Kerana syg, aku relakan isteri jumpa dgn ex dia. Ya aku jeles, tp isteri seakan xboleh tahan keinginan utk jumpa ex. Aku intip apa yg mereka buat

Foto sekadar hiasan : Nama aku Aril. Of course bukan nama sebenar. Seorang suami dan soon akan jadi bapa. Aku tak tahu nak meluah kat sesiapa sebenarnya, jadi aku meluah kat sini jelah.

Aku tak reti sangat nak bercerita sebenarnya tapi aku cuba sampaikan sebaik mungkin apa yang aku nak luah ni okay.

Aku seorang suami. Dah 3 tahun kahwin. Nama isteri aku Sara. Walaupun kitorang dah 3 tahun kahwin, baru tahun ini kami bakal dikurniakan rezeki anak. Isteri aku pregnant dah 4 bulan.

Alhamdulillah happy giler rasanya. Lastly, bakal ada juga suara lain dalam rumah kami selain suara kami berdua dan bunyi robot vacuum dan bunyi semburan air freshener.

Sepanjang Sara pregnant, banyak permintaan yang dia minta untuk aku tunaikan. Mengidam katanya.

Aku apa lagi, dah ni anak sulung dan second time wife aku pregnant (sebelum ni dah pregnant tapi gugur), aku make sure nak berikan yang terbaik untuk dua orang kesayangan aku ni.

Isteri aku nak apa je, aku tunaikan. Yang bukan-bukan je permintaannya, aku turutkan. Nak makan itu ini, aku usahakan sampai dapat.

Sampaikan dia mengidam nak keropok ikan yang ringan dari Sabah tu, aku sanggup fly dari KLIA to KK semata nak beli keropok tu. Dia taknak aku beli kat Shopee.

Aku allergik durian tapi disebabkan dia nak merasa, aku sanggup beli. Sudahnya aku yang muntah-muntah.

Setiap minggu aku bawa dia picnic atau camping. Nak beli jiwa dan hilangkan stress katakan. Alhamdulillah, aku masih lagi boleh tunaikan permintaan dia setakat ini.

Tetapi….yang ini yang aku tak boleh nak tunaikan. Aku tahu dia pregnant dan orang pregnant ni kalau tak dapat apa yang dia nak, emosi dia dan baby akan terganggu. Betul ke?

Entahlah aku dengar-dengar orang cakap macam tu. Sebab aku pernah kerja dekat kedai kek masa zaman bujang dulu.

Ada wanita ni mengidam nak kek dari kedai aku tapi jauh sangat untuk delivery. Aku bagitahu dia suruh beli kat kedai berdekatan. Aku siap bagi no fon kedai tu dan nanti diorang hantarkan.

Wanita tu tak nak. Dia nak dari kedai aku jugak. Mengidam katanya. Anak dalam kandungan dia nak makan katanya.

Walaupun jauh, aku hantarkan juga pada wanita tu sebab bos aku cakap kalau orang mengidam nak, hantarkan je. Kesian kat dia nak makan.

Ok berbalik kepada mengidam isteri aku yang aku tak boleh tunaikan ni. Cuba teka dia mengidam nak apa? Nak peluk rimau? Tettt salah.

Nak cheese dari restoran pergunungan Matterhorn? Tettt salah lagi. Nak selfie dengan Kendall Jenner? Lagilah salah.

Dia nak bau ex dia weh. Ya, korang tak salah baca. Dia nak bau ex dia. Nak bau perfume ex dia.

Aku tergamam kejap bila dia cakap macam tu. Aku tak marah atau cakap tak boleh tapi aku diam kejap dan rasa macam “apa punya permintaan dia minta ni” ha macam tu.

Aku pun perfume collector. Tom Ford Oud Wood, Creed, Eros, Giorgio Aqua semua tu aku ada. Aku suruh dia bau satu-satu dan cam balik macam mana bau ex dia kat perfume-perfume aku tu. Dia cakap takde satu pun sama.

Ha sudah macam mana aku nak buat ni. Sara pun tak tahu apa perfume yang ex dia pakai tapi dia tahu baunya macam mana. Jadi aku agak buntu nak cari perfume tu macam mana.

Setiap kali dia minta untuk bau perfume ex dia, aku kalih topik lain. Ajak keluar makan ke, ajak keluar tengok barang baby ke walaupun keluar sahaja tapi tak beli sebab aku pun tak tahu nak cari macam mana. Tapi setiap hari dia asyik meminta.

Of course sebenarnya aku terasa. Selalunya mengidam nak bau suami. Nak selalu bersama suami tapi kalini dia nak bau ex dia. Dah dua tiga kali aku bawa dia ke Sephora atau Victoria untuk ambil bau perfume kat situ. Takde yang sama katanya.

Lastly, aku cakap aku tak boleh tunaikan permintaan dia. Kesudahannya mencebik lah bibir dia merajuk dengan aku. Berhari-hari jugak lah hubungan kitorang dingin.

Lepas dari tu, aku mengalah. Aku bagitahu dia suruh contact balik ex dia dan tanya dia pakai perfume apa. Sara taknak. Dia cakap awkward kalau tiba-tiba contact semata nak tanya perfume.

