Jgn jadi mcm saya, anak2 semua bijak, tapi biawark. Msuk bilik pad ank sy kutip. Sedih hati.

Foto Sekadar Hiasan :

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.

Saya membesar dalam keluarga miskin namun ibu saya melatih saya membuat kerja kerja rumah sejak kecil lagi. Saya tak lah pandai mana dalam pelajaran. Namun rezeki dari Allah kini dapatlah merasa kemewahan hidup sedikit di penghujung usia 50 hasil penat lelah bekerja dalam bidang professional.

Dikurniakan anak anak yang cerdik pandai. Dan berkerjaya yang baik. Apa yang nak saya luahkan di sini ialah perihal anak anak saya yang malas. Selalu saya baca dalam group ini, menantu menceritakan kemalasan keluarga memtua.

Tapi yang berlaku pada saya, anak anak sendiri yang sangat malas. Semasa mereka kecil lagi saya sudah mendidik mereka mengemas katil sendiri, menyusun kemas buku di meja belajar dan menyusun selipar di pintu masuk.

Apabila anak anak telah masuk ke fasa remaja dan bersekolah menengah. Nampaknya tabiat menjaga kebersihan dan kekemasan rumah sudah tidak diendahkan lagi. Macam saya kata kan tadi, anak anak saya cerdik belajar.

Jadi banyak masa mereka dihabiskan untuk belajar sahaja siang dan malam. Ini menyebabkan saya kasihankan mereka. Jadi saya lah yang akan menyiapkan semua kerja rumah dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sahaja.

Walaupun saya berkerjaya. Saya pastikan keperluan anak anak terjaga. Hal ini berlarutan sampai mereka masuk university. Bila balik cuti semester, kerja mereka tidur dan membuat aktiviti kegenaran mereka di dalam bilik macam tengok movie.

Masa tu saya tak dapat masuk ke bilik mereka sebab asyik berkunci sahaja. Pakaian kotor semua dilonggokkan sahaja di bilik air. Kalau bernasib baik, dimasukkan ke dalam bakul baju. Dan apabila cuti berakhir, saya akan mengemas bilik mereka.

Bila saya masuk ke bilik, memang saya rasa marah sangat tapi ye lah anak dah besar besar. Nanti kalau marah marah, takut anak kecil hati pulak. Ada seorang anak saya yang memang tak boleh ditegur langsung kerana merupakan anak kesayangan suami saya.

Sejak kecil kalau dimarah suami akan memenangkannya. Jadinya saya lah yang akan mengambil baju kotor, susun semula almari baju, buang segala macam sampah dan paling teruk pad anak gadis pon saya akan kutip.

Sayu hati bercampur marah setiap kali berkemas. Kini, anak anak telah berkeluarga. Dah beranak pinak. Tapi mereka masih tak berubah. Masih anggap diri mereka kecil. Bila balik bercuti, masing masing mengorder nak makan ini, nak makan itu.

Tapi saya lah yang duduk di dapur menyiapkan semua untuk keluarga. Dari pergi membeli lauk, membuat persiapan, memasak dan menghidang. Anak anak masuk dapur hanya untuk makan sahaja. Ini termasuklah perangai menantu.

Dah lah tak menghulur dari segi kewangan. Nak dilayan macam raja. Mereka hanya tau dilayan tapi tak pernah mahu melayan saya. Jika saya berkunjung ke rumah mereka, sama juga yang berlaku. Saya jugak yang akan jadi tukang masaknya.

Itu belum lagi saya kena membasuh kain baju, spender dan bra anak menantu, menyidai, mengangkat dan melipatnya. Part jaga cucu cucu bila anak anak nak dating kononnya. Di rumah mereka tak dapat berduaan kata mereka.

Saya lah yang memandikan dan menjaga cucu cucu bila anak anak rasa nak keluar berdua. Saya rasa sedih sangat. Kalau mengadu kat suami selalu tak dilayan. Selalu dia diam jer buat buat tak dengar. Suami memang takkan support emosi saya sejak dulu lagi.

