Kami ramai2 berp3rang mndikan mak, bila pasang zikir mak cepat2 tutup radio. Bos pula vlralkan gmbar aku dating.

Foto sekadar hiasan : Aku gadis berusia 28 tahun. Di penghujung usia 28 tahun yang tak memiliki apa-apa yang boleh dibanggakan dalam hidup.

Di saat perempuan seusia dengan ku dah memiliki pasangan, disaat wanita seusia denganku sedang bahagia membesarkan anak-anak, tiap tahun tambah bilangan anak,

Dan tak kurang juga gadis-gadis seusiaku yang belum berkahwin tapi dah memiliki aset dan simpanan yang sangat membanggakan.

Not married but rich. What about me? i have nothing. I’m loser.

First of all aku nk bagitau yang cerita aku ni panjang gilerrrr. Yang mana tak minat baca panjang-panjang boleh dah stop baca plus aku nak meluah saja.

Kalau korang tak baca pon aku okay sebab aku nk menghilngkan kesesakan dalam dada ni bila aku menulis. Too heavy in my heart.

tapi kalau korang baca dan nasihat aku serta mendoakan aku. Bahagianya aku rasa. Dapatlah menghilngkan sedikit kesedihan aku. Malas aku nk buat banyak part jadi aku tulis semua dalam 1 confession.

Hidupku teruji bermula setahun yang lalu dimana pada 1 malam aku dapat berita mengejut yang ibuku jatuh di tandas. Tulang pinggul patah. Mak dikejarkan ke hospital dan terpaksa melakukan pembedahan menukar tulang dengan besi.

Beberapa malam di icu dan bila keadaan agak stabil mak dapat pulang ke rumah. Bermulalah episod aku berulang alik dr KL ke Utara setiap minggu. Ada waktunya aku terpksa cuti. Mengganti menjaga ibuku dengan kakak-kakak dan abang-abangku.

Selang beberapa bulan, pada tahun yang sama ayahku pula jatuh sakit. Strok di otak. Hanya dapat minum susu melalui tiub di hidung. Susu yang perlu diberi selang beberapa jam.

Ada waktu pagi buta salah seorang kena bangun untuk beri susu. Dan susu itu pon susu yang dikhaskan untuk penyakit ayahku. Susu yang sangat mahal. Sebulan mencecal 1+++. Ayahku juga tak mampu berjalan dan tak mampu bercakap.

Allah, jatuh terduduk aku rasa saat itu. Aku syak ayah risaukan mak. Ayah susah hati melihat mak sakit. Jadi ayah pon jatuh sakit. Pada masa tu kedua-duanya memerlukan perhatian yang sangat rapi.

Tapi kami adik-beradik terima ujian ni dengan hati yang terbuka. Masing-masing mengambil peranan masing-masing. Tipu lah kalau aku cakap semuanya sempurna, ada juga part terasa hati dengan adik-beradik yang kurang memberi peranan.

Abang-abang lah selalunya sebab lelaki kan kurang common sense. Kena ketuk baru jalan. Tapi bila ketuk okay saja jalan. Sebab tu aku cakap kurang comman sense.

Bukannya teruk. kadang-kadang salah seorang teremosi dalam group whatsapp sebab terlalu penat, tapi semuanya bagi ku masih boleh di control. Sekejab sahaja emosi, lepas tu okay semula. Bercakap semula, berbaik semula.

Memang Allah sengaja menguji keutuhan hati kami. Kami adik-beradik yang baik. Dari anak sampai ke menantu baik-baik belaka. Tak pernah melawan cakap ibu ayah kami. Sesama kami pon jarang bergaduh dan bermasam muka.

Pada masa tu orang-orang kampung dan mak & bapa saudara banyak memuji kami anak-anak ni pandai menjaga ibu bapa.

Walaupun ramai yang bekerja jauh tapi kerap balik menjaga. Alhamdulillah. Sikit-sikit kekurangan itu biasalah. Manusia tak ada yang sempurna. Cukup kami sahaja yang tahu.

Masa tu mak dalam proses penyembuhan. panggil fisioterapis datang ke rumah, belajar jalan semula.

Tapi mak aku ni yang aku kenal orang yang sangat lembut, manja dan tak tahan sakit. Sebab menanggung sakit yang terlalu lama dan mungkin di luar ketahanan dia, mak menghidap penyakit MDD.

Major Depressive Disorder. Masa ni cukup aku cakap yang Allah sedang menguji kami adik-beradik di tahap yang paling tertinggi. Jaga mak masa lepas operation dan menjaga ayah masa strok tak sesusah menjaga mak saat menghidap MDD. Mak jadi manusia yang paling asing.

