Assalamualaikum wbt. Tak terungkap dengan kata2, tak ternilai seribu bahasa yang aku ingin luahkan disini.
Aku hampir gila jika tidak ada tempat untuk meluah. Terima kasih Admin kerana sudi siarkan luahan aku ini.
Aku seorang suami dan juga anak lelaki tunggal kepada seorang ibu yang sudah uzur.
Azie, isteri yang paling kusayangi, mengahwininya adalah satu anugerah yang Maha Esa. Permulaan hidup kami indah bagai di syurga. Waktu itu aruwah Ayahku masih ada dan ibu masih sihat tubuh badan.
Kami dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan semua berjalan dengan lancar dan akulah insan yang paling bertuah kerana memiliki keluarga yang sempurna.
Sehinggalah cov!d 19 meragut kebahagiaan kami sekeluarga. Allah mengambil ayahku kembali disaat kami belum bersedia.
Ibu terselamat dari wabak durjana itu dan aku mengambilnya dan duduk dirumah kami.
Permulaannya perjanjian hanya untuk sementara waktu, tetapi kesihatan ibu semakin merosot kerana depresi, aku tidak dapat meninggalkannya keseorangan.
Syukur aku bekerja sendiri, aku dapat meluangkan masa dan menjaganya dirumah sendiri.
Mula2 isteriku Azie dapat menerima ibu dirumah. Dua bulan pertama ibu menjaga anak2 kami. Dan Azie cukup gembira.
Tapi apabila kesihatan ibu merosot, aku melarang dia menjaga anak2 kami. Dan itu menyebabkan Azie bermasam muka.
Dia merungut kepadaku, sudahlah kos kehidupan kami bertambah kerana ibu berada disini, anak2 pulak terpaksa dihantar ke taska kembali kerana ibu sudah tidak mampu menjaga mereka.
Azie pulak anak kesayangan ibu dan bapa mertua. Sejak dulu lagi bapa mertua aku memang melarang Azie bekerja hakta dirumah pun dia dilarang memasak.
Aku tidak kisah kerana memang tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan semua.
Dan aku tidak risau dengan rezekiku kerana keberkatan menjaga ibu aku merasakan rezeki semakin bertambah. Tapi tidak bagi Azie. Hari2 dia balik kerumah ibunya kerana rimas ibuku dirumah.
Para pembaca sekalian. Adakah aku sebagai suami yang gagal?
Adakah aku berdosa kerana aku tidak dapat menjaga dua2 hati wanita yang paling kusayangi?
Ibu semakin muram dan tahu rumahtangga kami berantakkan dan mohon untul kembali kerumahnya. Ibu pulak yang memohon ampun kepada Azie kerana tidak mampu menjaga anak2 kami.
Luluh hatiku bila ibu berkata begitu dan seperti menyembah Azie supaya jangan meninggalkanku.
Katanya lagi, nyawanya hanya tinggal sedikit dan dia risau akan diriku kalau aku bercerai dengan Azie. Aku akan keseorangan.
Ya Allah ya Tuhanku. Setiap kali didalam solat aku memohon supaya dilembutkan hati Azie.
Azie tidak perlu pun untuk menjaga ibu dan memasak untuknya kerana aku melakukan semua kerja dirumah ini kerana ingin menjaga hati kedua2 wanita ini.
Ibu hanya perlukan sedikit masa denganku dalam keadaan cov1d 19 seperti ini, manalah aku mampu untuk tinggalkan ibu di Terengganu dan kami di Negeri Sembilan?
Aku dengar tangisan ibu dibiliknya agar nyawanya diambil supaya tidak menjadi masalah kepadaku.
Demi Allah ibu adalah ratu hatiku dan ini adalah tanggungjawabku untuk menjaganya. Untuk Azie aku telah lakukan segalanya untuknya.
Tapi mungkin ada kekurangan yang aku tidak sedari. Aku sudah cuba untuk bercakap dengannya tetapi dia tetap meletakkan syarat kepadaku untuk menghantar ibu pulang ke Terengganu.
Para pembaca sekalian, aku mohon pendapat kalian tak kira negatif atau positif kerana aku tidak mampu luahkan kepada sesiapa kerana ingin menjaga aib
Aku maafkan semuanya sekiranya ceritaku memberikan pendapat negatif. Dan aku jugak ingin meminta maaf sekiranya ceritaku ini menyebabkan ketidakselesaan para pembaca terutamanya wanita.
Sekian corehan hatiku…
– Farizi (Bukan nama sebenar)
Antara reaksi warganet ;
Norizan Mamat : Salam,
Ades, berbelah bagi betul. Azie mesti cantik sangat putih gebus dan macam puteri puteri gitu.
Hmmm…
Nak jadi hamba isteri selamanya ? Proceed, walau ibu menin gggal. Dia bukan ibu contoh yg baik untuk anak anak kita. Kesian kat anak.
Hmmm… kalau makcik dapat menantu bersyarat pemalas macam tu, awal lagi masa minang makcik reject. Bawa la diri korang, makcik dok rumah orang tua pun tak apa dari mengadap menantu yg macam ni.
Semoga menantu makcik seorang yg baik dan tolak ansur.
Fairuz Asyikin : Saya sambil kerja dari rumah pun sendiri yang jaga anak.
Kenapa wife nak mak mertua yang jagakan atau hantar ke taska?
Ok dah dapat bayangkan.
Isteri dia jenis nak memasak dengan tenang.
Seorang yang rajin kemas rumah sampai rumah cantik macam dlm ig yang deko rumah cantik sangat tu.
Tak banyak nak komen. Mendoakan supaya Allah berikan ketenangan, kekuatan dan jalan keluar terbaik kepada permasalahan ni.
Madam Que : Confessor. Tolong tegas dengan isteri. Toksah duk pujuk rayu. Tegas, tapi berhikmah la. Jangan tengking. Cakap baik2 dengan nada tegas.
Ibu awak bukannya ada karenah.
Wife awak dapat mertua yang baik pun seribu rahmat. Kenapa tak bersyukur? Sekelumit pun kasih sayang dan perhatian awak tak berkurang pada wife walaupun mak awak di rumah.
Kalau saya jadi awak pun sy tetap akan hantar anak ke taska/pengasuh sebab tak tergamak biar mak saya jaga anak2 saya dengan usia sebegitu. Main dengan cucu, takpe. Mengasuh, no. Kesian. Tak sampai hati.
Tegaslah dengan wife awak. Suatu hari dia juga akan uzur. Andai anak lelaki dia mengabaikan dia nanti, apa perasaan dia?
Kalau masih berdegil juga..tak salah saya, dalam islam, boleh asingkan tidur dari isteri untuk bagi pengajaran kat dia secara halus. Betulkan saya kalau tersalah.
Kalau keras kepala jugak.. Cakap kat dia.. Ramai lagi yg boleh terima awak dan mak kat luar sana.
Genting Fts : Dear Azie, ibu bapa awok pun x selamanya sihat kaknon. Nant bila mereka sakit mesti kau buang dan hantar ke rumah orang tua kan.
Dear Makpak Azie, korang x selamanya sihat. Nanti korang sakit korang rasa apa ilmu yg awok ajar kt Azie utk handle awak bila sakit.
Dear confessor.. amik lah orang gaji tuk fokus jaga ibu.. kalau mampu.. kalau x mampu amik yg harian je.. bila kau balik kau jaga sendiri.. tp make sure masa utk kau dgn anak2 pun ada supaya anak kau boleh ada sifat baik utk jaga kau jugak bila sakit dan buang isteri kau ke Rumah orang tua bila dia sakit..
Sumber : iiumc