Segala birthday atau anniversary ke dia buat tak tahu jer. Jadi saya tau di mana letak nya saya. Saya kena telan je apa yang berlaku. Kadang tu terfikir jugak nak tinggal kat pondok untuk orang tua. Boleh belajar agama tapi masih boleh kawal diri lagi. Semua kesedihan saya tu saya tanggung seorang diri.

Ada ke yang senasib dengan saya. Lega rasa dapat meluah. Tolong doakan anak anak saya sedar sebenarnya saya tak reda dengan semua ini. Buat ibu bapa di luar sana, jangan jadi macam saya. Dan tolong jangan kutuk keluarga saya. Saya cuma nak meluah sebab rasa diri keseorangan.

Antara komen warganet :

Ash Lynza : Sy faham.makcik x boleh dh nak tegur.sbb masing2 dh besar. cuba makcik bwk diri.cuba bahagiakan diri makcik dulu.masuk je pondok dan buat apa makcik suka atas keizinan suami. bg tau apa makcik nk dlm.hidup. kalau mereka ( suami n ank ) x nk terima.biarkan.kadang senyap ibu.menakutkan anak2.

Mustakim Sayuti : Saya harap post ini ramai lh mereka yg bergelar ank membacanya & jadikanlh satu panduan bahawa satu ketika nanti kita jg akn menjadi ibu bapa, sama2lh saling membantu agar dpt membahagiakn kedua ibu bapa, bg orng tua inilah ujian ank utk kita, dekatknlh diri pada Allah lakukan dgn ikhlas sambil berdoa agar ank2 diberi kesedaran, luangkn masa pergi masjid dan kuliah waktu ank2 berkunjung kerumah.

Dee Ya : Kena tegas dgn diri sndr. pakaian anak2 cucu2 jgn dibasuh.keraskan hati awk.awk cuma basuh pakaian awk dan suami je.bilik anak2 jgn lagi dimasuk lepasni.biar mcmtu je bilik.ny pandai la mereka duduk dlm bilik yg x bkemas.kalau anak menantu balik,buat2 la demam.

terbaring je kt bilik.x payah masak ape2 mknan.sesekali kena ajar juga mereka semua termasuk suami. Keputusan utk belajar kt pondok adalah pilihan terbaik.tu pn kalau suami izinkan.atau ajak suami sekali dok kt pondok.

Fauziah Rahim : Biarkan je la bilik anak2 tu. Jgn dikemas. Bukan budak kecik lagi. Kalau nk kemas juga amik plastik hitam sumbat n buang semua dlm tong sampah. Buat pe nk sakitkan hati sendiri. Kena tegas. Kalau lembik camni mmg la kena pijak kepala. X perlu rajin sgt nk basuh dan lipat. Terus buang semua yg ditinggalkan.

Mazni Kak Nik : Anak saya pun semua dah besar dah kerja. bila balik bercuti, saya boleh rest. tak perlu buat apa2. Jika anak request nak mkn apa2 saya just tengok2 dan pantau sambil tunjuk ajar. Anak akan buat sendiri. Malah akan masak dessert sedap2 utk kami.

Dulu2 saya ibu yg garang dan tegas dgn anak2. Selalu ajak anak sama2 buat kerja rumah. Skrg anak2 dah jd kawan2 saya. Syukur Alhamdulillah dgn kurniannya.

Linda Aqis :Kalau sy ditempat makcik. sebab kita dah tua. xde anak2 kecil yg hidup bergantubg dengan kita. sy dah bawa diri. pergi tanpa bagitahu sapa2. off fon seminggu bercuti . Biar semua tahu apa yg kita pendam selama ini. Sebenarnya kita dah burn out dari zaman muda smpai kan tua duk hadap tugas yg sama.

Dorset Pink : Sebab makcik dah biasakan buat kerja rumah untuk diaorang semua sejak diaorang kecil sampai diaorang besar. Bila dah besar, dah susah dah nak suruh itu ini sebab rutin harian yang malas-malas tu dah sebati dalam hidup diaorang.

Sebab tu kalau mak-mak nak anak-anak rajin buat kerja rumah, kena start train dari anak tu kecik lagi, biarlah orang kata mak ko hijau ker, mak ko garang ker, mak ko singa betina ke, lantaklah janji anak-anak tu terdidik utk berdikari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *