‘Kenapa kau bengap sgt’, teriak teacher buat aku malu. Lpas 15 tahun aku terbaca comment teacher terus aku teringat peristiwa tu.

Foto sekadar hiasan : Salam dan hi semua. Aku Gesandra, pastinya bukan nama sebenar. Bukan mahukan kecaman, pendapat, idea, atau sebagainya.

Aku juga tidak memberi penerangan secara jelas tentang individu dan lokasi. Sekadar ingin berkongsi cerita mengenai peristiwa yang masih kemas tersimpan dalam kotak fikiran.

Ianya terjadi pada zaman persekolahan aku dahulu. Mengenai guru bahasa inggeris aku yang popular digelar ‘teacher’ oleh semua anak murid.

Pada zaman persekolahan aku bukanlah tergolong dalam golongan budak pandai atau ‘budak straight A’. Bukan pelajar pilihan atau kegemaran guru guru.

Cuma pelajar biasa yang tergolong dalam pelajar kelas ketiga beraliran sastera dalam sekolah dengan pencapaian akademik ala kadar. But i love english so much!

Mendapat keputusan ‘A’ secara terus menerus dalam setiap ujian dan peperiksaan bermula tingkatan 3 hingga 5. Jarang jarang dapat ‘B’ untuk subjek tersebut.

Aku memang aim ‘A’ untuk bahasa inggeris masa SPM dengan nenyulam cita cita akan mengambil TESL bagi meneruskan pelajaran.

Namun nasib tak menyebelahi bila SPM sebenar aku cuma meraih ‘B’, dan hiduplah aku dengan apa adanya sekarang seiring usia dan waktu.

Bahasa inggeris aku juga tak sefasih dulu akibat kurang penggunaan dalam kehidupan seharian.

Kisahnya semasa aku di tingkatan 5, sewaktu menunggu kemunculan ‘teacher’ masuk ke kelas, aku dengan rakan rakan sekelas yang lain macam biasalah, bising, bersembang, huru hara dalam kelas,

Tiba tiba ‘teacher’ sampai dan terus masuk ke kelas dengan riak muka yang ketat, tanpa senyum dan terus meletakkan buku buku beliau di atas meja guru di sudut kiri hadapan kelas. Keadaan terus senyap sunyi.

Sebaik sahaja ketua kelas melaungkan ungkapan, ‘good morning teacher’, diikuti pelajar pelajar lain kelas kembali sunyi.

Seingat aku pada masa tu selepas meletakkan buku, beliau terus menulis sesuatu yang kukira soalan di ‘white board’ tanpa penerangan dan pelajar lain mula sibuk menyalin ke dalam buku.

Waktu zaman sekolah, siapa yang paling pantas menyalin dikira hebat. Maklumlah budak budak, benda benda remeh seperti ini dijadikan pertandingan sesama mereka demi mencapai keseronokan menjadi juara.

Aku yang pada masa itu tak jelas dengan kehendak soalan yang dipamerkan di ‘white board’ terus bertanya,

‘Teacher, ni soalan karangan ke literature?’ (literature merujuk kepada pecahan pelajaran bahasa inggeris dimana kau belajar pasal novel bahasa inggeris masa tu, di zaman aku lah).

Beliau yang masih menulis di ‘white board’ lantas berpusing mengadap ke belakang mencari tuan punya soalan iaitu aku seraya menjawab, ‘bacalah soalan tu, kenapa bengap sangat!? ‘

Nada suara ditekan sambil bercekak pinggang menghadap aku dan 30 orang pelajar yang lain dengan muka yang tak puas hati.

Seluruh kelas seakan m4ti, sunyi! Tiada sebarang bunyi, kalau semut bernafas waktu tu pun boleh dengar agaknya.

Aku? Waktu tu? Tak berkutik. Tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Terkejut. Terkesima. Terkaku Terkedu. Seraya dalam hati terdetik, ‘aku buat salah ke?’

Disebabkan malu, aku tertunduk diam dan pura pura sibuk menulis kembali.

Beliau beredar ke meja guru dan duduk tanpa sebarang komunikasi dengan pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung sehinggalah loceng berbunyi menandakan kelas subjek beliau tamat.

Bangun dan berlalu pergi seperti angin lalu yang tidak meninggalkan kesan.

Today, somewhere in the media social, Aku ternampak salah seorang bekas pelajar sekolah yang sama dimana aku juga mengenali pelajar tersebut hingga kini, berbalas komen dengan ‘teacher’ tersebut.

The teacher was telling her how grateful she was for having a good student like her and her friends in the school back then. Kelas yang beliau ajar. Kelas sains, kelas pertama pulak tu. Angels! Puji beliau. That was what she wrote in the comment section.