Tak seperti mak yang aku kenal selama ni.

Bila nak bawa mak pergi check up setiap bulan di Hospital sangat lah susah. Kami kena berprang beramai-ramai dari mandikan mak sampai la berjaya naik ke kereta sebab mak akan bergelut tak nak pergi Hospital. Bila tengok macam kena rasuk.

Selain Hospital kami juga ada panggil ustz-ustaz datang berubat. Takut jugak ada gangguan. Moden cuba, traditional pon cuba.

Selain tu mak tak suka makan. Ubat apatah lagi, berperang pulak kami nak bagi mak makan ubat. Dari anak sampai ke menantu lelaki usaha untuk bagi mak makan. Dari cara memujuk sampai cara memaksa. Allah.

Bertapa hebat ujian Mu tapi kami terima dengan lapang dada. Selain tu mak tak suka orang luar selain anak menantunya datang ke rumah.

Dia akan halau balik. Muka sentiasa dalam ketakutan. Tak tahu takutkan apa.

Bulan ni genap setahun mak menghidap penyakit MDD. Alhamdulillah lepas makan ubat dengan konsisten mak dah banyak perubahan.

Makin sembuh. Dah mao bersembang, dah mao makan, dah mao tersenyum. Makan ubat pon tak perlu paksa-paksa dan dah mula melakukan aktiviti-aktiviti yang dia lakukan sebelum sakit. macam dengar ceramah, baca al-quran, dengar mengaji.

Kalau dulu tak boleh langsung pasang zikir dalam rumah, mak akan serabut. Cepat-cepat pergi tutup radio tu. Alhamdulillah. Cuma seharian dia hanya menghabiskan masa di dalam bilik. Hanya keluar untuk makan dan ke toilet sahaja.

Ayah pula dah pandai berjalan pakai tongkat, dah boleh makan dan minum macam biasa. Dah boleh mandi sendiri cuma setiap waktu memakai pampers sebab pergerakan lambat takut tak sempat nak ke toilet. Bercakap boleh la sikit-sikit. 1 atau 2 patah perkataan.

Kuat semangat ayah melawan sakit. Sedangkan masa ayah mula jadi dulu doctor cakap ayah akan pakai tiub selama-lamanya.

Tapi ayah buktikan yang ayah mampu sembuh semula. Alhamdulillah syukur. Tapi 9 jenis ubat ayah kena makan hari-hari. Tak boleh miss walau sehari.

Dan bulan ni juga genap setahun aku diberhentikan kerja. sebab PKP dan selalu ambil cuti jaga mak ayah sakit aku diberhentikan kerja di tempat yang dah 7 tahun aku bekerja.

Company melayu, bos yang sangat aku kagumi dan hormat seperti ayah aku sendiri tapi ternyata saat susahku dia tak mengerti dan tak pernah cuba untuk mengerti berada di tempat ku. Tak apa, aku faham dia taknak menanggung rugi.

Tapi tak pernahkah dia appreciate aku yang dah 7 tahun bekerja dengan dia siang dan malam. Sabtu dan ahad. Disebabkan aku masih bujang. Akulah selalunya menjadi mngsa kerja sampai ke pagi bila ada tender perlu disubmit keesokan harinya.

Tak pernah ke dia terfikir aku ada kereta yang tak sampai setahun aku beli. Setiap bulan aku perlu menanggung 5++ untuk membayarnya.

Aku kecewa sebab aku langsung tak dihargai. Ternyata benar ada pepatah yang mengatakan, bekerja lah berpada-pada sebab bila kita m4ti.

Belum sempat kita ditanam, tempat kita sudah ada pengganti. Lebih kurang lah, aku pon tak ingat pepatah tu. Nasib baik aku ada sikit simpanan plus aku keluarkan kwsp dan ada family aku bagi jugak.

So dapatlah aku bayar kereta aku. tapi makin lama susut jugak lah simpanan aku. Kalau aku tahu nk jadi macamni, aku keluarkan kereta axia saja, murah sikit.

Ada sebijik kereta company yang namanya nama aku. Sebab sebelum aku beli kereta aku pakai kereta company. Kerja aku banyak outstation jadi aku memerlukan kereta.

Hujung tahun lepas baru settle tukar nama semua. Dan duit refund untuk roadtax pon aku dah transfer semula ke company.

Nama aku tukar kepada nama adik bos. Adik bos cakap kenapa awak tak larikan saja kereta tu. Kan nama awak. Aku bukan orangnya macamtu. Aku tak ambil hak orang. Walau aku susah macam mana pon aku tak akan makan duit haram.

Tapi lepas dah settle aku tukar nama kereta. Masa tu new year bos hadiahkan aku terminate nombor talifon aku. Ya, aku pakai no phone company, aku memang nak pulangkan semula tapi bagi la aku masa untuk settle one by one.

Tapi dia terminate tanpa bagitau aku. Yang tu aku tak kisah sangat yang aku kisah dia back up semula message-message aku.

Memang dapat lah semua gambar dan message-message aku dan dia vlralkan. Dia sent gambar aku dating dekat kawan-kawan kerja aku, kakak aku dan group whatsapp aku dengan cousin-cousin aku. Selain dari tu aku taktahu dia sent ke sapa lagi.

Yang mana tahu nombor baru aku boleh lah report bagitahu aku, yang mana tak tahu nombor baru aku tak dapat la nak bagitau aku. Aku malu tak tahu nak cakap. Aku down teruk masa tu. Sebab aku rasa orang sebarkan aib aku.

Ye memang lah cuma gambar dating. Bukan gambar bukan-bukan tapi aku tak pernah tunjuk gambar dating aku dekat siapa-siapa. Tu pon sebab aku sent dekat boyfriend aku. Bila ex bos aku back up, dia dapat la gambar tu.

Dia vlral gambar tu sebab kes marah dekat aku, aku update status cakap aku diberhentikan kerja masa aku dalam kesusahan. Dia malu la ramai orang baca dan tau perangai sebenar dia. tapi benda betul kan.

Tak kan aku nk mengaku aku berhenti sendiri kot. Dahla tak bagi pampasan. Coii menyesal selama ni aku anggap dia sebagai ayah.

Dia keep vlralkan gambar aku tuuuuu sampai lah abang aku mengamuk. Abang aku pergi cari dia dekat office tapi dia outstation. Takpe abang aku cakap, kalau dia buat sekali lagi abang aku akan call dia.

Yes dia buat lagi, kadang fikir tak matang langsung lelaki usia 5+ buat kerja macam budak-budak perempuan bergaduh dengan bff.

Abang aku call dia. Haaa tergagap-gagap dia cakap. Dengan aku berani sangat kan. Dahla kau buang aku. Pastu bukak aib aku lagi. Tak faham apa yang dia nak sebenarnya dari aku.

Abagi aku cakap sekali lagi hang buat aku p cari hg dekat office. Haritu aku dahp tapi nasib hg baik sebab hg outstation. Kalau dak memang hang m4ti. memang lepas tu dia tak berani dah buat. Dia dah bertaubat haha.

aku ni spesis manusia tak suka bermusuh dengan orang. Bulan 2 aku whatsapp dia aku mnta maaf selama aku bekerja dengan dia. Of course dalam buruk dia.

Dia pernah jadi bos yang baik juga untuk aku (mungkin masa tu aku bagi manfaat untuk company dia kan) jadi dengan rela hati aku.

Benda ni aku tak cakap dekat dia. Aku tak nak bermusuh dengan dia jadi aku maafkan dia. Korang tau tak? Dia block aku weyyy. Haha sapa yang salah sebenarnya ni? But its okay lah. Aku maafkan dan aku nak hidup dengan tenang.

Ujian aku yang seterusnya, bulan 2 tu juga aku putus cinta. Aku dapat tau boyfriend aku yang aku cinta nak m4ti tu bertunang dengan orang lain.

Dia tak bagitahu aku, tapi aku tahu sendiri dari tunang dia. Bertapa Allah nak tnjuk dekat aku. Kau kejam mat! Aku ni dahla banyak masalah kau tambahkan lagi masalah aku.

Part ni jatuh terduduk jugak la, sebab banyak-banyak ujian dekat atas tu dia ada sentiasa menemani aku harungi semuanya. Bukan sekali tapi banyak kali tengah-tengah malam aku call dia nangis-nangis. Aku penat, mental dan fizikal aku penat.

Masa tu aku jaga mak ayah aku sorang-sorang sebab aku tak bekerja. Dia dengan manyau-manyau tak jemu-jemu memujuk aku. Sentiasa hulur tangan bila memerlukan tapi aku tak pernah ambil kesempatan untuk minta duit dia walau banyak kali dia nk hulur.

Cuma aku dan dia jauh. Lubang-lubang kecurangan itu terbuka luas. Aku tak ada hak untuk paksa dia kahwin dengan aku, aku tak ada apa-apa untuk buat dia stay.

Aku tak cantik, Aku tak ada kerja yang pernah aku banggakan sebelum ni, aku tak belajar tinggi, aku jauh, aku banyak masalah.

Mungkin dia tak mampu nak hidup dengan masalah-masalah aku. Aku dapat tahu dia bertunang dengan staff office dia. Mudah kn? Dekat.

Kerja sekali, perempuan tu tak ada masalah, mak ayah dia sihat walafiat Alhamdulillah, ada degree, cantik orangnya. Dia ada hak untuk memilih yang terbaik. Aku undur diri.

Tapi selama aku bergelut dengan masalah aku, aku tak pernah abaikan dia. Apa yang aku teringin, aku orderkan sekali untuk dia, buat birthday suprise even aku jauh, belikan dia coklet banyak-banyak sebab dia suka coklet. Aku bahagia bila tengok dia bahagia.

Tapi bila fikir dia curang aku sakit, sumpah aku sakit. Apatah lagi fikir dia dah janji nak kahwin dengan aku tahun ni. Tapi end up dia kahwin dengan perempuan lain.

Bulan ni dah masuk 4 bulan kami putus. Entah-entah dia pon dah kahwin. Aku masih dalam proses menyembuhkan hati sendiri. Tak mudah tapi bukan tak mungkin. Suatu hari nanti aku pasti berjaya lupakan dia.

Mood aku pon pasang surut, kadang aku okay, move on, dapat terima kenyataan dengan baik tapi ada hari i’m not okay. I’m really really not okay. macam malam ni.

Aku down malam ni sebab tadi aku isi spa9. tapi aku down sebab aku tau susah nk dapat kerja kerajaan. Pastu plak sijil pmr dan upsr aku hilang. Dalam spa tu kena isi semua sijil. tapi nsb sijil spm dan stpm ada dgn aku. Hm punca mood aku hilang malam ni

Pastu aku cari-cari lagi kerja kosong yang lain. memang aku target dekat Penang ja sebab nk jaga mak ayah aku. Aku taknak dah kerja jauh-jauh tinggal dorang. Dulu boleh la dorang sihat lagi. tapi Payah la nk cari kerja sekarang. Aku pon belajar takat stpm ja.

Kerja apa sangat aku boleh dapat. Aku tengok mystep. Mystep ni macam satu2nya harapan yang aku ada tapi kontrak. Pastu umur setakat 35 saja.

Kalau masa umur 35 aku tak dapat sambung kontrak aku nak kerja apa saja nanti untuk sara diri sendiri? Dahla tak ada suami, tak ada kerja pulak.

Nak jadi apa saja hidup aku nanti. Sebab tu lah aku tak mengharap umur aku panjang sebab aku takut ke depan depan nanti apa lah nk jadi dengan hidup aku. Aku taknak lah susahkan adik beradik aku nak membela aku.

tapi aku harap sebelum aku menlnggal aku sempat lah kumpul pahala sebanyak mungkin. dapat tenang saja berehat dalam kubur nanti.

Sampai masa pulang ke kampung halaman aku iaitu syurga. Indahnya. Sebabtu sekarang ni aku jaga mak ayah aku sungguh-sungguh sebab jaga mak ayah kan dapat kunci ke syurga. InsyaAllah.

Mak ayah aku sakit, aku diberhetikan kerja dan putus cinta. Aku rasa ketiga-tiga ni adalah hal terpenting dalam hidup aku tapi aku diuji kesemuanya. Mungkin ada hikmahnya. Tapi kadang-kadang aku rasa dunia ni bukan diciptakan untuk aku.

Dunia ni diciptakan untuk semua orang tapi bukan untuk aku. Mungkin tempat aku di syurga bukan di dunia. Jadi aku bersabar jelah sampai 1 waktu aku ke sana.

Waktu-waktu aku down macamni aku suka solat dalam keadaan gelap, masa sujud terakhir aku minta semoga Allah kurniakan aku ketenangan seperti mana tenangkan air sungai yang mengalir di dalam syurga. Lepastu Ya Allah tenangnya aku rasa.

Sampai menangis sebab aku rasa tenang. Benda tu aku akan ulang semula bila aku down sebab aku ni jenis cepat down dan overthinking. Kena selalu pujuk hati sendiri. Terima kasih Ya Allah, sebab tak pernah tinggalkan aku.

Aku harap 2023 tahun untuk aku bangkit dan bersinar kembali. Doakan aku.

– Sya (Bukan nama sebenar)

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.