Kami miskin, mak prnah pvkul adik sbb terminum ribena dlm esbok rumah sedara. Bila dah besar, mereka semua tercengang bila tahu aku kerja apa.

Foto sekadar hiasan : Salam semua, sebelum tu aku perkenalkan diri nama Amizainil baru graduate dari degree. Waktu belajar dulu dan mula bekerja ramai cakap Job hopping ni tak bagus untuk resume ada yang cakap company payah nak accept.

Aku pun fikir macamtu juga, habis belajar aku terus apply kerja keputusan aku boleh di katakan cemerlang. Aku demand untuk gaji pertama dalam 2ribu tapi dapat 1700.

Mungkin akan ada yang cakap bersyukur sebab orang lain dapat lagi rendah. Salah, bagi aku kerja ni aku keluarkan tenaga dan kalau boleh aku nak hasil yang lumayan.

Aku bukan orang senang, duduk setinggan jadi kerja memang benda pertama aku fikir gaji. Dalam masa sama aku demand sebab scope kerja dia banyak jadi gaji 2ribu berbaloi dan 1700 pula cukup makan. Aku pun terima sebab dalam hati nak cari experience.

5 bulan kerja, aku ada nampak satu post twitter dia job hopping setahun lebih sahaja terus lari. Sambil tu dia explain, stay dekat company secara lama tak membantu perkembangan career dia dan dalam masa dia boleh demand gaji lagi banyak dekat company baru.

Aku pun dm dia tanya, dia pun suruh cakap 3rd atau 4th skill. Paling penting skill yang ada dekat internet. Jadi aku pun setiap malam atau hujung minggu macam-macam internet certificate aku dapat sebab ikut course dia yang makan masa berbulan.

Dalam masa sama aku ada skill baru dan bagi aku, nak di bandingkan dengan circle colleagues dalam kerja ni. Kerja aku lebih efficient tapi aku jarang tunjuk sebab taknak kena dapat extra work.

Itu termasuk banyak company punya project yang aku join dan siapkan dalam masa cepat untuk nak letak dalam resume.

Lepas 1 tahun 3 bulan aku pun hantar surat untuk berhenti, waktu ni company start takutkan aku, kata minimum 2 tahun kalau nak tukar kerja untuk fresh graduate kalau tak payah nak dapat kerja baru.

Aku cuma jawab yang aku dah ready nak new challenge. Itu tak termasuk dia siap nak tambah 200 untuk gaji aku. Tapi tetap aku tolak, cukup one months notice aku pun beredar.

Dalam masa sama aku dah apply job baru, waktu interview ofcourse diorang tanya kenapa baru setahun lebih dah tukar kerja job hopping ke apa, aku pun explain macam mana career aku dekat company lama terlalu sangat static.

Aku siap terangkan satu project dekat company yang boleh siap lagi cepat tapi sebab ramai yang inefficient dan static-nya company tu aku rasa macam tak ada perkembangan.

Kerja ke dua ni aku demand gaji yang agak mahal, 2.5 K dalam masa yang sama aku cakap masuk kerja aku boleh join on going project mereka dan boleh cepatkan proses project diorang. Jadi companya ni terima, next week aku masuk kerja.

Dah 3 bulan kerja, jumpa kawan tempat kerja lama duduk makan minum diorang pun tanya kerja baru macam mana. Aku cakap tak ada masalah kerja okay, gaji pun okay.

Diorang tanya gaji berapa aku jawab 2.5k ada sorang ni agak terkejut sebab dia kerja 6-7 tahun dekat company lama aku, gaji setakat 2.3k.

Sambil kerja aku dah ada plan untuk next kerja aku, kalini aku ada buat freelance. Dalam weekend akan ada company/individu yang outsource beberapa part project dia dekat aku.

Dari sini baru aku betul improving skill kerja aku sebab job ni lagi demanding duit dia pun berbaloi. Lepas setahun kerja aku dah start cari company mana. Masa ni aku dah agak confident dengan skill kerja sendiri.

Rumah pun aku dah pindah, sebelum ni setinggan. Tapi dah pindah dan beli rumah dekat kawasan perumahan yang lebih selesa dan luas.

Aku, mak, akak dengan adik semua pindah. Dah pindah rumah yang ada 4 bilik baru rasa selesa. Sebelum ni cuma ada 2 bilik. Rumah pun kecik.

Genap 1 tahun 5 bulan, aku waktu ni tak start kerja baru serta merta. Tapi aku rehat dalam sebulan. Baru apply dekat company yang kali ni 2-3 kali ganda lagi besar dari company yang sebelum ni.

Kali ni aku apply jawatan yang specific, macam biasa aku try impressed kan diorang waktu interview.

Siap demo skill aku masa tengah interview. Dari iklan kerja, gaji dalam 5 ribu. Tapi aku demand 6k kena reject dan max diorang cuma mampu kasi 5.5k. Aku pun setuju dan tak ada masalah.

Start kerja, kalini tugas lagi besar sebab nak kena handle group of people. Kalau sebelum ni aku boleh lone ranger.

Waktu ni aku start part time master, memang penat. Tapi aku dah agak ready, terus terang memang penat. Hal kerja, hal master tapi kali ni part side job aku dah stop sebab tak ada masa.

Kalau yang sambung master sendiri macam mana struggle dia dari assignment, kau nak balancekan dengan kerja dekat office, dan banyak benda lain lagi tentang master sebelum selesai. Itu tak termasuk duit lagi.

Cukup 2 tahun bekerja dan habis master aku dah plan nak apply satu kerja ni. Foreign company punya, interview memang level hard. Sambil tu aku stop kejap dalam 2 bulan. Terus apply, first interview lepas dia cakap akan call untuk second interview.

Second interview agak casual lepastu baru masuk final interview. Jawatan yang aku mohon sebenarnya agak tinggi yang interview top person dekat company ni. Interview yang agak lama dan memang akan penat mental.

Lepas seminggu dapat notice yang interview aku berjaya, waktu ni baru rasa macam agak gembira. Sebab first time gaji sampai 5 digit. Dari 5.5K naik ke 10.5k itu tak termasuk allowance lagi. Bagi aku yang paling lain ialah policy dekat foreign company ni agak chill.

Kerja dekat company Malaysia agak rushing dan memang stress. Tapi dekat company ni tidak, semua lebih chill, cuma kerja kena 100% efficient kalau boleh memang tak boleh ada salah silap.

Itu tak termasuk banyak benefit lain yang aku rasa memang berbaloi, waktu ni aku macam stop kejap plan nak job hopping. 100% fokus dekat kerja. Aku plan nak ambik phd tapi cancel sebab aku rasa belum bersedia.

Tapi aku tetap ada side job, per job aku boleh dapat payment sama macam gaji aku kerja sebulan dekat company yang kedua aku kerja.

Sebulan tu selalunya tak banyak orang outsource ke aku, dalam 3-4 sahaja.

Lepas dah dalam setahun lebih kerja, kawan zaman belajar aku kahwin jadi sebab dulu kami rapat aku pun pergi.

2 tahun yang aku kerja dan part time master memang aku jarang keluar dengan kawan ke post dekat social media lagi lah jarang. Aku pun pergi majlis kahwin semua bersembang hal kerja, gaji sambil flashback zaman belajar.

Bulan depan, aku kena jadi interviewer untuk satu group ni aku pun okay tak ada masalah. Jadi ada sorang yang aku kenal, dia ni ketua pengawas sekolah menengah aku dulu. Aku pun tanya 2-3 soalan, aku kenal dia.

Dia mana kenal aku. Habis interview aku dapat letter company ada interview untuk satu position ni. Aku pun prepare semua details dan akhirnya dapat pindah ke department yang lagi satu.

Bahagian ni, aku banyak kerja dari rumah. Kalau datang pun setakat submit beberapa benda atau ambil benda penting. Kalau macam meeting, documents tu setakat video call, email.

Gaji pun naik 20%, waktu ni baru aku macam fokus untuk PHD tapi cancel sebab aku sebenarnya tengah dalam serius relationship dengan salah sorang wanita, nama Intan. Intan bekerja sebagai peguam.

Umur kami sama, berkenal secara tak sengaja sebab minyak kereta dia habis dan aku tolong belikan. Dalam masa yang sama kami sebenarnya rancang nak berkahwin selepas lebih kurang 6 bulan bercinta.

Waktu ni aku dah pindah rumah baru dan family aku duduk rumah yang sebelum ni. Jadi bila dah start berumah tangga, setahun honeymoon, intan dia pilih tema nak honeymoon dekat negara yang cuaca extreme.

Jadi kami suami isteri pergi Russia sebab nak merasa “world’s coldest city” sejuk dia lain macam. Banyak aktiviti dekat dalam rumah sebab nak keluar tu betul payah.

Lepas seminggu barulah pergi negara dalam wishlist intan dari jepun korea ke estonia. Sebenarnya banyak tempat lagi, tapi setakat singgah sehari dua. Lepas hampir 2 tahun berkahwin, Intan pun berjaya melahirkan kembar. Waktu ni baru rasa macam peak kehidupan rasanya.

Dengan mak aku suka dapat cucu.

Lepas lebih kurang 5 tahun kerja dekat company ni, aku sebenarnya dah decide untuk mulakan langkah seterusnya.

Kali ni proses interview dan ada proses trial sebab jawatan yang aku apply 3-4 lagi tinggi berbanding yang sebelum ni. Individual interview ada dalam 10 orang tapi sesi interview dia per person dan iya memang payah.

Kalau kerja yang sebelum ni aku agak yakin, tapi interview kali ni aku kurang sikit. Mungkin sebab dah lama sangat stay dalam comfort zone.

Makan masa 2 bulan interview ni, bila dah last stage tinggal tunggu panggilan. Bila dah lebih seminggu tak dapat aku dah macam ini mesti gagal, dekat rumah tu pun aku dah kasitahu Intan ini rasanya gagal. Intan pula waktu ni tengah sibuk dengan law firm dia punya opening.

Lepas 3 minggu baru dapat call dan di terima. Minggu depan terus masuk kerja, kalini environment lagi serious mungkin sebab jawatan aku.

Untuk yang company ni hal gaji punya negotiations agak makan masa hampir sebulan. Bila dah dua pihak setuju baru aku terima dan iya 4-5 kali ganda dari aku punya previous salary.

Pertama sekali bukan aku nak mengata orang lain, tapi sepanjang aku bertukar kerja. Ada kawan aku dan kawan kerja lama yang masih stuck dekat tempat kerja lama sebab ramai majikan sebenarnya takutkan kita cakap kalau berhenti kerja kau yang baru nanti lagi payah.

Terus terang, kalau aku stay dekat company yang aku pertama kerja selama 10 tahun. Aku boleh rasa maximum aku naik pangkat tiga kali dan 5 kali kenaikkan gaji.

Jauh beza, aku pernah berbual dengan HR max kenaikkan gaji kalau dari bawah setakat 2ratus, 4ratus, 6ratus, dan baru cecah ke seribu.

Sebelum ni kawan aku ada cakap sebab aku ada side skill lain jadi banyak company boleh terima. Iya aku pun akui banyak set of skill yang lain, sebab aku nak job hopping. Kalau aku tak ada set skill yang lagi bagus memang peluang nak berjaya untuk company baru memang tipis.

Pada aku, kerja = duit experience pula no.2 jujurnya, aku dari kecik hidup susah. Mungkin kalau yang dari sekolah rendah pernah tengok video macam mana abang dengan adik ni terpaksa bertukar kasut sekolah sebab tak mampu.

Aku alami benda sama, tapak kasut pergi sekolah koyak jadi aku Sellotape, kami 4 keluarga, mak, adik, akak dengan aku. Ayah aku lari, tinggalkan kami masih kecik.

Cuti saja aku kerja sebab nak duit. Akak aku belajar sampai tingkatan 5 dah stop. Aku yang dapat peluang, akak aku sambil menangis cakap belajar elok nanti kerja bagus akak mak dengan adik boleh tumpang.

Zaman belajar lagi mencabar, dapat ptptn aku simpan separuh bagi dekat mak. Jadi bila dah graduate dan langkah pertama mula kerja. Bila dapat gaji 1700 aku sebenarnya macam boleh ke gaji banyak ni ubah keluarga aku.

Kalau tak sebab aku jumpa tweet pasal job hopping dan dm tanya benefit dia memang aku mungkin akan stuck kerja dekat company first tu 10 tahun. Tapi bila dah tukar kerja dan demand gaji yang lebih tinggi.

Baru aku tahu ini rupanya “loophole” akak aku dia belum berkahwin, tapi aku bantu dia buka restoran sebab itu impian dia dengan mak aku, adik aku pula sekarang tengah sambung belajar. Aku selalu bagitahu dia takpe fokus belajar, hal duit biar abang yang selesaikan.

Bila dah kau senang macam ni, baru saudara mara pandang. Puji “bagus betul anak sekian sekian” padahal waktu duduk setinggan. Nak pandang sebelah mata pun taknak, mak aku dulu kalau balik raya selalu kena perli mak aku pula mampu sengih ketawa.

Orang ada kereta kita ni motor tak ada kereta tak ada. Kalau musim hujan rumah masuk air. Nak taknak telan. Aku dulu first time pergi rumah makcik aku tengok peti sejuk dua tingkat pun dah rasa teruja bila check ada ais krim ada air macam macam.

Ada sekali adik aku terminum air ribena dalam peti sejuk, habis kena maki. Mak aku pvkul adik aku sebab rasa malu, balik rumah tu aku menangis tengok adik kena pvkul kena m4ki sebab terminum air ribena.

Bila kau dah senang rumah pun dah besar datang puji. Mak aku dari dulu dia cakap, kalau kita miskin sedara mara dan orang sekeliling tak pandang kita hormat pun taknak.

Tapi bila kaya, ramai beratur nak “bersilaturahim” isteri aku Intan, dia pernah cakap. Selalunya orang tak kira strangers atau kawan kalau berbual mesti akan ada tanya apa kerja kita.

Pada Intan, selalunya orang tanya kita kerja apa dia nak tahu berapa “amount of respect” diorang kena bagi. Kalau kita bagi tahu kerja biasa, nanti diorang akan anggap kita oh biasa sahaja. Aku sendiri pernah try benda ni, jumpa kawasan sekolah bila bagi tahu cakap kerja biasa.

Nanti cara diorang sembang nada tu memang agak sinis. Tapi lepas dia tahu kerja professional aku dan rumah macam mana, kereta apa.

Baru dia bercakap dengan nada hormat.

Terus terang, kalau dah sekali merasa susah memang aku tak rasa teringin nak kembali ke hidup susah. Ada yang cakap susah itu ujian, iya ujian tapi terus terang kalau dalam seribu orang susah rasanya berapa kerat betul betul mampu keluar dari kemiskinan.

Banyak yang tak dapat peluang, aku kira bernasib baik dapat peluang tersebut.

– Amizainil (Bukan nama sebenar)

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.