Aku yang baca komen tu terus melayang kembali ke waktu itu dan terfikir, bodoh ke aku masa tu sebab bukan duduk dalam kelas pertama? Sampai digelar bengap sebab tak faham soalan?

Ke sebab bila aku bukan budak kelas sains, soalan soalan yang dilontarkan automatic jadi soalan bdoh dan tak relavan?

Melambung lambung pujian beliau terhadap bekas pelajar tersebut dan rakan sekelasnya. Macam aku yang kelas belakang ni sampah! Takde masa depan.

Seingat aku, muka beliau tak pernah gembira bila masuk mengajar kelas aku. Sentiasa moody dan garang. Mungkin sebab kelas belakang ni tak layak menerima ajaran ilmu dari seseorang seperti beliau.

Aku masih ingat setiap bait kata beliau, riak muka saat memandang aku, reaksi orang sebelah aku, suasa kelas pada hari kejadian.

Kadang kadang perkataan ‘bengap’ tu terngiang ngiang sampai sekarang. Sepanjang aku bersekolah, perkataan ‘bdoh’ pun aku tak pernah dapat dari seseorang yang bergelar guru.

Aku tak berdendam dan tak berniat pun nak pahat kejadian ni dalam kotak fikiran, ianya datang sendiri. Tanpa diminta, tanpa sedar.

Sekaligus buat aku tertanya tanya sehingga kini, ‘bengapkah aku sebab tak faham soalan?’ Ianya sangat mengganggu dikala teringat peristiwa tersebut.

Menyelak media social beliau, nampaknya beliau sangat aktif di medan tersebut dengan hantaran penerangan mengenai kerjaya dan kehidupan beliau.

She seems happy and so proud for being a teacher. But that its totally not like how she act when she was teaching my class back then.

It was 15 years ago and im still here. Masih mengingati peristiwa itu. Malu masih bersisa ‘teacher’, masih tertanya tanya kenapa ‘teacher’ cakap saya bengap.

Aku harap dengan confession ni, aku boleh menutup segala hala tuju persoalan yang membelenggu sepanjang kehidupanku dan dapat melupakan secara total peristiwa ini.

Your ex-student. Gesandra

Netizen 1 : Segarang garang saya yang mengajar murid ( murid memang cop saya garang ), tak sampai hati nak hina murid yang saya sayang. Sebab kefahaman itu datangnya dari Allah. Saya ada sorang murid yang tak berapa nak maju dalam pelajaran, tapi akhirnya berjaya kerana punya akhlak yang sangat baik. Suka ajar dia sebab adab dia sangat2 baik.

Netizen 2 : Saya paling takut nk sebut pkataan bengap ke bodoh ke pd murid sb saya guru pai dan saya tahu malaikat sntiasa mencatat apa yg kita ungkapkn dan perlakukan.
Andai Allah byar cash esok keturunan kita yg bengap. Bhati2 lh berbicara.. Saya tahun ni ada ank murid yg mild autism, dan ad yg saya terang bkli2 pun x dpat2.. Mgkin inilh ujian Allah untuk mlihat sejauh mna sy boleh hndle.. Nmun saya sentiasa berbisik pd diri sndiri yg saya kna sabar, kna kuat kna guna cara berhikmah bkn mgherdik krn mgherdik bukn jln pnyelesain yg di anjurkn kpd kita yg bgelar guru,. Murid istimewa sudah tntu ke syurga.. Kita ni blum tahu ke mna..

Netizen 3 : Ini adalah contoh kenapa sy xmenyokong tindakan pendidik yg berbahasa kasar seperti isu pensyarah baru2 ni walaupun ada yg menyokong tindakan dia. Setiap org ada cara mereka sendiri dlm menilai diri. Lebih2 lg dlm usia muda. Mereka masih masih dlm proses mengenali diri sendiri.. Sy sendiri pernah lihat pelajar yg dikritik oleh guru dpn pelajar lain.. Walaupun dia xtunjuk emosi dia, tp boleh dilihat dlm kelas, slpas kejadian, dia susah nk cari tumpuan dlm kelas guru tersebut. Yg buat dia xgagal disebbkn usaha dia sendri utk buat latihan2, bertanya rakan2 malah ambil kelas tambahan..sahabat2 lain bg semangat dan bantu apa yg mereka mampu. Hubungan guru dan pelajar terbabit? Dingin.. Sy xtau apa yg berlaku pada dia skrang sbb sy pindah sek, tp yg sy tau, peperiksaan akhir, dia lulus sbb dia berusaha dan xputus asa, bukan sbb guru tu yg kononnya bantu dia dgn cara begitu, tp sbb dia sendiri cari cara utk majukan diri dia.

Kredit : kisah rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published.