Kahwin 3 tahun tp xde anak lg, trgamak mak mertua sindir2 siap gelak2 lg dpan sdara mara.

Foto sekadar hiasan – Salam semua pembaca, tahun ni genap 3 tahun saya mendirikan rumahtangga. Segalanya elok lancar, lepas nikah barulah nampak perubahan sikap nenek mentua yang gemar kritik saya untuk kepuasan hati kerana merampas cucu kesayangannya.

Namun saya sabar saja sebab orang tua ni orang selalu defend “Orang tua biasalah, jangan ambil hati.” Mak mentua selalu ambil hati saya agar hiraukan saja kata-kata nenek mentua.

Masuk tahun ke 3 berkahwin, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Saya bersyukur dapat suami yang tak mendesak nak anak secepat mungkin, memahami dan menjaga emosi saya.

Mentua yang dulunya baik-baik saja berubah apabila salah seorang ahli keluarga rapat telah menimang cahaya mata hujung tahun lepas.

Mentua pula suka bersaing dalam keluarga, jadi ini satu tekanan buatnya. Buat pengetahuan pembaca saya dan suami tinggal asing dengan mentua. Tak tinggal sebumbung.

Walaupun kami tak tinggal sebumbung, kerap call suami saya tanya saya sudah hamil atau belum. Mentua tiap hari muat naik gambar bayi itu dalam whatsapp group family (suami yang beritahu, saya tiada dalam group).

Suami cakap risau pula tengok ibu dia obsess sampai emosi sebab tiada cucu. Ayah mentua ok saja tak cakap banyak.

Paling saya tak sangka, jika berkunjung ke rumah sekali dua, mentua mula sindir saya. Nenek suami pula akan hentam saya dan ibu mentua seronok melihat saya disindir siap gelakkan lagi.

Jika saya bidas guna fakta agama, mereka tak dapat terima Allah swt yang tentukan semua ini. Mereka keras dengan pendirian bahawa saya yang salah, rumahtangga tiada seri, kesian anak lelaki dia tiada zuriat.

Perkara ini tidak hanya terjadi pada saya seorang, tapi biras-biras yang belum hamil juga dapat layanan macam saya.

Paling terbaru, ibu mentua saya bagi amaran pada salah seorang biras saya untuk sampaikan mesej yang berbunyi begini kepada semua menantunya :

“Nanti masing-masing dah ada anak jangan dok mai hantar kat aku suruh jaga pulak. Aku nak cucu bukan untuk jaga, ingat ya. Kalau nak aku jaga sorry aku tak mau.” Dengan jari telunjuk ke arah muka biras saya.

Adik ipar saya saksi dan sebagai suami kepada biras saya, dia menegur ibunya.

Saya dan suami tak ada apa masalah, kami tak kaya tapi kami bahagia menikmati sepuasnya masa berdua. Shopping, bercuti, jalan-jalan sana sini, redha dengan ketentuan dan percaya pada rezeki Allah. Hati kami lapang apabila kami redha.

Keluarga saya sayangkan suami, tak pernah sekalipun mereka persoalkan apa yang suami belum mampu atau kekurangan suami. Tapi keluarga mentua, segala kekurangan saya mereka bentang di meja makan, itu ini tak kena.

Saya tak pernah rasa saya disayangi macam anak sendiri. Ibu dan nenek saya dah meninggal, ingat nak tumpang kasih tapi dilayan macam ni pula.

Mungkin sesetengah orang, anak ialah pencapaian terbesar, tapi goals saya bukan anak semata, banyak lagi. Kami bukan tak mau anak, hanya Allah tahu waktu terbaik untuk kami. Kami hanya usaha doa dan tawakal. Doakan saya dan biras-biras yang belum hamil dapat merasa jadi ibu.

Doakan juga saya kuat menghadapi mulut-mulut jahat pihak mentua. Saya dah letih nak emosi. Saya hanya jemu saja nak hadap dorang. Saya tawar hati nak berkunjung, nak bertegur, saya lebih utamakan kesihatan mental saya. Doakan ye semua, terima kasih.

– Fara Alisa (Bukan nama sebenar)

Antara komen ntizen :

Munirah Mun : Saya tak pernah rasa saya disayangi macam anak sendiri. Ibu dan nenek saya dah meninggal, ingat nak tumpang kasih tapi dilayan macam ni pula.

Bila masuk keluarga org, tak perlu letak expectation. Terima je seadanya. Mengucap panjang baca wassap mertua pd menantu. Sy syak mertua ada masalah mental. Takpelah. Anggap je laa dia nyanyuk. Dh tak sehat. Tu perangai pelik.

Masha Mashitah : “Mungkin sesetengah orang, anak ialah pencapaian terbesar, tapi goals saya bukan anak semata, banyak lagi. Kami bukan tak mau anak, hanya Allah tahu waktu terbaik untuk kami. Kami hanya usaha doa dan tawakal. Doakan saya dan biras-biras yang belum hamil dapat merasa jadi ibu.”

Sy suka baca part ni..awak sgt positive.. tahniah confessor..anak ni bkn lah 1 lambang yg kononnya pasangan tu dah berjaya & hebat..tapi anak ni dtg dgn amanah yg cukup besar…sy tahu Allah akn kurniakan awak ank bila masanya dah tiba..

Bab zuriat ni most of the time..memang org suka slhkn perempuan..xpnh dengar lg org slhkn lelaki..Ada 1 kes tu, sorg ibu tunggal ank 3org..kawin dgn lelaki bujang…tp bertahun blm dkurniakan zuriat..tp yg d slhkn perempuan tu..katanya mandul.. lelaki xslh jugak..pelik mna dtgnya mandul sbb dah 3org kot ank dia dlm perkahwinan sebelum ni..

Jd org perempuan ni klu dtg Bab zuriat memang akn d slhkn & d hentam teruk..

One Dimention : Sebenarnya apa yang perlu kamu lakukan hanya bertenang dan jangan ikut rentak mertua.

Hang diam aje apa mertua perli ka marah ka.. Adalah lebih penting menikmati saat bahagia kau dengan suami.

Orang bahagia, tak layan isu sampah perli maki fitnah dalam keluarga.

Mertua marah kau senyum, beli hadiah buat mcm tak ada apa apa. tak usah simpan dlm hati..

Kata bahagia shoping sana sini jalan sana sini melancong sana sini.. ape kejadah nya orang bahagia fikir dan terasa masalah sampah?

Deyyy

Sumber : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *