Lpas akad nikah, isteri tiba2 halau aku dr rumah. Bila minta blik mas kahwin, dia xbagi. Aku menangis dan merayu.

Foto sekadar hiasan : Biasanya, orang akan baca artikel atau kisah rumah tangga berkaitan isteri yang tersakiti dengan perangai suami.

Di sini saya ingin kongsikan luahan hati dan perasaan apabila disakiti dengan sikap dan perangai oleh isteri saya dan kami sedang dalam proses perceraian di mahkamah yang difailkan oleh si isteri.

Saya berumur 32 tahun dan isteri berumur 29 tahun dan saya merupakan duda tiada anak dan dia adalah janda anak seorang.

Kami berkenalan melalui laman cari jodoh di media sosial pada penghujung tahun 2019 dan saya memulakan langkah untuk mengenali dia selepas sekian lama saya menduda berpisah dengan isteri pertama saya. Kami berkenalan seperti biasa.

Selang beberapa bulan tempoh berkenalan, dia ada post di media sosialnya yang dia sudah ada kekasih yang menambat hatinya dan saya mengundurkan diri demi menjaga hatinya.

Tidak berapa lama kemudian dia mesej dengan saya yang dia dah putus dengan kekasihnya dan mengajak saya berjumpa dengannya buat pertama kali.

Sepanjang tempoh kami bercinta, bergaduh itu lumrah dan sampai suatu masa saya putuskan hubungan dengannya kerana dia minta tangguh untuk bernikah.

6 bulan kemudian, dia hubungi saya semula untuk kembali menjalinkan hubungan percintaan dan kali ini dia akan lebih serius dalam hubungan.

Saya dengan lembut hati menerimanya semula dan menyusun semula pelan kewangan untuk menikahinya.

Saya turut menyiapkan sebuah rumah beserta kelengkapan asas rumah pemberian ibu saya untuk dijadikan tempat berteduh. Semuanya berjalan dengan baik.

Majlis pertunangan juga berjalan dengan baik dan kami bersetuju untuk ikat pertunangan tak lama, hanya 2 bulan sahaja dengan mas kahwin yang dipersetujui RM5,000 dan seutas gelang emas.

Semua persiapan berjalan dengan baik. Tetapi beberapa minggu sebelum majlis penikahan berlangsung, dia mula menunjukkan perangainya,

Jika saya lambat reply mesej atau sekadar bluetick whatsappnya, dia akan marah dan maki saya. Atas rasa sayang, saya mengalah sehingga hari yang dinantikan.

Situasi makin kian buruk apabila majlis penikahan akan berlangsung pada hari yang ditetapkan, dia menghantar mesej untuk memutuskan pertunangan dan ingin membatalkan majlis penikahan beberapa jam sebelum akad nikah berlangsung.

Saya menangis dan merayu kepadanya agar jangan buat saya begitu dan meminta campur tangan ayahnya untuk memujuknya. Tapi dia masih berkeras dengan keputusannya.

Saya juga mendapat kekuatan untuk memaksanya pulangkan wang mas kahwin yang telah saya berikan awal sebelum nikah atau saya malukan dia dan keluarganya di depan jiran di kawasan rumahnya.

Atas desakan itu, dia meneruskan pernikahan tersebut kerana tidak mampu untuk membayar semula wang mas kahwin yang saya berikan.

Pada hari kejadian semua berlalu dengan sangat suram. Tiada layanan mesra dari isteri dan hanya layanan biasa sahaja.

Seusai majlis penikahan tamat, dia menghalau saya pulang atas alasan tidak selesa dengan keberadaan saya dirumahnya,

Dan melarang untuk saya beritahu kepada keluarganya yang dia menyuruh saya pulang, sebaliknya menyuruh saya menggunakan alasan yang ibu saya sakit tiada orang jaga.

Demi menjaga hati semua pihak dan terutamanya hati isteri, saya akur dan saya pulang bukan ke rumah ibu saya, tetapi ke rumah yang telah saya sediakan untuknya dengan hati yang sangat sedih dan kecewa.

Isteri saya juga melarang untuk saya pulang berjumpa dengannya di rumah ibu bapanya atas alasan tidak mahu ada kaitan antara saya dan dia.

Hampir 2 minggu saya merahsiakan hubungan dingin kami daripada adik beradik saya tetapi terkantoi juga bila kakak sulung saya dapat menghidu gerak geri saya.

Saya dan adik beradik saya bertindak datang kerumah ibubapanya dan berbincang jika ada jalan perdamaian namun dia enggan berganjak dari keputusannya untuk mendesak saya melepaskannya.

Pelbagai usaha telah saya ambil untuk mencari jalan perdamaian hubungan ini :

1. Saya menghubungi Talian Keluarga LPPKN tetapi ditolak oleh isteri saya untuk sesi kaunseling dan dia juga turut maki dan marah pada saya.

2. Saya menghubungi pegawai agama di pejabat mufti Selangor untuk meinta pandangan berkaitan masalah ini.

3. Saya berjumpa dengan alim ulama’ yang berada di kawasan perumahan untuk minta pandangan juga,

Tetapi ustaz tersebut memberitahu bahawa niat isteri untuk berkahwin dengan saya bukanlan untuk mendapat rahmat sakinah mawwaddah wa rahmah, tetapi semata-mata hanya kerana duit saya.

Ustaz tersebut juga menasihatkan saya untuk tidak memberikan nafkah bulanan seperti mana-mana suami lakukan kepada isteri tersayang kerana isteri saya juga tidak mlunaskan nafkahh zahir dan batin terhadap diri saya.

Oleh kerana saya tidak memberikan nafkah bulanan tersebut, si isteri telah memfailkan perceraian secara fasakh di mahkamah.

Untuk saya menunaikan pemintaannya, saya bertindak untuk menuntut semula hak saya secara tebus talak dengan meminta si isteri memulangkan wang mas kahwin beserta gelang hantaran dan cincin pertunangan.

Mohon kepada semua pembaca doakan agar proses ini dipermudahkan dan berakhir dengan baik.

Mungkin selepas kes ini selesai, saya tiada niat untuk berkahwin lagi selepas 2 perkahwinan saya musnah.

Saya akan fokus untuk bangunkan syarikat saya dan jika diizinkan Allah, saya ingin mengambil anak angkat untuk menjadi teman saya saat suka dan duka. InshaAllah.

– Atoi (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Perkahwinan x salah.cuma awk pilih org yg salah….tgk la dh beberapa kali dia tinggalkan awk.layan acuh x acuh sblm kawin.tp awk tetap tunggu dia dan terima dia.sblm kawin lg dia dh tunjuk yg dia bukan perempuan setia dan baik.tp awk gagahkan diri bermain dgn api. Mungkin sbb awk memilih dia sbb kecantikannya….pasni cuba la cr perempuan,kerana terpikat dgn akhlaknya.lemah lembutnya. Jgn mulakan pkenalan dgn bg duit bg hadiah tunjuk kekayaan. InsyaAllah. Nt dpt la perempuab yg baik

Netizen 2 : Bila sdh nampak petanda yg kurang. baik, eloklh jangn teruskn krn klu org dh tak suka, dah kahwin pun tdk bahagia juga..jngn juga mudah serahkn duit dgn jangkaan sdh dapat duit org akn terikat..
Pohonlh jodoh yg baik dr Allah ..Dia sj yg berkuasa mmbuatkn hati seseorang terima kita..tp kita juga perlu bijak dn tahu cara menawan hati org lain.

Kredit : iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published.