toxic pihak keluarga jika anda diuji begitu. Lagi satu, apa yang MY pasti, mental fitness sangat memainkan peranan dalam kerukunan rumahtangga. Minta dengan Allah sihat akal, tubuh & emosi.

Another thing, jika ada salah, bagus mengaku, minta maaf, berubah, move on. Atau jika susah nak komunikasi, MY ada dengar tips dari seorang Ustaz, kalau salah, coverlah balik seperti dalam hadith sahih:

“Bertakwalah di mana pun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya ia akan menghapusnya, dan perbaikilah manusia dengan akhlak yang baik.“ (HR. Ahmad dan Tirmizi dari Abu Dzar. Tirmizi berkata: Hadis ini hasan sahih).

InshaaAllah the bond will get stronger dengan setiap ujian yang melanda. Do remain fokus matlamat utama perkahwinan & strive to bring out the best in each other.

Maaf penulisan yang sangat sangat panjang, berapa kali nak berhenti type tapi asyik datang lagi idea.

Sebelum beransur, Mak Yang mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan confession ni. InshaaAllah MY terus jadi fan IIUM Confession.

Terima kasih kepada yang sudi beri jawapan kepada persoalan me time itu. Moga kita berlapang dada terima pandangan masing2.

Sekian, jumpa lagi.

Maklumbalas Pada Luahan Mak Yang

Saya nak respond tentang “me time” yang sebelum ini.

Saya Mimi. Umur 30an. Bekas peguam. Sekarang full time housewife. Suami tentera. (ada masa kursus atau operasi huta 3, 4 bulan tak balik) Anak ada 4 orang umur 7, 5, 3, 1 tahun. Mak dah meninggal.

Sebenarnya pasal “me time” ni tak semua orang sama. Surirumah akan cakap sudut macam lain. Wanita bkerjaya akan cakap macam lain. Dan wanita yang pjj urus anak sendiri pun akan cakap macam lain.

Kalau kes zaki sebelum ni, isteri dia surirumah dan anak ada 4 orang kan?

Jadi semua orang nampak isteri dia macam pemalas, jam 9 pagi tidur lena lagi. Lemak kan? Tunggu suami balik rumah baru nak urus kerja rumah dan kemas masak.

Korang dengar sebelah pihak akan kata isteri dia surirumah ni duduk rumah goyang kaki dan tidur ja kan. Tak pulun buat kerja rumah.

Bagi mimi kan, sebagai ibu anak 4, mimi mungkin fikir positif dengan masalah isteri zaki. Sebab mimi lalui fasa anak kecil dan beranak rapat-rapat.

1. Masalah emosi mental.

Sebagai surirumah mimi sendiri rasa terperap, tak ada kawan sembang berbual, tak keluar rumah. Ini salah 1 masalah surirumah. Lagi teruk siang malam anak merap bergaduh menangis. Macam lagu berirama 24jam tak henti dengar tangisan anak.

Tambahan lagi kalau dapat anak yang kuat merap, menangis, bangun tidur buka mata ja terus nangis bebai sampai 1,2 jam.. ya ada budak 1,2 jam nangis tak henti walau dari bayi hingga 3,4 tahun. Walau dukung sana sini masih nangis teruk.

Ada orang mungkin dapat anak yang mudah. Tak banyak kerenah. Bagi tidur anak pun mudah..

Tapi mimi dapat anak sulung yang bangun jam 5, 6 pagi.. setiap hari. Dan aktif buat bising kejutkan semua adik-adik dia dan bayi.. dan dia akan aktif sehingga jam 12 tengah malam. Dua tak letih ok. Lari panjat sana sini tak henti.

Jujur mimi penat sangat sebab mimi tidurkan bayi kecil dia ganggu. Suara bising kacau adik-adik bagi nangis, bergaduh. Lepas tu semua anak 4 orang nangis serentak.

Anak sulung mimi high demand. Dari bayi lagi. Siang malam nangis. Nak bagi tidur 1,2 jam tak lena2. Ada masa anak bangun tengah malam nagis gila-gila dukung kehulu kehilir pujuk anak jam 3-4 pagi. Lagi teruk kalau 2,3 orang anak bangun teriak merap tengah malam.

Jadi lepas subuh kalau anak-anak masih tidur, memang waktu tu curi masa nak tidur sebab semalam jaga anak yang merap dan bebai.

Tapi orang yang tak lalui akan sangka surirumah ni pemalas, bangun tidur lambat. Tetapi waktu dia urus anak tengah2 malam, tak ada siapa nampak.

2- Rumah selerak isteri tak kemas.

Kalau surirumah ada anak kecik, akan faham. Rumah ni kita kemas mop berkilat macam mana sekalipun, tak sampai 1,2 jam rumah akan jadi tongkang pecah.

Air susu tumpah, anak muntah makanan, anak calit kotoran di dinding, selerakkan almari atau barang mainan. Tapi orang akan sangka surirumah ni pemalas tak kemas rumah.

Mimi faham sebab apa isteri zaki tu minta zaki balik kerja awal.. atau tertunggu-tunggu suami dia balik.

Sebenarnya ada masa bila anak2 merap, asyik nangis, nak berdukung saja. Nak melekat di badan saja. Letak bawah terus nagis gila-gila.

Kalau dapat anak macam tu, masak pun tak sempat.

Mimi pernah minta suami balik kerja cepat sebab saya nak masak. Lapar gila sebab nak masak pun tak sempat. Anak buat perangai tak henti.

Mimi hanya sempat makan roti. Roti bun gardenia tu memang standby banyak-banyak sebab tak sempat masak makan tu la lapik perut dengan anak-anak.

Bila suami balik, tolong tengokkan anak, main dengan anak, waktu tu la baru boleh masak, kemas mangkuk pinggan di dapur… sidai baju di ampaian…

Waktu suami balik rumah la baru sempat makan dengan tenang.

Korang tahu tak surirumah ni , makan nasi kadang tak kunyah pun nasi. Sumbat nasi dalam mulut terus telan. Sebab apa?

Tengah makan nasi tetiba anak berak dan calit taik di dinding.

Tengah makan nasi tu la anak bergaduh nak duduk atas paha.bergaduh tepi mak. Panjat meja makan. Kerusi terbalik. Nasi pinggan tumpah.

Kadang rasa macam nak tercekek makan nasi pun tak aman.

Sebab tu surirumah cemburu dengan suami yang kerja sebab dapat makan nasi dengan tenang. Bernafas dengan tenang. Tak ada siapa nak naik atas badan pijak atau anak tarik baju tarik rambut bergaduh keliling badan.

Nak lipat baju tunggu hari minggu. Time suami jagakan anak, waktu tu baru boleh lipat baju.

Kenapa tak lipat baju waktu lain? Sebab anak-anak akan selerakkan baju baling sana sini 1 rumah.

Penat dah nak jadi naga singa semua dah jadi. Kalau push diri sangat nanti naik darah tinggi dan mood tak ok.

Tapi syukur mimi dapat suami memahami. Kadang tak sempat masak suami minta belikan diluar. Tak paksa mimi untuk masak. Dan dia ok kalau balik kerja tunggu mimi masak pula.

Sebenarnya kunci utama “KOMUNIKASI”

Bincang elok-elok dengan suami. Nak minta tolong urus anak pun minta tolong elok-elok, cakap elok-elok. Bukan mengarah. Bukan buat muka masam kat suami.

Explain pada suami apa yang berlaku urus anak seharian. Penat macam mana, anak merap ke.

Kalau suami balik lambat jangan push call berkali-kali sehingga ganggu waktu suami bkerja. Sabar. Cuba sabar rasionalkan diri.

Nak mengadu masalah penat urus anak ka, apa-apa masalah pun, tunggu suami balik kerja dan duduk dengan anak baring-baring baru la cerita masalah.

Mimi jenis tak whatsapp suami waktu kerja melainkan ada kecemasan sangat. Tak call suami. Sebab tahu suami aku tentera, dia tengah buat kerja. Bukannya dia singgah lepak mamak dengan kawan.

Sebenarnya isteri zaki tu dia nak suami dia balik awal sebab dia nak berkawan, nak sembang berbual dengan suami dia.

Korang tak tau rasa terperap dalam rumah 24jam. Tak pijak tanah. Tak ada kawan. Dan lagi teruk hadap anak-anak yang tahu bergaduh nangis siang malam. Dia cuma nak sembang. Sembang dgn suami pun “me time” juga bagi mimi.

Eh nanti korang pertikai napa tak bawa anak-anak jalan-jalan kan?

Ingat senang nak bawa anak-anak yang hyperaktif ni keluar rumah. Anak ada 4 orang. Tangan ada 2 saja. Tak terkawal nak keluar dengan anak-anak. Lari sana sini tak sempat kejar nanti. Lepas tu masuk kereta anak-anak bergaduh dalam kereta pula.

Korang yang tak jadi jadi surirumah.. atau tak dapat anak high demand , tak perlu judge orang lain. Mesti korang akan cakap mental tak kuat la. Rapuh tak macam mak-mak kita dulu. Tak pandai urus anak la. Tak pandai urus masa la… ramai akan komen macam ni.

Cuma mimi syukur walau suami tentera, balik kerja selalu jam 7,8 malam.. tu pun still kena buat kerja dari rumah hadap phone laptop walau tengah malam jam 12,1 pagi pun still kena buat kerja.

Tapi dia jenis suka budak. Jadi balik kerja dia akan luang masa dengan anak-anak. Dia tak anggap beban urus anak-anak lepas balik kerja walau naik motor 1 jam dari tempat kerja. Sebab dia happy balik kerja main dengan anak-anak.

Dia faham isteri dia penat sngat urus anak-anak.

Dia faham rumah selerak ni bukan sebab isteri tak kemas tapi sebab anak-anak kecil main aktif sana sini. Sebab anak2 tak main tab atau hp.

Dia faham isteri dia kadang tak sempat masak sebab anak-anak buat perangai merap.

Dia faham isteri dia nak dia balik awal sebab nak sembang berbual makan sama-sama dan urus anak sama-sama.

Dia faham jaga anak ni mental koyak rabak.

Dia faham isteri dia tak cukup tidur sebab bangun malam berkali-kali sebab menyusu.

Sebenarnya Zaki dalam cerita sebelum ni, suami jenis tu dia sendiri yang rabak tak tahan nak urus anak. Bagi dia, dia saja penat bkerja.

Dia tak tahu isteri kat rumah nak duduk sekejap atas sofa pun tak sempat. Lari ke sana sini urus anak.

Sebab tu la si Zaki tu bercerai waktu PKP. Sebab waktu PKP tu kan duduk rumah full time dengan anak-anak. Dia tak tahan penat urus anak sambil buat kerja.

Dia tak faham masalah penat rabak mental isteri dia urus anak. Bagi dia urus anak ni 100% kerja isteri. Cukup. Suami balik rumah nak rehat. Tak nak buat apa-apa dah. Main hp, rehat atas sofa, terus tidur. Cukup?

So isteri bila masa dia nak rehat??

Macam mimi, bila malam nak tidur, suami urus anak no 1, dan no 2. Suami gosok gigi anak, pakaikan baju dan tidurkan anak.

Mimi pula tidurkan anak no 3 dan no 4.

Kalau anak2 yang nagis tengah malam, ada masa suami bangun pujuk anak.. ada masa Mimi yang bangun pujuk anak.

Kami penat urus anak. Tapi kami saling memahami. Saling komunikasi. Dan paling penting urus rumah tangga sama-sama. Jangan berdengki.

Kalau rasa bini tak sempat basuh sidai baju, beli la dryer.. kering baju cepat.

Kalau isteri tak sempat basuh pinggan mangkuk, beli dishwasher.

Mimi tak minta suami buat kerja rumah. Mimi cuma perlukan suami untuk layan dan main dengan anak-anak, suap anak makan, urus anak-anak.

Kerja rumah semua mimi buat sendiri. Dan mimi ok. Sebab suami tak push atau pertikai kenapa rumah selerak? Kenapa tak sempat masak?

Kenapa baju bertimbun tak lipat? Suami tak pertikai.

Korang tahu tak, kalau isteri rehat cukup, mental dia ok.. mood dia ok.. dia akan happy urus anak-anak.. sembang dengan anak-anak.. ajar pelajaran anak-anak… so anak-anak pun perkembangan minda happy, berkembang elok.

Kalau kerja rumah tak terurus, badan letih dengan anak-anak, suami pun tak nak tolong, kesian.. nanti anak-anak jadi tempat isteri lepas tekanan.. marah anak. Silap sikit pun anak-anak kena pukul..

Ok bye. Nak urus anak-anak ramai ni. Korang jangan salah anggap “me time” yang surirumah perlukan…

Ala… berkurung dalam bilik 20 minit tanpa bunyi anak nangis, sunyi sepi tanpa anak-anak, sambil makan ais krim sorang2 pun rasa nikmat gila tau.

Tak perlu lama-lama pun.. bye.

– Mimi (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published.