Foto sekadar hiasan : Terima kasih kerana menyiarkan kisah ini. Nama aku Ayana (bukan nama sebenar). Umur aku tahun ni 29 tahun.
Aku berkahwin dengan suami ketika umur 25 tahun dan suami 26 tahun. Rezeki AlIah, aku mengandung anak pertama selepas 2 bulan bernikah. Anak sulung kami perempuan.
Masa aku mengandung anak sulung, suami aku di transfer ke cawangan lain di negeri lain. Kami bekerja swasta. Ketika itu, usia kandungan baru 5 bulan. Jadi, aku terpaksa berhenti kerja dan mengikut suami sebab di situ kami tiada ahli keluarga atau saudara mara.
Jadi suami risau jika apa-apa terjadi kepada aku dan kandungan. Lepas aku bersalin anak pertama kami, puas juga aku mencari pekerjaan. Tetapi bukan rezeki aku lagi ketika itu. Tambahan pula jawatan aku sebelum itu susah didapati di tempat baru kami.
Selepas lahir anak pertama, aku dan suami ada merancang. Tetapi kami hanya merancang secara semula jadi tanpa sebarang pil peranncang atau alat peranncang. Tetapi selepas anak sulung kami genap 1 tahun, kami decide untuk mendapatkan anak ke 2 sebab kesian dengan si kakak. Tiada kawan. Ketika itu aku masih suri rumah.
Rezeki Allah, permintaan kami termakbul dan aku mengandung anak kedua. Beza mereka 1 tahun 9 bulan. Ikut tahun, beza 2 tahun. (2017 n 2019). Ketika mengandung anak ke 2, aku masih aktif mencari pekerjaan. Kami sedar untuk zamam sekarang ini,suami isteri perlu berkerja untuk keselesaan kami dan anak-anak serta pendidikan mereka.
Alhamdulillah, selepas habis pantang anak ke 2, aku dipanggil temuduga n brjaya mndptkan jawatan tersebut walaupun bukan seperti jawatan sebelum ini dan gaji kurang sedikit dari sebelum ini.
Tapi aku tetap bersyukur kerana rezeki untuk memulakan career aku kembali. Anak ke 2 kami lelaki. Jadi kami sudah dapat sepasang. Utk kali ini, kami decide untuk betul2 merancang dan focus pada 2 orang anak kami.
Aku mengambil piil perncang. Dalam masa yang sama, kami merancang secara semula jadi juga. Kami benar-benar merancang kali ini. Suami pun bagi kerjasama yang baik kerana kami ingin yang terbaik untuk dua anak kami.
Tetapi perancangan Allah itu maha hebat. Ketika anak kedua kami baru berusia 10 bulan, aku mengandung lagi. Pada awal nya aku rasa tak sedap badan. Rasa ada yang tak kena. Aku tiba-tiba rasa pening bau tom yam, rasa tak ada selera makan.
Untuk pengetahuan korang, aku memang tidak mengalami mabuk ketika mengandung. Aku cuma jadi kurang selera makan pda awal kandungan. Dan suami aku pun akan rasa kurang selera makan. Aku sudah dapat rasa aku mengandung. Tapi aku cuba yakin kan diri yg aku tidak mngandung kerana aku mengambil pil perancang.
Tapi bulan itu aku lambat datang bulan. Tiba-tiba suami mengadu dia tidak sedap badan dan rasa tak selera makan. Suami pun rasa aku mengandung.
Jadi untuk kepastian, aku pun membeli alat check kehamilan. Balik dari farmasi aku terus check dan terpapar 2line yang sangat jelas. Aku keluar bilik air dengan perasaan bercampur baur. Suami tertunggu jawapan. Dan aku tunjuk keputusan tersebut.
Suami hanya senyum. Tiba-tiba aku menangis. Bukan kerana aku bennci bayi itu. Tapi aku takut dan risau aku tak dapat jadi ibu yang baik. Aku kesian dekat anak-anak aku. Aku rasa aku belum cukup sempurna untuk menjadi seorang ibu.
Apa tidaknya. Kadang-kadang terlalu penat bekerja, anak ingin kan perhatian tapi aku lepaskan lelah pada mereka. Namun suami aku sangat positive. Dia yakin kan aku Allah ingin bagi sesuatu untuk kami. Suami pujuk dan bagi keyakinan pada aku. Tapi aku putuskan untuk berdiam tentang kandungan kali ini.
Hanya keluarga aku sahaja yang aku beritahu. Tapi suami aku pulak excited sama excited macam dapat anak pertama dan kedua. Dia post status merujuk kepada kandungan aku.
Maka, di sini la bermula fasa betul mencabar pada aku. Ada kawan-kawan aku yang terbaca status suami di FB dan mengucapkan tahniah di dalam group whatapps. Maka makin ramai la yang tahu aku mengandung lagi. Ramai yang mengucapkan tahniah. Tapi ada juga yang seolah-olah tidak puas hati.
Mereka whatapps personal dengan aku dan tanyakan kebenaran khabar tersebut. Aku mengiyakan shaja kerana itulah yg sbenarnya. Ada seorang h4mba Allah ini pada dasarnya konon nak bagi nasihat pada aku. Tapi ayat dan bahasa dia agak menguris. Seolah-olah anak rapat ni berdosa.
Siap cakap aku macam tidak sayang anak. Hanya AlIah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Ada pula hamba Allah yang lain asyik memerli aku di dalam group whatapps. Katanya aku ini nampak sahaja muka innocent, blur, muka nerd tapi n4fsu kuda. Menangis aku membaca.
Mujur ramai kawan-kawan lain dalam group whatsapp tersebut yang “back up” aku. Yang beri kata semangat. Dan yang paling melampau pada aku, ada seorang hamba AlIah ini pulak jumpa aku personally. Konon-kononnya kasihan dengan aku, padahal aku tidak ada mengadu apa-apa pun dengan dia.
Dia “menasihatkan” aku untuk menggugurkan kandungan aku sementara masih awal. Mngucap panjang aku ketika itu. Katanya tak salah tindakkan tersebut kerana anak aku masih kecil dan menyusu badan lagi. Jujur aku katakan, di awal kandungan yang ke 3, aku sangat tertekan.
Aku hampir d3pr3ss. Stress dengan orang sekeliling yang membuat seolah-olah berdosa besar sebab mengandung rapat-rapat. Tapi alhamdulillah, AlIah kurniakan aku suami dan ahli keluarga yg sgat supportive. Dan benar apa yang suami aku katakan, setiap anak datang bersama rezeki.
2 bulan sebelum anak ke 3 kami lahir, suami aku di naikkan pangkat dan gaji 2x ganda. Dan aku telah selamat melahirkan anak ke 3 kami pada 16 Julai yang lalu. Anak ke 3 kami lelaki.
Dugaan brsalin ketika PKPP ni mmang mncabar. Tapi, rezeki datang bersama, sehari selepas bersalin, aku mendapat panggilan peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa (Kementerian Dalam Negeri).
Tolong doakan aku lulus ujian tersebut ye. Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua. Maaf jika ayat dan bahasa dalam penulisan ini agak kurang formal dan rojak.
Antara Reaksi Reaksi warganet.
Akma Zahari – Anak rapat, terjaga semuanya. Takde masalah perkembangan, makan pakai cukup, bagus je..Anak rapat, tp tak terjaga. Makan pakai tak terurus, tengok gadget je.
Perkembangan lewat, mandi tak mandi, ber4k 2 jam baru basuh.. rancang je la anak tu..Tapi dik, kalau lulus exam penguatkuasa, nanti ada ujian kecergasan. Kena lari 2.4km dalam masa 17min.. awk tengah pantang.. jangan paksa diri tau.
Nadiah Razali – Biasa ank rapat mmg akn jd umpatan org. Konon2 kita x pndai merancang, anknx ckup kasih syg, xckup mkn pakai. Ank sulung n no 2 bila umur 1 thun 2 bulan dh dpt adik baru. Mmg penat, balik keje asik nangis tp Allah tu maha adil. Bila dh besar msing2 nk urus, alhamdulillah.