Kesudahanya aku suruh dia jumpa ex dia tu. Kononya nak pulangkan something yang ex dia bagi. Gigihlah cari barangan yang ex dia bagi dulu. Nasib baik ada sehelai baju yang ex dia bagi dulu yang tersimpan.

Kitorang pun pergilah jumpa dengan ex Sara. Bawa sehelai baju tu sebagai alasan. Aku of course ada sebagai peneman walaupun dalam hati dah terbakar ni.

Sampai je kat situ, kitorang pulangkan baju dan aku bagitahu Sara untuk hirup udara kat situ sepuasnya. Ambil bau perfume tu sepuas hatinya sebab selepas ni dah takde dah permintaan macam ni yang akan aku tunaikan.

Yang peliknya aku tak bau apa-apa pun kat si ex Sara ni. Yang aku bau adalah vendor Auntie Anne. Semerbak bau roti dia.

Tu jelah luahan aku. Jujur mustahil kalau aku tak rasa apa-apa. Aku jealous kot. Lagi pula, si Sara ni kalau gaduh dengan aku dia asyik compare aku dengan ex dia. Walhal aku tak pernah pun cerita pasal ex aku kat dia sebab nak jaga hati dia.

Sebut nama pun tidak. Yang dia ni bagaikan dah buat presentation biodata ex dia kat aku. Dia tak pernah nak bau aku tapi dia minta untuk bau ex dia. Fikiran aku dah bercelaru dah masa tu.

Syaitan dah mencucuk dah aku untuk fikir yang bukan-bukan. Yelah, aku ni sebenarnya bukan first choice dia pun masa kahwin dulu. Si ex dia niha yang first choice tapi tak kesampaian.

Aku faham kalau mengidam nak makan itu ini apa semua. Tapi kalau mengidam yang libatkan masa lalu dan ex ni aku agak sangsi. Adakah benar-benar mengidam atau sekadar…Entahlah taknak aku fikir bukan-bukan.

Kepada kaum hawa, mengidam-mengidam jugak. Hati perasaan pasangan tu tolonglah jaga sekali. Kitorang kalau boleh nak buat yang terbaik untuk korang tapi bila benda macam ni berlaku, patah semangat oiii.

– Aril (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Mmg kdg masa pregnant ada masa kita nak sgtt sesuatu perkara tu..tapi masa tu la kita guna akal yg Allah bagi..jgn sampai akal tewas pada nafsu..benda mengidam yg mengarut2 ni kalau tak dapat pon, anak tetap akan keluar dari perut bila sampai waktu nanti

Masa awal2 kawin ni la kita kena set boundaries dgn partner..boleh nak layankan satu sama lain punya perangai tapi jangan sampai lebih had..lagi pulak nak compare2 dgn ex..cuba kalau laki yg bukak cerita lama, mau bini bungkus2 baju balik rumah mak bapak

Berpada2 lah dalam melayan isteri ye dan slow2 didik isteri..tak puas hati bagitau la bini tu jgn simpan dlm hati, nnt dia fikir semua ok je walhal laki tgh memendam rasa..semoga isteri dipermudahkan urusan bersalin dan selamat menjadi bapak..

Netizen 2 : Biasa baca je tp harini saya nak komen..sory dik, bini awak mengada2 sangat.. Dia tau awak baik n cuba tunaikan permintaan sedaya mungkin.. X mau cakap lebih2.. Suruh bini awak muhasabah n byk kan bersyukur dpt suami mcm awk n dpt mengandung kali-2 after keguguran dulu.. Peel ibu masa mengandung boleh pengaruhi peel anak juga nanti. Berpada2 la mengidam pun, jangan sampai lukakan hati suami..siap compare2 menyirapp n menyampah pulak akak.. Mg dipermudahkan urusan kalian

Netizen 3 : Awak ni dah bagus..Dah baik sangat2..rezeki isteri awak dpt suami penyabar mcm awak ni.Cuba sedaya upaya nak penuhi keinginan isteri.tp betullah..bila dah baik sangat..jd mcm ni pulak.Baca ayat Kursi banyak2 ya dik.. . Hembus kat isteri tu..Minta isteri banyak2 beristighfar.. .syaitan duk menghasut isteri nak runtuhkan rmhtangga awak tu.Mengidam pun ada had jugak..yg pelik2 sangat..tak usah dilayan.Awak pun kena tegas..sbb awak manjakan sangat isteri..dia sampai dah tak ada hati dan perasaan..nak compare2 pulak awak dgn ex nya..
Aii.. Geram pulak ni.

Netizen 4 : Akak anak 5 dik oiii..Rasa masa pregnant, xde pun ngidam yg pelik2.. setakat durian, mana2 pun Ada Jual.kalau teringin, Ada rezeki adalah.xde sudah. Kenapa ? Tak pandai nak percaya of rezeki Yg Allah bagi ke ? Yg mengidam Benda bukan2 ni sbnrnya mental x kuat,semua nak kena layan, nak kena hadap.
Setakat ini, anak akak 5, alhamdulillah semua sihat, bijak. Badan pun slim lagi. Xde pun nak sakit, cacat, sbb tak tunaikan mengidam masa pregnant. Baiklah Bini nko ngidam nak badan slim MCM anak Dara balik lps bersalin, lagi berbaloi !

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.