Isteri minta izin jaga mak mertua di kampung, tiba-tiba dia minta cerrai. Bila check handphone isteri, terjumpa applikasi yang pelik.

Assalamualaikum. Saya nak cerita berkenaan isteri saya. Macam nie saya seorang suami dan sudah berumahtangga selama 11 tahun lebih.

Baru baru nie rumahtangga saya ada masalah kewangan di sebabkan PKP dan isteri saya terus tinggalkan saya.

Dengan alasan nak jaga ibu dia sakit. Beberapa bulan dia tinggalkan saya duduk dengan ibu nya.

Tiba tiba dia failkan kes minta ceerai. Tapi dia tak dapat tuntut cerrai sebab saya tak ada abai dia pun. Jadi kami di beri kaunseling sahaja.

Tapi saya tengok isteri saya dah tak macam dulu. Bila saya selidik, rupa rupanya dia ada main satu app dalam telefon bimbit nama applikasi xxxx. Dalam tue kita boleh karaoke dengan sapa2 je dan boleh bersembang bebas.

Dari situ baru saya dapat tahu yang isteri saya ada berhubung dengan beberapa orang lelaki dan berkasih sayang dalam applikasi tue.

Bila saya suruh dia berhenti main benda tue dia berkeras sangat sangat. Bila saya balik rumah mertua saya tue dia akan sembunyikan handphone dia.

Jadi nak minta pendapat apa yang patut saya buat? sebab dah macam macam nasihat saya beri langsung tak di endah kan.

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Penceraian amat dibenci Allah. Tapi dosa dosa isteri tuan selepas akad tuan yang tangung. Semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk berubah.. Semoga segala urusan tuan Dan keluarga dipermudahkan. Aminnn

Netizen 2 : Inilah yang lelaki selalu terlepas pandang. Masa isteri perlukan kasih sayang suami. suami buat tak perduli.

Bila dah ber app bagai, baru suami rasa nak marah bagai. Selidik dulu siapa yang salah.. isteri ke suami.

Isteri yang jadi begitu bersebab. Eloklah pi kaunseling keduanya jika persefahaman sukar dicapai.

Netizen 3 : Orang perempuan ni jika nak bentuk atau didik secara kasar takut patah, nak bentuk secara lembut tak jalan jugak.. jadi didiklah secara bersederhana..

Jika masih tak mahu juga jadi elok, Tuan buatlah keputusan yang terbaik, jika rasa boleh sabar dan boleh selamatkan rumahtangga teruskan. jika rasa sebaliknya, kuasa ditangan suami.

Seorang isteri bilamana dapat suami baik, tapi dia tidak menghargai dan tidak bersyukur. maka dia dah jadi isteri yang kufur nikmat. itu yang kita takut.

Apa pandangan anda, semoga isteri TT berubah sebelum si suami berubah fikiran.

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *