Foto sekadar hiasan : Assalamualaikum and whatsapp guys. Boleh panggil aku Budin (terus kenalkan diri, sebab aku tahu mula2 mesti korang nak tahu pasal jantina penulis cerita 🙂 Aku doakan korang sentiasa ceria dan bahagia selalu.
Aku seorang suami yang telah berkahwin selama 12 tahun, dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, penyejuk hati, jiwa, raga, pedal dan juga paru-paru.. hahaha..
Membaca kisah2 rumah tangga di sini membuatkan aku ingin untuk berkongsi. Aku ni bukanlah pandai manapun nak menulis, tapi bila kerap sangat baca kisah rumah tangga yang tak best ni, buatkan aku rasa mcm nak share kisah aku pulak.
Harap2 admin approvelah. Aku tahu pasal page ni pun, kawan aku yang share. Macam menarik juga sebab macam2 pengalaman hidup orang yang aku dapat baca di sini.
Okay back to the story, aku kenal wife aku tak lama, aku jenis malas nak bercinta lama2, aku rasa macam buang masa, duit dan tenaga saja. Zaman 12 tahun lepas, bil tepon bukan macam sekarang.
La ni topup RM40 sebulan pun dah boleh unlimited call, gayut sampai bernanah telinga. Dulu2, kalau gayut lama2 memang makan modal lah jawabnya. Whatsapp, telegram dan segala communication apps ni semua mana ada lagi.
Selepas 6 bulan kenal wife aku ni, aku rasa dia pn jenis yang tak banyak karenah, terus aku propose kawin.. mujur dia nak.. maklum la aku ni bukan encem sangat.. iras2 Aaron Ajis ja.. haha..
Masa awal2 kawin dulu, aku masih baru kerja, gaji pun tak besar, ulang alik kerja pun pakai motor saja.. berhujan dan berpanas tu dah lumrah..
Masa tu wife aku pun kerja jugak, tapi gaji dia pun tak banyak mana.. cukup sekadar boleh beli barang2 yang dia nak, dan menyimpan siket2..
Aku ni jenis rajin kerja, tapi bab2 kerja rumah ni memang aku fail.. tak berapa membantu sangat lah sbb masa aku dah banyak berhabis di luar.
Siang aku kerja tetap, malam plak aku kerja part time. Niat aku cuma satu, nak senangkan keluarga. Aku nak isteri dan anak2 aku hidup selesa.
Ngeri aku rasa kalau tiba2 anak dan isteri aku hidup merempat, dan meminta2. Ya lah, kita tak tahu apa akan jadi masa depan, sbb tu sementara sihat dan muda ni, aku kerja sungguh-sungguh.
Masa berlalu, alhamdulillah aku dah beberapa kali dinaikkan pangkat, dari kuli cabuk sekarang dah jadi kuli besar. Orang atas nampak kelebihan aku.
Kalau dulu makan pun berkira2, sekarang dah terlebih. Wife yang dulu keding, sekarang dah jadi bam bam.. haha.. alhamdulillah, syukur sebab semuanya kurniaan dari Tuhan..
Bila dah senang, rumah yang dulu sempit kecik, sekarang dah besar berganda. Dulu2, orang kata tinggal rumah sarang burung (rumah flat), sekarang dah sarang gajah. Kereta pn sama. Pendek kata semua tukar size besar lah termasuk bini aku.
Senang hati agaknya 🙂 Walaupun sekarang rezeki dah banyak, aku tahu semuanya adalah asbab doa isteri aku, dan pengorbanan dia uruskan anak2.
Kalau dia tak korbankan masa dia untuk uruskan anak2 dan keluarga, aku tahu aku mungkin tak dapat apa yang aku capai sekarang.
Anak2 terurus dengan baik disebabkan dia, kalau harapkan aku, mungkin dah jadi rupa beruk anak aku sekarang. Pernah aku uruskan anak bongsu aku mandi, memang haru jadinya.
Siap mandi,dia nak jadi puteri Elsa, tapi dengan aku mcm jadi ahli sihir rupanya, dengan bedak bertompok2 kat muka. Ahhh, aku memang fail bab ini.
Sekarang walaupun wife aku pun dah mcm fiona dalam cite shrek, tapi dia lah cinta hati aku. Setiap hari aku akan pandang wajahnya dengan perasaan sayang tanpa jemu.
Senyumannya membuatkan hari2 aku berbunga dan bahagia. Dialah serikandi aku, tulang belakang aku selama ni. Tanpa dia, mungkin aku takkan mampu untuk berjaya seperti hari ini.
Setiap hari, apabila aku bangun pagi, aku takkan pernah jemu memandang wajahnya, walaupun kadang2 aku confuse itu bini aku @ beruang kutub yang sedang tidur. Tapi lantaklah, janji dia masih hidup.
Aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa isteri aku dan anak2. Pernah seketika wife aku pulang ke kampung, bila aku pulang ke rumah, betapa kosongnya dunia ini aku rasa.
Rumah yang gah tapi tiada permaisuri dan riuh tawa di dalamnya. Ketika itulah, membuatkan aku sedar, segala yang aku ada tidak akan bermakna tanpa dia dan anak2.
Sekarang ni aku cuma minta isteri aku stay di rumah saja. Aku nak upah kan maid untuk bantu dia uruskan kerja2 rumah, tapi dia tak mahu.
Katanya dia tak selesa ada orang lain tinggal serumah dengan kami. Dah itu pilihan dia, biarlah asalkan dia bahagia. Wife aku akan masak setiap hari, kami anak beranak memang akan makan air tangan isteri aku.
Kat tempat kerja pun, aku jarang makan. Balik rumah, baru makan sama2. Aku memang jenis lelaki yang tak berapa suka makan di kedai.
Setiap bulan memang aku akan masukkan sejumlah amaun untuk isteri aku, untuk perbelanjaan dan simpanan dia.
Namun hal-hal belanja barang2 rumah, tetap aku yang settlekan. Alhamdulillah, rezeki semakin melimpah, hidup rasa berkat, dan kasih sayang makin bertambah.
Buat pembaca semua, doakan istana cinta kami kekal bahagia sampai ke akhir hayat, dan hingga ke syurga. Buat para suami, ini lah wanita yang telah kita pilih dan berjanji untuk menjadi penjaga mereka ketika akad nikah dulu.
Ingatlah moment2 itu. Hargailah mereka, Jagalah mereka. Kasihlah pada mereka, sebagaimana kita kasihkan mereka sebelum kita berkahwin dahulu.
Ingatlah, ramai di antara kita akan sedar dan mula menghargai sesuatu apabila kita telah kehilangannya. Jagalah dan hargailah ia sebelum terlambat.
Love you forever sayangku! (Maaf nama dia takleh tulis, nanti korang semua cari) Wife aku jenis low profile ja.
– Budin (Bukan nama sebenar)
Antara komen netizen :
Netizen 1 : Suka baca…sweet. tapi banyak sangat body shaming wife sendiri. Dah ala2 pelawak cabuk malaysia suka body shaming kwan2 nk bagi orang ketawa. Kesian kalau wife baca.
Harap2 body shaming tu dalam ni je la ye. Jangan di bwa perangai tu keluar depan2 wife. Kita rasa nk bergurau senda tapi tanpa sedar wife makan hati dapat gelaran mcm2.
Selamat berbahagia Tt.
Netizen 2 : Apa kata Budin, ko regiskan bini ko masuk gym since dia dh quit kerja.. begitu la laki aku buat, aku x kerja dh.. dari aku bam bam, bak shrek kata ko, terus jadi slim dgn sapot laki aku, takut ko yg terkejut esok.. perempuan yg gemuk, yg dikatakan bam bam, dikatakan plak beruang kutub, yg dikatakan body auntie2 dan mcm2 body shaming boleh transform weh.. ko dh bagus dh semua ko sapot gitu la jgk laki aku. So bagi bini ko masa la utk diri dia sendiri.
Netizen 3 : Just to let u know org perempuan ni kalo gemuk tak semesti nye bahagia..boleh jd dia stress & tak terurus..tak kesah lah dia ckp tak apa jaga ank2 sorg2 but responsibility jaga anak sang suami pun kne la amek tahu..lg 1 task memasak harian mmg tersgt memenatkan yer..jgn la jd king je dlm rumah..tlg2 la apa yg ptt..bkn takat bg duit jer..dh boleh stop kot gemuk je bahagia..if kau syg bini kau support la dia untk journey weight loss..confession ni just nk bgtahu kau je bahagia..wife kau tu tah bahagia ke tak..
Sumber : iiumc