Lpas bercerai, aku brtemu dgn lelaki yg kuat solat. Aku gmbira, satu hari dia bgtau aku satu rahsia yg buatkan aku berat nk tinggalkan dia.

**gambar sekadar hiasan

Saya AA, seorang janda anak 3. Masuk tahun ni, dah genap 5 tahun saya pegang title ni. Bekas suami scandalous. Setelah 12 tahun kami berumahtangga, dia curang dengan isteri orang anak 2 waktu tu.

Long story short, perempuan tu bercerai dengan suaminya dan saya sempat berpoligami sebelum akhirnya saya memutuskan untuk keluar daripada perkahwinan neraka tersebut.

Di sini saya tidak berminat untuk menceritakan kisah saya dengan bekas suami. Cliche. Zaman sekarang bersepah suami atau isteri orang scandal. Saya ingin menceritakan kisah saya setelah saya bergelar janda…

Jujur saya katakan saya bolehlah dikatakan ada rupa dan comel. Di tempat kerja, staff dan pesakit saya memanggil saya dengan gelaran ‘doktor cantik’. Tidak kurus, tidak gemuk.

Walaupun umur saya sudah mencecah lewat 30an, ramai yang menyatakan saya kelihatan sepeti 20an. Mungkin genetik, sebab mak dan ayah saya pun nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. Saya juga berpewatakan ceria dan peramah (bubbly)..

Sejak bercerai, berduyun-duyun lelaki yang cuba mendekati. Ada yang bujang, ada yang duda, ada juga yang suami orang. Ada yang ikhlas, ada yang mempunyai niat jahat terselubung (scammer) dan ada yang sekadar main-main.

Kebanyakan mereka saya tolak dengan pelbagai alasan. Ada yang terlalu muda, ada yang tiada chemistry, ada yang berperwatakan narcissistic dll. Kesimpulannya ada redflag di mana-mana atau saya tidak berminat dengan character mereka.

Suami orang memang la saya tak layan langsung sebab pernah rasa sendiri bagaimana sakitnya menjadi seorang isteri yang suaminya curang..

Ada kawan saya cakap, saya terlalu memilih. Sebenarnya saya bukan jual mahal, bagi saya, perkahwinan kedua ni biarlah betul-betul dengan my true love. Dan kalau pun tidak ada, i am ok being single. Best jugak kehidupan single ni, ada freedom.

Malah ada kawan-kawan yang bersuami cemburu tengok saya bebas kesana kesini. Besides, i already have a good career (financially independent) and i am blessed with 3 wonderful kids, alhamdulillah.

Saya selalu terfikir, dunia ni mana ada yang sempurna, jadi ini adalah takdir saya di dunia.

Lagipun saya ada trust issues.. susah untuk saya nak percaya ada lelaki yang setia atau yang sanggup terima saya berserta my ‘luggage’.

Kebanyakannya hanya suka saya sebab sy cantik…

Sehinggalah saya dipertemukan dengan seorang lelaki bernama AF. Beliau sungguh sempurna di mata saya.

AF 2 tahun lebih tua daripada saya, bujang *bukan suami orang, very loving type; bukan dengan manusia saja malah dengan haiwan (he is cat lover just like me!),

Sangat menghormati saya, handsome, wangi, pembersih, tersangat rajin, pandai memasak, tidak s3xist, tidak controlling, sabar, menjaga solat dsb.

Kesimpulannya, beliau ada semua ciri-ciri lelaki yang saya suka (greenflag) dan tidak ada semua ciri-ciri lelaki yang saya tidak suka (redflag).

Terasa seperti beliau lah lelaki kiriman Tuhan untuk saya setelah saya diuji dengan lelaki-lelaki hampeh yang lain sebelumnya. Bagai ada pelangi yang datang setelah ribut taufan yang melanda. Githeww.

Kami berkawan beberapa lama sehinggalah kami saling jatuh cinta. Akhirnya saya memperkenalkan AF kepada keluarga saya dan mereka semua bersetuju.

Namun, peliknya walaupun kami sudah berbincang tentang perkahwinan, si AF tidak pernah cuba memperkenalkan saya kepada keluarganya.

Bila saya tanya, dia akan jawab, “They think I don’t even want to get married before i know you.. so they will like you, that’s for sure…”

Long story short, akhirnya AF memberitahu saya dia sebenarnya adalah seorang g4y. But that was his past. Sekarang dia cuba berubah dan telah bermujahadah since long time ago.

Cumanya dia risau saya tidak akan bahagia setelah berumahtangga. Dan dia mengaku, the inclination untuk dia menyukai sesama lelaki is still there and it’s a life long struggle. Bila saya tanya kenapa dia memilih untuk memberitahu saya?

Dia jawab, “Because i don’t want to lie to you for the rest of my life.. because i love you.. and I want you to love me being me.. The way u love me makes me feel like a real man…” Sedih gila kan.

Jujurnya pada mulanya saya agak terkejut. Sempat saya meraung-raung macam orang gila sampai nak bunuh diri.

AF cuba memujuk.. but he said, “I sendiri tak tau nak cakap apa.. i am so sorry”.

Namun setelah beberapa lama, saya mula menerima kerana saya sangat mencintai AF. Saya rasa saya boleh menolong beliau untuk berubah.

Saya cuba join support group dan consult beberapa experts yang membantu mereka yang ingin kembali ke fitrah untuk mencari kekuatan. Saya yakin AF is my true love and we are meant to be together.

Saya solat istikharah, hati saya tetap pada AF. It shows that our love is pure.. bukan sebab nafsu semata-mata but we fall in love with other things; character and personality..

Setelah beberapa lama, AF mula menjauh. AF cakap dia takut dia tak dapat menjadi suami seperti yang saya idamkan.

Beliau takut saya akan paranoid bila dia outstation, jauh dari saya atau sewaktu saya meninggalkan anak-anak saya dengan dia di rumah. (Saya ada 2 orang anak lelaki).

Puas saya cuba meyakinkan AF, tetapi beliau tetap menjauh. AF cakap dia tetap akan ingat saya sampai bila-bila cuma dia rasa dia termasuk dalam kategori tidak mampu untuk berkahwin.

Now, no textes, no calls. Paling-paling dia akan tengok IG stories saya. Kadang-kadang when i miss him so much, i will text and simply say, “AF, i miss you, I don’t know how to heal..”

Dia biasanya akan reply dengan emoji senyum dan change the topic. Dia cakap bila tua nanti dia nak tinggal kat old folks home. Saya cakap, nanti saya pergi ziarah bawah biskut Oreo.

Begitulah kisah saya yang tak best. Saya masih tak boleh move on daripada AF sebab saya susah nak buka hati untuk suka orang. Kalau dah buka hati, hmm memang setia dan cinta mati.

Sekarang yang ada hanyalah kucing yang saya beli daripada AF di awal perkenalan kami. Bila saya rindu AF, saya akan peluk kucing saya tu.. Doakan saya boleh move on secepatnya.

Saya doakan AF bahagia dengan caranya.. kalau dia berjodoh dengan orang lain pun saya akan happy as long as he is happy.

Sekian.

– AA (Bukan nama sebenar)

Antara komen netizen :

AR Nalin : I cried over this. I feel you Doctor. Bila kita ada trust issue, susah nak buka hati untuk orang, dan bila terbuka hati, kita kecewa seperti yang kita takutkan. Berkali2 nak move on tapi tak boleh. Dan terima seadanya dia. End up kita sekali lagi jatuh. Cerita pada manusia tak ada siapa yang faham Doctor. Ceritalah kepada Allah. Mengadulah dalam doa. Biar doa dan takdir bertarung di langit dalam perjuangan kita mengharap yang terbaik. Tiada daya kita melainkan Allah jua yang menggerakkan setiap sesuatu termasuk hati dan pegangan kita. Tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Semoga Allah menjentik hatinya untuk Doctor untuk kisah yang berakhir dengan happy ending dan dia teguh dengan pegangan dia yang baru menuju ke jalan yang diredhai. A prayer for you Doctor Cantikbe strong and don’t forget to love and prioritise only yourself.

Laila Lutfi : AF berlaku jujur . Tak menganaya anak orang, AA expectation tinggi and mungkin jatuh hati dengan AF sebab kesempurnaan yang di tonjolkan , hensem sopan jaga solat, rajin etc. lojik nya mana ada lelaki sesempurna ini , ye la AA sendiri kata dia cantik , awet muda. Mungkin rasa sesuai tapi AA patut belapang dada dan tak perlu rasa sampai nak? Kasihan , anak 3 tapi masih terdetik nak ? Hanya sebab lelaki yang bukan suami, mahupun tunang? Gunakan lah ruang ini perbaiki diri AA

Leave a Reply

Your email address will not be published.