Skrg umur 30 an ank2 dh bsr dan tak byk karenah sbb biasa berkongsi dr kecik. Allah bagi sbb Allah tahu kita mampu, kena yakin cmtu. Tahniah confessor!
Shahrizaton Sharifuddin – Anak sulung akak lahir tahun 1998, no 2 tahun 2000, tahun 2002 beranak lg, kembar lak tu…..tahun 2004 beranak lagi.
Total 5 anak dalam masa 6tahun. Masa tu bekerja. Ok je, InShaaAIlah. Anak2 tu salah satu punca rezeki, jgn sesekali menyesal bila dah lekat, walaupun masa tu kita xnak.
Kita kena sentiasa ingat, kita merancang, tapi Allah adalah sebaik2 penentu. Jaga anak2 tu baik2 ye….all the best! Sis, suami u baik. U pun dah usaha tapi rezeki tu AlIah bagi. Terimalah dgn hati terbuka.
Jangan layan kawan2 t0xic. Abaikan. Xyah balas whatsapp dorg. Leave group. Utk kesejahteraan emosi u. Lainla kalau suami u jhat n abus1ve, memang kena merancang betul2.
Madamme Que – For now, u focus kat anak2 yg ada. U kena jaga kesihatan fizikal dan mental u utk jaga anak2 kecik rapat2. Lepas ni pakai perancang yg lebih effective macam cucuk depo atau implanon ya. Pil agak bahaya utk org2 yg pelupa.
Risiko termengandung tu tinggi. Apatah lagi yang rancang sendiri. Apapun consult your dctor ya. Jangan rasa menyesal. Semua tu kehendak Allah. Fokus besarkan yang ada ni.
Norizan Mamat – Salam,Best ada anak kecil. Comey. Itu la bila kita ingat yg indah. Realitinya, hanya kita yg tahu.Makcik ada anak 4 org dalam masa 6 tahun.
Memang str3ss sgt la. Bukan masalah rezeki duit. Tapi sebab keletihan melampau dan melepek. Anak ramai tak salah kalau sebab rezeki Allah bagi. Yg salah tu, beranak rapat rapat, bilik share ramai ramai, sempit, berterabur, tak semengah, anak sememeh.
Anak makcik semua tiptop… sebab ada maid yg bagus. Yg tak best adalah, anak kurang kasih sayang kita bila rapat sgt. Kita tak sempat memberi belaian, adik dah keluar. Kita manjakan anak baru pula.
Masa baby dlm perut pun kita abaikan dia sebab tak larat. Itu jer la. Kesian kat anak.Tapi, kalau kita dah usaha rancang, tapi, Allah nak bagi, itu mungkin rezeki n ujian utk kita.
Anak makcik yg terbiar dok dgn maid saja tu menyedihkan. Kesian bila ingat tangisan dia nak tido dengan makcik.Dah besar dia.
Aisyah Akmal – Xberdosa sis..sbb sy pun ank ramai..sy dh letih org suruh ccuk la mkn perancang la..sy rasa dah mls nak dgr bebelan..
terutama dr mak dan mak mertua sy…bkn sy xnk merancang tp sy dh buat bnda tu..jd stop la membebel…sy letih, hlg mood kalau asyik bebel benda yg sama.
Sy tau benda tu benda betul..tp sy pn mnusia ,letih nk dgr benda yg berulang…kkdg xhepi sgt pun bila nk mkn kena cpt2, nk tdo take a nap pun xdpt..sudahnya str3ss…luaran je hashtag ibu ank lima tp dlm hti letihnya xleh nk digambarkan.
hrp tt xrapat lg ank pasni… InsyaAllah.. kita bkn tolak rezeki, tp tubuh dan emosi dr dit0urture org sekeliling pun kita kena jaga.
Ratna Humaira – Anak rapat n usaha setimpal dgn bilangan anak, tak ada masalah. Anak rapat n tak ada usaha dan meminta minta, ini yang ada masalah.
Puan jangan str3sss, selagi puan dan suami dah usaha merancang.. anggap saja rezeki. Pedulikan org kata.
– Ayana (Bukan nama sebenar) via IIUMC.